Monday, May 25, 2009

Things to do..places to go

Seperti yang telah diwar2kan sebelum ini, esok saya akan memulakan perjalanan ke Kuala Lumpur :P

berikut adalah merupakan tentatif aturcara yang bakal dilaksanakan bermula esok sehingga hari Jumaat

Selasa tengahari
ketibaan dif jemputan di KLCC :P

Selasa petang
Rombongan bergerak ke Putrajaya untuk menginap di rumah Mak Lang merangkap adik kepada Mr hubby

Rabu pagi
Rombongan bergerak semula menuju ke Kuala Lumpur untuk sesi lawatan di Sri Munawwarah

Rabu tengahari
Rombongan bergerak ke Hotel Impiana untuk check-in

Rabu petang
Rombongan bergerak ke Subang airport untuk menghantar Mr Hubby pulang ke Kerteh menaiki Fireflyz disebabkan beliau perlu bekerja pada keesokan hari :(

Rabu malam
Rombongan pulang ke hotel untuk sesi beradu

Khamis pagi
Breakfast di hotel bersama anak2 dan bibik. Kemudian bergerak menuju ke pejabat yang terletak bersebelahan Hotel Impiana.

Khamis tengahari
Bergerak balik menuju ke hotel untuk mengambil anak2 dan bibik. Lokasi bangunan seterusnya untuk diukur belum dapat ditentukan buat masa ini :P

Khamis malam
Rombongan pulang ke hotel untuk sesi beradu

Jumaat pagi
Rombongan breakfast di hotel bersama anak2 dan bibik. Bersiap2 untuk check out.

Jumaat tengahari
Rombongan bergerak dari hotel menuju ke LPT atau mungkin terdapat sesi mengukur bangunan buat kali terakhir, bergantung pada kehendak dan keadaan..:P

Jumaat petang
time to go home..tak boleh lambat sebab saya bakal memandu sendirian dari KL ke Kerteh..:(

Thursday, May 21, 2009

Amazing blog award

terlebih dahulu, minta maaf kepada si pemberi award iaitu Cik Yan sebab lambat mengambil award ni..segan la pulak sebab saya rasa blog saya ni biasa2 aje..takde apa2 yang amazing pun..eceh! :P



Nyatakan 5 fakta menarik tentang pemberi award nie :

Cik Yan ialah
1. seorang yang soft spoken
2. seorang pendengar yang setia
3. seorang yang suka berahsia :P
4. seorang yang agak pakar dalam bab2 untuk menjana wang simpanan :)
5. seorang yang agak pakar dalam bab2 memberi kaunseling ;)

Setiap blogger mestilah menyatakan 10 fakta atau hobi diri sendiri sebelum memilih penerima award yg seterusnya :

1. saya adalah seorang yang telah bersuami dan mempunyai 2 orang cahayamata
2. berusia 31 tahun pada tahun ini ;)
3. telah berada di alam pekerjaan selama lebih kurang 8 tahun
4. telah bertukar tempat kerja sebanyak 2 kali
5. pernah dihantar bekerja di Miri selama 6 bulan sebelum mengambil keputusan untuk berhenti dengan memberi notis 24 jam sebelum bekerja dengan syarikat sekarang :P
6. seorang yang mempunyai berat badan ideal dengan BMI 23 :)
7. baru sahaja menjalani ujian tekanan darah, glucose test dan ujian kolestrol dan semua keputusan adalah normal :)
8. mendapat anak pertama ketika berusia 28 tahun
9. mendapat anak kedua ketika berusia 30 tahun
10. mempunyai suami yang berasal dari Temerloh dan berusia 33 tahun pada tahun ini :P

Anda perlu memilih 10 penerima award seterusnye dan describe ttg mereka, :

1. Cik Yan selaku pemberi award
2. Mama Adib yang sedang gigih mengqadar puasa
3. Cik Lia yang teremo kes ada orang mengendap sewaktu sedang mengepam
3. Cik Suhainini yang baru je memulakan pekerjaan ditempat baru
4. Cik Zura aka BZmum yang rajin menjawab tag dari saya
5. Cik Azura yang dah berminggu2 tak update blog
6. Cik Hana yang sedang meroyan dengan hair clips untuk si jelita amani
7. Cik Yun yang jauh di Manchester
8. Cik Madamoiselleczar yang sentiasa dengan entry berbau lawak jenaka :)
9. Cik Ain yang latest buat entry pasal realiti kehidupan
10. Cik Diana yang sentiasa dengan entry pasal JJCM

Apa habuan lain selain dari habuan di isetan KLCC?

selain dari body butter dan deodrant, saya dapat habuan ini dari kakak saya yang bekerja di kota london

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.




dan kesemuanya adalah dari jenama M&S


dan bag ini dah selamat saya rasmikan sebagai bag laptop saya :P

thanks Sis!

Wednesday, May 20, 2009

told you already..here comes another trip to KLCC..for n th times :P

we are going there again next week..yeehaaa..

not to state the reason why we need to go there..but i already have something in mind now :)

so cannot wait for the time to come..:)

Monday, May 18, 2009

Pulang membawa habuan

there was a presale at isetan last friday..

from the budgeted RM600 bucks, i only spent not even half of it..satu pencapaian di situ :)

untuk 7 helai baju anak2, jumlah keseluruhan adalah RM420 tetapi saya hanya perlu membayar RM12o++ setelah mendapat potongan sebanyak 70% :)

untuk 3 helai baju mak kepada anak2..jumlah keseluruhan adalah RM350++ tetapi saya hanya perlu membayar RM100++ setelah mendapat potongan 70%

memang sangat berbaloi..tak sia2 saya datang dari jauh ;)

terima kasih isetan!

Thursday, May 14, 2009

KLCC here we come for another don't know how many times :)

esok saya dan family akan ke KLCC

tujuan utama adalah untuk sesi mengukur bangunan di isetan

selepas itu, berkemungkinan akan bertemu seseorang di Kampung Baru untuk mengambil barang yang dikirim oleh kakak saya dari UK..dengarnya dia ada mengirimkan handbag buat saya ;)

selepas itu lagi, kami akan pulang ke Temerloh untuk bermalam di rumah Mr Hubby

semoga selamat perjalanan pergi dan pulang

Tuesday, May 12, 2009

Kisah bibik lagi

pagi tadi waktu tengah bersiap2 nak ke tempat kerja, saya bertekak dengan bibik. Nak tau apa puncanya? begini ceritanya..

saya mintak bibik gosok baju saya, dan sebaik sahaja selesai mandi, saya perasan dia sangkutkan baju yang telah digosok tersebut pada kerusi di meja makan. Disebabkan keadaan saya pada waktu itu yang tidak membenarkan saya untuk keluar mengambil baju tersebut, maka saya panggil bibik.

"bibik.."

sekali tak berjawab

"bibik.."

2 kali masih tak berjawab

masuk kali ke-3 barulah dia menyahut. Tapi cara dia menyahut tu yang tak sedap di dengar oleh halwa telinga saya nih..sudah beberapa kali sebenarnya saya perasan dia menyahut dengan nada yang agak kurang menyenangkan, tapi saya tahankan aje. Pagi tadi, sebaik sahaja mendengar dia menyahut sedemikian rupa, saya terus sound dia

"bibik ni tak reti nak menyahut elok2 ke? kenapa setiap kali saya panggil bibik susah nak menyahut?"

lepas tu tanpa terus mendengar jawapannya, saya ambil baju yang dia hulurkan dan tutup pintu bilik untuk segera bersiap.

Tidak lama kemudian, saya keluar dan menuju ke dapur untuk minum susu segar bersama sipahh..

waktu itulah saya terdengar bibik seolah2 bersungut seakan2 tidak berpuas hati dengan soalan saya sebentar tadi dan mula menunjukkan reaksi tak puas hati.

bermulalah sesi perang mulut antara saya dan pembantu rumah saya. Buat pengetahuan, selama ini bibik saya tak pernah menjawab kalau dimarahi, tapi pagi tadi nampaknya dia benar2 dah naik tocang

setelah keadaan dah agak tenang, saya beritahu bibik yang tujuan saya menegur dia adalah disebabkan saya nak dia belajar menjawab panggilan saya dengan nada yang sopan. Itu sahaja.

Dalam keadaan bibik yang menangis teresak2, saya peluk dia dan mintak maaf sekiranya dia terasa dengan cara saya menegur dia, mungkin pada saya perkara tu nampak biasa, tapi tidak bagi dia

apa yang ingin saya sampaikan di sini..sepanjang sesi perbalahan tersebut, anak sulung saya diam di sudut almari tv dan sesekali datang pada saya dan meminta saya agar jangan memarahi bibik :(

saya perasan yang sesekali si kakak cuba mengubah topik agar suasana tegang tersebut bertukar kepada suasana lain, sehinggakan dia memberitahu saya yang adik nak mandi..

sungguh terasa bersalah pada anak2..:(