tahun ini adalah merupakan tahun ke-2 saya menggunakan perkhidmatan e-filing untuk mengisytiharkan pendapatan saya.
Dan sehingga kini juga saya masih tertanya2 akan ketelusan sistem yang digunapakai bagi mengetahui kesahihan data yang dimasukkan dalam sistem tersebut. Berikut adalah merupakan persoalan yang sehingga kini masih belum terungkai ;
1) Jika saya memilih untuk membuat penilaian secara berasingan, bagaimana sistem ingin megetahui bahawa pelepasan anak tidak digunapakai oleh kedua-dua pasangan samada di pihak suami atau isteri? Sebagai contoh, saya mempunyai 2 orang anak, jika saya memilih untuk membuat cukai secara berasingan, bolehkah saya menuntut RM2000 sebagai pelepasan anak? adakah sistem itu 'clever enough' untuk mengetahui suami tidak menuntut pelepasan yang sama ke atas anak2?
2) Persoalan yang sama seperti di atas, bagaimana pula dengan insurans ke atas anak2? Sebagai contoh, sebelum ini, suami membayar insurans sebanyak RM200 setiap bulan (bersamaan RM2400 setahun). Bagaimana sistem ingin mengetahui bahawa pelepasan terhadap insurans hanya boleh dituntut oleh suami saya sahaja?
3) Untuk pembelian majalah, derma etc, berapa lamakah masa yang harus ditunggu untuk melupuskan kesemua resit-resit yang ada untuk tujuan penyemakan oleh pihak LHDN?
4) Seandainya kami mempunyai side income, dan kami memilih untuk tidak mengisyhtiharkannya di dalam e-borang, adakah sistem yang digunapakai itu 'clever enough' untuk mengetahui akan perkara itu?
Sekian.
Showing posts with label I am confused. Show all posts
Showing posts with label I am confused. Show all posts
Tuesday, April 14, 2009
Subscribe to:
Posts (Atom)
