Showing posts with label petua. Show all posts
Showing posts with label petua. Show all posts

Friday, March 6, 2009

Petua tali pusat

bersempena hari Jumaat yang mulia ini, saya ingin berkongsi satu lagi petua..petua ini dinamakan petua tali pusat :)

saya mengamalkan petua ini terhadap kedua2 orang cahayamata saya, iaitu :

selepas sahaja tali pusat mereka tanggal (biasanya hari ke-5 hingga ke-10 kelahiran mereka), sila simpan tali pusat mereka di dalam satu bekas. Apabila mendapat cahayamata seterusnya, simpan tali pusat itu di dalam bekas yang sama, sehinggalah anda rasa dah tak larat nak mengandung lagi, bolehlah ditanam kesemua tali2 pusat itu di dalam lubang yang sama.

Petua ini saya dapat dari mak saya, bertujuan untuk mengelakkan anak2 anda dari bergaduh sesama sendiri, pendek kata, agar mereka sentiasa sepakat sesama adik beradik..



sekian

Thursday, March 5, 2009

Petua dari bonda untuk yang bergelar bonda-bonda sedunia

Ramai ibu bapa kadang-kala terlalu tertumpu dengan tugas seharian sehingga lupa untuk menasihati anak-anak ketika anak sedang tidur.

Ini ada satu petua dari ibu saya email yang di forward kepada saya :P

1. setiap malam apabila anak tidur hendaklah kita wiridkan Ya Latif ke umbun2 ubun2 kepalanya sebanyak yg mungkin atau memadai 100 kali.

2. membaca surah al fatihah 1 kali, alam nasyrah 1 kali

3. bercakap-cakaplah dengan anak ketika dia sedang tidur dengan menyeru kepada nama penuhnya berbinkan atau berbintikan kepada kita sebagai ibu kandung mereka. percakapan itu hendaklah berupa nasihat, pujian dan berceritalah tentang perasaan kasih sayang kerana sesungguhnya percakapan kita kepada anak yg sedang tidur itu sangatlah bekesan kepada jiwa dan rohnya.

4. apabila kita sedang berbual-bual dengan anak sewaktu dia sedang tidur kita akan lihat matanya bergerak-gerak, walaupun dia sedang tidur.

5. ayah dan ibu hendaklah selalu menyapu air lebihan wuduk yang ada pada kita misalnya air yang masih basah di tangan ke muka dan umbun-umbun anak.

Cubalah petua itu dan insyaAllah kesannya akan anda dapat dilihat sendiri.

Selamat mencuba....