Showing posts with label puasa. Show all posts
Showing posts with label puasa. Show all posts

Tuesday, September 15, 2009

Sape yang belum tinggal posa?

Silalah angkat tangan..:P

yang sebenarnya..saya pun belum menerima kedatangan sahabat baik saya di sepanjang ramadan ini..

saspen sungguh dibuatnya..tapi pada firasat saya.. mungkin Dia nak bagi peluang untuk saya berpuasa penuh tahun ini..mungkin juga Dia nak bagi peluang kepada saya untuk lebih byk melakukan amal ibadat di sepanjang ramadan ini..who knows, right?

harap2 besfren saya akan datang menjelma di pagi raya nanti :P

Wednesday, September 9, 2009

Suatu hari di mahkamah seksyen

Hari ini saya amik EL sebab nak teman cik abang pegi mahkamah..seawal jam 9 pagi dan ditemani anak2, saya berjalan beriringan dengan mereka memasuki perkarangan mahkamah Kuantan dengan muka orang tak bersalah :) (saya perasan orang sekeliling asik je memandang ke arah kami sebab biasanya yang bawak anak2 tanpa suami disisi mesti disebabkan oleh masalah rumahtangga :P)

nak tau kenapa?

kisahnya..cik abang saya menghadapi masalah untuk memperbaharui lesen memandu yang telah tamat tempoh minggu lepas, lepas dah further check dengan JPJ, rupa2nya terdapat kes sebuah motor Yamaha yang dibeli oleh cik abang saya (yang dipinjam oleh sahabatnya di zaman dahulu kala dan sehingga kini ianya tidak dipulangkan kembali) telah sangkut di JPJ Kuantan disebabkan road tax yang telah tamat tempoh dan tiada insuran..ni kes kawan makan kawan la nih..

kawan cik abang saya ni pulak, sejak kami kahwin, derang terus lost contact..dan langsung tak dapat dikesan...

................

bermacam2 perangai orang yang boleh dilihat diperkarangan mahkamah..ada yang bawak beg besar..ada yang menangis tesedu2 sambil memeluk sedara mara..ada yang tangan bergari..pendek kata kalau saya temuramah orang2 dimahkamah silap2 ada yang dapat penampar free tu takde yang tidak mempunyai masalah masing2..

setelah sesi mengadap tuan hakim, maka cik abang saya diputuskan membayar denda sebanyak RM300..itupun setelah dia memberitahu Tuan hakim bahawa dia hanya bekerja kampung dan mempunyai tanggungan seramai 5 orang..:P

selesai urusan di mahkamah, kemudian kami ke JPJ untuk memperbaharui lesen memandu, insuran dan cukai jalan motor yang telah disita tersebut..sambil2 tu..sempat jugak saya memerli cik abang saya

"lain kali, buat baik berpada2 ye yang, buat jahat jangan sekali"

dan sindiran saya itu dijawab kembali dengan kata2 begini

"Allah sentiasa melindungi orang2 yang teraniaya"

well..selain dari pengalaman pertama membuat sesi lawatan di mahkamah, hari ini juga merupakan hari pertama saya berasa teramat2 letih..cukuplah kali pertama dan terakhir pergi ke mahkamah..

Tuesday, September 8, 2009

Bagaimana rasanya kalau sambut raya di rumah sendiri?

So far, saya tak pernah lagi..kalau tak di rumah mak saya, pulang ke kampung cik abang lah jawabnya..apa kes pagi raya nak duduk rumah sendiri whilst jiran2 sekeliling sumer pakat balik kampung..gilo ko apo?

tahun ini pulak giliran cik abang saya kena kerja, jawabnya, tingallah kami 3 beranak saje beraya di rumah mak saya..*tisk*

persiapan raya..nak kata hectic tu..tak de la sgt..lagi pulak persiapan untuk anak2 memang dah lama settled. Tinggal lagi untuk mak budak, baju melayu untuk mr hubby and baju kurung bibik je yang belum ambik

untuk kuih raya, saya order secara online kat sini, belum lagi termasuk yang tempah secara tak online :P

another 12 days to go..sedih nak tinggal Ramadhan but at the same time tak sabar nak tunggu kedatangan Syawal..camno tu?

Tuesday, August 25, 2009

Bulan puasa bukan setakat bulan untuk meguji tahap kesabaran fizikal dan mental

..

tetapi juga bulan untuk menguji skill masakan saya

sepanjang 4 hari berpuasa, saya masih belum berkesempatan menjejakkan kaki ke Bazar Ramadan

hari pertama berpuasa, saya balik rumah mak saya di kampung (waktu ni skill masakan belum benar2 teruji)

hari kedua, saya masak ayam masak kurma sebagai menu utama (menu sampingan tak perlu lah dinyatakan)

hari ke tiga, iaitu semalam, tekak ini tiba2 terasa nak makan

1. lauk sardin
2. sotong bakar
3. air asam
4. sambal tempoyak

Memang betul2 selera kampung

Nak tau berapa lama masa yang saya ambil untuk menyediakan kesemua yang di atas?

Sesampai di rumah tepat jam 6:05 ptg, saya bergegas menonton rancangan kegemaran Wadi Unung di Astro Prima. Cerita tersebut bakal tamat pada jam 7 petang. Pada waktu tayangan iklan, saya menyelinap ke dapur untuk menyediakan bahan 3. Pada masa yang sama, saya mintak bibik tumbuk cili api untuk dijadikan sambal tempoyak.

Sebaik selesai tayangan Wadi unung tepat jam 7, barulah saya memulakan aktiviti menyediakan Menu masakan 1 dan 2. Tepat jam 7:24 pm, semuanya sudah siap terhidang di atas meja :)

Apa pula menu yang bakal menguji skill masakan saya hari ini? kita tunggu entry seterusnya..

Wednesday, September 10, 2008

10 hari di bulan puasa

just got back from cimb bank, pejam mata keluarkan RM2K to be invested in Public Mutual..

so lepas dah pergi bank, balik ofis and pass the money to my agent..kebetulan the agent ada hal kat kerteh hari ni..and i already told her previously that I want to top up some amount into my investment account..ok la dari tak menyimpan langsung..atleast boleh nampak kat mana i spend all those money hasil dari dpt bonus..1K already given to my mom ( as she is going to Mekah) plus few hundred as derma untuk anak2 yatim..

ok, enuf about $$.

smalam, kitorang bukak posa kat luar, together with my officemates..the food was OK la..but takde la makan sampai kenyang..malam tu teman hubby pegi McD sbb dia tingin nak makan ayam goreng..i just take one set of happy meal burger, serius tak tau kenapa tp smalam langsung tak rasa tempted waktu order makanan di mcD..:(

ptg ni plan nak balik KT (for last! :)), besok pagi2 dah nak kena hanatar my mom and my sis to the airport..i take a day off tomorrow..so cuti 3 hari straight in a row..:)

i don't feel worry that much because my mom sebenarnya ber-3 cause my sister in UK will also be joining them in Mekah, later my sis will also return to malaysia for 1 week and flying back to UK on 5th oct..

i am gonna miss my mum so badly after this..i pray that she will be having a good time in mekah, a good health and return safely with both sisters in 2 weeks time..

Monday, September 8, 2008

backdated entry

my mom and sister will be flying to mekah for Umrah trip this thursday, so khamis lepas kami balik KT to have a chance for fast breaking session with both of them..:(

ni backdated entry..

hari Jumaat, I cooked tomyam putih, my sis buat sotong goreng merah (my fav) with ayam panggang, berebut2 nak ambik lauk waktu bukak posa, dengan budak2 lagi, derang la yang paling excited, dah nama pon budak2, tp dlm pd excited tu mak sedara derang ni yang lagi excited sebenarnya..kami balik kt ptg khamis tu, mlm jumaat lepas berbuka kami balik kerteh semula sbb besoknya hubby kerja..

Sabtu, bangun tepat 8:30 am :), then text hubby mintak subsidi nak beli langsir untuk pasang kat dapur..hubby soprting plak suruh amik duit dlm poket seluar..ada few note 50 and note 10 dalam poket seluar tp sbb hubby dah pesan ambik RM100 je, so aku pon kena la jujur kan? :) itu pon terlebih gak RM10..hehe

sesampai di kemaman, terus pegi Mabrur, belek punya belek, last2 ambik scallop yang dah siap potong and tinggal dlm semeter lebih je lagi, to my surprise waktu bayar tu it cost me only RM2! hehe kalau awal2 dah tau mcm ni takde la nak mintak subsidi :)

after that, gerak pergi kedai tailor untuk ambik baju raya anak2..4 pasang for RM60, then pusing2 jap tgk aksesori rumah then pkl 4 dah selamat sampai rumah

ptg tu just masak paprik ayam, goreng telur dadar as menu untuk berbuka, while bibik buat sup ayam