Tuesday, August 25, 2009

Bulan puasa bukan setakat bulan untuk meguji tahap kesabaran fizikal dan mental

..

tetapi juga bulan untuk menguji skill masakan saya

sepanjang 4 hari berpuasa, saya masih belum berkesempatan menjejakkan kaki ke Bazar Ramadan

hari pertama berpuasa, saya balik rumah mak saya di kampung (waktu ni skill masakan belum benar2 teruji)

hari kedua, saya masak ayam masak kurma sebagai menu utama (menu sampingan tak perlu lah dinyatakan)

hari ke tiga, iaitu semalam, tekak ini tiba2 terasa nak makan

1. lauk sardin
2. sotong bakar
3. air asam
4. sambal tempoyak

Memang betul2 selera kampung

Nak tau berapa lama masa yang saya ambil untuk menyediakan kesemua yang di atas?

Sesampai di rumah tepat jam 6:05 ptg, saya bergegas menonton rancangan kegemaran Wadi Unung di Astro Prima. Cerita tersebut bakal tamat pada jam 7 petang. Pada waktu tayangan iklan, saya menyelinap ke dapur untuk menyediakan bahan 3. Pada masa yang sama, saya mintak bibik tumbuk cili api untuk dijadikan sambal tempoyak.

Sebaik selesai tayangan Wadi unung tepat jam 7, barulah saya memulakan aktiviti menyediakan Menu masakan 1 dan 2. Tepat jam 7:24 pm, semuanya sudah siap terhidang di atas meja :)

Apa pula menu yang bakal menguji skill masakan saya hari ini? kita tunggu entry seterusnya..

Friday, August 21, 2009

Hasil punggahan

.....................



Sesampai di Subang Airport, saya memilih untuk menaiki bas RapidKL (apa kelas lepas turun flight kemudian naik bas?) tapi itulah hakikatnya..dah namanya personal trip fully sponsored by Mr Hubby

sesampai di KL sentral, saya berjalan hampir 300m untuk ke stesen LRT (dengan memilih untuk tidak memakai mask sambil menghirup asap bas :P)

Saya selamat tiba di KLCC tepat jam 10:05 pagi..tengok kasut, tengok baju tapi satu pun saya tak beli (mode sedar diri)

Jadi, selama 4 jam di KLCC, apa yang saya beli?

2 pasang baju di Isetan untuk anak-anak
sepasang baju di Parkson juga untuk anak-anak
dan mainan keretapi Thomas and Friends juga untuk anak-anak

Tepat jam 2 pm, Mr hubby pun tiba di lokasi yang sama :) jadi tak perlulah saya nak bersusah payah menaiki bas ke stesen bas Temerloh

bak kata Mr Hubby sewaktu menuju ke butik Levis, "sesekali berdating tanpa bawak anak2, seronok jugak kan yang?"

Selesai menghirup cendol durian di food court, kami gerak ke Sri Munawwarah..dan di sanalah saya membeli 2 pasang tudung sebagai habuan untuk saya :)

depart from Sri Munawwarah at 4:30 pm, selamat sampai di rumah tepat jam 9 malam..

pagi semalam saya cakap balik pada Mr Hubby "Seronok kan yang kalau pagi ni dapat pegi KL lagi naik flight, hari2 dapat shopping"

nak tau apa Mr Hubby jawab?


"you beli flight sendiri lah yang"

ehehe

Wednesday, August 19, 2009

Mama pergi sekejap ye sayang..


jangan sedih sebab lunch nanti mama tak dapat nak jenguk anak2 mama..sebenarnya mama yang lagi sedih sebab tak dapat bawak anak2 mama :(


Kakak kena promise jaga adik..jangan buat adik..adik pun jangan buat kakak..

malam nanti insyaAllah mama & babah akan pulang dengan membawa hasil rembatan..kakak dan adik tunggu Mama ye..kalau boleh jangan tidur dulu

Sekian,
dari Mama di KLCC

Tuesday, August 18, 2009

Bagaimana rasanya?

.....................................................

bila rancangan untuk membeli belah di Kuala Lumpur terpaksa dibatalkan di saat2 akhir disebabkan oleh situasi dan keadaan semasa yang agak tidak mengizinkan untuk anda meneruskan hasrat itu

bila baru semalam anda menerima flyer dari shopping mall kegemaran iaitu iSetan mengenai tawaran hebat yang sedang berlangsung sekarang

dan bila anak perempuan anda yang bangun pagi tadi dan langsung bertanya kepada bibik
"bibik kita nak pergi mana?" (budak umur 3 tahun dah ada instinct ke?)

kemudian anak perempuan anda tersebut mengambil flyer iSetan (yang diletakkan di atas meja makan) dan mula meninjau2 senarai barangan di dalam flyer tersebut seraya memberitahu untuk membeli itu dan ini..

bagaimana?? bagaimana?? dan bagaimana??

.....................................................

sewaktu menelefon Mr Hubby dan menceritakan kronologi peristiwa di atas, saya telah di sound untuk kesekian kalinya :(

tak lama kemudian, (mungkin mr Hubby tahu bahawa saya sudah putus harapan) dia telefon saya. Nak tau apa dia cakap?

"Esok awal pagi, u naik flight sorang2 dari kerteh, lepas dah shopping bla..bla..bla..nanti i amik u dekat Temerloh" (untuk pengetahuan, Mr hubby telah pulang ke Temerloh untuk menjenguk kampung halaman selepas selesai kursus pada petang tadi)

bagaikan pucuk dicita ulam mendatang..perasaan merajuk lantas kubuang..:)

sepantas kilat saya ke sini

dan ini hasilnya..walaupun agak berat hati sebab tak boleh bawak anak2..tapi inilah syarat yang perlu dipatuhi :(>



jadinya..besok saya akan tinggalkan anak2 di rumah bersama bibik, seolah2 saya nak pergi kerja, dan pulang semula di petang hari dengan membawa hasil rembatan dari KLCC :P

Monday, August 17, 2009

petang esok..

saya sepatutnya memandu ke Kuantan dengan membawa anak2 untuk berjumpa dengan Mr Hubby yang sedang berkursus di sana..

kalau mengikut rancangan asal, dari Kuantan, kami sekeluarga akan menuju ke Kuala Lumpur dan bermalam di sana

bak kata pepatah, kita semua hanya mampu merancang..

....................

Sewaktu balik dari kampung mak saya 2 hari lepas, Mr Hubby memberitahu saya yang dia agak risau dengan situasi sekarang dan bercadang membatalkan hasrat untuk membawa anak2 ke Kuala Lumpur

mula2 saya protes juga, tapi lepas dah fikir2 semula, saya rasa ada baiknya saya menurut sahaja..nanti kalau jadi apa2..menangis sambil kesat air mata dengan baju raya pun dah tak guna..:(

Selesai sudah satu perkara

Selesai urusan membayar fidyah sebanyak RM150 (jumlah fidyah yang saya bayar adalah berdasarkan anggaran semata2) pada pagi Jumaat lepas, saya bergegas bawak anak2 balik rumah mak saya di KT

sesampai di KT, saya singgah di rumah ayah saya terlebih dahulu (note parents saya dah berpisah)

di rumah ayah, saya sempat menonton al-kuliyyah dan kebetulan tajuk yang dibincangkan pada hari tersebut adalah mengenai fidyah

untuk sesiapa yang masih ragu2 tentang cara pengiraan untuk membayar fidyah, berikut adalah apa yang sempat saya catatkan :

jumlah hari puasa yang perlu diganti x 2 x jumlah tahun

nilai 2 di atas adalah berdasarkan anggaran harga secupak beras iaitu sebanyak RM1.75 tetapi di bundarkan kepada nilai terdekat untuk memudahkan pengiraan

Seperti kes saya, untuk puasa tahun 2004, cara pengiraanya adalah seperti berikut :

8 hari x 2 x 4 = RM64

untuk puasa tahun 2005, cara pengiraannya adalah seperti berikut :

1 x 2 x 3 = RM6

jadi, jumlah keseluruhan yang perlu dibayar adalah sebanyak RM70 shj..

alang2 dah terlebih bayar..jadi nilai selebihnya bolehlah dianggap sebagai sedekah..sekala sekala buat amal jariah :)

Friday, August 14, 2009

Balik kampung lagi

Hubby kena kerja lagi weekend nih..:(

isk nampak gaya tak boleh jadi mcm nih..jalan terbaik adalah membawa anak2 balik kampung lagi :P