Tuesday, August 4, 2009

Yang ditunggu sudah tiba

sewaktu balik dari PD 2 minggu lepas, kami singgah di Jakel Segamat untuk memborong kain ela untuk dibuat baju raya

tema tahun ni adalah berwarna maroon

tup2, sewaktu dlm perjalanan balik, baru saya perasan kain ela yang saya pilih untuk anak2 tiada dalam bungkusan kain yang dibeli..manakan tidak, kami borong lebih 5 pasang kain ela termasuk kain untuk saya, mak saya, mak mertua saya, suami saya dan tidak lupa untuk bibik pun ada..

saya tengok resit, sahih lagi real bahawa salesgirl tu lupa nak include kain untuk anak2 saya..nasib baik ada tercatat seller ID pada kertas resit tersebut

selang beberapa hari di pejabat, saya dapat satu idea bernas

nak tau apa yang saya buat? *ting* (mode idea sudah datang)

kebetulan kawan satu department saya ada yang berasal dari Segamat

saya call jakel, dan bercakap dengan salesgirl merujuk kepada seller ID yang tertera pada resit yang saya simpan.

dalam waktu yang sama, saya bertanya rakan sepejabat saya kalau2 dia boleh mintak tolong parents dia ambilkan kain tersebut..

nak dijadikan cerita, rupa2nya parents rakan saya ni mengenali salesgirl tersebut :)

disebabkan kawan saya tak tau bila dia nak balik Segamat, jadi dia minta jasa baik parents dia untuk menghantar kain saya itu secara pos laju..

dan hari ini..ini lah hasilnya..





























tadaa..



dapat jugak akhirnya :)

Monday, August 3, 2009

Langit tidak selamanya akan mendung..

sambungan dari episod entry saya yang lepas

insyaAllah, mungkin masih ada rezeki kami di situ..

tunggulah sedikit masa lagi

itu pun kalau saya bersedia untuk berkongsi, sebenarnya tak ada banyak yang boleh dikongsi sebab apalah sangat sumbangan saya kalau nak dibandingkan dengan apa yang telah disumbangkan oleh Mr hubby..malahan dia langsung tak menunjukkan ciri2 jumpy seperti saya..

bak kata Mr hubby, dia yang tukang keluar modal, saya pulak yang tukang gelabah tak tentu pasal

terkena sedas di situ :P

Thursday, July 30, 2009

Apa yang lagi bahaya dari H1N1??

sila scroll ke bawah untuk mengetahui jawapan kepada persoalan di atas..

































jawapannya ialah B1N1 ..ngeh ngeh

sana sini orang duk sibuk citer pasal virus H1N1. Saya sendiri sebenarnya telah mengalami batuk2 di waktu malam (sejak beberapa minggu lepas)tapi saya memilih untuk tidak ke klinik.

Sewaktu morning meeting pagi tadi, bos saya ada memberitahu bahawa daerah Dungun di Terengganu telah diisyhtiharkan sebagai kawasan yang tidak selamat sebab rata2 populasi di situ adalah terdiri dari kampus2 dan sekolah2 berasrama

Kawan saya yang baru balik dari honeymoon di Bandung telah mengalami batuk2 dan selsema yang teruk, dan sewaktu berkunjung ke klinik untuk mendapat rawatan, dia telah di beritahu oleh jururawat disitu bahawa kebanyakan orang sebenarnya telah dijangkiti virus H1N1 :P

dan saya juga mendapat tahu bahawa terdapat kajian yang menyatakan bahawa jika sekelompok penduduk telah dijangkiti dengan virus yang baru, lama kelamaan sistem imunasi pada individu yang terdapat di dalam kelompok tesebut akan meningkat dan seterusnya membantu untuk meningkatkan daya ketahanan badan individu2 di dalam kelompok tersebut..

Jadi, tepuk dada fikirlah sendiri :)

Wednesday, July 29, 2009

Boleh percayakah?

sewaktu di JJ Seremban 2 tempohari, saya ada ternampak Salun rambut yang menjual produk Loreal..tujuan sebenar saya ke JJ memang untuk membeli stok shampu Kerastase dan shampu Redken (ye saya pakai 2 brand shampu bergantung kepada mood saya pada waktu tersebut)

awalnya saya plan nak beli online dari sini, tapi harga dalam website mcm tak realistik berbanding harga sebenar kalau saya beli terus dari salun, so saya decide utk on-hold since kami plan nak ke PD

nak tau berapa beza harga kalau beli secara online vs beli secara terus di salun?

harga melalui website untuk shampu yang diberi nama Kerastase Nutritive Bain Oleo-Relax Smoothing Shampoo adalah RM119.85 (RM81.50 setelah ditolak 32% diskaun)

harga di salun adalah RM75

sangat berbeza kan? so apakah motif diletakkan harga RM119.85 dan diberikan diskaun sebanyak 32% untuk pelanggan cimb??

Tuesday, July 28, 2009

Langit tak selalunya cerah

saya mendapat berita yang kurang enak untuk didengari..

berita yang silap haribulan boleh lemah jantung dibuatnya..

dan sesunguhnya ia bukanlah berita yang seronok untuk dikongsi..

apa2 pun, buat masa ini, biarlah ianya menjadi tanda tanya sebab saya sendiri belum tahu akan sejauh mana kesahihannya..:(

Monday, July 27, 2009

Our trip to Port Dickson

There were 6 of us, Mr Hubby, myself, my mom, our maid and the childrens.

We started the journey on Wednesday afternoon at 12:30 pm. By 6:30 pm, we safely reached Desa Lagoon Beach resort.


bergambar sebelum pegi dinner

After checked in, we went to have dinner somewhere in Teluk kemang. Went back to the hotel after the dinner to get some rest and be ready for tomorrow's activities :)

Went to JJ Seremban 2 on Thursday afternoon for some shopping activities and bought a chocolate cake for afrina.



Later that evening, my sister and her friend arrived from KL..

We first went to have dinner with the family members



and then decided to have the cake cutting session at the hotel


birthday girl


The yummy chocolate cake






Candles blowing



And here are some additional picture of us ..taken before we started our journey home on Friday afternoon











Bye bye PD :) panjang umur murah rezeki kami datang lagi..

Tuesday, July 21, 2009

Kisah Nokia N95

Sempena cuti umum semalam, saya, mr Hubby dan anak2 ke Kuantan..

Sewaktu tiba di Kuantan parade, sedang Mr Hubby berkira2 nak beli handphone Nokia N95 baru, saya cakap macam nih pada salesgirl di kaunter handphone tersebut ;

saya : "kalau beli dua berapa boleh dapat?"
salesgirl : "2.5k" (lepas dah tekan2 calculator)
saya : sambil buat pandangan paling manja kat Mr hubby dan berkata "boleh ke yang? I nak satu?"

Mr Hubby : "ok, u tambah RM500, i tambah RM2k"

saya : terkedu sambil berkata dlm hati "biar benar laki aku nih".

tup2, saya jadi tak sampai hati. Biarpun setelah mr Hubby willing nak bayar lebih untuk beli satu untuk dia, dan satu lagi untuk saya..

and after a second thought, saya buat keputusan tak jadi nak beli untuk diri sendiri..selagi HTC and motorola yang saya pakai sekarang masih boleh bernyawa..pakai saje la sampai kaput

lagipun..er..lagipun tak baik membazir kan? ;)