Tuesday, March 31, 2009

Lagi kisah pasal resit

Para2 pembaca sekelian

Sila lihat gambar di bawah (yang bertanda)



ianya merupakan resit senarai barang2 yang telah dibeli oleh pembantu rumah saya sewaktu menyertai kami shopping sambil pejam mata di Giant tempohari. Awal2 lagi saya dah siap pesan kepada bibik

"bibik nak ambil apa2 pun boleh, tapi nanti saya potong gaji"


sepantas kilat, bibik saya memilih dan memasukkan barang2 yang hendak dibeli ke dalam troley.

Hari ini, saya bercadang untuk memindahkan duit di dalam akaun saya ke dalam akaun bibik untuk membayar gajinya di bulan ini

Masalahnya, Mr Hubby seakan2 tidak bersetuju bila saya menyatakan hasrat untuk hanya memasukkan RM327 (disebabkan keseluruhan jumlah harga barang yang di beli oleh bibik saya tempohari adalah bersamaan RM73). Dia tetap bertegas untuk menyuruh saya memasukkan RM400 kerana tidak mahu timbul issue dikemudian hari kerana ianya melibatkan duit gaji orang. Lagipun, dia kata apalah sangat nak dibandingkan RM70 tersebut jika dilihat dari sudut positif dia menjaga anak2 sewaktu ketiadaan kami di rumah

Persoalannya, sedari awal sudah saya nyatakan kepada bibik bahawa dia boleh ambil apa yang dia mahu dengan syarat saya akan memotong gajinya

tambahan lagi, barang2 yang dibeli bukanlah termasuk dalam kategori barang2 keperluan, contohnya Fair & lovely, Losyen safi, syampu rejoice, tuala wanita yang mempunyai sayap (even saya pun pakai yang takde sayap!), sabun badan dettol dan rexona!. Pada saya itu semua sudah lebih dari keperluan dan tidak termasuk dalam skop majikan untuk memastikan pembantu rumah mereka dibekalkan dengan barang2 sebegini.

saya rasa tetap ingin dengan keputusan untuk hanya memasukkan RM327. Bukan nak berkira tapi saya dah nekad tak nak bagi muka lagi..

what do you people think??

Monday, March 30, 2009

Resit terpanjang abad ini

Sabtu lepas, kami sefamily telah pergi ke Giant Kuantan untuk membeli barang2 keperluan rumah..

dengan membawa voucher Giant yang bernilai hampir Rm400, kami shopping sakan..shopping sambil pejam mata (maksud pejam mata : ambil barang2 tanpa perlu menelek berapakah harga barang2 tersebut :P)

dan ini adalah resit setelah kami membuat pembayaran menggunakan penebusan voucher Giant tersebut..resit terpanjang sepanjang kami membeli belah selama ini ..




Cukup puas hati..lebih daripada tu!

Sunday, March 29, 2009

Buat apa dalam gelap tu?? :P

Oh, saya tak menyahut kempen ini, reason?

1) Mr Hubby kata ini semua adalah usaha merapu..:

2) Kami semua baru sampai dari Kuantan tepat jam 8:18 pm semalam..so with 12 mins left, do you think I can managed untuk punggah2 barang dari dalam keta, nak mandikan anak2, nak unpack barang2 lagi, dan dengan saya sendiri yang belom mandi (enough said)

saya meninjau2 di luar rumah untuk melihat samada kempen ini benar2 memberi kesan kepada orang2 di sekeliling rumah, tetapi lampu di rumah masing2 boleh dilihat dengan jelasnya

conclusion nya..lu pikirlah sendiri!

Thursday, March 26, 2009

Madu cinta

Saya baru selesai menonton drama di tv2 sebentar tadi. Drama yang bertajuk 'Madu cinta' lakonan Ikram Dinzly, Tengku Shahira (anak perempuan kepada Aznah Hamid) dan Yatt.

Cerita berkisar tentang perasaan cemburu Yatt terhadap Shahira disebabkan kelebihan yang dimiliki oleh si Shahira semenjak waktu mereka di zaman kanak2 lagi.

Setelah dewasa, mereka bekerja di KL dan tinggal di rumah yang sama. Ditakdirkan, Ikram jatuh cinta dengan si Shahira, dan dalam waktu yg sama si Yatt ni menaruh hati dalam diam terhadap Ikram

Beberapa peristiwa buruk yang melanda hidup Yatt menyebabkan dia tertekan dan merancang untuk merampas Ikram dari Shahira. Sewaktu Shahira outstation, dan sewaktu Ikram datang ke rumah shahira, dia telah diberi minum air, dan setelah minum air tu, Ikram jatuh pengsan (standard citer melayu memang macam ni).

Sedar tak sedar, Ikram atas katil dengan hanya berselimut (aww! sungguh seksa di situ) dan Yatt baru lepas keluar bilik air konon2 baru lepas mandi

Tak lama kemudian, si Yatt mendakwa dia telah terpregnant dan memaksa Ikram mengahwininya. So dalam situasi yang terpaksa, Ikram pun berkahwin dengan Yatt.

Sepanjang berkahwin, Ikram langsung tak menyentuh isteri dia, bahkan dia tidur di ruang tamu setiap malam :P. Tak lama kemudian, Yatt jatuh sakit dan sewaktu dia terlantar itulah Shahira mendapat tahu bahawa Yatt sebenarnya tak pernah mengandung dan tak pernah 'tooot' bersama Ikram

di saat2 Yatt hendak menghembuskan nafas, dia minta Shahira bacakan surah Yasin, dan dia mintak Ikram pegang tangannya sambil dia satukan bersama tangan Shahira

pertama kali saya kagum dengan lakonan Ikram..sedar tak sedar dah meleleh2 air mata :P

Wednesday, March 25, 2009

Keadaan yang sungguh Lengai

Saya sepatutnya menghadiri kursus mengenai .NET di PJ pada hujung minggu ini, tapi disebabkan kelewatan menghantar borang dan minggu ini pula tiada sesi untuk CEO menandatangani sebarang dokumen, maka training saya itu terpaksa ditunda ke bulan May.
.
.
terasa agak lengai di situ
.
.
sewaktu menghadiri mensyuarat department semalam, kami semua telah dibasuh oleh ketua department kami (yang usianya muda setahun dari usia saya). Punca kami dibasuh tidak dapat dipastikan dengan jelas (sebab saya sendiri tak tau apa dan siapa punya angkara) dan saya rasa agak sedikit kecewa di situ..it's kind of feeling like when you are doing your job but you are being scolded without apparent reason??
.
.
sungguh lengai lagi di situ
.
.
saya sedang menyiapkan kertas kerja untuk ketua pejabat saya menilai pencapaian saya di sepanjang tahun lepas, dan hasilnya nanti akan diterjemahkan dalam bentuk pemberian bonus di hujung tahun. Proses menyiapkan kertas kerja ini begitu mengambil masa danmenyebabkan saya tak punya banyak masa untuk melawat laman blog "must read" yang tersenarai di laman blog saya :(
.
.
sungguh terasa makin lengai di situ
.
.
sewaktu sebelum lunch tadi, saya telah terpaksa membuat presentation tentang survey yang saya buat bulan lepas yang para hadirinnya terdiri daripada golongan majikan di syarikat saya. Tajuk survey itu tak perlulah saya nyatakan, tapi yang ingin saya nyatakan, saya langsung tak rasa gementar dan membuat presentation itu dengan perasaan penuh yakin!

agaknya ini mungkin disebabkan oleh faktor LENGAI yang saya hadapi sekarang.

dan hari ini juga merupakan sesi terakhir yang memerlukan saya mengajar buat kali terakhirnya untuk sesi 08/09, nak tahu apa feedback yang saya dapat dari salah seorang pelajar merangkap rakan sekerja saya selepas habis saya mengajar tadi??

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


"lecturer ini sesuai menjadi seorang reporter"

agak tidak releven di situ tapi komen itu telah mengurangkan sedikit tahap ke'lengai'an saya sekarang :P

Monday, March 23, 2009

Menyesal dahulu pendapatan

Semalam, saya ada meeting di tempat user dan meeting tersebut tamat sebelum sempat pukul 12:30 pm. Alang2 balik semula ke pejabat, saya mengajak Mr Hubby lunch di luar sahaja sebelum saya pulang ke pejabat semula.

Setelah selesai menjamu nasi ayam bersama mr hubby dan anak2, kami balik dengan kereta masing2. Disebabkan baru pukul 1:20 pm, saya bercadang pulang ke rumah sebentar.

Di rumah, seperti biasa bilik saya akan kelihatan tidak ubah seperti tongkang pecah kaedahnya, maklumlah, time hubby off day macam ni lah anak2 saya mendapat peluang untuk memasuki bilik kami dan berguling2 dengan babah mereka (lagipun perkara itu tak jadi masalah sangat buat saya)

selang beberapa minit saya di luar melayan arissa, saya terdengar suara afrina merengek2 mintakan sesuatu dari babahnya di dalam bilik. Tidak lama kemudian, dia pun keluar dan minta saya pasangkan tv. Tak tau di mana silapnya, tiba2 dia merengek lagi. Waktu itu saya tengah buatkan susu untuk arissa.

Saya minta dia diam (dengan nada agak tegas)


dia mula menangis lagi


saya dah mula rasa hilang sabar


dia nangis dan terus muntah, dekat 2-3 tempat pulak tu


saya makinlah hilang sabar


selesai membersihkan muntah (sambil mulut tak berhenti pot-pet pot-pet), saya lihat dia berdukung dengan babahnya, di sebabkan geram, saya cubit pipi dia.


dia nangis sambil lari ke dapur and terkup muka dia di peha bibik


setelah puas berleter, saya ambil kunci keta dan terus bergegas ke pejabat semula


saya menghabiskan sisa2 kerja saya di pejabat dengan perasaan yang sungguh tidak keruan

uh uh uh ...

menyesal dahulu pendapatan, menyesal kemudian tiada gunanya..

Friday, March 20, 2009

Resepi versi saya

Saya menerima kunjungan tetamu dari jauh semalam..dan seperti biasa, saya menjamu tetamu saya itu dengan hidangan mee kungfu/mee rebus (versi saya). Nampaknya ini sahajalah resepi turun temurun yang bakal saya hidangkan kepada setiap tetamu yang datang di rumah saya :P

dan di sini, saya paparkan resepi mee rebus (versi saya)tersebut :)

Bahan A

Sedikit minyak masak
Ayam dipotong kecik
Bawang putih 3 ulas (diketuk)
Kiub pati ayam (1/3 kiub)
Sos tiram (3 sudu besar)
Lada sulah
1 sudu tepung jagung yang dicampur bersama 1/2 cawan air masak
4 cawan air
Fishcake (dipotong nipis)
sedikit gula (jika suka)
1/2 sudu garam

Bahan B
Cauliflower
Carrot (dipotong slices)
Cili besar (dipotong halus)
Tomato (dipotong nipis)

Cara-caranya :

Renehkan mee kuning di dalam air mendidih selama 2 minit. Tuang air rebusan dan asingkan mee.

Tumis bawang putih sehingga naik bau. Masukkan ayam, fishcake, dan carrot. Kemudian masukkan sos tiram dan lada sulah.

Setelah agak masak, masukkan kiub ayam dan air. Kemudian, masukkan air yang dicampur bersama tepung jagung. Akhir sekali, tabur sedikit gula (untuk rasa manis) dan garam secukup rasa.

Campur Bahan B setelah kuah menjadi agak pekat.

Tuang kuah di dalam mee yang telah direneh sebentar tadi. Sedap di makan panas-panas.

Mudah bukan?

Sisterhood award

Saya Terpilih sebagai penerima award ini di tempat ke-7 di blog Cik Yan, dan di tempat ke-18 di blog Mama Adib ;)

The rules:
*Place the award logo on your blog.


*Nominate 10 other blogs which show "Attitude and/or Gratitude"
*Link to the nominees on your blog post.
*Comment on their blog that you have nominated them.
*Share the love and link to the person who nominated you.


Trima kasih yang tidak terhingga kepada pemberi award, Cik Yan dan Mama Adib.

untuk tidak membuang lebih banyak masa (maklumlah, besok saya akan pulang ke kampung di KT bagi menghadiri kenduri sambut menantu cousin saya tempohari), jadi, ingin saya panjangkan award ini kepada penama yang dibawah :P

Cik Yan - sebagai menghargai pemberian award ini, terimalah kembali, anggaplah ini hadiah sempena hari jadi ngeh ngeh

Mama Adib - pun sebagai menghargai pemberian award ini, silalah mengambilnya semula jangan malu segan ;)

Cik Zufa - kenalan di alam maya yang sentiasa puitis dalam setiap penulisan blog beliau ;) * er kita sekapal nampaknya

Cik BZmum - kenalan di zaman universiti dulu, malahan pernah berkongsi suka duka dan menempuhi onak duri tinggal di Terengganu sewaktu menjalani latihan praktikal

Cik Sesemutku - juga kenalan sewaktu zaman universiti..

dan Cik Owner of a Lonely Heart - selaku geng NyeK :)

nampaknya ini sahaja yang mampu saya fikirkan maklumlah malam masih muda sudah tua (sudah pukul 12:42am saya dan ngantuk sgt2 :P)

sekian

Wednesday, March 18, 2009

gambar di sekitar majlis perkahwinan

pengantin setelah selesai akad nikah


bergambar bersama pengantin selesai akad nikah..inilah kurung riau yang saya beli tempohari, lengkap dengan kain sampin dan tiub..kesemuanya berjumlah RM155 sahaja..


bergambar bersama Mr hubby sebelum memasuki dewan di malam persandingan








pengantin di singgahsana





dan ini pulak gambar pengantin lama di singgahsana ;)







4th anniversary - sambungan

Masih saya ingat pengalaman sewaktu membuat persediaan bagi melangsungkan majlis perkahwinan 4 tahun lepas

segala persediaan dari segi jemputan, cenderahati untuk tetamu, pasu kecik, gula2, pelamin, kek fondant, katering, gubahan hantaran, baju akad nikah, baju untuk bersanding, makan beradab, tempat tinggal untuk tetamu dan kawan2 dari jauh dan tidak dilupakan bunga manggar; semuanya dilakukan sendiri..maklum lah kedua ibu-bapa saya sudah berpisah di waktu itu

kalau diikutkan, memang saat itu merupakan saat yang paling sukar, saya korbankan masa dan wang ringgit semata2 untuk memastikan majlis saya itu nanti berlangsung dengan sempurna

masih saya ingat sewaktu Mr hubby membawa saya berbulan madu di lokasi yang dirahsiakan dari pengetahuan saya, saya tido tak hingat sepanjang masa, sampaikan waktu Mr hubby hendak keluar menghirup udara luar pun saya tak bagi sebab saya takut ditinggalkan berseorangan di dalam bilik :P lagipun tempat itu sangat sejuk sehingga hampir sepanjang masa saya berkelubung

kalau di beri pilihan untuk mengulangi perisitiwa itu, sumpah saya tidak sanggup untuk mengulanginya lagi.

Saya mungkin tidak bernasib baik kerana perlu berusaha sendiri, tanpa mengharapkan bantuan modal dari pihak keluarga, tapi menurut mr Hubby, itulah sebenarnya yang dinamakan kepuasan..kepuasan setelah bersusah payah mengharungi kepayahan untuk bergelar raja sehari..

so you people..mind to share your wedding experience??

4th anniversary

Hari ini genaplah usia perkahwinan saya selama 4 tahun bersama Mr Hubby. Dikurniakan dengan 2 orang puteri, saya rasa sangat bahagia dan bersyukur dengan kehidupan hari ini.

Semoga dengan pertambahan usia ulangtahun ini akan mengeratkan lagi ikatan kami suami isteri :)

Tuesday, March 17, 2009

kisah di sebalik majlis perkahwinan

Jumaat
dari Temerloh, kami ke Kuala Lumpur seawal jam 10 pagi. Niat utama adalah untuk ke sini. Setelah hampir 2 jam di Ampang (lokasi pejabat seramic business club), akhirnya kami berjaya menebus voucher giant sebanyak RM250 dan voucher Pizza Hut sebanyak RM60.

Sebelum check-in di Eastin, saya memberitahu Mr hubby untuk Singgah di Carrefour Ampang dan dalam tempoh tak sampai 10 minit saya telah berjaya merembat sepasang baju kurung sifon riau :P.

Selamat check-in pkl 5:30 pm. Siap2 untuk late lunch di kedai mamak near the hotel area.

Went to auntie's house at 8:00 pm. Majlis akad nikah sedang berlangsung sewaktu kami sampai. Gerak balik hotel at 12 am.

Sabtu
solat subuh then sambung tido sampai pukul 9 am :P. Had breakfast di kedai mamak (again) and terus gerak pegi Munawwarah. Pusing2 nak dekat 2 jam baru jumpa kedai yang dihajati. I didn't know that there are 3 separate butiques for different types and prices of Tudung Munawarah. Letih nak tekan butang and keluar masuk cari tudung yang dihajati. At last takde satu pun yang berkenan :(

Balik hotel at around 2 pm. Sambung tido sampai pukul 4. Then gerak pegi Carrefour Tropicana city for lunch. Malangnya semua jenis restaurant di situ (except fast food) tiada menunjukkan ciri2 halal, so mr Hubby bring us to another mamak's curry house (mamak lagi)

Went back to hotel at 6 pm. Siap2 and gerak dari hotel at around 6:30 pm menghala ke One utama. Reached Tropicana Golf and Country resort at 7:30 pm. Enjoyed the show from Hattan. AR Badul pun ada :). Not to forget bapak2 menteri termasuk MB.

Ahad
woke up at 8:30. Bring those kids to the swimming pool at level 2 but afrina buat hal plak tanak masuk kolam since we don't bring her floater. So at about 10, we are off to my auntie's place. Had breakfast there, chit chat and say good bye before we left to klcc!

Managed to grab few clothes for kids and some stuff at the supermarket before we made our way back to kerteh at 2 pm.

Safely reached home at 8 pm. As usual, I look forward for another trip to KL soon!

Thursday, March 12, 2009

siap akhirnya

inilah baju yang di war2kan tempohari..dah siap akhirnya..



saya lebih suka jika tidak ditaruk lapik di bahagian lengan, tapi dibimbangi akan mendapat reaksi negatif dari pihak suami nanti ada yang merajuk lagi

saya masih tercari2 akan tudung yang sesuai..mungkin akan dipertimbangkan hasrat untuk ke munawwarah nanti..*wink* maklumlah, rumah auntie saya pun terletak di taman tun juga..

ada sesiapa nak ke munawwarah hujung minggu ini?? ;)

The List to Bold/Italic/Just-let-it-be

memandangkan saya akan berjalan sakan pada hujung minggu ini (petang ini pulang ke kampung Mr Hubby di Temerloh dan seterusnya esok ke Kuala Lumpur) jadi saya akan melangsaikan tugasan tag ini terlebih dahulu yang diberikan oleh Cik yan ;

The RULES:

Bold the statements that are true to you. Italic the statements that you WISH are true. Leave the Fibs alone. Then, stab 5 guys/ladies to do the same test.


The LIST to Bold/Italic/Just-let-it-be:

I miss somebody right now.

I don't watch TV these days.

I own lots of magazines.

I wear glasses or contact lenses.

I love to play video games.

I've tried marijuana.

I have been in a threesome.

I have been the psycho-ex in a past relationship.

I believe honesty is usually the best policy.

I curse sometimes.

I have changed a lot mentally over the last year.

I carry my knife/razor everywhere with me.

I'm totally smart.

I've broken someone's bones.

I'm paranoid sometimes.

I would get plastic surgery if it were 100% safe, free of cost, and scar-free.

I need money right now.

I love sushi.

I talk really, really fast.

I have long hair.

I have lost money in Las Vegas.

I have at least one sibling.

I have worn fake hair/fingernails/eyelashes in the past.

I couldn't survive without Caller I.D

I like the way I look.

I am usually pessimistic.

I have a lot of mood swings.

I have a hidden talent.

I'm always hyper no matter how much sugar i have.

I have a lot of friends.

I am currently single.

I have pecked someone of the same sex.

I enjoy talking on the phone.

I practically live in sweatpants or PJ pants.

I love to shop.

I enjoy window shopping.

I would rather shop then eat.


I don't hate anyone. I dislike them.

I'm completely embarrassed to be seen with my mother.

I have a cell phone.

I believe in God.

I watch MTV on a daily basis.

I have passed out drunk in the past 6 months.

I've rejected someone before.

I have no idea what i want to do for the rest of my life.

I want to have children in the future.

I have changed a diaper before.

I've called the cops on a friend before.

I'm not allergic to anything.

I have a lot to learn.

I have been with someone at least 10 years older or younger.

I am shy around the opposite sex.

I have tried alcohol before.

I have made a move on a friend's significant other or crush in the past.

I own the "South Park" movie.

I would die for my best friends.

I think that Pizza Hut has the best pizza.

I have used my sexuality to advance my career.

I love Michael Jackson, scandals and all.

Halloween is awesome because you get free candy.

I watch Spongebob Squarepants and i like it.

I have dated a close friends's ex.

I am happy at this moment!!

I'm obsessed with guys (on TV).

I study for tests most of the time.

I tie my shoelaces differently from anyone I've ever met.

I can work on a car.

I love my job.

I am comfortable with who I am right now.

I have more than just my ears pierced.

I walk barefoot wherever i can.

I have jumped off a bridge.

I love sea turtles.

I spend ridiculous money on makeup.

I plan on achieving a major goal/dream.

I'm proficient in a musical instrument.

I worked at McDonald's restaurant.

I hate office jobs.

I love sci-fi movies.

I think water rules.

I went college out of state.

I like sausage.

I love kisses.

I fall for the worst people.

I adore bright colours.

I can't live without black eyeliner.

I don't know why the hell i just did this stupid thing.

I usually like covers better than originals.

I can pick up things with my toes.

I can't whistle.

I can move my tongue in waves, much like a snakes slither.

I have ridden/owned a horse.

I still have every journal I've ever written in.

I can't stick to a diet.

I talk in my sleep.

I try to forget things by drowning them out with loads of distractions.

Climbing trees is a brilliant past-time.

I have jazz in my blood.

I wear a toe ring.

I have a tattoo.

I can't stand at LEAST one person that i work with.

I am a caffeine junkie.

I have been to over 15 conventions.

I will collect anything, and the more nonsensical, the better.

I'm an artist.

I only clean my room when necessary.

I like a person of the same sex.

I love being happy.

I am an adrenaline junkie.

Wednesday, March 11, 2009

My Birthday wishlist

saya di tag lagi. Kali ini pemberi tag datangnya dari Umi Sufira dan Cik Yan

1) Make a list of what u want on your birthday
2) The list should be 10 numbers
3) post the image of this award to your posting
4) give it to 10 frens of yours

mine is : -

- menerima kad ucapan hari jadi dari 2 org puteri kesayangan saya. Di dalam kad tersebut, disertai pula dengan hadiah2 berikut ;

- bakal menerima kunjungan dari Mr Eric Leong dari rancangan Casa impian untuk menata rias rumah saya secara percuma :)

- dapat membuat panggilan ke seluruh dunia secara percuma selama seminggu berturut2! :)

- mendapat hadiah percuma berupa cadar cotton satin dari butik kegemaran saya iaitu Aussino

- hadiah berupa shopping secara percuma di seluruh butik yang terdapat di KLCC (hiks!)

- hadiah penginapan secara percuma selama 3 hari 2 malam di mana2 suite mewah di Malaysia :P

- voucher berupa makan malam bersama secara percuma bersama mr Hubby dan anak2 di restoran mewah

- voucher pelancongan percuma mengelilingi Eropah selama seminggu bersama keluarga

- hadiah berupa sebuah BMW model 3 series yang terbaru di pasaran (sungguh tidak realistik situ :P)

- dan yang terakhir sekali, hadiah untuk melihat anak2 membesar dengan sempurna dan menjadi insan2 yang berjaya dan solehah. Inilah hadiah yang paling menjadi impian buat saya :)

dan 10 orang tersebut adalah :-

cik Zufa
cik BZmum
Cik sesemutku
cik Lia
cik Azura
cik n.i
MamaDhea
Mommysarah
MamaAdib
Mama Irfan

Tuesday, March 10, 2009

hasil tangkapan

Inilah koleksi gambar hasil tangkapan sewaktu kedatangan anak2 kepada sahabat saya tempohari di rumah kami :)

si Husaini ber-3




anak dara saya yang seakan2 tidak berpuas hati sewaktu melihat tolo car nya yang telah berpindah hak milik (lagi pun saya dah pujuk nak belikan dia basikal baru :P)


si Zeri yang sentiasa moncong (nasib baik tak senyum silap2 nanti kena cubit hehe)


si Arif yang sentiasa senyum dengan auntie yang baru dikenalinya (tak nampak plak bila waktu dia tarik moncong sedepa)


si Amir yang suka bertanya itu ini


and finally

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
si ibu yang sibuk melayan 2 baby dalam satu masa..tih tih


*gambar setelah di taruk plaster (sila maafkan kenaifan saya)

rasanya tak puas melayan karenah anak2 kepada sahabat saya ini..tak tahu lah bila lagi nak dapat peluang macam ni, sedar tak sedar dah nak kawin pun nanti :P

Cuti yang tersekat-sekat

Bersempena cuti panjang yang tersekat-sekat (hari Rabu cuti, Khamis kerja, Jumaat-Sabtu weekend, Ahad keja dan Isnin cuti lagi), agak lama jugalah saya tidak berkesempatan menjengah dan mengupdate blog, maklumlah, diri ini agak bz dengan beberapa aktiviti berikut ;

1) sesi membawa anak2 ke kolam renang tetapi kolam renang ditutup atas alasan yang saya sendiri tak pasti kenapa

2) sesi membawa anak2 ke playground di taman perumahan seberang jalan. seronok anak saya yang sulung bermain replika gajah, kucing, rabbit, kura-kura yang boleh dihenjut2 itu

3) sesi menyambut kedatangan tetamu di rumah saya yang telah sekian lama tidak bersua muka dan menjamu tetamu saya itu dengan hidangan mi rebus yang tak seberapa.

4) sesi ke Kuantan lagi bersama Mr Hubby dan anak2

Saturday, March 7, 2009

Misteri Jalan 49

Saya memberitahu Mr hubby tentang kedatangan sahabat yang tinggal sebilik dengan saya sewaktu belajar di Universiti dulu ke Terengganu pada cuti hujung minggu nih, dan kemungkinan untuk saya mengajak sahabat saya itu bermalam di rumah kami barang semalam dua. Maklumlah, ini merupakan pertemuan kami selepas 5 tahun tidak bertemu muka ;P

saya juga memberitahu bibik untuk membersihkan bilik no 2 termasuk menyalin cadar baru bagi menyambut kedatangan sahabat saya itu..

dalam waktu yang sama, saya turut menghantar SMS kepada sahabat saya ini tentang alamat penuh rumah kami..

tup..tup saya dapat sms ini

"Beb, aku kat Jalan 49. Haha. Kalau x smpi umah kau, mmg saja je la :P

Saya ingatkan, sahabat saya itu dalam perjalanan untuk menyinggah di rumah saya. Maklumlah, Jalan 49 itu bolehlah dikatakan selang beberapa lorong saja dari rumah saya. Sepantas kilat, saya menghubungi sahabat saya itu.

Rupa-rupanya, rumah di Jalan 49 itu adalah merupakan rumah saudara kepada sahabat saya itu. Tak di sangka2, rupa2nya rumah saudara yang sahabat saya maksudkan dalam tujuan lawatannya ke Terengganu itu adalah jiran seperumahan saya sendiri!

terasa kecik sungguh dunia ini! (sambil menggelengkan kepala)

Friday, March 6, 2009

Tag Sebelum dan Selepas

Tag tentang 5 perkara sebelum dan selepas ini diberikan kepada saya oleh mama Adib..terima kasih atas ingatan ye ;)

No 1
Sebelum ada anak sorang
pendek kata setiap kali Mr Hubby keja malam, setiap kali itu jugak lah saya akan merengek2 mintak dia cari orang lain gantikan shift malam dia..

Selepas ada anak sorang
tak kisah nak keja terus 24 jam pun takde hal sebab dah ada teman tido..hehe

No 2
Sebelum ada anak 2 org
pendek kata setiap minggu saya akan balik kampung rumah mak, walaupun Mr hubby tak dapat ikut sebab dia keja waktu weekend, sanggup saya tinggalkan mr Hubby disebabkan kebosanan duduk rumah berdua aje..:P

Selepas ada anak 2 org
dah jarang2 balik kampung, lagi plak sebulan sebelum melahirkan arissa, kami semua pakat berpindah ke Kerteh semula sebab dah tak larat nak berulang alik dari rumah ke tempat kerja..

No 3
Sebelum kawin
tak perlu mintak, setiap kali berdating ada je habuan menanti; bunga, perfume, dress, makeup, you name it :)

Selepas kawin
ko nak ko beli lah sendiri! :(

No 4
Sebelum jadi bini orang
guna kredit kad tak sedar diri, penah sekali tu guna kad kredit sampai dah exceed credit limit

Selepas jadi bini orang
Alhamdulillah berkat nasihat dan bantuan modal mr hubby, hutang kad kredit dah tak ada lagi :)

No5
Sebelum berumahtangga
1 hb dapat gaji, 5 hb dah start pokai balik hehe

Selepas berumahtangga
nak kata kaya raya tu blom lagi la, tapi so far tak penah lagi rasa terdesak macam zaman dulu2..pendek kata sentiasa dimurahkan rezeki..rezeki anak2..:)

jadi, saya panjangkan tag 5 perkara sebelum dan selepas ini kepada :-

jeng jeng jeng...







1. Cik BZmum
2. Cik Aku
3. Cik Hana
4. Cik Zufa
5. Cik Mommysarah

Petua tali pusat

bersempena hari Jumaat yang mulia ini, saya ingin berkongsi satu lagi petua..petua ini dinamakan petua tali pusat :)

saya mengamalkan petua ini terhadap kedua2 orang cahayamata saya, iaitu :

selepas sahaja tali pusat mereka tanggal (biasanya hari ke-5 hingga ke-10 kelahiran mereka), sila simpan tali pusat mereka di dalam satu bekas. Apabila mendapat cahayamata seterusnya, simpan tali pusat itu di dalam bekas yang sama, sehinggalah anda rasa dah tak larat nak mengandung lagi, bolehlah ditanam kesemua tali2 pusat itu di dalam lubang yang sama.

Petua ini saya dapat dari mak saya, bertujuan untuk mengelakkan anak2 anda dari bergaduh sesama sendiri, pendek kata, agar mereka sentiasa sepakat sesama adik beradik..



sekian

Thursday, March 5, 2009

Petua dari bonda untuk yang bergelar bonda-bonda sedunia

Ramai ibu bapa kadang-kala terlalu tertumpu dengan tugas seharian sehingga lupa untuk menasihati anak-anak ketika anak sedang tidur.

Ini ada satu petua dari ibu saya email yang di forward kepada saya :P

1. setiap malam apabila anak tidur hendaklah kita wiridkan Ya Latif ke umbun2 ubun2 kepalanya sebanyak yg mungkin atau memadai 100 kali.

2. membaca surah al fatihah 1 kali, alam nasyrah 1 kali

3. bercakap-cakaplah dengan anak ketika dia sedang tidur dengan menyeru kepada nama penuhnya berbinkan atau berbintikan kepada kita sebagai ibu kandung mereka. percakapan itu hendaklah berupa nasihat, pujian dan berceritalah tentang perasaan kasih sayang kerana sesungguhnya percakapan kita kepada anak yg sedang tidur itu sangatlah bekesan kepada jiwa dan rohnya.

4. apabila kita sedang berbual-bual dengan anak sewaktu dia sedang tidur kita akan lihat matanya bergerak-gerak, walaupun dia sedang tidur.

5. ayah dan ibu hendaklah selalu menyapu air lebihan wuduk yang ada pada kita misalnya air yang masih basah di tangan ke muka dan umbun-umbun anak.

Cubalah petua itu dan insyaAllah kesannya akan anda dapat dilihat sendiri.

Selamat mencuba....

beberapa kisah

Kisah 1

had a visit from an insurance guy yesterday morning at our house..

He came for this purpose.

We have stopped paying for Afrina and Arissa insurance for couple month already. So this time around, he bring together a couple of cheques as a reimbursement by the termination of insurance policy.

one thing that makes me feel impressed, he drove this..


only at age of 28..




Kisah 2
went to watch Upin & Ipin at the cinema in Kuantan yesterday. However, afrina can't seem to accept the fact that she will faced another fear (the fear she had when watching Maut and Histeria last time :P) and that she refused to watch Upin & Ipin. She ended up cuddling me while sitting on my lap and watch the movie in 'curi2' mode :(

Note : Upin & ipin was not a horror movie but the way she react as if it is an horror movie..

after all, we still had fun! :)


Kisah 3
made an online reservation here. Gonna stay at Eastin for 2 nights from 13th until 15 Mar 09. We chose to find our own accomodation though there will be a place provided by my auntie for the wedding ceremony.

Wednesday, March 4, 2009

Wajah baru

Wajah baru sempena cuti pertabalan Agong :)

nampak familiarkah?

Monday, March 2, 2009

Kisah butik pengantin

Semalam, sewaktu saya tengah busy meng'google' senarai hotel di area Petaling Jaya, suddenly saya terima sms ini :

"Beb. Do you happen 2 know any bridal house around KT? Ada budak mintak tlg aku"

sepantas kilat, saya menggunakan teknologi Microsoft communicator untuk bertanyakan ofismate saya yang baru sahaja melangsungkan perkahwinannya tahun lepas. Takkan saya nak bagi no mak andam pondan yang mengandam saya 4 tahun lepas lagipun mak andam tersebut telahpun meninggal

berikut merupakan maklumat yang saya perolehi dari rakan sepejabat saya (sila abaikan info dibawah kalau tak berminat )

Untuk Pakej pelamin :

0139805500/0199276500 - Anuar

Untuk Pakej andaman :

La's place - Ramlah Bt Sulaiman

Alamat : Lot 1&2 Shopping arcade
primula beach resort
Jalan persinggahan
29400 KT
Tel 09-6222100 ext 2117

Butik VL bridal - Jawariah

Alamat : 42 Tingkat 1
Jalan Sultan Ismail
20200 Kuala Terengganu
HP 0199491083
Tel 096262890

Untuk Butik pakaian pengantin

Kerawang Jemeki - Jie 0196106231
Sham 0129647203 / 0194059140

Alamat : B-1043 Kg Rhu renggeh
21080 Marang

waktu operasi 10 am - 8 mlm (di tutup pada hari rabu)

Jue Bridal Gallery - Tengku Julia tengku Mat

Alamat : 1102-I Tingkat Satu Jalan Sultan Sulaiman 20000 KT
HP 012 983 0020
Tel/Faks 09-6230020

Saya rasa kesemua nombor2 yang tersenarai di atas menawarkan pakej perkahwinan yang bagus2 sebab kawan sepejabat saya ini adalah seorang yang sangat particular manakan tidak, baju pengantinnya di jahit oleh salikin sidek dengan harga RM3000 untuk sepasang baju .

ps : saya dapat tau orang yang menghantar SMS kepada saya ini akan berada di KT pada hujung minggu ini. Adalah dengan itu menjadi satu kewajipan kepada orang yang menghantar khidmat pesanan ringkas tersebut untuk singgah di rumah saya di kerteh..kalau tidak..






















kalau tidak sia-sialah datang terengganu..hehe

Sesat di pangkal jalan kereta

Saya ingin bertanya :-

pernahkah anda mengalami situasi sebegini..kereta anda diletak di kawasan letak kereta, dan bersebelahan kereta anda terdapat lagi sebuah kereta yang sama dari segi warna dan jenis

sewaktu menghampiri kereta anda, anda cuba menekan butang unlock tetapi ternyata kereta yang anda hampiri itu tidak berbunyi sama sekali. Dalam masa yang sama kedengaran bunyi alarm kereta yang berdekatan menandakan kereta itu juga telah di unlock pada waktu yang sama

anda cuba lagi menekan butang unlock dengan harapan anda boleh membuka pintu kereta yang anda hampiri itu (dengan tidak mempedulikan bunyi alarm pada kereta berhampiran)

setelah di amat-amati, baru lah anda perasan bahawa rupa2nya anda telah tersilap memilih kereta..rupa2nya kereta anda cuma terletak bersebelahan dengan kereta yang anda hampiri itu..

ps: insiden ini betul2 terkena pada batang hidung saya sewaktu bergegas pulang dari meeting di tempat user pada petang tadi..tersengih2 saya menghampiri kereta sendiri dengan harapan takde mata yang memerhati..

sungguh haru bukan? nasib baik kereta2 di situ tiada perasaan, kalau tidak sah2 semua kereta membunyikan alarm masing2 untuk mengetawakan saya

kebaya oh kebaya

Hasil perbincangan dengan mr hubby, kami akhirnya bersetuju untuk menghadirkan diri ke wedding reception di Tropicana resort pada 14hb nanti :)

Sebagai persediannya, hari Sabtu lepas, saya dan anak2 telah berduyun2 ke bandar KT untuk mencari outfit yang bersesuaian untuk di pakai pada majlis itu nanti..tema pada majlis persandingan adalah pakaian berwarna coklat

seawal jam 11 pagi saya bawak mak, adik saya dan anak2 dengan tujuan untuk menjaga anak2 sewaktu saya memilih kain ke kedai Laila rawas (cawangan jakel) dan di situ saya telah terbekanan dengan kain lace berwarna cokelat..bila cuba dimatchingkan dengan kain alas yang berwarna coklat cair, ianya kelihatan begitu menawan..tak tau lah macamana bila dah jadi baju samada ianya masih kelihatan menawan atau tidak :P

saya membeli kain lace itu sebanyak 2 meter untuk di buat kebaya mengikut ukuran badan..untuk mr hubby, saya belikan kain satin berwarna coklat gelap..

harga untuk 2 meter kain lace, 4 meter kain satin untuk dijadikan alas dan 4 meter kain baju melayu hubby kesemuanya adalah RM187.20.

selesai membeli kain, kami ke kedai Angel (ini adalah tukang jahit rasmi saya sebab setakat ini hasil jahitannya memang tak pernah menghampakan). Disebabkan saya ingin meletakkan alas untuk kebaya lace tersebut, harga yang dikenakan untuk sepasang baju kebaya tersebut adalah RM200. (harga ini jelasnya terpaksa disembunyikan dari pengetahuan Mr hubby untuk mengelakkan dari sebarang perkara yang tidak diingini)

sungguh tak sabar melihat hasil jahitan kebaya itu nanti..