Thursday, January 29, 2009

cute sangatkah

sekali lagi saya mendapat award ini, terdahulu saya juga pernah mendapat award ini dari Cik Yan. Saya tertanya2 adakah ini menunjukkan bahawa blog saya ini benar2 kiut?? *ngeh ngeh

The rules of this award are:-

1. Copy Badge “2008 Cute’s Blogger Award” untuk diletakkan di blog anda

2. Link atau ceritakan kembali siapa yg memberikan award ini kepada anda

saya 'mengenali' Mrs Noba asalnya adalah dari sesi penjelahan di blog cik Yan, dimana saya berasa begitu tertarik dengan cara beliau mengekspresi setiap entry, dan disebabkan itu saya tanpa rasa bersalah mengambil keputusan untuk link-kan blog beliau di dalam blog saya :) (maafkan saya Mrs Noba)

3.Setiap blogger hendaklah menyatakan 10 fakta/hobi diri sendiri sebelum memilih pemenang seterusnya..

ini adalah antara fakta2 lain tentang saya :

1) saya seorang yang left-handed, sesetengah pendapat mengatakan bahawa orang yang kidal adalah merupakan orang yang mempunyai pemikiran yang kreatif tetapi saya tak mengaku bahawa saya seorang yang kreatif :(

2) saya seorang yang curious, suka berikir tentang perkara bukan2 especially tentang tanggapan buruk orang terhadap saya, sungguh tidak bagus di situ..

3) sama seperti fakta no 7 yang dinyatakan di blog Mrs Noba, saya juga suka menerima kunjungan sesiapa sahaja di rumah saya (tidak termasuk pencuri), adalah menjadi satu keseronokan apabila dapat menjamu setiap tetamu yang datang dengan masakan sendiri tapi kenalah diberi notis pemeberitahuan terlebih dahulu supaya cukup bahan2 masakan yang di perlukan

4) saya kuat merajuk sewaktu mengandungkan anak sulung saya dahulu, dan sifat itu ternyata telah diwarisi dnegan jayanya oleh anak sulung saya sekarang. Sewaktu mengandungkan arissa, saya sudah semakin insaf dan saya berharap agar anak nombor 2 saya itu tidaklah mewarisi penyakit merajuk saya itu

5) saya pernah mempunyai hobi membeli pokok bunga dan pokok2 perhiasan. Namun begitu, hobi tersebut terpaksa ditinggalkan begitu sahaja selepas kelahiran anak sulung saya. Saya terpaksa mengeksport kesemua pokok2 perhiasan di rumah lama saya ke rumah ibu saya di Kuala terengganu. Penuh satu muatan lori yang pendek itu sewaktu mengangkut koleksi pokok2 bunga saya di waktu itu

6) selain dari fakta sukakan pokok2 perhiasan, saya juga pernah membeli rumput mutiara, untuk di tanam di atas tanah di laman rumah lama kami. Kesudahannya, rumput2 itu terus tenggelam dek ketinggian rumput2 liar yang tumbuh dengan segarnya..

7) lagi mengenai hobi saya yang pernah bercita2 untuk membuat landskap di laman rumah sendiri, cita2 itu akhirnya terkubur begitu sahaja disebabkan tidak mendapat sokongan jitu dari suami saya. Suami saya itu lebih gemar menebas bola di padang golf berbanding untuk menebas rumput di rumah sendiri. Sudahnya, rumah itu kami sewakan dan kami berpindah di perumahan petronas yang menyediakan perkhidmatan tukang kebun untuk menjaga halaman rumah.

8) ada pendapat menyatakan saya tampak muda 10 tahun dari usia saya yang sebenar :) ada seorang staff baru dalam department saya yang apabila ditanya menyatakan usia saya adalah dalam lingkungan 21-22 tahun, jangan salahkan saya atas fakta nombor 8 ini :P

9) lanjutan dari fakta nombor 8, ada yang tidak percaya apabila saya menyatakan bahawa saya sudah mempunyai 2 orang anak, dan lagi, sila jangan salahkan saya di atas fakta ini :)

10) sudah-sudahlah menyenaraikan fakta yang boleh membuatkan orang naik menyampah. Dengan itu saya berhenti setakat ini :P

Wednesday, January 28, 2009

their pics

just wanna share some pics taken yesterday ;

ambik gambar kandid sewaktu nak menuju ke parking lot from tesco, tak sure apa motif kakak tutup mata, rasanya sebab silau kot?







pics taken during our journey back to Kerteh ;










Kisah saya dan Johor Bahru

Sabtu

Jumaat tu hubby kerja malam, jadinya hari Sabtu tu aku gedik ajak hubby gi tengok Maut, bawak both kids, but this time around, we are not getting their cooperation at all..:(

afrina asik merengek tak mau masuk wayang, I only managed to persuade her 15 mins after the movie has started, and about 30 minits before the story end, arissa pulak asik merengek sambil bertenggek di bahu..end up aku dukung and bawak dia kebelakang and hadap citer sambil berdiri..boleh?

Ahad

pukul 9:30 pg dah selamat gerak dari rumah, singgah di Mesra mall untuk bekfest and draw some $$ ..

sampai segamat pukul 2:30 pm, singgah kenduri kawin sedara belah hubby, siap ada tarian zapin bagai, pukul 4 baru dapat gerak and we went to Jakel Segamat untuk solat zuhur. Sempat belek tudung Ekin dengan harga sehelai tudung RM99, tetapi setelah diskaun jadi RM80. I didn't get to buy anything disebabkan warnanya tak begitu memenuhi selera dan keperluan..

gerak dari segamat pukul 5 ptg, selamat sampai di Kulai pukul 7:30 mlm, me and hubby were impressed tengok rumah baru my brother yang ala2 fairy tale yang terletak di atas bukit and the house is also equipped with swimming pool :O


pic just recently added : a company house where my brother lives with his family

lepak2 kat rumah my brother and had kari kepala ikan for the dinner ( my sis-in-law memang pakar dalam arena masak memasak especially lauk kari)

Isnin

awal2 hubby dah siap sebab nak main golf dengan my brother..hubby promised to bring me to Tebrau city in the afternoon

tunggu punya tunggu, pukul 2:30 pm baru dapat gerak ke JJ tebrau city..too bad buotique bumperee was closed due to CNY holiday..2 hari pulak tu :(

we then moved to JJ, managed to grab CR sandal yang match with my handbag (seronotnya) and after that terus naik tingkat 3 untuk borong baju anak2..hubby and afrina dah selamat di playground area..aku macam biasa terus lupa ingatan..:)

I am done with one Miki and Poney top and also 2 Renew pants for arissa, one J Kids t-shirt and legging pants, Hush puppies pants and Miki top for afrina, and 3 pyjamas for the 3 nephews

3 jam di kids & babies department terasa terlalu singkat seperti baru 3 minit masa berlalu..;)

Selasa

awal2 pagi dah gerak dari rumah my brother..already agree with hubby untuk singgah di tesco Tebrau city sebab nak borong barang2 keperluan rumah, before that, sempat jugak lagi singgah di JJ tebrau city utk tukar poney shirt and one of the renew's pants for arissa with another different brand..(this is why I like jusco! :) ) we then moved to tesco..

pukul 1 pm we are already on the JB/KL highway, keluar exit Machap untuk borong dishes plate, reached segamat at 4 pm, had lunch and performed zuhur prayer..

we safely reached our house at 8:30 pm..

i don't know why but this is the only time I feel the excitement of having getting the shopping experience in JB..:)

Saturday, January 24, 2009

Simpati dari saya

saya terbace tentang entry ini, sesungguhnya saya amat bersimpati dengan nasib yang menimpa sahabat Mama Irfan, saya berdoa semoga di sembuhkan anak itu dari penyakit yang dihadapi..insyaAllah, tiada yang mustahil di dunia ini jika mendapat keizinan-Nya, yang penting, sentiasa tingkatkan doa dan jangan cepat berputus asa

saya sebenarnya mengambil iktibar dari kisah ini, kadangkala saya akui sebagai ibu kepada 2 orang cahayamata, saya kadang-kadang lupa, lupa tentang amanah yang Allah berikan..

" Bila Allah cepat makbulkan Doamu, Maka DIA Menyayangimu, Bila DIA Lambat Makbulkan doamu, Maka DIA Ingin Mengujimu, Bila DIA Tidak Makbulkan Doamu, Maka Dia Merancang Sesuatu Yang lebih Baik Untukmu. Oleh itu, Sentiasalah Bersangka Baik Pada ALLAH Dalam Apa Jua Keadaan Pun... Kerana Kasih sayang ALLAH Itu Mendahului KemurkaanNya. ."

Friday, January 23, 2009

Sungguh tak tertahan

takde orang yang tag saya pasal perkara yang saya takleh tahan ni, tetapi saya tetap membuatnya sebab saya sungguh tak tahan untuk tidak menceritakannya..ngeh..ngeh..

1) time merajuk dengan hubby
kalau zaman belum beranak pinak dulu silap2 haribulan ada yang sanggup tak bukak posa, sanggup berkurung dalam bilik sambil tutup lampu, konon macam dah tidur padahal menahan sendu (kes merajuk hubby taknak beli baju raya ready-made kat butik), sekarang kalau buat macam ni memang saja la nak kena penyekeh free

2) bila tenant lambat bayar duit sewa rumah
rumah kat dungun tu nama hubby, duit rumah sewa sekarang pon potong gaji hubby, tp kenapa tiap kali tenant lambat bayar duit sewa rumah aku yang menggelupur lebih2?

3) bila orang berhutang tapi tak reti nak bayar balik sambil buat muka selamba badak
saya cukup pantang dengan spesies manusia yang tahu buat hutang, tapi tak reti nak bayar balik..

4) manusia hipokrit
Ya Allah tolong lah dijauhi dari orang2 bersifat sebegini dalam hidup saya..especially yang jenis tak nak mengaku kesilapan sendiri

5) manusia yang cakap tak serupa bikin
itu jam dia kata macam ni, belum pon habis satu jam dah bikin lain cerita..haiyaa..byk pening la ini macam..

Thursday, January 22, 2009

Syaitan yang entah apa2 entah

hari ni saya habis kerja pukul 4 ptg, by 4:15 pm saya dah selamat berada di parking basement (tiada ciri2 pekerja berhemah di situ :P)

sampai di rumah, pukul 4:25 pm, taruk bubur kacang yang baru di beli di cafe pejabat sebentar tadi di dapur, salin baju then terus bukak tv, ntah kenapa hati saya tergerak untuk bukak channel astro kirana dan waktu tu tayangan cerita syaitan baru nak bermula..

lakonan rosyam nor, lisdawati, zul huzaimi, que haidar dan liyana jasmay dengan watak kanak2 terencat akal. Menurut butang info di astro, citer tu bermula pada pukul 4:30 ptg dan akan berakhir pada pukul 6:15 pm

saya menonton dengan penuh konsentrasi, sampai saya rasa sedikit terganggu bila mana anak buah suami yang nak balik kampung tu bawak balik kawan dia so terpaksalah saya berhenti sekejap untuk membuat minuman..(sungguh tak ikhlas di situ)

tepat jam 6 ptg, berakhirlah filem syaitan, tapi sampai sudah saya tak faham apa motif sebenar yang hendak dipaparkan dalam cerita tersebut, malahan rupa syaitan pon tak de..

sungguh saya rasa tak puas hati dan tertipu

saya dapat award

saya dapat award nih dr cik Yan, dan dengan penuh perasaan bangga saya meletakkan award ini di sudut kanan (kanan ke kiri maaf saya kayu tentang ini) blog saya ini untuk menunjukkan betapa saya menghargai pemberian ini ;)

The rules of this award are:-

1. Copy Badge “2008 Cute’s Blogger Award” untuk diletakkan di blog anda
done

2. Link atau ceritakan kembali siapa yg memberikan award ini kepada anda

Cik yan merupakan ex-roomate saya sewaktu saya menginap di kolej KTHO di UTM dulu, pernah menjadi seseorang di mana tempat saya berkongsi rasa hati :P, malahan beliau adalah merupakan pelopor kepada team nyek forever yang mempunyai keanggotaan seramai 6 orang..:P

3.Setiap blogger hendaklah menyatakan 10 fakta/hobi diri sendiri sebelum memilih pemenang seterusnya..

fakta terkini/hobi saya :

1) meng'update' blog (sendiri tengok pukul berapa saya buat entry nih :))

2) menerjah blog orang tanpa mintak izin terlebih dahulu (ampun..sembah patik harap diampun..)

3) lepak2 di kopitiam sambil minum kopi, nasi lemak dan roti bakar..terangkat i tell you

4) tiap2 petang bawak anak2 pegi playground, suruh bibik tengokkan anak2 sementara mak-nya berjogging keliling bulatan

5) suka heretbawak anak2 keluar lunch sama2 di Mesra Mall (samada di pizza hut, secret recipe atau di food court sahaja), dengan tak mengambil pusing tentang mata2 yang memerhati sebab tengok keadaan saya yang mcm tengah melarikan anak orang :|

6) saya tak reti makan nasi yang terlalu banyak dishes, malahan saya boleh makan dengan berselera dengan hanya berlaukkan sambal bilis pedas kegemaran saya..nyum!

7) saya suka travel..hanya minggu depan saya nak pegi JB tp saya dah mula rasa akan kehangatanmood travel itu..tak sabar rasanya :)

8) saya juga suka masak tapi mood untuk saya memasak hanya akan sampai di tahap puncak bila saya ada bahan atau idea nak masak apa, contohnya macam semalam saya buat masak lemak sotong, goreng ikan and tumbuk sambal belacan (dan ianya sungguh menyelerakan..)

9) saya suka tengok citer/drama melayu yang takde siri, pendek kata yang sekali harung je ler

10) lastly, saya rasa semua perempuan ada hobi ini..which is suka SHOPPING!

dan untuk pertama kalinya, saya anugerahkan award ini kepada

1) The one and only 'owner of a lonely heart'
2) Mama Adib (kalau dah kena tag sila abaikan saja)
3) Lia the owner of Dia+Aku+Kami