Showing posts with label hari raya. Show all posts
Showing posts with label hari raya. Show all posts

Tuesday, October 27, 2009

Entry bergambar

satu2nya gambar (yang ada image saya) yang di rakam oleh sahabat saya sewaktu jamuan aidilfitri merangkap majlis ulang tahun cik abang saya tempohari..

itupun gambar dari belakang (berpeluh2 saya di buatnya)



senarai makanan di meja utama..gambar dari meja no 2 takde lah pulak



Selesai majlis di petang hari tersebut, saya terjelepuk kepenatan di atas sofa.

Dan ini satu2nya quote dari mertua saya

ini baru majlis hari raya..belum lagi majlis kahwin :P

Wednesday, October 14, 2009

dimana ada open house, disitu ada ...

*kalau rajin sila isi tempat kosong di atas ;)

minggu ini dan minggu lepas adalah minggu untuk menghadiri jemputan rumah terbuka

minggu depan, hari Selasa, insyaAllah rumah saya pula akan di buka untuk semua orang..sebenarnya ini merupakan kali ke-2 saya mengadakan jamuan rumah terbuka pada tahun ini.

Yang mula2 dulu, saya buat sewaktu hari raya ke-4 dan waktu itu cuma 2-3 kerat dari rakan sepejabat yang datang..

Untuk jamuan kali ke-2, juga merangkap jamuan untuk meraikan salah satu dari tarikh penting (sila search for tarikh2 penting dalam blog ini sekiranya ingin mengetahui dengan lebih lanjut ;P), saya bakal mengundang jiran2 satu lorong dan seluruh rakan2 sepejabat

dan pada tarikh itu nanti, saya akan menempah bukan satu, tapi dua kek SR untuk di jamu kepada para tetamu

menu selebihnya adalah menu default eg nasi hujan panas, ayam masak merah, sate, kuah nasi himpit, ketupat daun palas, lemang, rendang ayam, puding cocktail, kuih raya, tapai pulut etc

ada sesape yang baca blog ni yang sudi nak datang ke?? ;)

Monday, October 13, 2008

mini open house

koleksi gambar sewaktu raya gathering at our house last week merangkap jamuan farewell for one of our oficemate who is leaving the company..

majlis diadakan di kediaman kami merangkap mini open house just open for our department members only..:)

borak2 dulu sementara nak cukupkan quorum




budak2 main kotak..er silap, main bunga api laa



menu yang dihidangkan secara pot-luck



buat kopi pon nak amik gambar ke ?



apa la tu yg dibualkan




pose sebelum balik..

Thursday, October 9, 2008

Sinopsis Raya

Isnin 29 sep 08 : gerak balik temerloh pkl 5:30 after office hour. Sampai temerloh around 9:30 pm..mlm tu tidur lewat around 12:30 am :(

Selasa 30 sep 08 : pagi2 keluar pegi town cari manik nak tampal pada baju kurung..managed to buy 20 pieces small diamonds at only RM9

ptg tu pakat tlg sediakan bahan untuk buat lemang

had a small argument with bibik and remind her not to go against me as her majikan..tau pon takutt

Rabu 1 oct 08 : bangun around 7 am, terus mandi and siap2 pakai baju raya untuk solat raya, managed to bring afrina untuk solat, dia sedia bagi kerjasama berdiri kat sebelah while tunggu mama habis solat hari raya :)

balik dari surau, sesi bersalam salaman bersama mak mertua, hubby, biras, sanak saudara etc

bibik plak buat drama nangis sambil mintak ampun..

pagi tu kami just pegi beraya di rumah sebelah, lepas tu baring kejap and tghari layan tetamu yang dtg dr karak..

lepak sampai petang then pegi rumah kawan hubby merangkap anak bekas YB..tinggi rumah dia sayup je waktu panjat tangga..

mlm tu pergi beraya di rumah kak long merangkap kakak sulung hubby di bandar temerloh ..on the way nak balik nampak ada Old town white coffee terus ajak hubby menyinggah

Khamis 2 Oct 08 : pagi2 lagi dah bangun untuk gerak balik KT, singgah R&R Gambang untuk breakfast, and sampai rumah my mom around 1 pm, borak2 then terus pegi beraya di rumah sedara

ptg tu just melayan org2 yg dtg beraya di rumah

my mom is not doing well sinc ebalik dr mekah so mlm tu ajak dia pegi klinik..was so crowded with people, dah nama pon the only clinic yg bukak in town, so org terjah kat situ je la..managed to buy some medicine for mom

Jumaat 3 Oct 08 just lepak sampai tghari then siap2 sbb my sis mintak hantarkan dia ke Mydin mall untuk beli barang bawak balik UK..drop her at Mydin Mall then pegi klinik lg sekali since my mom didn't get to see the doctor the night before..

doctor say everything seem ok with her lung but my mum just need to continue taking the medicine..

then singgah SR, semangkuk mee kari, appletizer, caffe latte, fresh watermelon, sepotong white chocolate macadamia that costs us nearly RM50 !

hantar hubby pegi solat jumaat then join my sister at Mydin Mall..balik rumah then terbongkang sampai pkl 5., after that gerak pegi rumah my father di Ajil, lepas maghrib gerak balik kerteh

seminggu tak balik rumah so sesampai di kerteh malam tu betul2 rasa relieve ;)

Thursday, September 25, 2008

Kek lapis, cheese cake and bermacam2 kek

lately asik teringin nak makan kek, and so far dah tempah 4 jenis kek untuk raya nanti..jenuh la nak habiskan nanti nih

ada kek lapis keladi, kek lapis ketam madura, kek lapis serawak perasa blueberry and not to forget Peach marble cheese kek yg ditempah khas dari sini :)

ni tak masuk lagi dengan tempahan maruku, chocolate chip almond, kerepek bawang, kerepek gunting, tart nenas, etc

ih tak sabarnya nak raya..*sigh*