tujuan utama adalah untuk meraikan hari jadi anakanda tercinta yang jatuh pada 23 Jul.
tujuan tak utama pula adalah untuk bercuti2 Malaysia..
dan sempena meraikan hari jadi anak saya nanti, sewaktu on the way balik dari Temerloh semalam, kami singgah di Ikea.. (on the way katanya..;))
sesampai di Ikea, saya memberi peluang kepada anak saya untuk memilih barang2 yang dia suka
nak tau dlm banyak2 tu apa yang dia pilih?

Ikea children's stool
2 biji bangku yang berharga RM19.90 setiap satu, satu untuk diri sendiri dan satu lagi untuk adiknya ;P
jadinya, disebabkan dia insist untuk nak beli bangku sahaja, Mr hubby belikan yang ini juga

Rocker
dah selamat bayar dan sewaktu on the way nak gerak ke Ikano power centre, saya ternampak ini

ntah apa ke benda namanya
gigih saya amik article number siap dengan snap gambar and cepat2 tawaf naik atas for another round untuk mecari barang yang sama :P
tak sampai sejam di Ikea, kami pun pulang ke Kerteh dengan membawa hasil punggahan :)






