Wednesday, December 30, 2009

Lewat minggu-minggu terakhir

Tajuk tak boleh blah :P

minggu ini bakal merupakan minggu terakhir bagi

- tahun 2009 (rasanya mmg dah well-known dah, saje gatal plak lagi nak tulis)

- anak sulung saya berada di rumah sebab minggu depan dia sudah mula akan di hantar ke tadika berdekatan..tetiba rasa agak syahdu di situ walaupun dia hanya pergi ke taska untuk tempoh setengah hari sahaja

- menunggu untuk mendapat dividen ASB (yang ni paling tak sabar sebenarnya :) )

- minggu terakhir sebelum saya menjual kesemua saham unit trust di sini..hampir 2 tahun lebih melabur, tetapi pulangan yang dijanjikan adalah tidak seberapa..malahan saya rugi pulak lagi :(

semoga 2010 menjanjikan lebih ketenangan dan kebahagian untuk kita semua..amin

Tuesday, December 22, 2009

Kisah di Melaka pulak

Sampai di Ayer keroh lebih kurang jam 9 pm, puas duk mendail senarai nombor hotel yang ada..semua dah penuh okeh..pencarian kami berakhir jugak akhirnya bila kami dpt tahu ada sebuah hotel yang baru di ujong pasir..tak tau ler berapa bintang nak bagi kat hotel ni sbb nama pun hotel baru..alhamdulillah akhirnya dapat satu bilik walaupun harganya mengalahkan harga bilik bagi hotel 5 bintang..


The hotel


The hotel lobby


The balcony


The kids and the Christmas tree

esoknya awal2 lagi dah check out..pekena roti canai & teh tarik, kemudiannya kami bergerak pula ke melaka Town..sikit punya jam + sesat..akhirnya pkl 2 baru selamat sampai di Dataran Pahlawan

datang all the way from JB..nak tau apa je yang saya beli? tak ada apa cuma 2 pasang kasut sekolah untuk anak dara di Parkson..*grin*

Monday, December 21, 2009

Nak tahu tak?

We were in JB and also Melaka during the last weekend..and being me, it is so unusual to say that it was a plan trip..pkl 8 am still ding-dong2 tak tau nak pegi ke tanak pegi ke majlis perkahwinan cousin saya yang berlangsung di Sekudai..tup-tup, pkl 10 am, kami ber-5 dah selamat bertolak menuju ke JB :)

menggunakan laluan Pekan- Endau Rompin-Mersing-Kota Tinggi, kami selamat sampai di JB pkl 4 ptg..spent about 1 hr at the wedding reception then saya ajak Hubby mengimbas kenangan lama sewaktu saya belajar di UTM..diam tak diam dah hampir 10 tahun saya meninggalkan zaman pengajian di UTM :)


the 1st entrance


kolej tempat saya menginap selama hampir 4 1/2 tahun ;)


bilik saya yang first di tingkat 2


fakulti tempat saya menimba ilmu..eceh!

Selesai sesi mengimbas kenangan, kami bergerak menuju ke Melaka....want to know more about our trip to Melaka??..sila tunggu update seterusnya :)

isk tetiba rasa rindu nak belajar lagi..ngeee

Innalillah..

Saya baru mendapat tahu tentang berita kematian sahabat suami saya..arwah bekerja di syarikat yang sama dengan suami saya..

Arwah mendapat kemalangan sewaktu dalam perjalanan ke tempat kerja pagi tadi..saya mengenali isteri arwah yang bekerja di imigresen atas urusan pengambilan pembantu rumah..arwah meninggalkan 2 orang anak yang kedua2 nya adalah sebaya anak2 saya..

Saya cuba bayangkan saya di situasi yang sama seperti yang di alami oleh isteri arwah..nauzubillah

al-fatihah untuk keluarga arwah..semoga roh-nya dicucuri rahmat..

Sunday, December 13, 2009

Sale di Envee

kepada peminat2 Envee di luar sana..Envee sekarang sedang mengadakan sale sebanyak 50% untuk baju2 yang terpilih..serius baju yang saya beli yang harganya dulu dalam RM130++ dah boleh beli dengan separuh harga..

menyesal dahulu pendapatan..:P

Saturday, December 12, 2009

Mission accomplished

Takdelah misi yang berat2 sangat pun..tapi setakat hari smalam, bertemankan suami, anak2 dan bibik, saya telah berjaya melaksanakan tugas2 berikut di Kuantan:

1) mendaftarkan perniagaan di Suruhanjaya Sekuriti Malaysia dengan bayaran RM91 untuk selama tempoh 3 tahun atas arahan perunding kewangan..mcm tak percaya pulak diam tak diam dah ada syarikat sendiri..:P

2) terminate kredit kad HSBC juga atas arahan perunding kewangan saya

3) apply for Hong leong Essential kredit kad..juga atas arahan perunding kewangan

4) survey kereta idaman di pusat kereta import terbesar di Kuantan tapi kereta yang menjadi idaman kalbu langsung tiada dalam senarai :( nampak gaya pusat jualan Auto Bavaria di Shah Alam jugak lah yang bakal kami terjah tak lama lagi ..

Wednesday, December 9, 2009

Jus Mate 5..anyone?

saya nampak ianya amat berkesan ke atas cik abang saya yang dah menggunakan produk ni hampir 4 bulan lamanya (since before raya)

dan ramai jugak yang dah tegur sbb nampak cik abang saya makin slim especially part perut yang dah tak boroi ;)

tapi tak boleh jugak nak harapkan pada Jus mate 5 semata2..at the same time kena sentiasa amalkan jugak cara pemakanan yang disyorkan dan bersenam setiap masa..insyaAllah akan nampak hasilnya :)

Tuesday, December 8, 2009

Anak saya yang sulung itu..

........

Sudah berangan nak bawak keta sendiri ke skool..pulak tu bukan calang2 kereta..

kebetulan 2-3 hari ni saya asik pulak menjengah ke sini..nampak gaya selagi tak dapat selagi itu lah saya akan menjadi pegunjung setia website ini :P

ini bukan keta mainan nak oii..bertahun2 mama keja ini pun belum tentu lagi nak merasa tih tih

What will you do with RM5k?

Sewaktu sesi pertemuan dengan CFP tempohari, saya diberitahu bahawa masih terdapat baki perbelanjaan sebanyak RM5k yang boleh di belanjakan dihabiskan pada tahun ini..

dan break down untuk perbelanjaan tersebut adalah seperti berikut :-
cukai pintu/penilaian 200
pakaian/kasut 2000
Cukai jalan 90
Insuran kereta 1000
Servis/ baik pulih 1200
Hadiah 200
Perbelanjaan rambut/kosmetik 300

Agak2 berbaloikah kalau saya sambar sebiji handbag LV dengan duit sebanyak di atas? *wink*

Monday, December 7, 2009

Sudah sampai masanya

..

Untuk saya menghantar anak saya belajar di tadika 4 tahun

Dan pagi tadi saya telah selamat mendaftarkan anak saya di tadika berhampiran..bermula 3hb Januari depan, maka bermulalah rutin saya setiap pagi menghantar dan mengambil anak saya di tadika :)

Entah macam mana lah agaknya reaksi harap2 bukan mak-nya yang terlebih emosi di hari pertama anak saya di tadika nanti..setakat hari ini, saya tengok dia cukup bersemangat mengenakan pakaian seragam dan pakaian sukan yang dah selamat saya beli sewaktu pendaftaran tadi..

so let's just wait and see..

Sunday, December 6, 2009

Yesterday was our first visit to..

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Auto Bavaria in Kuantan :)

selama ni memang tak pernah mimpi untuk jejak kaki ke showroom Auto Bavaria..since dah dapat green lite dari CFP bukan CMP ye..terus dengan tak sabar2 saya ajak cik abang ke sana beli tak beli kendian kira

while when looking at the pricing..seemingly that we can only afford for BMW used car..tak kisahlah janji 3 series..itu pun dah cukup baik :P

semoga tercapai hasrat nak pakai 3 series di usia 30-an ini..amin

Tuesday, December 1, 2009

Yang ditunggu sudah tiba

...................

appointment dengan CFP yang bakal berlangsung hari Khamis pukul 5:30 ptg di Putrajaya.. :)

sanggup saya ambik cuti hari Khamis ni sebab kalau saya reject..tak tau lagi bila dapat berjumpa dengan perunding kewangan saya nih

semoga di permudahkan urusan dan semoga apa yang dihajati bakal terlaksana hendaknya..amin