Tuesday, April 27, 2010

press the key and say..

kisahnya saya baru je belikan laptop mainan untuk anak saya yang sulung..beli di Giant dengan harga RM49.90 aje pun :P

belinya Jumaat lepas tapi sampai sudah tak sempat nak ajar dia how to use the computer

pagi tadi waktu tengah sibuk bersiap nak pegi keja..saya tengok dia duk tekan2 komputer tu..and komputer tu pulak kejap2 asik bunyi "press the key and say.."

dari dlm bathroom saya bagitau anak saya jangan tekan key yang sama je sbb saya duk ingatkan bunyi tu disebabkan dia asik tekan key yang sama

kejap lagi saya dengar lagi bunyi yang sama

macam biasa bila cakap sekali tak dengar..maka saya pun bagi second reminder dengan suara yang ala2 high pitch

tak lama lepas tu dah kedengaran suara seseorang sambil teresak2 memberitahu

"dia bunyi sendiri la mama..kakak tak tekan.."

huhu..dan2 tu jugak rasa nak lempang muka sendiri..pagi2 lagi dah buat spoil :(

Saturday, April 24, 2010

Yeay!

ada beberapa sebab kenapa saya seronok sangat sekarang nih antaranya :-

1. baru selamat sampai dari kampung halaman..bila dah balik kampung tu macam2 agenda yang telah selamat dilaksanakan antaranya sesi memborong shawl murah tahap cipan di pasar Kuala Berang :P (sape kata Kuala Berang takde jual shawl mcm yang jual secara online plus dengan harga yang jauh lebih murah :))

2. finally dpt masuk ke blog ini (tq tak terhingga kepada tuan empunya blog *wink*)

3. baru dapat gaji tapi belum sempat lagi untuk dibelanjakan sebab kesemuanya telah dimasukkan ke current akaun RHB..nasib baik masih ada saki baki duit poket bulan lepas untuk survive sampai esok tih tih

sekian

Wednesday, April 21, 2010

Selamat tinggal

er sila jangan saspen dulu *wink*








































maksud saya selamat tinggal kepada koleksi tudung munawwarah..sekarang ni saya so into menambah koleksi tudung ala syria la pulak..

gambar terkini purposely snap gambar mcm ni sbb nak tutup double chin boleh?



ok..dan ini gambar org penat baru balik dari kerja petang tadisemalam..dah penat2 tu sempat lagi amik gambar sambil senyum depan cermin hehe



sekian

Bagaimana rasanya bila tido seawal jam 7 ptg dan bangun semula jam 11 mlm?

tak rasa apa2..cuma mata je la yang susah nak tido balik bila dah terbangun pkl 11 mlm kan? ngee

balik keja pkl 5:30 pm, mandi, solat asar..then waktu anak2 dah start join masuk bilik and lompat2 atas katil, saya mintak jasa baik diorang main kat luar dengan alasan saya nak landing kejap..boleh? make sure kena bagitau baik2 so takde lah rasa bersalah sangat sbb tak dpt nak layan anak2 kan :P

yang best tu bila yang sulung bersedia menurut perintah, yang kecik pun menurut sama..hehe

saya mamai sewaktu yang sulung kejutkan saya untuk mandi, tapi saya bagi alasan dah mandi and sambung tidur balik..

sedar x sedar..sewaktu dengar yang bongsu merengek dan cik abang pulak dah start nak landing..yang sulung pulak dah selamat landing..sungguh bukan isteri mithali disitu :P

bangun..solat Isyak, yang terlepas tu wajib la kena ganti kan? pegi dapur and buat JusMate5 (oh saya sekarang baru nak start dengan program diet JusMate5)..kata nak jadi biggest loser in Kerteh..hehe

berat sebelum 59kg, so far dengan hanya exercise je dah berjaya turun 58kg, now target nak turun another 4 kg..:)

ramai yang kata, dah slim buat apa nak turun lagi..saya kata bukan nak slim cuma nak kempiskan bhgn perut ni aje..so harap2 dengan minum JM5, sit up and joging boleh membantu nak mencapai impian dlm tempoh sebulan ni :)

OK now dah start menguap balik..till then!

Sunday, April 11, 2010

pernah tak korang?

mempunyai pengalaman menaiki motosikal secara berjemaah..bukan berdua, bukan bertiga, tapi berempat?

saya pernah merasai pengalaman tersebut sewaktu zaman kecik2 dulu

dan semalam, setelah berpuluh tahun lamanya, saya mengulangi sejarah tersebut bezanya kali ini saya berada di tempat paling belakang (kalau zaman kecik2 dulu biasanya kena kepit di tengah2 ;)

kononnya saje nak mencari keseronokan sbb selama ni asik guna kenderaan 4 roda..so semalam nak rasa pengalaman pegi main bowling dengan menaiki kenderaan 2 roda..yang sulung di depan, yang bongsu duduk ditengah2 antara saya dengan cik abang..(boleh imagine tak?)

dan sebenarnya perjalanan kami ke pusat bowling langsung tak mencecah jalan utama sebab dari lorong rumah kami terus boleh sampai ke tempat yang nak dituju dengan menaiki overhead bridge..

tapi saya rasa cukup lah sekali pengalaman tersebut..tak ingin lagi saya merasai suasana bersesak atas motor sebab kalau saya lihat org lain yang berada dalam situasi saya semalam, nescaya saya akan terfikir..

susahnya orang ni..anak dah 2 tapi masih belum mampu memiliki kenderaan yang lebih selesa..

tepuk dada tanyalah selera :)


bukti di hari kejadian ;)

Wednesday, April 7, 2010

Sesekali bila ada kesempatan

jengah la jugak blog yang dah lama ditinggalkan :P

nak kata bz..rutin harian tetap sama jugak mcm dulu2..nak kata dah takde bibik..ada je lagi walaupun tgh berura2 nak balik for good tak lama lagi..nak kata dah naik pangkat..tak jugak..nak kata anak nak tambah lagi sorang..pun tak jugak!

well nothing much to update just to let u all know that am still here..its just that i cudnt find anything interesting to blog abt..kalau dulu main belasah je sesedap rasa..balik2 menda yang sama jugak rasanya..

hope to update more story soon!