Saturday, June 5, 2010

Inilah dia

gambar si anak dara sewaktu membuat persiapan dan sesipersembahan nasyid sempena lawatan Senator Datuk Maznah Mazlan ke tadika tempat dia belajar..





anak dara berdiri 3 dari kanan



berdiri paling kanan di belakang adalah besfren kepada si anak dara..hari2 balik sekolah cerita pasal besfren dia atleast ok lagi dari dia cerita pasal boifren :)

zaman saya dulu takde pun nasyid mcm nih..yang ada tarian gelek atas pentas dengan costume pakaian orang dayak :P

Thursday, June 3, 2010

untung sabut timbul ...

Dalam facebook saya update status mcm kat bwh nih ;

selangkah ke alam ...

boleh pulak ada sorang kwn dalam facebook saya ni reply

barzah

sabo je la kan..well..yang sebenarnya sempena cuti sekolah akan datang ni saya takde apa2 plan untuk ambil cuti dan sebagainya..nak bawak anak2 pegi bercuti mmg jauh panggang dari ayam panggang api, tapi tiba2 saya terpanggil untuk bersama sang suami bagi menghadiri program yang dinamakan personal coaching..nak tau detail sila click sini..

untuk tujuan ini saya bakal berkampung selama seminggu di Kuala Lumpur starting next week..sambil belajar boleh la bawak anak2 jalan2 sempena cuti sekolah kan?

kata orang rezeki ada di mana2..yang penting kita kena sentiasa berusaha..sampai bila nak harap duit gaji semata2 kan? nak naik pangkat jauh sekali :P

well..untung sabut timbul, untung batu tenggelam la dia..jgn lupa doakan saya ye ;)

Wednesday, May 19, 2010

Niat di hati

kalau boleh sepanjang tahun ni saya nak cuba untuk tidak mengambil cuti sakit..boleh?

sudahnya subuh tadi..waktu nak membetulkan posisi kepala dari bantal, saya rasa sakit di belakang and lepas tu terus tak dapat nak pusing kepala lagi :(

sudahnya, terpaksa lah MC hari (banyak la pulak sudahnya)

kesudahannya, tak tercapai jugak hasrat hati ini untuk tidak mengambil cuti sakit pada tahun ini

sesungguhnya kita hanya mampu merancang..

Friday, May 7, 2010

Dengan ini saya mengisyhtiharkan

bahawa saya ingin berpuasa dari segala aktiviti sosial bershopping samada secara nyata mahupun secara virtual aka online shopping

ini adalah disebabkan faktor dimana saya baru sahaja menghabiskan sekian RM sewaktu sesi lawatan ke Kuala Lumpur pada hujung minggu lepas dimana saya telah membeli berhelai2 selendang (shawl), anak tudungs, hairclips anak saya yang dah tak terhitung banyaknya..kasut, payung, sunglass (untuk anak2) dan berbagai2 lagi..hishh sungguh saya berasa bahawa saya telah melakukan pembaziran yang amat dasyat di situ

sesungguhnya saya berazam untuk tidak mengulangi aktiviti ini buat masa ini sehingga ke satu tempoh waktu yang akan ditentukan kelak

sekian

Tuesday, April 27, 2010

press the key and say..

kisahnya saya baru je belikan laptop mainan untuk anak saya yang sulung..beli di Giant dengan harga RM49.90 aje pun :P

belinya Jumaat lepas tapi sampai sudah tak sempat nak ajar dia how to use the computer

pagi tadi waktu tengah sibuk bersiap nak pegi keja..saya tengok dia duk tekan2 komputer tu..and komputer tu pulak kejap2 asik bunyi "press the key and say.."

dari dlm bathroom saya bagitau anak saya jangan tekan key yang sama je sbb saya duk ingatkan bunyi tu disebabkan dia asik tekan key yang sama

kejap lagi saya dengar lagi bunyi yang sama

macam biasa bila cakap sekali tak dengar..maka saya pun bagi second reminder dengan suara yang ala2 high pitch

tak lama lepas tu dah kedengaran suara seseorang sambil teresak2 memberitahu

"dia bunyi sendiri la mama..kakak tak tekan.."

huhu..dan2 tu jugak rasa nak lempang muka sendiri..pagi2 lagi dah buat spoil :(

Saturday, April 24, 2010

Yeay!

ada beberapa sebab kenapa saya seronok sangat sekarang nih antaranya :-

1. baru selamat sampai dari kampung halaman..bila dah balik kampung tu macam2 agenda yang telah selamat dilaksanakan antaranya sesi memborong shawl murah tahap cipan di pasar Kuala Berang :P (sape kata Kuala Berang takde jual shawl mcm yang jual secara online plus dengan harga yang jauh lebih murah :))

2. finally dpt masuk ke blog ini (tq tak terhingga kepada tuan empunya blog *wink*)

3. baru dapat gaji tapi belum sempat lagi untuk dibelanjakan sebab kesemuanya telah dimasukkan ke current akaun RHB..nasib baik masih ada saki baki duit poket bulan lepas untuk survive sampai esok tih tih

sekian

Wednesday, April 21, 2010

Selamat tinggal

er sila jangan saspen dulu *wink*








































maksud saya selamat tinggal kepada koleksi tudung munawwarah..sekarang ni saya so into menambah koleksi tudung ala syria la pulak..

gambar terkini purposely snap gambar mcm ni sbb nak tutup double chin boleh?



ok..dan ini gambar org penat baru balik dari kerja petang tadisemalam..dah penat2 tu sempat lagi amik gambar sambil senyum depan cermin hehe



sekian