Thursday, January 29, 2009

cute sangatkah

sekali lagi saya mendapat award ini, terdahulu saya juga pernah mendapat award ini dari Cik Yan. Saya tertanya2 adakah ini menunjukkan bahawa blog saya ini benar2 kiut?? *ngeh ngeh

The rules of this award are:-

1. Copy Badge “2008 Cute’s Blogger Award” untuk diletakkan di blog anda

2. Link atau ceritakan kembali siapa yg memberikan award ini kepada anda

saya 'mengenali' Mrs Noba asalnya adalah dari sesi penjelahan di blog cik Yan, dimana saya berasa begitu tertarik dengan cara beliau mengekspresi setiap entry, dan disebabkan itu saya tanpa rasa bersalah mengambil keputusan untuk link-kan blog beliau di dalam blog saya :) (maafkan saya Mrs Noba)

3.Setiap blogger hendaklah menyatakan 10 fakta/hobi diri sendiri sebelum memilih pemenang seterusnya..

ini adalah antara fakta2 lain tentang saya :

1) saya seorang yang left-handed, sesetengah pendapat mengatakan bahawa orang yang kidal adalah merupakan orang yang mempunyai pemikiran yang kreatif tetapi saya tak mengaku bahawa saya seorang yang kreatif :(

2) saya seorang yang curious, suka berikir tentang perkara bukan2 especially tentang tanggapan buruk orang terhadap saya, sungguh tidak bagus di situ..

3) sama seperti fakta no 7 yang dinyatakan di blog Mrs Noba, saya juga suka menerima kunjungan sesiapa sahaja di rumah saya (tidak termasuk pencuri), adalah menjadi satu keseronokan apabila dapat menjamu setiap tetamu yang datang dengan masakan sendiri tapi kenalah diberi notis pemeberitahuan terlebih dahulu supaya cukup bahan2 masakan yang di perlukan

4) saya kuat merajuk sewaktu mengandungkan anak sulung saya dahulu, dan sifat itu ternyata telah diwarisi dnegan jayanya oleh anak sulung saya sekarang. Sewaktu mengandungkan arissa, saya sudah semakin insaf dan saya berharap agar anak nombor 2 saya itu tidaklah mewarisi penyakit merajuk saya itu

5) saya pernah mempunyai hobi membeli pokok bunga dan pokok2 perhiasan. Namun begitu, hobi tersebut terpaksa ditinggalkan begitu sahaja selepas kelahiran anak sulung saya. Saya terpaksa mengeksport kesemua pokok2 perhiasan di rumah lama saya ke rumah ibu saya di Kuala terengganu. Penuh satu muatan lori yang pendek itu sewaktu mengangkut koleksi pokok2 bunga saya di waktu itu

6) selain dari fakta sukakan pokok2 perhiasan, saya juga pernah membeli rumput mutiara, untuk di tanam di atas tanah di laman rumah lama kami. Kesudahannya, rumput2 itu terus tenggelam dek ketinggian rumput2 liar yang tumbuh dengan segarnya..

7) lagi mengenai hobi saya yang pernah bercita2 untuk membuat landskap di laman rumah sendiri, cita2 itu akhirnya terkubur begitu sahaja disebabkan tidak mendapat sokongan jitu dari suami saya. Suami saya itu lebih gemar menebas bola di padang golf berbanding untuk menebas rumput di rumah sendiri. Sudahnya, rumah itu kami sewakan dan kami berpindah di perumahan petronas yang menyediakan perkhidmatan tukang kebun untuk menjaga halaman rumah.

8) ada pendapat menyatakan saya tampak muda 10 tahun dari usia saya yang sebenar :) ada seorang staff baru dalam department saya yang apabila ditanya menyatakan usia saya adalah dalam lingkungan 21-22 tahun, jangan salahkan saya atas fakta nombor 8 ini :P

9) lanjutan dari fakta nombor 8, ada yang tidak percaya apabila saya menyatakan bahawa saya sudah mempunyai 2 orang anak, dan lagi, sila jangan salahkan saya di atas fakta ini :)

10) sudah-sudahlah menyenaraikan fakta yang boleh membuatkan orang naik menyampah. Dengan itu saya berhenti setakat ini :P

Wednesday, January 28, 2009

their pics

just wanna share some pics taken yesterday ;

ambik gambar kandid sewaktu nak menuju ke parking lot from tesco, tak sure apa motif kakak tutup mata, rasanya sebab silau kot?







pics taken during our journey back to Kerteh ;










Kisah saya dan Johor Bahru

Sabtu

Jumaat tu hubby kerja malam, jadinya hari Sabtu tu aku gedik ajak hubby gi tengok Maut, bawak both kids, but this time around, we are not getting their cooperation at all..:(

afrina asik merengek tak mau masuk wayang, I only managed to persuade her 15 mins after the movie has started, and about 30 minits before the story end, arissa pulak asik merengek sambil bertenggek di bahu..end up aku dukung and bawak dia kebelakang and hadap citer sambil berdiri..boleh?

Ahad

pukul 9:30 pg dah selamat gerak dari rumah, singgah di Mesra mall untuk bekfest and draw some $$ ..

sampai segamat pukul 2:30 pm, singgah kenduri kawin sedara belah hubby, siap ada tarian zapin bagai, pukul 4 baru dapat gerak and we went to Jakel Segamat untuk solat zuhur. Sempat belek tudung Ekin dengan harga sehelai tudung RM99, tetapi setelah diskaun jadi RM80. I didn't get to buy anything disebabkan warnanya tak begitu memenuhi selera dan keperluan..

gerak dari segamat pukul 5 ptg, selamat sampai di Kulai pukul 7:30 mlm, me and hubby were impressed tengok rumah baru my brother yang ala2 fairy tale yang terletak di atas bukit and the house is also equipped with swimming pool :O


pic just recently added : a company house where my brother lives with his family

lepak2 kat rumah my brother and had kari kepala ikan for the dinner ( my sis-in-law memang pakar dalam arena masak memasak especially lauk kari)

Isnin

awal2 hubby dah siap sebab nak main golf dengan my brother..hubby promised to bring me to Tebrau city in the afternoon

tunggu punya tunggu, pukul 2:30 pm baru dapat gerak ke JJ tebrau city..too bad buotique bumperee was closed due to CNY holiday..2 hari pulak tu :(

we then moved to JJ, managed to grab CR sandal yang match with my handbag (seronotnya) and after that terus naik tingkat 3 untuk borong baju anak2..hubby and afrina dah selamat di playground area..aku macam biasa terus lupa ingatan..:)

I am done with one Miki and Poney top and also 2 Renew pants for arissa, one J Kids t-shirt and legging pants, Hush puppies pants and Miki top for afrina, and 3 pyjamas for the 3 nephews

3 jam di kids & babies department terasa terlalu singkat seperti baru 3 minit masa berlalu..;)

Selasa

awal2 pagi dah gerak dari rumah my brother..already agree with hubby untuk singgah di tesco Tebrau city sebab nak borong barang2 keperluan rumah, before that, sempat jugak lagi singgah di JJ tebrau city utk tukar poney shirt and one of the renew's pants for arissa with another different brand..(this is why I like jusco! :) ) we then moved to tesco..

pukul 1 pm we are already on the JB/KL highway, keluar exit Machap untuk borong dishes plate, reached segamat at 4 pm, had lunch and performed zuhur prayer..

we safely reached our house at 8:30 pm..

i don't know why but this is the only time I feel the excitement of having getting the shopping experience in JB..:)

Saturday, January 24, 2009

Simpati dari saya

saya terbace tentang entry ini, sesungguhnya saya amat bersimpati dengan nasib yang menimpa sahabat Mama Irfan, saya berdoa semoga di sembuhkan anak itu dari penyakit yang dihadapi..insyaAllah, tiada yang mustahil di dunia ini jika mendapat keizinan-Nya, yang penting, sentiasa tingkatkan doa dan jangan cepat berputus asa

saya sebenarnya mengambil iktibar dari kisah ini, kadangkala saya akui sebagai ibu kepada 2 orang cahayamata, saya kadang-kadang lupa, lupa tentang amanah yang Allah berikan..

" Bila Allah cepat makbulkan Doamu, Maka DIA Menyayangimu, Bila DIA Lambat Makbulkan doamu, Maka DIA Ingin Mengujimu, Bila DIA Tidak Makbulkan Doamu, Maka Dia Merancang Sesuatu Yang lebih Baik Untukmu. Oleh itu, Sentiasalah Bersangka Baik Pada ALLAH Dalam Apa Jua Keadaan Pun... Kerana Kasih sayang ALLAH Itu Mendahului KemurkaanNya. ."

Friday, January 23, 2009

Sungguh tak tertahan

takde orang yang tag saya pasal perkara yang saya takleh tahan ni, tetapi saya tetap membuatnya sebab saya sungguh tak tahan untuk tidak menceritakannya..ngeh..ngeh..

1) time merajuk dengan hubby
kalau zaman belum beranak pinak dulu silap2 haribulan ada yang sanggup tak bukak posa, sanggup berkurung dalam bilik sambil tutup lampu, konon macam dah tidur padahal menahan sendu (kes merajuk hubby taknak beli baju raya ready-made kat butik), sekarang kalau buat macam ni memang saja la nak kena penyekeh free

2) bila tenant lambat bayar duit sewa rumah
rumah kat dungun tu nama hubby, duit rumah sewa sekarang pon potong gaji hubby, tp kenapa tiap kali tenant lambat bayar duit sewa rumah aku yang menggelupur lebih2?

3) bila orang berhutang tapi tak reti nak bayar balik sambil buat muka selamba badak
saya cukup pantang dengan spesies manusia yang tahu buat hutang, tapi tak reti nak bayar balik..

4) manusia hipokrit
Ya Allah tolong lah dijauhi dari orang2 bersifat sebegini dalam hidup saya..especially yang jenis tak nak mengaku kesilapan sendiri

5) manusia yang cakap tak serupa bikin
itu jam dia kata macam ni, belum pon habis satu jam dah bikin lain cerita..haiyaa..byk pening la ini macam..

Thursday, January 22, 2009

Syaitan yang entah apa2 entah

hari ni saya habis kerja pukul 4 ptg, by 4:15 pm saya dah selamat berada di parking basement (tiada ciri2 pekerja berhemah di situ :P)

sampai di rumah, pukul 4:25 pm, taruk bubur kacang yang baru di beli di cafe pejabat sebentar tadi di dapur, salin baju then terus bukak tv, ntah kenapa hati saya tergerak untuk bukak channel astro kirana dan waktu tu tayangan cerita syaitan baru nak bermula..

lakonan rosyam nor, lisdawati, zul huzaimi, que haidar dan liyana jasmay dengan watak kanak2 terencat akal. Menurut butang info di astro, citer tu bermula pada pukul 4:30 ptg dan akan berakhir pada pukul 6:15 pm

saya menonton dengan penuh konsentrasi, sampai saya rasa sedikit terganggu bila mana anak buah suami yang nak balik kampung tu bawak balik kawan dia so terpaksalah saya berhenti sekejap untuk membuat minuman..(sungguh tak ikhlas di situ)

tepat jam 6 ptg, berakhirlah filem syaitan, tapi sampai sudah saya tak faham apa motif sebenar yang hendak dipaparkan dalam cerita tersebut, malahan rupa syaitan pon tak de..

sungguh saya rasa tak puas hati dan tertipu

saya dapat award

saya dapat award nih dr cik Yan, dan dengan penuh perasaan bangga saya meletakkan award ini di sudut kanan (kanan ke kiri maaf saya kayu tentang ini) blog saya ini untuk menunjukkan betapa saya menghargai pemberian ini ;)

The rules of this award are:-

1. Copy Badge “2008 Cute’s Blogger Award” untuk diletakkan di blog anda
done

2. Link atau ceritakan kembali siapa yg memberikan award ini kepada anda

Cik yan merupakan ex-roomate saya sewaktu saya menginap di kolej KTHO di UTM dulu, pernah menjadi seseorang di mana tempat saya berkongsi rasa hati :P, malahan beliau adalah merupakan pelopor kepada team nyek forever yang mempunyai keanggotaan seramai 6 orang..:P

3.Setiap blogger hendaklah menyatakan 10 fakta/hobi diri sendiri sebelum memilih pemenang seterusnya..

fakta terkini/hobi saya :

1) meng'update' blog (sendiri tengok pukul berapa saya buat entry nih :))

2) menerjah blog orang tanpa mintak izin terlebih dahulu (ampun..sembah patik harap diampun..)

3) lepak2 di kopitiam sambil minum kopi, nasi lemak dan roti bakar..terangkat i tell you

4) tiap2 petang bawak anak2 pegi playground, suruh bibik tengokkan anak2 sementara mak-nya berjogging keliling bulatan

5) suka heretbawak anak2 keluar lunch sama2 di Mesra Mall (samada di pizza hut, secret recipe atau di food court sahaja), dengan tak mengambil pusing tentang mata2 yang memerhati sebab tengok keadaan saya yang mcm tengah melarikan anak orang :|

6) saya tak reti makan nasi yang terlalu banyak dishes, malahan saya boleh makan dengan berselera dengan hanya berlaukkan sambal bilis pedas kegemaran saya..nyum!

7) saya suka travel..hanya minggu depan saya nak pegi JB tp saya dah mula rasa akan kehangatanmood travel itu..tak sabar rasanya :)

8) saya juga suka masak tapi mood untuk saya memasak hanya akan sampai di tahap puncak bila saya ada bahan atau idea nak masak apa, contohnya macam semalam saya buat masak lemak sotong, goreng ikan and tumbuk sambal belacan (dan ianya sungguh menyelerakan..)

9) saya suka tengok citer/drama melayu yang takde siri, pendek kata yang sekali harung je ler

10) lastly, saya rasa semua perempuan ada hobi ini..which is suka SHOPPING!

dan untuk pertama kalinya, saya anugerahkan award ini kepada

1) The one and only 'owner of a lonely heart'
2) Mama Adib (kalau dah kena tag sila abaikan saja)
3) Lia the owner of Dia+Aku+Kami

Wednesday, January 21, 2009

fakta biasa tentang saya

untuk pertama kalinya, saya rasa terpanggil untuk membuat aktiviti ini setelah membaca entry di sini, saya tak tau kenapa saya terpanggil tetapi yang pasti saya dengan senang hati melakukannya ;

fakta 1
hari pertama di sekolah sewaktu di darjah satu, saya telah mendapat pujian dari cikgu sebab saya telah berjaya membuat tugasan yang diberikan dengan sempurna (saya tak ingat tugasan apa). Disebabkan pujian itu, saya telah di beri peluang untuk duduk di bangku pertama di dalam kelas ketika itu.

fakta 2
saya mula belajar bercinta (cinta monyet) ketika berada di tingkatan 3, nama je bercinta tapi tak pernah berjumpa, zaman tu guna posmen je walaupon cinta monyet saya tu satu kelas je dengan saya pada ketika itu, kami berpisah pon melalui posmen..

fakta 3
saya berkahwin di usia 27 tahun, dikurniakan anak pertama pada usia 28 tahun, dan dikurniakan anak ke-2 dia usia 30 tahun, saya merancang (kita merancang tetapi Allah jugak yang menentukan) untuk mendapat zuriat ke-3 pada awal 2011 (sekiranya diizinkan). Namun begitu, saya tidaklah mengamalkan kaedah perancangan keluarga secara moden untuk mengelak dari hamil pada tahun ini :P

fakta 4
saya bertemu Mr Right (suami saya) sekarang setelah berpatah arang berkerat rotan bercinta dengan lebih 5 orang jejaka yang bukan ditakdirkan untuk saya, bilangan ini belum termasuk orang2 yang meminati saya dan jugak orang2 yang saya minati (bertepuk sebelah tangan)..

fakta 5
byk pandangan menyatakan bahawa saya kelihatan sombong sebelum mereka mengenali saya secara lebih dekat, setelah mengenali saya, ternyata tanggapan itu salah sama sekali (to know me is to love me ..chewah)

fakta 6
kegilaan saya terhadap sesuatu benda adalah bermusim, contohnya, koleksi barang2 lovely-lace, perfum anna-sui dan membeli koleksi cadar aussino pernah menjadi kegilaan saya pada suatu ketika dahulu. Sekarang, saya tgh gila nak beli tudung munawarah, sebab saya nak tgk hebat sangatkah koleksi tudung yangg terdapat di butik tersebut, dan kalau boleh memborong tudung di situ sebanyak mungkin (jika ada kemampuan)

fakta 7
saya pernah membuka kelas tuition :P (zaman sewaktu bujang), namun begitu kelas tersebut bukanlah di suatu tempat yang dikhaskan untuk mengajar, tetapi saya mengajar di rumah saya sahaja, dan saya pernah menjadikan pendapatan dari hasil mengajar itu sebagai sebahagian dari pendapatan saya

fakta 8
saya pernah ke UK sebanyak 2 kali, pertama kali sewaktu saya menghadiri konvokesyen kakak saya yang belajar di unitversity of North london, dan kali ke-2 sewaktu bercuti bersama kakak, emak dan adik tiri saya. Saya ingin mengulangi fakta no 8 ini kalau boleh dalam tahun ini juga jika ada kelapangan rezeki

fakta 9
saya dilabelkan sebagai 'the most unproblematic pregnant ladies' di sykt tempat saya bekerja, sebab dari awal pregnancy sehinggalah saya melahirkan anak (anak pertama mahupun anak ke-2), saya tidak mengalami banyak masalah yang menggangu tumpuan untuk datang bekerja. Sewaktu megalami kontraksi hendak melahirkan arissa yang awal seminggu dr tarikh jangka bersalin, saya datang ke pejabat untuk menyerahkan borang cuti bersalin dan ada 2-3 orang staff di pejabat ketika itu yang cuak bila mendapat tahu yang ketika itu saya telah mengalami kontraksi selang 10 minit!

fakta 10
saya sorang yang cepat panik, terutama bila melibatkan aktiviti yang memerlukan saya bercakap di depan orang ramai, dan ini mungkin kerana faktor saya seorang pesakit thyroid :(

fakta 11
saya berpantang di rumah sendiri sewaktu selepas melahirkan anak sulung dan anak ke-2 saya. Entah kenapa, saya tidak sanggup meninggalkan suami saya berseorangan di rumah jika sekiranya saya di hantar berpantang di kampung.

fakta 12
saya memang seorang yang panas baran (adakah sebab saya seorang pesakit thyroid?). Tetapi saya tidak pernah menjadikan itu sebagai alasan utama sewaktu memarahi seseorang

fakta 13
saya seorang yang rajin mengemas rumah (masuk bakul angkat sendiri), saya pantang nampak ada 2,3 barang bersepah di lantai, cepat2 saya simpan suruh bibik kemaskan atau letak di tempat asal. Saya harap habit ini akan turut diwarisi oleh kedua-dua anak perempuan saya

fakta 14
I do the same boring job day in day out. sejujurnya saya inginkan sesuatu yang mencabar minda dan pemikiran yang boleh membantu meningkatkan daya saing saya di pejabat, tetapi apakan daya, lagi pulak syarikat saya bekerja ini lah satu-satunya syarikat IT terbaik yang terdapat di bandar pekan Kerteh ini :P

fakta 15
saya seorang yang takutkan lipas. Ini disebabkan kerana saya selalu di'intimidate' dengan lipas oleh kakak saya sewaktu saya kecil dulu untuk mengelakkan saya dr kencing di atas tilam sewaktu tidur di tengah malam. Bagilah apa saje, tikus, katak, cicak atau ulat saya tak hairan tetapi bukanlah lipas :(

cukup lah setakat ini fakta tentang saya

Tuesday, January 20, 2009

how i regret

smalam saya belajar sesuatu dari kesilapan saya..kesilapan yang saya baru pelajari ini pada dasarnya bukanlah sesuatu yang boleh di lihat dengan pandangan mata kasar..

saya agak busy mengadap komputer di bilik saya kebelakangan ini, seperti 2,3 hari lepas saya busy menghafal skrip sebab saya hendak mengajar, tp smalam, selesai solat maghrib, sekali lagi saya mengadap komputer untuk melawati blog2 kegemaran saya..waktu itu arissa dah tido, tetapi afrina masih lagi busy dengan aktiviti-aktivi malam hari-nya,

seingat saya, ada beberapa kali dia masuk bilik dan bertanya ;

"mama buat kerja ke?"

dan dengan sepantas kilat saya menggangguk tanpa rasa perasaan bersalah langsung!

sekonyong2 dia keluar dan menutup pintu bilik

beberapa minit kemudian dia masuk balik sambil membawa botol susu dan menaiki katil sendirian untuk minum susu, habis minum susu dia hulurkan susu tersebut pada saya untuk di letak di atas meja tempat di mana saya mengadap komputer..selepas itu dia keluar dan menutup pintu bilik.

setengah jam berlalu dan tibalah waktu untuk saya solat isyak, waktu tu dah hampir pukul 9 malam.

saya keluar dari bilik dan tengok dia makan nasi goreng + telur goreng, sambil menghadap tv, nasi goreng itu telah di masak oleh pembantu rumah

sepantas kilat datang perasaan bersalah dalam diri ini, betapa saya boleh gunakan waktu setengah jam yang lepas dengan melayan anak saya makan, membuat susu untuknya, melayan dia sambil menonton tv, telah saya sia2 kan dengan mengadap blog..:(

pengajaran untk diri sendiri, saya berjanji yang saya akan melayan anak2 saya selagi derang tak tido..no bloghopping until after anak2 dah selamat tidur..

Monday, January 19, 2009

Anyone?

sudah masuk seminggu saya menggunakan haruman J'adore L'absolu dan saya SANGAT terpikat dengan haruman-nya, tak pernah lagi seumur hidup saya terjumpa haruman wangi semerbak seperti ini selama saya membeli dan menggunakan perfum :P

Selama ini, saya setia menggunakan haruman Dior Addict EDP yang berwarna biru gelap (walaupon pernah beberapa kali menukar brand parfum, tapi saya tatap setia dengan Dior Addict nih. Setelah baru membeli Dior Addict dan baru beberapa kali menggunakan-nya (kurang 10x pada perkiraan aku), saya telah membeli pula haruman J'adore. Saya telah tidak menggunakan Dior Addict tersebut dan merancang untuk menjualkannya dengan harga RM200 (harga beli RM252)

saya harap akan terus setia dengan haruman jadore l'absolu ini..


adakah yang sudi nak beli Dior addict EDP saya tu

Selamat

Aku baru selesai melepasi sesi memberi ilmu kepada staff2 di pejabat and sesi yang berakhir teapat pukul 1 tghari tadi dihadiri oleh lebih kurang 20++ participants, overall, aku berjaya melepasi sesi mengajar tesebut dengan agak jayanya walau pon ada terlupa 1 skrip..:(

Sebenarnya, entry kali ni bukan hendak berkisar tentang kisah aku mengajar pagi tadi. Kisahnya, tentang smalam aku sanggup bersengkang mata di depan TV untuk menyaksikan AJL. Dengan sebijik laptop di atas peha, aku menghafal skrip untuk mengajar and sesekali bila ada lagu yang menarik perhatian, aku akan letak notebook tersebut di atas sofa..

arissa tidur lebih awal sewaktu AJL baru nak bermula, and afrina mintak ditidurkan sewaktu failzal tahir menyanyikan lagu yang aku sendiri tak pasti tajuk-nya. (sbb mmg tak berminat nak tahu)

aku menyambung sesi menonton sewaktu ziana zain menyanyikan lagu 'dingin', and sememangnya aku terasa sgt dingin dengan lagu ini

mujurlah, tahun ini menyaksikan Meet Uncle Hussein (betul ke eja mcm ni) menjadi Juara Lagu..to be honest, aku dah lama jatuh cinta dengan lagu 'lagu untukmu' ni, tp hanya smalam aku mengetahui tentang tajuk lagu itu dan ianya dinyanyikan oleh MUH (pathetic tak?)..sesungguhnya suara yang dimiliki oleh vokalis MUH ini adalah tersangat seksi pada pendapat saya :P

Sunday, January 18, 2009

kali pertama 'berjongging'

saya pernah dapat feedback dr seorang doktor bahawa badan anak sulung saya adalah tersangat montel. Dalam usia-nya sekarang, mungkin sedap dipandang. Akan tetapi, nasihat doktor kepada saya adalah untuk mula menjaga pemakanan-nya sebab bila dia menginjak usia 5 tahun, mungkin agak sukar untuk dia mendapat bentuk dan berat badan yang ideal..masalah-nya anak saya ni bukan seorang yang eat-lover, dia cuma kuat minum susu..

so, ptg smalam, while I was busy in my room, busy menghafal skrip untuk mengajar hari Isnin nanti..:P suddenly, afrina came to me, and she went ;

" mama, kakak nak pegi jongging boleh tak? :

so ibarat orang mengantuk disorongkan bantal, I quickly replied,

" boleh "

yang sebenarnya, dia nak ber'jongging' bersama anak buah hubby yang tinggal dengan kami..anak buah hubby ni is having a practical training at one of the OPU in Petronas, and sepanjang 8 bulan praktikal, dia tinggal di rumah kami, and she have been staying with us for almost 2 month already (tak sempat nak diceritakan sebelum ini)

so afrina went out for jogging with her cousins nih ;

i stayed at home sambil buat minum petang and goreng keropok lekor ;)

approximately half an hour derang pon balik dari 'jongging', and this is what I heard from Uya (anak buah hubby)

- derang pusing satu kawasan perumahan, yang pada perkiraan saya jaraknya dlm 3 km

- sesampai berhampiran pondok pengawal, afrina berhenti seketika sambil berkata "kalau jongging tak boleh jalan, kena lari" sambil meneruskan perjalanannya dan terus 'berjongging' :)

- ada sekali afrina terjatuh, tp dia tak menangis, and selepas itu dia menyambung kembali aktiviti 'berjongging' sehingga sampai semula di rumah

untuk kesekian kali-nya, saya berbangga dengan pencapaian anak saya smalam

Saturday, January 17, 2009

satu hari dalam sejarah

berikut merupakan catatan peristiwa yang berlaku sewaktu saya outstation ke kuala lumpur tempohari yang tidak sempat diceritakan sebelum ini : -

1) abang nazri (my sister's good old friend) tolong belikan tiket KLIA transit but I didn't know that it was a KLIA transit ticket ( and so I took KLIA express), sewaktu memasukkan tiket untuk keluar dari station KLIA Express di KL sentral, they discover the mistake and akhirnya aku terpaksa membayar another RM35 sebab silap naik ERL :(

2) tak ubah seperti kata pepatah rusa masuk kampung (rusa ke pelanduk ek?), aku akan mintak pegawai di setiap station LRT untuk jadi tukang penunjuk arah yang tidak berbayar :) (kata orang malu bertanya sesat jalan ;) )

3) disebabkan terlalu banyak membeli-belah, boleh gambarkan saya menggalas briefcase di bahu kanan, handbag di bahu kiri, and beberapa plastik isetan yang berisi susu 3 tin, roti (roti pon nak beli kat isetan ke? ) baju dan mainan anak2, all the way from KLCC to KLIA, sesampai di KLIA, saya membeli pulak beberapa pack cokelat. Sewaktu di balai berlepas, saya telah terlepas pandang dan lupa membawa sekali handbag carlo rino yang harganya sikit lagi nak mencecah harga RM400. Saya cuma menyedari tentang kehilangan handbag tersebut sewaktu di dalam kapal terbang dan waktu itu para penumpang masih sibuk untuk meletakkan bagasi masing2. Saya berlari2 anak ke boarding gate dan mujurlah handbag itu telah selamat berada di tangan pegawai kaunter di situ. Tiada kehilangan harta yang dilaporkan berlaku :)

4) saya perasan banyak mata yang memandang sebab pelik melihat saya membawa banyak barang sewaktu di KLCC, mengalahkan puak badwi agaknya..

5) sekali lagi saya perasan yang banyak mata yang sedang memerhati sewaktu bersesak di dalam LRT from KLCC to KL sentral, di sebabkan itu saya menggenggam kemas2 barang tersebut dengan harapan takde orang meragut saya :P

6) saya cuma ada satu koleksi tudung munawarah (itu pon saya dapat from my mom yang tertinggal tudung tersebut di rumah saya dan sehingga kini saya belum memulangkannya semula), saya mencari tudung tersebut di KLIA, KLCC (butik arzu dan bermacam2 butik lagi) tp takde satu pon yang sama mcm yang saya ada sekarang ini!

7) di sebabkan terlalu banyak berjalan, kaki saya terSANGAT lenguh dan cramp beberapa kali pada malam hari tersebut

8) walau banyak perkara yang tidak diingini terjadi tempoh hari , ianya tidak langsung memberi kesan ke atas semangat saya untuk terus bershopping, malahan saya merindui saat2 tersebut :P

Friday, January 16, 2009

kena tag dengan Cik Zufa

tag ini telah diberikan kepada saya oleh Cik Zufa..saya sangat teruja membuat tag ini kerana ini lah pertama kalinya saya menggunakan features google image di sepanjang saya berada di-dalam dunia IT :P
.................

The rules are simple. Use Google Image to search the answers to the questions below. Then you must choose a picture in the first page of the results, and post it as your answer. After that tagged 6 people.

.................

1. I am





2. I really want to go to

3. My favourite place



4. My favourite thing


5. My favourite drink



6. My favourite food




7. My favourite colour


8. I was born in


9. I live in

10. My school/college




11. My favourite story



12. My hobby


13. I wish I am
sejujurnya saya tak tahu nak tag siapa, jadi saya akhiri tag ini di sini sajalah adanya..:P

Thursday, January 15, 2009

Cikgu tak bertauliah

the reason why I went to KL the other day is for me to undergo a training for one process under ITIL (sesape yang tak tahu tentang ITIL sila tanya pakcik google)

as a result from the training, I am then to train all staff in my region, which consist approximately about 80 people..

the first session is scheduled on next Monday, 19th Jan 09.

come to think of it, terasa agak cuak, but whatever the reason is, I still need to face it..

doakan semuanya berjalan lancar, tak dapat best trainer of the year pon takpelah, but atleast biarlah ilmu yang disampaikan nanti tak melencong jauh dari fakta sebenar..:)

Satu hari di kuala lumpur

I was on MC yesterday..2 MCs in a week, I feel so tired, letih-seletihnya, bayangkan malam sblm travel I was not having enough rest sebab arissa asik terjaga malam, pagi tu pukul 7:10 baru terjaga and kelam kabut subuh gajah, siap2 and by 7:40 am I am ready to go, pakcik teksi yang menunggu di luar rumah sejak pukul 7 am mesti bengang gila but for the sake of RM120 tak de la dia nak menunjukkan reaksi tersebut..:P

selamat sampai di Kuantan airport pkl 9:10 am, sejam sblm waktunya, check-in and after that having breaksfast at the airport cafe..sia2 la dpt breakfast allowance RM20 kalau tak dimafaatkan sepenuhnya..hehe

reached KL at 11:30 am, lambat 30 minit dari waktu yang dijadualkan..called Abang nazri (he's my sister's good old time buddies and he works as an officer with MAS), tujuan asalnya sebab nak ajak dia pegi kaunter perfum in order to get 10% discount with using his ID, but as soon as I met him, dia terus bawak aku gi ke tempat KLIA transit..he said later in the evening baru pegi ke kaunter perfum

sesampai di escalator untuk turun ke tempat ERL, abang nazri left to his office..aku yang memang dah tak sabar lagi nak membeli jadore l'absolute dengan sepantas kilat pegi ke kaunter cosmetics and tak sampai 10 minit aku telah berjaya membeli jadore yang dihajati dengan diskaun sebanyak RM30..:)..harga asalnya RM300 for 50ml

am taking ERL to KL central at 12:20, reached KLCC at 1:20 pm, terus pegi ladies dept in Isetan but thank god sbb tak jumpa satu pon baju yang berkenan :)

then, pegi level 3 untuk survey susu for arissa, to tell the truth, we have been searching high and low for Anmum step 2 in Kerteh, but it is so difficult to get the stock lately..sesampai di kaunter susu, to my surprise, ada 4 tin susu anmum langkah 2 disitu, i quickly called hubby, konon macam excited padahal tujuannya utk reimbursement purpose..:P

pkl 2:15, pegi surau untuk perform zuhur prayer, and by 2:30 pm i make my journey to menara perak..lokasinya terletak betul2 di belakang Impiana KLCC but cukup lah untuk membuat kaki ni lenguh selenguh-selenguhnya..

i reached menara Perak sharp at 3 pm, terus ke L-16, the training started just after I arrived, and it finished at 5 pm

ater the training, jalan semula menggunakan laluan yang sama ke KLCC..for another shopping experience in Isetan..:) managed to grab 2 sets of pyjamas for afrina, and one for arissa, selebihnya beli barbie puzzle, strawberry farm digital watch and barney's bedroom slipper dan kesemuanya adalah untuk anak kesayangan yang bernama afrina..see..tak dpt shopping utk mak, untuk anak pon jadi lah..:)

then, pegi beli susu arissa 3 tin (can you imagine how I carry those stuff in both hands?? )
later at 6 pm, had nasi kandar at food court level 2, then pegi balik ke ladies dept in Isetan sbb nak cari sepasang kasut but unluckily satu pon tak jumpa yang berkenan

pukul 7 dah start gerak balik ke KLIA, reached KLIA at 8:30, check-in and performed isyak prayer, after that singgah chocolate counter and grab some goodies for afrina and pukul 9:55 pm am off to Kuantan..

hari ni dah start masuk keja balik, it is last day of the week, bestnya kalau dapat selalu macam ni :)

Monday, January 12, 2009

Arissa dan cool fever

i was on MC yesterday..arissa demam panas and dah 2 malam jugak dia asik merengek di tengah2 kepekatan malam..sesekali dia akan muntah..

as for me, 2 malam jugak la aku kena berjaga, pukul 1 dia bangun minum susu, and proses nak menidurkan dia semula akan mengambil masa lebih kurang 1 - 1 1/2 jam..pukul 4 dia bangun semula dengan kepanasan badan yang agak ketara..

orang kata, bila anak2 tak sihat, mak bapak pon akan turut sama merasakan kesannya..:(

on the other note..I will be in KL tomorrow morning.. am taking flight from Kuantan at 10 am, ada training di Menara perak berhampiran KLCC..from 3 -5 pm..my return flight to Kuantan will be at 10 pm, sempat la nak ronda2 di KLCC and KLIA :)

Thursday, January 8, 2009

first time kena tag

buat pertama kali-nya dalam sejarah aku telah di tag oleh cik Yan :) tag ni dah lama pon di buat sebenarnya tp tang nak upload gambar tu yang delay sket..


dengan tak sabarnya, here you go :

Berat sebelum mengandung
55-56 (berlegar2 dalam lingkungan ni) --> Yan trust me aku tulis ni sambil belek buku merah tau ;)

Berat terakhir mengandung sebelum bersalin
63.5kg-64kg (kejap 63.5kg kejap 64kg suka hati je turun naik)

Berat selepas abis pantang
tak timbang but berat waktu timbang 2-3 bulan lepas 56kg (selepas 10 bulan habis pantang anak ke-2 :P

Apa yang korang suke makan mase mengandung?
Afrina - suka makan tu takde la sangat but I am more to pegi shopping sana sini..pendek kata every month pegi JB

Arissa - sama as above cuma dah tak de pegi shopping memana..sbb tu dia asik je meleleh air liur, alasan! :P

Tunjukkan gambar anda masa pregnant.....at least 5 keping
gambar skang aci tak? sbb skang pon ramai org claim perut aku mcm orang ngandung 3 bulan..heh

anyway..gambar2 di bawah ini dipaparkan mengikut pertambahan usia kandungan sewaktu mengandungkan arissa :P


gambar ni masa aku tgh ngadungkan arissa melewati usia kandungan 3 bulan, tang perut tu dah nampak dah ciri2 org tgh pregnant waktu nih, mmg tak perlu disembunyikan lagi :P



ni gambar waktu usia kandungan berusia 4 bulan..waktu ni teman hubby ada course di Impiana Cherating..


ni gambar dekat bridge twin tower KLCC..time ni I was also 4 months pregnant..


gambar ni plak sewaktu di Cameron highlands..masa ni I am 6 months pregnant :P masih sakan berjalan walaupon dah agak2 sarat :P



and last but not least..gambar sewaktu join department activity di bowling centre..masa ni dah 9 month pregnant..kira tgh tunggu masa je nih..

bak kata budak2 ofis, kalau derang macam aku setahun sekali beranak pon takpe..ngeee..

done..am not tagging anyone :)

good news vs bad news

i have one bad news and one good news today..

the bad news is that, our hr dept has finalised that we are not given any extra AL this year..:(

On the contraty, the good news is that, permohonan aku untuk mengurangkan bayaran balik pinjaman pelajaran JPA that I resubmit for another dont-know-how-many-times last friday berjaya juga akhirnya..akhirnya ye..selepas 8 tahun lamanya..

dari jumpah pinjaman RM18152, I only have to pay RM4538 :) so far dah selamat bayar RM1k, so baki tinggal RM3538..I am gonna make full settlement to finish it all at once..

syukur sgt..

Wednesday, January 7, 2009

a dispute

i should have entitle for 18 days annual leave this year (upon completion of 5 year services with the company), however, when checking thru the system, it is appeared that I only entitle for 15 days annual leave :(

i join the company on June 04, and confirmed as permanent employee on 1st dec 04, the 5 days additional leave shud be prorated to my current leave entitlement..there are people who join later than me, but she entitle for 18 days annual leave..it is a discrepancy isn't it?

I don't care..i'll do whatever it takes cause I deserve it..nasib la nak kata aku calculative ke apa..

kisah kacang panjang vs kacang buncis

i plan to cook for dinner last night, awal2 dah suruh bibik keluarkan ayam dr freezer and potong kecik2..

plan nak buat paprik but then bila tengok resepi, terlupa nak beli kacang panjang, so I phoned hubby and mintak dia belikan kacang panjang 2 batang

pukul 9 pm, hubby balik dari kerja, dah siap ada bungkusan atas meja kat dapur, so aku pon konon2 macam ready la nak memulakan sesi membuat paprik but bila tengok dalam plastik, rupa2nya dia beli kacang buncis

so i went ;

me : yang, u beli kacang buncis ke kacang panjang? (sambil menayang2 kacang buncis tu)

hubby : tu bukan kacang panjang ke?

me : dah nama kacang panjang, mesti la panjang, ni kacang pendek nih..

we ended up having paprik and tomyam kat kedai makan sahaja lah kaedahnya..:(

Tuesday, January 6, 2009

ulangtahun kelahiran

hari ini genaplah usia arissa 10 bulan 3 hari, lagi beberapa minggu untuk dia menginjak usia 1 tahun, seperti sambutan sebelum2 ni sewaktu menyambut hari lahir afrina, biasanya kami mengadakan sambutan hari jadi di restoran2 seperti McD dan KFC, tp kali ni kami bercadang menyambutnya secara sederhana sahaja. Bukan kerana kami membezakan2 mereka, tp berdasarkan pengalaman, tidak sesuai rasanya berhabisan duit beratus-ratus di usia anak2 seawal 1 atau 2 tahun. Di usia sbebegini pastinya mereka tak tahu merasai keseronokan sepertimana kanak2 lain..

tunggulah bila usia mereka dah menginjak 4-5 tahun, di waktu ini bukan lagi kami yang merancang menyambut hari ulang tahun kelahiran untuk mereka, tp pastinya permintaan itu datang dari mereka sendiri..

arissa dengan 2 batang gigi-nya

sakit mata

hr ni aku masuk lambat, lambat 2 jam dari waktu yang sepatutnya,

pagi tadi, lebih kurang 5 minit sebelum pukul 8 pg, afrina mengadu sakit sambil gosok2 mata, rupanya dia sakit mata..

sebelum mandikan dia, i text to my bos to inform that I will be late in the office..then mandikan dia, siap2 and terus bawak dia ke klinik rantau..arissa tengah makan bubur dengan bibik so aku tinggalkan dia dengan pembantu rumah

sampai di klinik, lebih kurang 1/2 jam menunggu, akhirnya sampai la giliran kami

afrina sangat behave..doktor tanya nama apa? tp dia tak jawab barangkali sebab all these while dia hanya akan bagitau nama dia "amina" bila di tanya dengan soalan "what is your name?" kadangkala dia akan bagitau nama dia syalifudin merangkap nama babah kesayangannya sebab dia confuse dengan soalan "what is your father's name"

doktor siap memuji anak sulung aku tu sebab mengikut arahan, disuruh pusing dia pusing, suruh bukak mulut dia nganga, dan sebagai upah doktor bagi dia 2 biji pil vitamin C :)

kesudahannya, doktor bg ointment untuk di sapu di pangkal mata, and ubat batuk bagi mengurangkan batuk2 yang di alami..

Monday, January 5, 2009

streamyx and ASB

ini merupakan kali pertama saya bersiaran langsung menggunakan streamyx di rumah :)

yang sebenarnya bukan nak citer pasal streamyx yang tak seberapa ni, but it is all about ASB dividen..:)

smalam, dengan berbekalkan car key and buku asb di tangan, i slowly walked to the parking basement, konon2 mcm nak ambik barang dalam keta la..bila tgk line clear sket, on suis keta and off to cimb yang terletak tak sampai 2 km dr ofis..:)

so the result was


.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
with approximately 55k in my ASB account, i get RM3.9k (to be exact RM3901 which is identical to my car plate number!) :)

i was back in the office approximately 15 mins after checking the ASB..sumpah tak melencong ke tempat lain

kisah anak dan ayah

menangkap perbualan afrina bersama babah kesayangannya sewaktu dia nak tido 2 malam lepas :

babah : babah ada nak bagi kerja sikit kat kakak

afrina : haa (menunjukkan tanda setuju)

babah : nanti babah bg upah singgit sehari

afrina : haa (menunjukkan tanda setuju lagi)

babah : kakak tolong jaga adik, kalau adik jatuh kakak kena bagitau mama dengan babah

afrina : haa

babah : kalau bibik pukul kakak kena bagitau mama dan babah

afrina : haa

pastu sempat lagi mama mencelah, afrina nanti kita bagi duit upah tu separuh sorang ye..hehe

Thursday, January 1, 2009

hari ini di tahun 2009

entry ini di buat lambat 5 jam disebabkan line internet di pejabat yang agak kurang sistematik..:(

Selama ini kami menggunakan TMNET untuk mengakses internet dari rumah, but today on 1st Jan 2009, i have subsribed a Streamix combo with TM point for fix monthly charges of RM60..tujuan kami memasang streamix ini bukanlah semata2 untuk mengakses internet dari rumah, tetapi juga bertujuan untuk pemantauan secara online mengenai kehidupan anak2 di rumah menerusi CCTV, sewaktu ketiadaan kami untuk keluar pergi berkerja..harapan kami, semoga dengan kaedah ini sedikit sebanyak dapat membantu mengawasi pergerakan pembantu rumah ketika menjaga anak2 kami di rumah

hari ini juga mencatat pencapaian aku masuk lambat ke pejabat 15 minit dari waktu yang sepatutnya, sesungguhnya kelambatan itu bukanlah sesuatu yang disengajakan..(kalau sengaja pon takde sape yang tahu..hehe) harap2 ini bukanlah suatu petanda bahawa aku akan sentiasa datang lambat ke pejabat untuk sepanjang tahun 2009 ni

hari ni juga menyaksikan buat pertama kalinya dalam sejarah aku membuat pembiayaan peribadi bersama bank rakyat berjumlah RM19k untuk menyertai aziz.cfp. Tujuan pembiayaan peribadi ini dibuat tidak lain dan tidak bukan hanyalah untuk menyertai program yang memerlukan kami menyediakan modal permulaan sekurang2 nya RM30k sebagai platform. Kami cuma berjaya mengumpul modal sendiri menggunakan hasil duit simpanan, bonus dan sedikit dividen ASB sebanyak RM15k sahaja.

dan hari ini juga menyaksikan aku balik lambat sejam dari waktu yang sepatutnya memandangkan aku perlu mengganti balik masa yang telah digunakan untuk pergi ke bank rakyat sewaktu tengahari tadi.

sekian.