Showing posts with label it's my birthday. Show all posts
Showing posts with label it's my birthday. Show all posts

Wednesday, February 3, 2010

Setahun sudah berlalu..

February muncul kembali..

dengan kehangatan semalam..

tanpa ku sedari..

hari ni genaplah diri ini berusia 32 tahun..:)

Tuesday, February 3, 2009

a big thank you

di hari ulang tahun kelahiran ini, saya tahu masih ramai yang mengingati saya..

terima kasih kepada

suami saya di atas ucapan selamat hari jadi waktu dia nak tido pukul 10 malam tadi, dalam pada tu sempat jugak ajak saya pegi McD untuk pre-celebrate birthday saya tapi saya cuma gelengkan kepala..

mak saya yang tak lupa membuat ucapan melalui panggilan telefon (saya tau mak saya tak reti tulis sms walaupon handphone dia lagi canggih dari saya punya :P )

Arnei, shikin, wan, hana, anis, azlan yang sudi memberikan ucapan melalui facebook

Ms Lola, Mama Adib, Yan, Lia, BZmum dan Umi Sufira yang sudi memberikan ucapan melalui laman blog saya :)

Azura dan Yan (sekali lagi) yang sudi menghantarkan ucapan melalui SMS

Celcom 019 yang sudi menghantarkan ucapan juga melalui SMS dengan hadiah berupa penghantaran SMS kepada 50 orang secara percuma (T&C apply)

Carlo rino yang juga sudi menghantar sms dengan hadiah berupa 30% potongan ke atas pembelian barangan carlo rino

kawan2 sepejabat yang sudi memberikan kad ucapan and present (dah tua2 pon still dapat present :) )

meadjohnson yang juga sudi menghantar ucapan melalui email

Lovely lace yang memberikan 20% diskaun untuk pembelian barangan lovely lace di bulan february

dan terakhirnya kepada Aussino yang turut menawarkan diskaun sebanyak 40% ke atas pembelian barangan berjumlah RM600 di aussino

waktu lunch tadi, suami saya telah membawa saya dan anak2ke Secret recipe(sebab itulah sahaja satu-satunya tempat yang ada di bandarpekan kerteh ini) untuk meraikan sambutan hari jadi saya..

anak2 tak dapat ikut serta atas faktor-faktor kesihatan..

selepas menikmati irish lamb stew (terpeleot lidah nak sebut nama menu nih), suami saya telah membelikan saya sebiji kek untuk dijamu kepada rakan2 di pejabat..ini lah rupa kek itu


rupa kek hazelnut cheese yang agak horrible, rasanya quite OK but still tak boleh lawan white chocolate macadmaia, choc indulgence and choc banana..


dan ini tuan punya kek itu :P

dalam pada itu, terjadi lagi satu insiden dimana cashier di Secret recipe tadi seakan tidak percaya bahawa sugar doll tambahan yang saya beli itu adalah untuk anak saya itu

menangkap perbualan itu :

cashier : sugar doll tu utk siapa
saya: untuk anak saya
cashier : awk dah ada anak ke?
saya : dah masuk dua orang pon (sambil buat muka blur)
cashier : ye ke? macam takde rupa mak orang pun..
saya : (apa2 la labu, janji ko bahagia)

Monday, February 2, 2009

3.1 series

sengaja saya tak update blog beberapa hari nih sebab kononnya macam nak buat surprise..surprise untuk diri sendiri..hehe

tinggal beberapa jam lagi saya akan menyambut hari ulang tahun saya yang ke-31, to be precised, saya dilahirkan tepat jam 3:02 pagi tanggal 3 Feb 1978 (dah lama sebenarnya saya joined the 3 series club, cumanya bmw 3 series je yang belom nak dapat dipakai lagi ;) )

saya bersyukur di usia sebegini saya dikurniakan dengan 2 orang puteri, seorang suami yang sentiasa sabar dengan karenah isterinya (walaupon kadang2 tu boleh buat dia hilang sabar) dan diberikan rezeki yang tak pernah putus..alhamdulillah..

semoga dengan peningkatan usia ini akan terus meningkatkan azam saya untuk :

terus berusaha dalam membantu hubbymemantapkan lagi ekonomi keluarga kami..
berusaha untuk menjadi lebih matang (kalau boleh tak nak lagi merajuk sepanjang tahun nih)
berusaha menjadi lebih bersabar dalam melayan karenah anak-anak


semoga dipermudahkan urusan dan sentiasa mendapat berkat dari-Nya

sekian