Showing posts with label Arissa. Show all posts
Showing posts with label Arissa. Show all posts

Monday, November 2, 2009

Pencapaian saya

setakat hari ini

- gigit tangan mama saya sehingga ke pagi ni pun masih nampak bekas
- berjaya tepis botol susu kakak saya laju2 waktu dia tengah minum susu
- meniru gaya suara kucing sambil jengil mata hitam ke atas
- tarik rambut kakak saya kuat2, selagi kakak saya tak nangis selagi tu saya tak lepas
- tolak mama saya kuat2 waktu dia gomol saya

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

naughty sangatkah saya?

Friday, October 23, 2009

Percubaan meniru suara kucing mengiau

beginilah jadinya rupa dia bila cuba nak tiru suara kucing
































minat sangat dengan kucing..sampai kucing tengah bergaduh pun berani dia nak pegi leraikan..sabo je ler

Thursday, September 10, 2009

Kasut bling2

tak dapat untuk mak budak..dapat kat anak2 pun jadilah..

...............







mula2 plan nak beli clarks..but then kaki anak2 saya sesungguhnya amat tebal dan tidak muat untuk dipakaikan dengan kasut2 tertutup..

jalan2 kat parkson, berkenan plak dengan kasut sketchers..pulak tu bila dah try derang macam tak reti2 nak tanggal..so nak tak nak terpaksalah bayar (terpaksa katanya) :P

Wednesday, August 19, 2009

Mama pergi sekejap ye sayang..


jangan sedih sebab lunch nanti mama tak dapat nak jenguk anak2 mama..sebenarnya mama yang lagi sedih sebab tak dapat bawak anak2 mama :(


Kakak kena promise jaga adik..jangan buat adik..adik pun jangan buat kakak..

malam nanti insyaAllah mama & babah akan pulang dengan membawa hasil rembatan..kakak dan adik tunggu Mama ye..kalau boleh jangan tidur dulu

Sekian,
dari Mama di KLCC

Sunday, July 5, 2009

Kisah anak2 sidek saya

Smalam, saya bawak kedua2 orang anak saya memotong rambut di salun..at first, ingatkan cuma nak potong bahagian depan rambut. Sesampai di salun, the lady yang potong rambut anak saya mencadangkan untuk memotong bahagian ikal di bahagian belakang rambut anak saya yang bongsu. Dan inilah hasilnya..





saya tengok tak ubah mcm arissa versi lelaki :P
ps : sila abaikan anak saya yang suka menggentel pusat..hehe

selesai turn adik, kakak pulak mengambil giliran. Dan inilah hasilnya..



siap saya belikan hair creme untuk menampakkan kesan 'wet and curl' pada rambut anak saya..:P

selesai di salun, saya hantar adik saya ke perpustakaan. Alang2 dah kesana, saya bawak anak2 masuk ke dalam library..tak sia2 sebab nampak gaya anak2 cukup seronok bermain di kawasan yang disediakan untuk kanak2..:P

sementara anak2 bermain (sambil sesekali membelek buku), saya tinggalkan anak2 bersama bibik dan keluar sekejap ke Hyper runcit berdekatan untuk membeli barang2 dapur

Sejam kemudian, sekembali saya ke library untuk mengambil anak2, saya tengok si kakak tengah diam mengadap buku, dan adik diam di atas tempat rak buku :)

Nampak gaya lepas ni setiap kali balik kampung, bolehlah saya membawa anak2 untuk sesi lawatan ke perpustakaan..:)

Wednesday, May 6, 2009

Anak-anak dan playground memang tak dapat dipisahkan

pagi tadi (dan pagi2 sebelum ini) saya membawa anak2 pusing2 di area taman perumahan diseberang jalan. Ssebelum ini, saya cuma membawa anak2 pusing2 di kawasan perumahan yang kami tinggal tapi nampaknya kini anak saya dah mula berubah angin dan sudah mula meminta untuk pergi ke kawasan perumahan yang terletak di seberang jalan.

Ketika orang lain berpusu2 hendak ke pejabat setiap pagi, terselit sebuah kereta wira bernombor plet WJQxxxx yang membawa 2 orang budak ke pusing2 di area kawasan perumahan ;)

Selama ni, cukup sekadar pusing2 sahaja. Tapi hari ni, sebaik saja saya sampai di kawasan taman permainan, anak saya yang pertama dah sibuk mengajak saya menaiki buaian. Waktu tu jam baru pukul 7:29 am. Ada lagi 31 minit sebelum saya menghantar anak2 ke rumah dan pergi ke pejabat

jadi saya memberhentikan kenderaan dan menyuruh anak saya pergi dahulu ke area playground sementara saya mengambil adik.

Selang beberapa minit bermain di buaian, saya pun mengajak anak saya balik sebab saya perlu ke tempat kerja. Kali ini cepat betul anak2 memberi kerjasama

setelah menghantar anak2 di rumah, saya pun bergegas ke pejabat dan tiba di pejabat tepat jam 7:58 am

tak tahulah untuk berapa lama saya harus mengulangi rutin yang sama setiap pagi, tapi yang pasti saya seronok dan akan terus mengulangi rutin ini selagi terdaya :)


sekadar gambar hiasan

Tuesday, May 5, 2009

malamku kesiangan versi second edition

dah beberapa hari anak2 saya mengalami batuk dan muntah yang disertai dengan demam panas di waktu malam.

semalam, saya terpaksa mengambil MC.

semalam juga, Mr hubby terpaksa tidur di atas lantai untuk memberi laluan kepada si kakak yang tidur sambil berpusing hampir 360 degree di atas katil. Mujurlah katil itu bersaiz king size, kalau tidak mungkin saya juga perlu mengikut Mr Hubby tidur di atas lantai.

lebih kurang jam 11:30 malam, si adik dah start batuk2. Lepas tu dia bagi hint macam nak muntah. Cepat2 saya angkat dia dan bawak ke dalam bilik air. Mujur dia hanya sempat muntah di atas badan saya di dalam bilik air

tak lama lepas saya membersihkan si adik, si kakak pun mula bangun dan berjalan ke bilik air. Sebaik dia sampai di depan pintu bilik mandi, dia pun muntah (macam tau2 je giliran dia untuk muntah :P)

so lepas dah settle membasuh muntah si kakak, saya bawak kedua2 mereka atas katil dan suapkan ubat demam. Alhamdulillah, kedua-duanya memberi kerjasama untuk makan ubat. Tak lama kemudian, saya pindahkan adik ke dalam baby cot dan tidur bersama si kakak di atas katil. Seperti biasa, sesi pusingan 360 degree berlangsung sehingga subuh pagi tadi :P

Malam ni tak tau lagi macamana, harap2 tak perlu lagi mengulangi rutin yang sama :(

Sunday, April 26, 2009

weekend lepas

Ini adalah sebahagian dari aktiviti saya di minggu lepas :

1) ke pasar tani untuk memborong stok barang basah (ayam, sotong, daging, sayur etc)

2) mengajar anak sulung saya mengayuh basikal. Akhirnya berjaya jugak dia kayuh beskal hingga ke playground. Basikal tu dibeli sebulan yang lepas, tapi baru semalam dia menunjukkan minat terhadap basikal tersebut.


it took her almost one month to start riding on her new bicycle..hmmm..penat beskal tunggu kakak tau!

3) bawak anak2 ke swimming pool, tengoklah si bongsu yang seronok mengayuh kaki dalam air :)









4) ke mini zoo di Kemaman. Malangnya, anak sulung saya yang seberat hampir 15kg tu asik nak berdukung sebab takut tengok haiwan dalam zoo :(

Monday, February 16, 2009

secebis kisah

smalam, waktu saya tengah sedap2 tidur dalam buaian, tiba2 mama angkat saya dan taruk saya dlm kereta..



arghh..mengantuknya..ke mana lagi nak di bawak saya ni



ntah apa la plak agendanya kali nih..sementara tu baik saya layan tido sekejap..



erm..di sini rupanya mereka bawak saya



kek apa plak nih..saya cuba nak mencapai tapi mama saya cepat2 jauhkan dari saya..sungguh kijamm



saya buat cubaan konon nak menangis tapi langsung tak mendapat perhatian



jom kita cuba sekali lagi, harap2 cubaan kali ni berjaya



ini lah rupa kek hari jadi saya yang tak seberapa itu



Thursday, February 5, 2009

bila doa dimakbulkan

anak2 saya diserang demam, batuk dan selsema lagi tempohari, hari dimana esoknya saya bakal menyambut hari jadi saya yang ke-31, tetapi saya menganggap perkara itu sebagai hadiah harijadi anak2 untuk saya :P

saya bawak afrina ke klinik petang itu, sewaktu doktor suruh dia bernafas sambil letakkan stetoskop di belakang bahunya, dia terus berhenti bernafas..saya tak tahu macamana cara dia hentikan pernafasan tapi doktor langsung tidak dapat mendengar heart beart anak saya dari corong stetoskop tersebut untuk mengetahui batuknya itu disebabkan kahak yang banyak atau sebaliknya, dia cuma kelip-kelipkan mata bila saya suruh dia bernafas

there was a time bila dia muntah, and kesan muntah tersebut tertinggal dibajunya, dan masa itu lah doktor perasan bahawa muntah dia telah bercampur dengan darah..berderau darah dibuatnya tapi lepas dia periksa kerongkong anak saya, jelas menunjukkan bahawa terdapat luka di kawasan kerongkong disebabkan kekerapan dia meneran untuk mengeluarkan muntah sejakdari pagi lagi..

saya membenarkan doktor memasukkan ubat melalui lubang anus untuk menahan dia dari terus muntah bila batuk. Alhamdulillah, malam itu dia tidur lena sampai pagi..

keesokannya, dia sudah pulih seperti biasa cuma batuknya masih belum sembuh sepenuhnya..

arissa cuma selsema dan batuk mungkin sebab berjangkit..

ada satu sahaja perkara yang saya pohon sewaktu anak2 tak sihat tempohari, iaitu untuk Allah beri saya segala kekuatan dan kudrat untuk menjaga mereka sehingga mereka sembuh sepenuhnya..

saya bersyukur sebab doa itu dimakbulkan

sekainsekian

Wednesday, February 4, 2009

jawapan kepada persoalan

melihat anak2, saya terfikir alangkah seronoknya menjadi mereka..kadang2, sengaja saya ajukan soalan kepada suami saya walau pun saya sendiri dah ada jawapannya :

"yang, derang tau ke yang kita ni mak bapak derang?"
"yang, derang penah ada masalah ke? penah tak derang pikir cemana nak dapat duit, cemana nak beli susu, cemana nak bayar hutang ni, hutang tu.."
"kenapa yang sulung ni suka nangis yang?"


dan jawapan kepada persoalan saya itu dijawab dengan penuh ikhlasspontan oleh cik abang saya

























































































"tak tahu lah yang.."

Wednesday, January 28, 2009

their pics

just wanna share some pics taken yesterday ;

ambik gambar kandid sewaktu nak menuju ke parking lot from tesco, tak sure apa motif kakak tutup mata, rasanya sebab silau kot?







pics taken during our journey back to Kerteh ;










Monday, January 12, 2009

Arissa dan cool fever

i was on MC yesterday..arissa demam panas and dah 2 malam jugak dia asik merengek di tengah2 kepekatan malam..sesekali dia akan muntah..

as for me, 2 malam jugak la aku kena berjaga, pukul 1 dia bangun minum susu, and proses nak menidurkan dia semula akan mengambil masa lebih kurang 1 - 1 1/2 jam..pukul 4 dia bangun semula dengan kepanasan badan yang agak ketara..

orang kata, bila anak2 tak sihat, mak bapak pon akan turut sama merasakan kesannya..:(

on the other note..I will be in KL tomorrow morning.. am taking flight from Kuantan at 10 am, ada training di Menara perak berhampiran KLCC..from 3 -5 pm..my return flight to Kuantan will be at 10 pm, sempat la nak ronda2 di KLCC and KLIA :)

Tuesday, January 6, 2009

ulangtahun kelahiran

hari ini genaplah usia arissa 10 bulan 3 hari, lagi beberapa minggu untuk dia menginjak usia 1 tahun, seperti sambutan sebelum2 ni sewaktu menyambut hari lahir afrina, biasanya kami mengadakan sambutan hari jadi di restoran2 seperti McD dan KFC, tp kali ni kami bercadang menyambutnya secara sederhana sahaja. Bukan kerana kami membezakan2 mereka, tp berdasarkan pengalaman, tidak sesuai rasanya berhabisan duit beratus-ratus di usia anak2 seawal 1 atau 2 tahun. Di usia sbebegini pastinya mereka tak tahu merasai keseronokan sepertimana kanak2 lain..

tunggulah bila usia mereka dah menginjak 4-5 tahun, di waktu ini bukan lagi kami yang merancang menyambut hari ulang tahun kelahiran untuk mereka, tp pastinya permintaan itu datang dari mereka sendiri..

arissa dengan 2 batang gigi-nya

Thursday, October 16, 2008

kisah anak2 terkurung

something which is quite bad happened to my kids this evening, bila mana mereka terkunci kat dlm bilik master..waktu tu bibik tgh bancuh susu di dapur, and me for some reason was chit chatting with bibik in the kitchen, so lepas susu dah siap..i went straight to my room, memang awal2 dah tau afrina dlm bilik sbb terdengar dia tutup pintu kuat2 sebelum tu..

pulas tombol tak dpt..sah la nih anak aku kunci pintu dari dalam..yang best nya, dia cuma tahu tekan punat di tombol pintu tp tak tahu nak pulas tombol tu balik..

puas la melilau cari kunci (walhal dah tau kunci bilik ada dlm locker inside master bedroom...waaa)

lepas dah cuba bukak ngan semua key yang ada, aku cuba jerit dr luar suruh afrina pulas tombol, dia cuma ikut sebut pulas tp tombol tu takde pon mcm rupa kena pulas..ihhhh

luckily dekat pintu rumah sewa kami ada tertampal nombor yang blh dihubungi in case ada emergency..so i went to call the helpdesk line..it was already 6 at that time but luckily there was someone picking up the phone...waktu ni dah blh kedengaran sayup2 suara afrina meraung..:(

then aku pegi balik ke pintu bilik and tell her to relax, after that dah senyap tak dgr apa2 suara lagi..

tunggu2 lama gak la around 10 mins, then i went outside and jerit nama afrina untuk selak tingkap langsir..walau pon tingkap berkunci but i still managed to see her and arissa dari luar..siap dah meleleh2 hingus afrina..arissa plak dlm baby cot tp steady je siap boleh senyum2 plak bila nampak mama lambai dia dari luar tingkap..it is lucky that I on the aircond when I landed arissa in her bed

tunggu nak dekat 5 mins tak gak muncul2 org helpdesk tu i suddenly ternampak la satu keta satria putih with 2 guys inside the car and dengan selamba nya stop them..gedebak gedebuk salah sorang mamat tu mintak spanar untuk cungkil tombol pintu..while derang tgh bertungkus lumus nak mengumpil tombol pintu tu, baru la mamat helpdesk tu sampai, siap bawak kunci spare but still takle pakai gak..so he went to guna kaedah lalukan file yang ala2 laminate tu and after few times trying, alhamdulillah pintu berjaya di buka..

waktu tu aku kat luar and as soon as pintu dah berjaya di buka I ran inside the house..tengok afrina dah terduduk di bucu katil, tgh standby untuk meraung kali ke-2..

lesson learn for her not to close the door again and for me to leave the spare key kat luar, bukan dalam bilik !


sekadar gambar hiasan

Tuesday, September 9, 2008

Arissa is 204 days or 29 weeks old

read this article from parenting weekly..

"Your baby is gaining strength and mobility and is able to sit unassisted for longer periods..."

so weekend lepas i tried to snap some of her pictures while I put her on the sofa..









tgh ambik gambar, suddenly I lost her angle from the camera..rupa2 nya dia dah tertunduk dah..



siannya..

Monday, August 18, 2008

6 month already

lama gak tak tulis entry, mode melahu agaknya

my sencond child is 6 month 3 days old today, sepatutnya 14hb tu mmg plan nak tulis, tp byk sgt last minute agenda, so mmg takle mengelat la

ni gambar2 sewaktu kami ke palyground and pantai smalam..seronok posing 3 beranak, bibik jadi mangsa snap gambar..:)











Tuesday, July 1, 2008

Mengantuknya

tgk title kali ni pon dah buat aku menguap 2-3 kali, smalam lepas waktu pejabat, lepas dah makan sumer, kitorang gerak ke klinik, waktu tu dah 6 lebih dah, after dah bg arissa nab, terus balik umah, on the way tu, ternampak la kepulan asap di perumahan rantau bukit, kitorang duduk rantau laut, bila check2 rupanya derang buat fogging :)






pg td, pkl 3 arissa bgn and after bg susu and masukkan ubat dlm hidung dia, tepuk2 sampai la nak dkt pkl 5 br dia tido..pg td before ke pejabat kitorang ke klinik untuk nab lg, and this time doktor bg additional ubat untuk cairkan kahak dia, so td lepas dah hantar arissa+afrina ke rumah babysitter, kitorang bekfest dulu, and hr ni aku sampai di ofis tepat pkl 10 :(

time2 camni kalau ada yang tak paham nasib la kan..esp yang blom kawin tu, atau yang dah kawin tp anak2 mereka tak pernah sakit(ada ke ek?).. mungkin mereka tak paham situasi mcm ni..time2 mcm ni la kena korbankan masa dan tenaga, aku cuma mampu berdoa moga arissa cepat sembuh so that aku dah tak perlu nak dtg lambat ke pejabat mcm hr ni..

afrina yang melasak kat klinik....:)

Monday, June 30, 2008

no title

smalam aku EL, hr ni half day, arissa dah 2 hr berturut tak lena tido, siang malam tak tdo, awalnya dia selsema, sekarang dah bertukar batuk + selsema, bila batuk dia akan muntah, so smalam kami bawak dia ke klinik, mula2 ke klinik di Bandar baru kerteh, tp yg ada cuma doktor ganti, kemudiannya kami ke klinik di awana, pon doktor ganti, lastly, kami ke klinik berhampiran dgn tempat tinggal kami, doktor bg ubat yg blh buat dia tido, tpnya sampai ptg dia asik berjaga, bila tido dia asik terbatuk, and bila batuk dia muntah terus tak jadi nak sambung tido,

malam tu, kami ke klinik untuk bg nabulator (as suggest by the doctor),



alhamdulillah smalam dia tido lena sampai pkl 5 pg, pg td kami ke klinik lg untuk nab, ptg nanti mungkin ke klinik lg untuk nab, mula2 kami ingat kalau still tak OK nak refer ke KSH je, tp kata doktor kalau kami refer ke KSH cara yg sama mereka akan buat, which is to give nab every 4 hrs, bila pk2 kami decide not to refer to ksh and better ulang alik ke klinik je, hopefully arissa boleh cepat sembuh dengan cara ni..