Wednesday, May 19, 2010

Niat di hati

kalau boleh sepanjang tahun ni saya nak cuba untuk tidak mengambil cuti sakit..boleh?

sudahnya subuh tadi..waktu nak membetulkan posisi kepala dari bantal, saya rasa sakit di belakang and lepas tu terus tak dapat nak pusing kepala lagi :(

sudahnya, terpaksa lah MC hari (banyak la pulak sudahnya)

kesudahannya, tak tercapai jugak hasrat hati ini untuk tidak mengambil cuti sakit pada tahun ini

sesungguhnya kita hanya mampu merancang..

Friday, May 7, 2010

Dengan ini saya mengisyhtiharkan

bahawa saya ingin berpuasa dari segala aktiviti sosial bershopping samada secara nyata mahupun secara virtual aka online shopping

ini adalah disebabkan faktor dimana saya baru sahaja menghabiskan sekian RM sewaktu sesi lawatan ke Kuala Lumpur pada hujung minggu lepas dimana saya telah membeli berhelai2 selendang (shawl), anak tudungs, hairclips anak saya yang dah tak terhitung banyaknya..kasut, payung, sunglass (untuk anak2) dan berbagai2 lagi..hishh sungguh saya berasa bahawa saya telah melakukan pembaziran yang amat dasyat di situ

sesungguhnya saya berazam untuk tidak mengulangi aktiviti ini buat masa ini sehingga ke satu tempoh waktu yang akan ditentukan kelak

sekian