Friday, March 6, 2009

Petua tali pusat

bersempena hari Jumaat yang mulia ini, saya ingin berkongsi satu lagi petua..petua ini dinamakan petua tali pusat :)

saya mengamalkan petua ini terhadap kedua2 orang cahayamata saya, iaitu :

selepas sahaja tali pusat mereka tanggal (biasanya hari ke-5 hingga ke-10 kelahiran mereka), sila simpan tali pusat mereka di dalam satu bekas. Apabila mendapat cahayamata seterusnya, simpan tali pusat itu di dalam bekas yang sama, sehinggalah anda rasa dah tak larat nak mengandung lagi, bolehlah ditanam kesemua tali2 pusat itu di dalam lubang yang sama.

Petua ini saya dapat dari mak saya, bertujuan untuk mengelakkan anak2 anda dari bergaduh sesama sendiri, pendek kata, agar mereka sentiasa sepakat sesama adik beradik..



sekian

Thursday, March 5, 2009

Petua dari bonda untuk yang bergelar bonda-bonda sedunia

Ramai ibu bapa kadang-kala terlalu tertumpu dengan tugas seharian sehingga lupa untuk menasihati anak-anak ketika anak sedang tidur.

Ini ada satu petua dari ibu saya email yang di forward kepada saya :P

1. setiap malam apabila anak tidur hendaklah kita wiridkan Ya Latif ke umbun2 ubun2 kepalanya sebanyak yg mungkin atau memadai 100 kali.

2. membaca surah al fatihah 1 kali, alam nasyrah 1 kali

3. bercakap-cakaplah dengan anak ketika dia sedang tidur dengan menyeru kepada nama penuhnya berbinkan atau berbintikan kepada kita sebagai ibu kandung mereka. percakapan itu hendaklah berupa nasihat, pujian dan berceritalah tentang perasaan kasih sayang kerana sesungguhnya percakapan kita kepada anak yg sedang tidur itu sangatlah bekesan kepada jiwa dan rohnya.

4. apabila kita sedang berbual-bual dengan anak sewaktu dia sedang tidur kita akan lihat matanya bergerak-gerak, walaupun dia sedang tidur.

5. ayah dan ibu hendaklah selalu menyapu air lebihan wuduk yang ada pada kita misalnya air yang masih basah di tangan ke muka dan umbun-umbun anak.

Cubalah petua itu dan insyaAllah kesannya akan anda dapat dilihat sendiri.

Selamat mencuba....

beberapa kisah

Kisah 1

had a visit from an insurance guy yesterday morning at our house..

He came for this purpose.

We have stopped paying for Afrina and Arissa insurance for couple month already. So this time around, he bring together a couple of cheques as a reimbursement by the termination of insurance policy.

one thing that makes me feel impressed, he drove this..


only at age of 28..




Kisah 2
went to watch Upin & Ipin at the cinema in Kuantan yesterday. However, afrina can't seem to accept the fact that she will faced another fear (the fear she had when watching Maut and Histeria last time :P) and that she refused to watch Upin & Ipin. She ended up cuddling me while sitting on my lap and watch the movie in 'curi2' mode :(

Note : Upin & ipin was not a horror movie but the way she react as if it is an horror movie..

after all, we still had fun! :)


Kisah 3
made an online reservation here. Gonna stay at Eastin for 2 nights from 13th until 15 Mar 09. We chose to find our own accomodation though there will be a place provided by my auntie for the wedding ceremony.

Wednesday, March 4, 2009

Wajah baru

Wajah baru sempena cuti pertabalan Agong :)

nampak familiarkah?

Monday, March 2, 2009

Kisah butik pengantin

Semalam, sewaktu saya tengah busy meng'google' senarai hotel di area Petaling Jaya, suddenly saya terima sms ini :

"Beb. Do you happen 2 know any bridal house around KT? Ada budak mintak tlg aku"

sepantas kilat, saya menggunakan teknologi Microsoft communicator untuk bertanyakan ofismate saya yang baru sahaja melangsungkan perkahwinannya tahun lepas. Takkan saya nak bagi no mak andam pondan yang mengandam saya 4 tahun lepas lagipun mak andam tersebut telahpun meninggal

berikut merupakan maklumat yang saya perolehi dari rakan sepejabat saya (sila abaikan info dibawah kalau tak berminat )

Untuk Pakej pelamin :

0139805500/0199276500 - Anuar

Untuk Pakej andaman :

La's place - Ramlah Bt Sulaiman

Alamat : Lot 1&2 Shopping arcade
primula beach resort
Jalan persinggahan
29400 KT
Tel 09-6222100 ext 2117

Butik VL bridal - Jawariah

Alamat : 42 Tingkat 1
Jalan Sultan Ismail
20200 Kuala Terengganu
HP 0199491083
Tel 096262890

Untuk Butik pakaian pengantin

Kerawang Jemeki - Jie 0196106231
Sham 0129647203 / 0194059140

Alamat : B-1043 Kg Rhu renggeh
21080 Marang

waktu operasi 10 am - 8 mlm (di tutup pada hari rabu)

Jue Bridal Gallery - Tengku Julia tengku Mat

Alamat : 1102-I Tingkat Satu Jalan Sultan Sulaiman 20000 KT
HP 012 983 0020
Tel/Faks 09-6230020

Saya rasa kesemua nombor2 yang tersenarai di atas menawarkan pakej perkahwinan yang bagus2 sebab kawan sepejabat saya ini adalah seorang yang sangat particular manakan tidak, baju pengantinnya di jahit oleh salikin sidek dengan harga RM3000 untuk sepasang baju .

ps : saya dapat tau orang yang menghantar SMS kepada saya ini akan berada di KT pada hujung minggu ini. Adalah dengan itu menjadi satu kewajipan kepada orang yang menghantar khidmat pesanan ringkas tersebut untuk singgah di rumah saya di kerteh..kalau tidak..






















kalau tidak sia-sialah datang terengganu..hehe

Sesat di pangkal jalan kereta

Saya ingin bertanya :-

pernahkah anda mengalami situasi sebegini..kereta anda diletak di kawasan letak kereta, dan bersebelahan kereta anda terdapat lagi sebuah kereta yang sama dari segi warna dan jenis

sewaktu menghampiri kereta anda, anda cuba menekan butang unlock tetapi ternyata kereta yang anda hampiri itu tidak berbunyi sama sekali. Dalam masa yang sama kedengaran bunyi alarm kereta yang berdekatan menandakan kereta itu juga telah di unlock pada waktu yang sama

anda cuba lagi menekan butang unlock dengan harapan anda boleh membuka pintu kereta yang anda hampiri itu (dengan tidak mempedulikan bunyi alarm pada kereta berhampiran)

setelah di amat-amati, baru lah anda perasan bahawa rupa2nya anda telah tersilap memilih kereta..rupa2nya kereta anda cuma terletak bersebelahan dengan kereta yang anda hampiri itu..

ps: insiden ini betul2 terkena pada batang hidung saya sewaktu bergegas pulang dari meeting di tempat user pada petang tadi..tersengih2 saya menghampiri kereta sendiri dengan harapan takde mata yang memerhati..

sungguh haru bukan? nasib baik kereta2 di situ tiada perasaan, kalau tidak sah2 semua kereta membunyikan alarm masing2 untuk mengetawakan saya

kebaya oh kebaya

Hasil perbincangan dengan mr hubby, kami akhirnya bersetuju untuk menghadirkan diri ke wedding reception di Tropicana resort pada 14hb nanti :)

Sebagai persediannya, hari Sabtu lepas, saya dan anak2 telah berduyun2 ke bandar KT untuk mencari outfit yang bersesuaian untuk di pakai pada majlis itu nanti..tema pada majlis persandingan adalah pakaian berwarna coklat

seawal jam 11 pagi saya bawak mak, adik saya dan anak2 dengan tujuan untuk menjaga anak2 sewaktu saya memilih kain ke kedai Laila rawas (cawangan jakel) dan di situ saya telah terbekanan dengan kain lace berwarna cokelat..bila cuba dimatchingkan dengan kain alas yang berwarna coklat cair, ianya kelihatan begitu menawan..tak tau lah macamana bila dah jadi baju samada ianya masih kelihatan menawan atau tidak :P

saya membeli kain lace itu sebanyak 2 meter untuk di buat kebaya mengikut ukuran badan..untuk mr hubby, saya belikan kain satin berwarna coklat gelap..

harga untuk 2 meter kain lace, 4 meter kain satin untuk dijadikan alas dan 4 meter kain baju melayu hubby kesemuanya adalah RM187.20.

selesai membeli kain, kami ke kedai Angel (ini adalah tukang jahit rasmi saya sebab setakat ini hasil jahitannya memang tak pernah menghampakan). Disebabkan saya ingin meletakkan alas untuk kebaya lace tersebut, harga yang dikenakan untuk sepasang baju kebaya tersebut adalah RM200. (harga ini jelasnya terpaksa disembunyikan dari pengetahuan Mr hubby untuk mengelakkan dari sebarang perkara yang tidak diingini)

sungguh tak sabar melihat hasil jahitan kebaya itu nanti..