Wednesday, December 31, 2008

Suatu keputusan

awalnya, my mom decide untuk tinggal bersama kami and kami dengan senang hati bersetuju untuk marwan (anak my dad with his new wife) yang mmg dlm jagaan my mom semenjak umur dia 2 bulan untuk tinggal bersama kami dan kami akan hantar dia bersekolah di sekolah rantau petronas yang cuma terletak kurang 2km dari perumahan tempat tinggal kami

hubby yang sepatutnya ke KT hari ni with my mom untuk menguruskan pertukaran sekolah marwan akhirnya terpaksa membatalkan rancangan di saat2 akhir

obviously banyak sangat bantahan diterima my mom bila mana dia menyatakan hasrat nak tinggal dengan kami untuk semntara waktu :(

kami pasrah, after all, bukan senang untuk my mom buat keputusan sebab semua hati nak dijaga, pd kami, bila my mom tinggal dengan kami, dia tak perlu lagi nak pening kepala memikirkan mcamana nak membayar tambang van pergi balik marwan ke sekolah, perbelanjaan marwan, makan pakainya pasti kami akan tanggung, dan lagi dia tak perlu lagi berulang alik mengambil cucu2 nya di sekolah setiap hari seperti sebelum2 ini..

kami terkilan kerana lebih banyak tanggapan buruk yang timbul, walapupun sesekali rasa sebak bila memikirkan kenapa agak sukar untuk mereka memahami..kenapa tidak langsung dipertimbangkan masalah yang kami hadapi untuk meninggalkan anak2 kepada pembantu rumah kami..sekurang2nya untuk jangka masa setahun sahaja, bukan untuk selama2 nya..

kami membuat pilihan untuk meneruskan pemasangan CCTV..sekurang2nya dengan cara ini dapatlah kami mengawasi perkembangan anak2 di rumah secara berterusan..

kami masih punya pilihan untuk menghantar anak2 ke tadika tapi kami perlu memikirkan faktor kos tambahan kerana kami masih memerlukan khidmat pembantu rumah untuk mengambilalih tugas menjaga rumah dan menjaga makan pakai anak2..waktu kerja hubby yang bukan mengikut waktu pejabat kadangkala agak menyukarkan untuk aku mengendalikan anak2 berseorangan, sebab itu lah kami memang memerlukan seorang pembantu..

semoga dilindungi anak2 itu..

Tuesday, December 30, 2008

sape buat ni?

went home during lunch hour sebentar td, sempat la buat tempe + bilis goreng pedas, walau pon satu jenis lauk je, selera tetap tak bleh blah..hehe

i noticed there is a small mark on the white lovely lace table runner, dan ianya adalah merupakan lakaran pen..dan ianya tak lain tak bukan merupakan kerja seorang budak yang bernama afrina saja lah adanya..

i pretend to ask ;

sape buat ni?

pandai dia datang kat dining table and tengok hasil lakaran yang dia baru buat tu..

"tu kakak punya"

dengan penuh bangga dia menyatakan pencapaian dia untuk hari ini..



aku pura2 nak jentik tapi bila tgk dia yang dah start cebik mulut, terus tak jadi nak teruskan..

sekian.

Monday, December 29, 2008

Kisah Jadore

hubby dah promised nak belikan parfum dior addict yang dah lama kehabisan stock..2-3 bulan lepas gedik nak beli parfum hillary duff, end up blom pon habis separuh botol dah tak lalu nak pakai :(

jadinya, hari sabtu lepas, on the way balik dari temerloh, aku ajak hubby singgah parkson di mega mall, hubby pon ada hajat gak sebenarnya nak beli T untuk main golf..sambil menyelam minum air la gayanya..

pusing2, at first ingatkan nak beli Anna sui flight of fancy, but then pk2, silap2 nanti sama la plak nasibnya dengan parfum hillary duff..

I ended up beli dior addict EDP 50 ml which I am quite familiar with..

balik rumah, tgh2 elok nak kemaskan kotak CD, suddenly tgk ada miniature jadore l'absolu, so saje la test sembur kat tangan, guess what when hubby came back from playing golf, dia perli macam ni ;

"wangi la org tu"

and I was like,

ih kalau aku amik 2 jenis parfum pon dia tak tahu tadi..hehe

SELAMAT MENYAMBUT MAAL HIJRAH 1430

Pada asasnya, Muharam membawa maksud ‘diharamkan’ atau ‘dipantang’, iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah (Al Baqarah: 91). Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan.

Peristiwa-peristiwa penting:

1. 1 Muharam - Khalifah Umar Al-Khattab mula membuat penetapan kiraan bulan
dalam Hijrah.
2. 10 Muharam - Dinamakan juga hari ‘Asyura’. Pada hari itu banyak terjadi
peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih
dan tabah bagi menegakkan keadilah dan kebenaran.

Pada 10 Muharam juga telah berlaku:

1. Nabi Adam bertaubat kepada Allah.
2. Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.
3. Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi
ditenggelamkan selama enam bulan.
4. Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud.
5. Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
6. Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
7. Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah.
8. Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.
9. Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada d dalamnya
selama 40 hari 40 malam.
10. Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya
dari tentera Firaun.
11. Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah.
12. Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
13. Hari pertama Allah menciptakan alam.
14. Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
15. Hari pertama Allah menurunkan hujan.
16. Allah menjadikan ‘Arasy.
17. Allah menjadikan Luh Mahfuz.
18. Allah menjadikan alam.
19. Allah menjadikan Malaikat Jibril.
20. Nabi Isa diangkat ke langit.

Semoga tahun baru ini membawa keberkahan pada diri kita semua dan umat
Islam sedunia, Amin.

Wednesday, December 24, 2008

azam yang belom tentu tercapai

lagi berapa hari je nak masuk masuk tahun baru..seperti tahun2 sebelumnya, aku mmg tak pernah menanam azam sebelum ni (or shud I say I am not spesis yang suka merancang and suka buat something secara ad-hoc :P)

tp nya, memandangkan kami bakal join aziz.cfp program insyallah starting early 2009, jadinya di sini aku nak senaraikan matlamat atau azam yang perlu dilaksanakan,
starting from the most realistic plan, to the most unrealistic ones....kalau dapat capai semua kira star la tu ;)

1) termination of insurance policy for both childrens under Prudential takaful, with immediate effect tp sendiri mau ingat la dengan karenah sykt insuran bila kita nak terminate insurance polisi,
2) termination of ASB loan with the amount of RM50k, so next year no more higher dividen return :(
3) minimum monthly saving of RM4.6k (this is by hook or by crook!)
4) nak upgrade keta but this is very much depending on no 3 and how discipline we are :P
5) nak pegi holiday, kalau boleh luar dari kawasan Asia..hehe

semoga dipermudahkan urusan oleh-Nya..

Kisah KBI

Luckily my application for bank Islam kredit kad has been approved :)..uniknya, kad kredit bank islam tidaklah dipanggil dengan nama kredit kad, tetapi Kad bank islam (KBI) sahaja

so 2 hari lepas kami ke bank islam cawangan Kemaman untuk mendapatkan kad tersebut..

bezanya kad bank islam dengan many other credit card company ;


1) proses nak mengambil kad akan melalui proses akad,

2) sekiranya berlaku kematian pada pemegang KBI, pewaris boleh menuntut insuran dari sykt insuran yang dilantik oleh Bank Islam bagi melunaskan hutang tertunggak pemegang kad, dah pewaris boleh menuntut wang khairat kematian sebanyak RM1k..atleast dah boleh kurangkan sikit sebanyak beban kat situ (T&C apply)

sebenarnya bukan nak citer pasal KBI, tp nak citer pasal panggilan telefon dari satu sykt pelancongan sebaik shj aku dpt KBI ni, derang claim yang aku ni salah seorang dari 100 peserta bertuah yang terpilih untuk menyertai keahlian pakej percutian dan tawaran tu hanya sah waktu tu shj, maksudnya aku kena decide dan2 tu jugak, and sekiranya bersetuju derang nak dapatkan no yang tertera di mastercard KBI, and yang best nya lg, derang nak aku bacakan 3 digit terakhir yang tertera di belakang KBI..

taktik nak tarik customer satu je, derang gunakan awalan keahlian percuma seumur hidup, tiada yuran keahlian, tp bila kita macam dah ala2 interested tu baru la tau taktik sebenar mereka

kalau dah ada bayaran RM400 atau monthly installment of RM50, napa still nak gunapakai term keahlian percuma seumur hidup?

renti2 kan la taktik nak menipu orang..

Monday, December 22, 2008

kisah Histeria

i was in Kuantan GSC Megamall last weekend, tgk Histeria..hehe

in fact, this is consider my first experience tengok wayang dengan anak2..:P

we missed the first show at 3:10 pm, but managed to get 4 tickets for the next show at 5 pm

duduk row no-3 dr depan, agak kurang selesa lah, but better still as compared to those yang duduk in the 1st and 2nd row..:)

arissa was on my lap, whilst afrina was sitting next to me, but since seat to ala2 takle menampung berat afrina, so kaki dia was sort of terangkat sikit ke atas..

both kids was all silence during the show, giving their fullest cooperation..:) arissa lebih byk tido i guess sbb mmg tak nampak muka dia..and afrina sesekali terdengar dia panggil my name, maybe she feel scared tp imaginasi dia kalau2 hantu dlm panggung tu boleh dengar kot so dia tak jadi nangis kuat2..

the story was OK lah..even terasa agak cuak bila audience lebih banyak menjerit bila ada adegan saspen..hantu pon tak jerit macam tu ..after all, paling suka tengok lakonan Scha, she is so adorable and natural..

habis show tepat 6:45 pm, tgk keadaan kat luar still cerah macam biasa..i noticed ada air di kelopak mata afrina, menangis dalam diam agaknya dia dari tadi..

in my conclusion, walaupon Histeria termasuk dalam kategori citer untuk tontonan umum, I still feel that it is not suitable for childrens, so in next, will bring them watching animation movie and see how they react..hehe

Thursday, December 18, 2008

only that branch

went home for lunch and had labu masak lemak with ikan goreng cicah sambal belacan. After all, just can't resist my mom's cooking :P

performed Zuhur prayer then quickly called CIMB Mesra mall branch to know if the ASB line is already back to normal

rupa2nya, only that brach is facing the problem, whilst other branch in other area is OK, so I quickly drove to CIMB kerteh branch

setelah penantian hampir 25 minit, akhirnya selamat la jugak aku memasukkan sejumlah RM ke dalam akaun ASB

tak sabar nak tgk dividen 2/1/09 nanti..:)

kisah line ASB

for those yang menyimpan dalam ASB, you can still make a trasaction untuk draw or even bank in some cash into your ASB account since tomolo would be the last day..

jadinya, disebabkan aku duduk di kerteh merangkap negeri yang mengisytiharkan cuti umum pd hari jumaat, makanya hari ni je la peluang yang aku ada untuk memasukkan saki baki duit yang ada dalam akaun ASB..(managed to received some $$ from hubby couple days ago (ala dpt gaji nanti bayar la balik sbb pay day usually on every 21st or 22nd)

kisahnya hari ni dah 2 kali aku call CIMB, already went to CIMB for twice yesterday, and hasilnya menghampakan sebab ASB line taraks..nasib baik jarak CIMB dari office tak sampai 1 km, kalau tak memang dan2 tu la aku hangin kat pegawai kat situ..should I ?

I am gonna give last try waktu lunch nanti..sekali harung la sbb nak terus lunch kat food court dalam Mesra Mall tu..

otherwise, terpaksa la drive sejam setengah ke Kuantan besok for the sake of getting extra $$ from ASB dividen..don't think it's worth it but let's see kalau2 aku terlebih rajin

boleh la sekali harung ngadap Histeria..:)

the 2 options

i have 2 options now.. whether to send those kids to nursery starting Jan 2009..or having my mom staying her with us and that she could monitor how our maid treat those childrens..

if i were to choose latter option, then I would also need to bring my little brother for having his next education here in kerteh..

i have like 2 weeks from now to make a decision..do pray for me ..

Wednesday, December 17, 2008

Nukilan rasa

tujuan nukilan ini ditulis tiada bertujuan lain selain dari untuk menceritakan perkara yang terjadi selama 5 bulan kami mengambil pembantu rumah berkerja di rumah kami..

semoga suatu hari anak2 aku dpt membaca nukilan ini dan memahami sesungguhnya kasih sayang aku terhadap mereka tidak pernah berbelah bahagi.. dan aku nak mereka tahu apa yang berlaku selama ni adalah diluar jangkauan fikiran aku sendiri..

aku cuma mengetahui perkara sebenar setelah diberitahu oleh sepupu kepada anak2..aku kesal kerana mengetahui perkara ini hanya selepas 5 bulan, kesal kerana terlalu lama masa yang anak2 perlu tunggu untuk aku mengetahui masalah yang dihadapi oleh anak2 itu..

aku kesal kerana tak pernah syak bahawa dia sanggup mengkhianati kepercayaan aku untuk dia untuk menjaga anak2 dengan baik sewaktu ketiadaan ku

afrina,
mama tau afrina cukup tertekan bila mana afrina diherdik dan di tampar sesuka hati, mama tahu dengan usia afrina yang baru nak mencecah 3 tahun, afrina tak punya kudrat untuk melawan, apa yang termampu dilakukan hanyalah menangis untuk memberitahu kesakitan itu..mujurlah ada sepupu afrina di waktu itu yang membantu untuk memujuk dan membantu menenangkan keadaan..

mama minta maaf kerana membiarkan afrina tanpa bertanyakan hal sebenar sebaik pulang dari bekerja setiap hari..kerana mama tak pernah syak bahawa anak mama diperlakukan sedemikian rupa..

mama minta maaf sayang

arissa,

melewati usia 10 bulan, arissa mungkin tertanya2 apa salah arissa sehingga diperlakukan sedemikian rupa, ditarik dengan kasar sewaktu menangis, badan arissa digoncang dan dilambung sesuka hati, dan pernah sekali arissa dibiarkan menangis dalam bilik mandi sehingga habis basah seluruh badan..sungguh kejam perlakuannya pada arissa..di saat arissa membaca nukilan ini, mungkin arissa dah lupa akan saat2 yang menyakitkan itu, tapi parut di hati mama tetap takkan hilang buat selama-lamanya..

sesugguhnya hancur hati mama bila mengetahui tentang perkara ini..

mama nak arissa tau, yang mama tak pernah merelakan perbuatan itu, dan mama tak akan maafkan dia, kerana berlaku zalim terhadap anak2 mama, mama tau arissa mesti tertanya2 apa dosa arissa sehingga diperlakukan sedemikian rupa, arissa tak pernah melalukan dosa sayang..yang berdosa itu adalah orang yan telah menyiksa arissa dan tidak punya perasaan belas itu..dia lupa bahawa arissa punya malaikat di kiri dan kanan yang menjaga arissa dan dia mungkin tak pernah menyangka bahawa suatu hari nanti dia tetap akan menerima pembalasan di atas setiap perbuatannya itu..dia juga mungkin lupa bahawa lambat laun mama akan tetap mengetahui segala perlakuan buruk terhadap anak2 mama

ketahuilah, anak2 mama merupakan anugerah yang tak ternilai..yang tiada galang gantinya, dan mama akan sentiasa pasti kan yang anak2 mama tidak mengalami nasib serupa di masa akan datang

sekali lagi mama minta maaf kerana terlalu mempercayai pembantu rumah itu, mama tak sangka ini balasan yang anak2 mama terima atas segala kebaikan yang mama tunjukkan selama ini..

dan mama bersyukur sayang, kerana Allah membukakan pintu hati sepupu kalian untuk mendedahkan segala keburukan pembantu rumah itu, untuk mendedahkan bahawa mereka pernah di ugut untuk tidak menceritakan perkara sebenar kepada mama, kerana mama tahu budak2 itu yang baru berusia 9 dan 12 tahun itu tak tahu menipu..

mama sendiri tertanya2, apa silapnya mama, atau mungkin babah, garang kah kami yang telah membantu menghantar duit belanja ke indonesia sebanyak 2 kali, walau pun di waktu itu belum cukup tempoh masanya untuk kami bagi dia duit belanja, kami tak pernah berkira..

kami bawa dia makan di tempat mewah bilamana kami berjalan2, membenarkan dia membuat panggilan telefon ke indonesia setiap 2 minggu sekali..memberikannya pakaian dah baju raya..memang mama mengaku yang mama pernah memarahi dia, kerana menyalahgunakan kebaikan mama dengan membuat panggilan telefon sewaktu mama tiada, sehingga pernah bil yang mama terima hampir melebihi nilai yang sepatutnya

akhirnya ini balasan yang mama terima, mama redha sayang

sesekali mama terfikir, mungkin ini lah antara faktor Allah menimpakan bala ke atas kaum2 di sana..kerana mereka tak pernah tau bersyukur di atas segala nikmat kehidupan yang diperolehi..

apa pon yang terjadi, mama bersyukur kerana diberi petunjuk oleh-Nya, sekurang2 nya dengan kehadiran sepupu kepada anak2 dirumah kami selama 5 hari, sudah cukup untuk mereka mengetahui keadaan sebenar..

Ya Allah, aku bermohon pelindungan mu Ya Allah, jauhi lah anak2 kami dari di zalimi, sesungguhnya Engkau yang Maha Mengetahui..

Tuesday, December 16, 2008

sedikit perubahan

i still can't accept the fact that those kids are being treated so badly when I am at work, and that's why until now, i can't even look at her face when I spoke to her..i mean, after all the goodness, this is what I get in return :(

lepas sesi basuhan yg dah masuk kali ke-3, i noticed that her attitude is slightly changed..kalau dulu waktu bercakap suara kuat dia mengalahkan suara majikan, sekarang dia lebih byk diam..plus me who did not speak to her..

kalau dulu selalu boleh dengar suara arissa menangis waktu dia bersama bibik, tp sekarang bila mintak dia dukung arissa, arissa dah tak meronta2 macam dulu

takde lg boleh dengar suara dia menengking afrina, but now it is more like afrina yg lebih byk melawan dia..I can't stop her for doing so..all these while pon afrina asik pendam rasa je agaknya..tak reti nak melawan but since my mom ada kat sini, she is sort of getting all the energy and power..

me just want to wait and see berapa lama dia boleh bertahan, we have stopped giving her money, no phone calls to Indonesia, hp yang dia dpt dr bibik yg kerja selang 2-3 buah rumah dah pun kami rampas balik semula, no more outing mcm dulu2, tak boleh bercampur atau bergaul dengan bibik2 lain, and that's it..

ni lah harga yg perlu di bayar untuk org yg tak reti nak menilai erti kebaikan..

Friday, December 12, 2008

haruskah aku percaya?

title kali ni mmg cukup untuk buat semua orang tertanya2

kisahnya afrina yg baru nak menjangkau 2 tahun 5 bulan dah pandai bg hint yg dia kena tengking, tolak, tampar siap sekali dengan buat demo..

arissa ada lebam di pipi kiri sesudah lebam di pipi kanan 2 minggu lepas..

my next action in due course is that, we gonna install CCTV ..kalau setakat nak siasat tp takde bukti kukuh, serupa mcm masuk angin keluar asap..when it comes to dealing with people who always pretend, it's hard to penalise..how do I know?

dah ada saksi yg menyatakan anak2 kena dera (mungkin bukan fizikal tp secara mental) and that kami nak dptkan bukti kukuh sebelum buat sebarang keputusan

moral from this, please do not put 100% trust on other people, mereka mungkin nampak baik, tp bila kita takde, mcm2 boleh jadi, aku sendiri tak faham kenapa..apa salah kami sehingga anak2 menjadi mangsa..some more we are not that suspicious kind of person..that was the biggest mistake and I should have learn this since long ago..

anyway kami dah basuh dia cukup2 smalam, siap dengan ugutan nak pasang alat and monitor pergerakan dia..hubby yg selama ni tak pernah bersuara tp smalam waktu dia warning bibik aku tau yg dia mmg tak blh lg nak kawal emosi..

come what may, duit boleh di cari..kami tak kisah kalau terpaksa berhabisan bagi memastikan anak2 mendapat perhatian sewajarnya..better late than never..:(

Thursday, December 4, 2008

Pentingnya simpan surat sebagai bukti pembayaran

just received Nov pay slip from the secretary..walaupon gaji yg tinggal dlm bank dah tak sebanyak seperti yg tercatat dalam payslip..but just can't help the feeling of being excited ;) sebelum ni waktu terima pay slip taruk je dlm laci..but now I need it to apply for BSN credit kad..since I don't have credit card, I need to attach a copy of latest 3 month pay slip in my application

kisahnya my application for OCBC power credit has been rejected, not too sure why the reason, but I suspected this is due to outstanding 'hidden' payment on my previous Public bank credit card account ;(

get to know on the outstanding amount when I call CIMB to check if I have a record under CTOS or CCRIS (or watever they call it to blacklist people name),agak emo in the first place waktu mula2 dapat tau that there was an outstanding payment with one of the credit card company, mmg saja la ni nak cari untung lebih..

so i called Public bank sbb mmg dah suspect ni sumer angkara dari derang, i remembered last time when I went to public bank cawangan dungun and make full settlement to close the account..and it was like 6 month ago..In fact dah pon dpt letter stating that my account is closed but somehow couldn't find the letter anymore..:( end up I still have to pay another RM20 (itu pun setelah konon-nya di beri diskaun..ceh!)

anyway, already apply Bank Islam kredit kad, shoud received the result latest by end of next week, harap2 tak kena reject mcm OCBC..8(

now also trying witk BSN Al-aiman..harap2 tak kena reject jugak la..

Tuesday, December 2, 2008

Arissa at her 10 moth old

1) dah pandai duduk sepenuhnya, tak mcm sebelum ni, kejap2 terlangkup ke depan atau ke belakang


2) dah pandai tiru gaya orang buat sniffing sambil mulut muncung ke depan



3) smalam pkl 10:30 still tak nak tidur siap merengek2 and jari letak dalam mulut..we bring her to the nearest clinic to check if she had tonsil in her mouth but the doctor confirmed that she was all OK, demam pon takde..yang pelik tu bila masuk kereta dia terus diam tp sekali sekala dia bersuara time babah tegur dia

4) dalam byk2 sebutan, so far yg boleh dgr dengan jelas dia sebut gakkkaak..referring to her sister afrina

someone who triggers me up ;P

I myself not too sure what has really caused me not visiting/updating my own blog since couple weeks ago, anyhow, this morning, received this text message from one of my good old time buddies ;)

"Weh! Lama x update blog. Pecite?"

so as i replied

"ehehe, dah lama ke ek? mood tgh turun skang tunggu dah up nanti aku update ;P"

Anyway, these are the highlight of the month ;

1. Received RM100 as 2nd return from here. Joined this club couple month ago (back in Aug 08) with 1st installment payment of RM900, top up another RM500 in sept and now onwards shud expect to receive fix income of RM100 from seramic club on monthly basis

2. bought a new Carlo rino handbag fully sponsored by hubby :)



3. Received payment on house rental from our tenant -- back to normal :)

4. dah try italian japanese pizza at pizza hut but I feel that vege lover is still the best ;(

5. jatuh tergelincir kat tangga on the way nak pegi lunch 3 minggu lepas..:( habis riwayat kasut alain delon yg br pakai tak sampai 2 bulan..:(

6. Already attended aziz.cfp workshop on 14th Novt 08 and had 1st appointment with En Aziz on 20th Nov 08. Now in the process untuk mengumpul dana to create platform in OD/ASB ;) I am glad that hubby is so committed to join this program and hopefully everything can be settled by Jan 2009

hubby baca agreement while tunggu turn nak jumpa En Aziz