Tuesday, April 27, 2010

press the key and say..

kisahnya saya baru je belikan laptop mainan untuk anak saya yang sulung..beli di Giant dengan harga RM49.90 aje pun :P

belinya Jumaat lepas tapi sampai sudah tak sempat nak ajar dia how to use the computer

pagi tadi waktu tengah sibuk bersiap nak pegi keja..saya tengok dia duk tekan2 komputer tu..and komputer tu pulak kejap2 asik bunyi "press the key and say.."

dari dlm bathroom saya bagitau anak saya jangan tekan key yang sama je sbb saya duk ingatkan bunyi tu disebabkan dia asik tekan key yang sama

kejap lagi saya dengar lagi bunyi yang sama

macam biasa bila cakap sekali tak dengar..maka saya pun bagi second reminder dengan suara yang ala2 high pitch

tak lama lepas tu dah kedengaran suara seseorang sambil teresak2 memberitahu

"dia bunyi sendiri la mama..kakak tak tekan.."

huhu..dan2 tu jugak rasa nak lempang muka sendiri..pagi2 lagi dah buat spoil :(

No comments: