Showing posts with label bibik. Show all posts
Showing posts with label bibik. Show all posts

Friday, November 13, 2009

Mau sambung lagi buk

Since bulan 7 nanti saya satu family dah booking flight ke Jakarta, dan kebetulan bulan 7 tu jugak kontrak bibik akan tamat

Jadinya pagi tadi, lepas sesi perbincangan dengan cik abang, saya tanya bibik samada dia masih berminat nak sambung kontrak atau nak terus balik ke Indon bulan 7 nanti

Jawapan dia..kalau saya sudi, makanya dia nak sambung setahun lagi (dalam hati, dalam pada saya duk sound, marah2, dia masih tak kisah nak bekerja dengan saya :) )

Jadinya baru sekejap tadi, saya pergi ke sini lagi..belek punya belek at last dpt jugak seat ke Medan, RM25 sahaja untuk return flight..saya bagi peluang bibik balik selama 2 bulan starting 22nd Jul until 21st Sept 2010 sbb nak bagi dia chance beraya kat sana dengan her family even though dia cuma mintak balik sebulan

dalam masa yang sama, saya buat perjanjian dengan bibik, since sebelum dia balik saya kena renew permit dia siap2, maka duit gaji dia saya kena pegang separuh sebagai cagaran in case dia berubah fikiran takmo datang sini lepas dah tengok muka anak laki dia karang

kena play safe di situ..dibuatnya dia berubah fikiran..sape yang naya?

Sunday, October 4, 2009

Different people with different opinion

Di pejabat saya, ada seorang ofismate yang agak kurang disenangi disebabkan perangainya yang boleh dikatakan suka backstabbing. Saya namakan ofismate saya ini sebagai Puan A sahaja.

Kalau ditanya pendapat saya, saya rasa Puan A lebih kepada sifat berterus terang, dan bukannya untuk tikam belakang mahupun untuk menindas orang lain

Smalam, saya menghadiri Open house di rumah majikan saya. Sesampai di sana, Puan A sedang menikmati hidangan laksa penang dan disebelahnya adalah suami Puan A.

Sewaktu hendak mendapatkan tempat duduk di sebelah Puan A, cik abang saya bertanya kalau2 saya ternampak kelibat bibik dan anak2 saya. Rupa2nya bibik saya (dan anak2 telah terlebih dahulu masuk ke dalam rumah untuk bersalam-salaman dengan orang di dalam rumah). Kebetulan pula, makanan di rumah majikan saya itu dihidangkan di kawasan porch jadi saya tidak bercadang untuk masuk dan bersalaman dengan orang2 di dalam rumah.

Bila saya tengok Puan A, (with the expectation that Puan A akan mengutuk bibik saya sebab pandai2 masuk dalam rumah tanpa meminta kebenaran saya)..nak tau apa reaksi dia?

"itulah orang beradab namanya..kita ni je yang kurang adab"

Saya pun diamkan aje. Ada benarnya juga statement yang diberi oleh Puan A.

Setiba di pejabat pagi ini, saya menceritakan pula perkara yang sama kepada ofismate saya yang lain

dan reaksi yang saya terima..

"kenapa bibik u tu over-friendly sangat??"

see..different people with different opinion..itu baru 2 orang yang bagi pendapat, dibuatnya 10 orang..mampu sengih je ler :P

Tuesday, July 7, 2009

Another one year to go

Permit bibik saya bakal expired pada 14hb July 09 ini. Pejam celik, dah hampir setahun dia berkhidmat dengan saya..

seperti di entry MN sebelum ini, saya tak berani nak menjangka samada bibik saya masih sudi, atau mungkin saya sendiri yang tidak sudi untuk terus menyambung kontrak bibik saya pada tahun hadapan, semuanya bergantung kepada masa dan keadaan

Ada sesetengah pendapat menyatakan, kebanyakan PRA yang disambung kontrak setelah habis tempoh kontrak selama 2 tahun akan mula menunjukkan perangai sebenar sebab mereka rasa mereka memainkan peranan penting dalam keluarga majikan mereka, konon2 macam tanpa aku siapalah mereka dan keluarga mereka :P

Pokonya (pinjam ayat bibik saya), semuanya bergantung kepada PRA itu sendiri, lain orang, lain sifat dan perangainya..

Tuesday, March 31, 2009

Lagi kisah pasal resit

Para2 pembaca sekelian

Sila lihat gambar di bawah (yang bertanda)



ianya merupakan resit senarai barang2 yang telah dibeli oleh pembantu rumah saya sewaktu menyertai kami shopping sambil pejam mata di Giant tempohari. Awal2 lagi saya dah siap pesan kepada bibik

"bibik nak ambil apa2 pun boleh, tapi nanti saya potong gaji"


sepantas kilat, bibik saya memilih dan memasukkan barang2 yang hendak dibeli ke dalam troley.

Hari ini, saya bercadang untuk memindahkan duit di dalam akaun saya ke dalam akaun bibik untuk membayar gajinya di bulan ini

Masalahnya, Mr Hubby seakan2 tidak bersetuju bila saya menyatakan hasrat untuk hanya memasukkan RM327 (disebabkan keseluruhan jumlah harga barang yang di beli oleh bibik saya tempohari adalah bersamaan RM73). Dia tetap bertegas untuk menyuruh saya memasukkan RM400 kerana tidak mahu timbul issue dikemudian hari kerana ianya melibatkan duit gaji orang. Lagipun, dia kata apalah sangat nak dibandingkan RM70 tersebut jika dilihat dari sudut positif dia menjaga anak2 sewaktu ketiadaan kami di rumah

Persoalannya, sedari awal sudah saya nyatakan kepada bibik bahawa dia boleh ambil apa yang dia mahu dengan syarat saya akan memotong gajinya

tambahan lagi, barang2 yang dibeli bukanlah termasuk dalam kategori barang2 keperluan, contohnya Fair & lovely, Losyen safi, syampu rejoice, tuala wanita yang mempunyai sayap (even saya pun pakai yang takde sayap!), sabun badan dettol dan rexona!. Pada saya itu semua sudah lebih dari keperluan dan tidak termasuk dalam skop majikan untuk memastikan pembantu rumah mereka dibekalkan dengan barang2 sebegini.

saya rasa tetap ingin dengan keputusan untuk hanya memasukkan RM327. Bukan nak berkira tapi saya dah nekad tak nak bagi muka lagi..

what do you people think??

Sunday, February 8, 2009

Adegan saspen di pagi hari

bibik saya seorang yang kuat makan, banyak orang komplen tentang badannya yang bagai di pam2 sejak dia bekerja di rumah saya

saya bukanlah jenis yang suka nak memerhati samada bibik saya seorang yang kuat makan atau jenis yang tak suka makan,as long dia menjalankan tugas dan kewajipannya seperti yang diharapkan, itu sudah memadai

semalam, kakak kepada suami saya datang bertandang ke rumah untuk melawat anaknya yang tinggal bersama kami, saya tak tau apa yang dibualkan oleh bibik yang bekerja dengan kakak ipar saya sewaktu mereka berbual2 di luar rumah petang semalam

tetapi, apabila saya bangun pagi tadi seawal jam 5:30 pagi, saya lihat lampu spot light di belakang rumah terpasang dengan terang benderang, sebelum itu, saya terdengar bunyi kerusi meja dan saya agak tentu bibik sudah bangun untuk mengemop lantai sepertimana biasa

sesampai di dapur, saya nampak sekilas bayangan orang berlari, saya agak tentu bibik saya sedang mundar mandir di belakang rumah,

sekali lagi saya nampak kelibat orang tetapi kali ini dia berlari dalam arah yang berlawanan

saya tengok ke arah kelibat itu.....




























rupa2nya bibik saya tengah jogging

buat saspen aje