Monday, June 30, 2008

no title

smalam aku EL, hr ni half day, arissa dah 2 hr berturut tak lena tido, siang malam tak tdo, awalnya dia selsema, sekarang dah bertukar batuk + selsema, bila batuk dia akan muntah, so smalam kami bawak dia ke klinik, mula2 ke klinik di Bandar baru kerteh, tp yg ada cuma doktor ganti, kemudiannya kami ke klinik di awana, pon doktor ganti, lastly, kami ke klinik berhampiran dgn tempat tinggal kami, doktor bg ubat yg blh buat dia tido, tpnya sampai ptg dia asik berjaga, bila tido dia asik terbatuk, and bila batuk dia muntah terus tak jadi nak sambung tido,

malam tu, kami ke klinik untuk bg nabulator (as suggest by the doctor),



alhamdulillah smalam dia tido lena sampai pkl 5 pg, pg td kami ke klinik lg untuk nab, ptg nanti mungkin ke klinik lg untuk nab, mula2 kami ingat kalau still tak OK nak refer ke KSH je, tp kata doktor kalau kami refer ke KSH cara yg sama mereka akan buat, which is to give nab every 4 hrs, bila pk2 kami decide not to refer to ksh and better ulang alik ke klinik je, hopefully arissa boleh cepat sembuh dengan cara ni..

Friday, June 27, 2008

Kenangan meraikan Birthday Afrina yang pertama

ni koleksi gambar sempena meraikan Hari lahir Afrina yang pertama di KFC bersama saudara-mara..(waktu ni Arissa masih lg berada dlm kandungan ku seawal usia 2 bulan)

agak meriah jugak sambutannya cuma Afrina kelihatan agak takut2, mungkin terlalu awal untuk dia memahami apa itu istilah hari jadi..



tiup lilin on behalf..fuhhhh



sibuk melayan tetamu yang dtg sampai mama dan babah merupakan org terakhir yang dpt makan..

Thursday, June 26, 2008

Aksinya di kolam renang

isk bowinknya main sorang2



nanti adik dah besar sket boleh main air sama-sama

Di saat kita terlupa akan ibu....

saje nak letak gambar2 ni..

















tetiba je rasa syahdu and tersedar betapa besarnya pengorbanan seorang ibu kan??

Proses mengambil helper

aku br je memasukkan sejumlah wang ke dalam akaun agent, ni atas urusan pengambilan helper dr Indonesia (I am not gonna address the helper as bibik, sbb sesetengah helpder doesn't like to be addressed as bibik, lain la kalau dgn persetujuan helper tu)

so jangkanya, next week, agent akan hantar duit ke Indon, untuk urusan buat pasport (and that will take approximately 1 week), after that agen akan hantar pasport tu untuk aku bawa ke imegresen..so update seterusnya akan ditulis lg selepas ini..

hopefully aku akan dpt helper yang baik, yang mampu nak jaga anak2 aku dgn baik, jaga rumah dgn baik sewaktu ketiadaanku, dan yang penting dia sentiasa menjaga solatnya..berdasarkan pengalaman aku, org2 yg pernah bekerja di rumah aku sblm nih, nama aje pakai tudung (bukan tujuan menghina), tp tak pernah sembahyang, walaupon berkali2 disuruh..harapanku semoga usaha ku kali ni tak sia2 dan dipermudahkan segala urusan oleh-Nya..amin

Luahan perasaan

smalam hr yang sungguh tak best buat aku..tak reti nak citer sebenarnya, sbb aku bukan jenis yg suka nak campur tangan atau bz body pasal hidup org..aku paling tak suka org kacau atau busy body nak tau pasal hidup aku, pasal family aku, aku punya life..korang pedulik hapa?? haa tak pasal2 je aku hangin ngan sumer org..

ceritanya begini, tgh2 sedap nak menuggu hidangan makan tghari tu, ofismate aku yg sorang ni..tetiba je warn aku jgn ganas sgt pd org gaji yg bakal aku hire tak lama lg, sbb apa dia warn aku mcm tu? ntah..aku pon tak tau apa motip dia, dia jeleskah sbb dia tak dpt nak hire helper? atau dia ingat ganaz sgt kah aku nih sampai sumer helper yg penah aku hire sbm ni (org local je pon, this time around aku serik, jadiknya aku amik helper dr seberang), berenti kerja? pd aku, kalau kau tak tau, jgn bercakap, sbb aku yg terlebih tau knp helper2 aku dulu tu behenti, ko yg tak tau apa2..jgn bz2 nak nasihat ke, nak bg tips ke..aku tak HERANNNN

sekian sesi luahan perasaan untuk hari ni..terima kasih

Wednesday, June 25, 2008

kesian anak-anakku

smalam arissa dah mula nak dapat selsema, siangnya babysitter informed yang arissa asik terbersin, and pkl 3 pg smalam dia bangun dgn nafas yang tercungap2 sbb hidung tersumbat, aku angkat dia, tepuk2 tp takde tanda dia nak tido..sesak nak bernafas pon mungkin jugak agaknya..sedar tak sedar pkl 6 pg, aku angkat dia dr bilik belakang, and bg dia ubat..arissa bukan jenis yang suka nak meregek2, semenjak lahir hingga ke hari ni, jarang nak dgr dia merengek atau menangis, unless kalau dia lapar and mengantuk, bila bg susu and tepuk2 terus OK and bila letak dlm baby cot dia blh tido dgn sendirinya..

agaknya dia pon tau yang mama punya dia dan kakak and tanak susahkan mama dia..mama doakan moga anak mama cepat sembuh dan diberikan kesihatan yang sempurna oleh-Nya..amin

ps batuk afrina pon still belum reda, aku harap dgn kehadiran bibik nanti anak2 aku kurang dijangkiti penyakit sbb mereka hanya perlu duduk di rumah dan tidak perlu keluar rumah awal pg untuk di hantar ke rumah babysitter

Tuesday, June 24, 2008

Pengalaman melahirkan Afrina

Seminggu sblm melahirkan afrina, aku telah diwardkan di KSH kerana false alarm kerana kusangka telah tiba waktu untuk melahirkan..maklumlah, ini merupakan pengalaman pertama melahirkan zuriat..malam tu (seminggu sblm melahirkan), kami bertolak dr Dungun menuju ke KSH, sesampai di sana, aku terus diusung ke wad dgn wheel chair, tp kesakitan yang dialamai semakin lama semakin berkurangan..dan keesokan harinya aku dibenarkan keluar kerana aku tidak setuju untuk di induce kerana bukaan baru 1cm, kalau boleh biarlah sakit tu datang dengan sendiri dan bukan secara paksaan, lagipun tarikh jangka bersalin ada beberapa hari lg..


23/Jul/06, selepas zuhur sewaktu hendak mengerjakan Solat, terdapat tanda yang menunjukkan aku sudah hampir untuk melahirkan, kami terus bergegas menuju ke Kuantan, sesampai di sana dalam pkl 3 pm, kami tidak terus menuju ke KSH, sebaliknya kami singgah di Giant kerana waktu itu kontraksi yang di alami tidak begitu kuat, dan aku masih mampu berjalan, dan kami masih sempat singgah makan di Pizza Hut. Pkl 7 pm, waktu tu aku masih lagi tak pasti yg aku akan melahirkan dlm waktu yg terdekat ini, kalau boleh perkara yang di alami minggu lepas tak nak berlaku lg(false alarm), jadi kami decide untuk pergi ke Hospital Tengku Ampuan Afzan untuk mengetahui bukaan jalan..

sesampai di HTAA, aku terus menuju ke unit bersalin, dan sewaktu itu hanya doktor pelatih yang ada, dan perkara yang agak kukesali sewaktu memeriksa bukaan, kulihat ada sorang doktor lelaki (mungkin juga pelatih) yang turut sama memerhati..sewaktu itu bukaan dalam 2-3 cm, dan mereka seolah kelihatan agak ragu2 untuk membuat keputusan, sama ada untuk menahan aku di wad dan tunggu sehingga proses kelahiran berlaku secara normal, atau secara induce untuk mempercepatkan proses kelahiran. Dan berdasarkan rekod yg mereka terima, doktor pelatih itu meyatakan bahawa bayi yang berada dalam kandunganku ini dalam keadaan berisiko jika tidak di induce. Mendengarkan itu, aku membuat keputusan untuk dirujuk ke KSH.

Kami betolak ke KSH dalam lingkungan jam 10 malam, dan sesampai di sana, kontraksi yang di alami semakin kuat, dan sepanjang malam di wad, aku hanya menahan kesakitan sementara menunggu doktor untuk datang pd keesokan pagi..mujurlah nurse di situ berselang seli dtg dan membuat pemeriksaan (selang 1/2 jam) dan memsukkan ubat untuk memberi rasa mengantuk..

keesokannya, seawal 7 pg, doktor telah memasukkan drip untuk mempercepatkan bukaan jalan, dan juga memasukkan alat untuk memecahkan ketuban, sewaktu ini kesakitan yang di alami semakin kuat, dan aku berulang kali ke tandas kerana tidak tahan untuk membuang air kecil, sakitnya hanya Tuhan yang tau, dalam hati berulang kali membaca kalimah suci, dan tepat jam 9:50, aku terasa ingin membuang air besar, dan terus kusuarakan pada nurse, dan dia terus mengusungku ke labor room, tepat jam 10:02 am, aku selamat melahirkan puteri sulungku, yang kunamakan afrina..terasa hilang segala kesakitanku sebentar td setelah melihat zuriat yang br dilahirkan, syukur pada Allah kerana memberi kami amanah yang tidak terhingga ini..


note --> sewaktu dilahirkan afrina dah tumbuh sebatang gigi di bahagian bawah

Suatu petang di East Coast Mall, Kuantan

apa ye nak makan?



ih napa la lambat sgt sampai menu yg aku order nih



makan time, bg can babah makan dulu



perut dah kenyang jom kita mulakan misi shopping2 di Kuantan..


"adik duduk diam2 yer sbb mama dah nak start shopping nii.."

first habuan untuk hr nih..

Menelek jari

Hobi di waktu lapang, melihat jari jemari..

Cubaan nak mengelat

tgk ni aksi dia bila mama nak snap gambar dia..konon mcm nak mengelat la tu

Sunday, June 22, 2008

Membeli table runner

smalam, before hubby pergi kerja,

me : yang, susu anak2 dah nak habis
hubby : okeh, jom la cepat sbb babah kena kerja mlm nih (waktu tu dah almost 6 pm)

so siap2 and terus masuk keta, on the way tu :

me : yang, singgah suria dulu lah, hari pon dah nak gelap ni, takut derang tutup kedai

hubby : susu anak cemana?
me : takpe, sempat ler besok i beli after office hour

afrina + arissa : bertuah betul dpt mama mcm nih..hehe

so, to cut the story short, ini lah hasilnya..

tadaaa..

Menyambung hobi lama

aku dah mula nak menyambung hobi lama, which is decorating my house (ops rented house actually, rumah sendiri dah selamat disewakan)

so misi kali ni mencari table runner..hr Khamis after ofis house, dlm hujan renyai2 tu, sanggup kuredahi jua untuk singgah kedai Suria (even dah terlajak keta sebenarnya). So bila dah start tgk table runner yg harga nya kurang 10 sen shj dr RM 110 (RM109.90 la tu maknanya) mula2 nak terus beli, but bila pk balik, besok kan jumaat, and hubby pon cuti, so dtg la idea bernas utk ajak dia survey brg tu kat kuantan, mana la tau kot2 ada yg lg best ke, murah ke..hehe

so the next day, lepas jumaat, dah lewat2 tu, ttp jugak semangat ajak hubby pegi kuantan..sampai2 dah 5:30 ptg, singgah makan dulu kat black canyon (betul ke nama restoran ni?), sebelah je dgn big apple, pastu terus memulakan misi mencari table runner..malangnya lain yg di cari lain yg ku jumpa..ini lah senarai brg2 yg dibeli antaranya..

table placemat..(harga RM4.90 sekeping)



bedroom slipper aussino..(harga RM29.90 shj)



and table cloth untuk coffee table je la nampaknya..(harga RM49.90)



stok table runner utk meja makan 8 kerusi yg mcm kat suria tu dah takde laa pulak..

and last but not least..toys-r-us easy writer with sound untuk afrina..(harga RM 50 ++)




untuk arissa tak sempat nak beli apa2, takpe..nanti dah besar sket boleh kongsi main easy writer ngan kakak ye sayang..(itu pon kalau blom rosak ler..hehe)

tisk..penat je tp seronok sebenarnya..:)

Thursday, June 19, 2008

Pengalaman melahirkan Arissa

Awal pagi itu, 14 feb 08 (valentine's day) sebelum azan subuh, aku dah mula rasa contraction, so kejutkan hubby and dia cepat2 mandi and siap2 apa yg patut, at the same time I make a phone call to my mom sbb dia mmg dah pesan utk bgitau dia kalau ada tanda2 sakit nak bersalin, after dah siap packing brg, termasuk stok baju afrina untuk 2-3 hr, in case la kena tahan di wad..around 8 am kitorang gerak keluar and first thing aku mtk hubby hantar ke ofis dulu sbb nak amik charger laptop and submit borang cuti (aku deliver terawal 4 hari so cuti pon mmg tak dirancang), masa ni muka org2 kat ofis masing2 dah cuak and heran mcmana aku blh lagi nak menapak ke opis..hehe)

while waiting for my mom to arrive (road journey from kt-kerteh usually took about 2 hrs) kitorang gi bekfest dulu, waktu ni aku makan berselera betul, walaupon sakit tu dtg sekali sekala, tp tetap kugagahkan jua..:) my mom arrived around 10 am, then balik umah dulu and pk2 sbb tak sure whether nak terjah pegi Kuantan specialist terus ke atau nak tunggu betul2 bila dah heavy contraction, but then after a second thought, my sister suggest utk pegi check bukaan dkt nearest GP (General practitioner aka clinic)..

Kitroang sampai klinik at around 12 am and terus masuk bilik doktor, and waktu ni aku dah rasa contraction every 5 mins, doktor check and inform that bukaan dah almost 4-5 cm, and boleh deliver anytime sementara nak sampai KSH! (ni based on my previous history deliverkan afrina)..so kitorang terus gerak ke KSH (road journey from Kerteh - KSH took us almost 1 1/2 hr to arrive).. dalam keta sempat la aku belek2 msg, hantar msg and layan contraction yg datang sekali sekali.. we arrived safely at KSH at around 2:30 pm, terus derang bwk ke wad (masa ni steady lg boleh jalan) and sesmapai kat wad tetiba je rasa lain mcm and bila check rupanya air ketuban dah pecah, so the ward attendant mintak aku baring dulu sementara tunggu doktor dtg, around 3 pm doktor dtg (doktor yg sama waktu bersalinkan afrina) and masukkan alat untuk cepatkan proses mengeluarkan air ketuban), tak lama lepas tu aku di usung ke labor room, around 3 :30 pm, aku dah mula rasa heavy contraction and almost 30 mins menahan kesakitan, mulut ni berselang mengucap kalimah allah, dan alhamdulillah tepat pukul 4:02 petang aku selamat melahirkan arissa dengan hanya 2-3 kali teran, dan alhamdulillah bersalin kali ni tak perlu apa2 jahitan mungkin saiz nya yg agak kecil 3.13 kg berbanding kakak nya 3.48kg)..apa2 pon aku panjatkan kesyukuran kerana sekali lagi memberi amanah yang tidak terhingga ini kepada kami..

ps pengalaman paling takle nak lupa bila afrina masuk labor room and berjoget dgn riangnya..

Pemandu berhemah

bila dia memandu..



bila ada gangguan..

Sunday, June 15, 2008

Muara Sg Kerteh, here we comes

Network is still down, so aku amik ler kesempatan untuk draft something and later can be copied into my blog..bijak ke tindakan aku ni ??

smalam our picnic started a bit late, aku+hubby+afrina+arissa gerak pon dah almost 9:15 ++, sesampai je kat picnic area, my opismate dah terpacak menunggu, walaupon waktu tu br 3 org yg sampai, tp kami masih dikira lambat la kan..in fact tak ramai pon yg join this activity, out of 11, just 6 org je yg join..sedih tak?

nway, we enjoyed our picnic, hubby mcm biasa melayan si afrina kat playground (thank god kat situ ada playground) and si arissa asik je duk diam2 dlm dia nyer car seat, bekerjasama betul anak mama yg sorang nih..lagipon angin yg sepoi2 bahasa tu kan mmg ler best kalau dpt tido..hehe


arissa tido lena dlm tiupan angin sepoi2 bahasa



bersama ofismate




tpt afrina bersama babah menghabiskan masa sepanjang piknik tu, so dia mmg takde dlm gambar
we ended the picnic at 12 pm, sampai2 kat umah, mandikan afrina dulu, babah nya dah selamat landing ngan arissa, and mama pon tak lama meyusul selepas tu, tak sedar pon bila masa afrina tido, sedar2 dah 2++ pm and siap2 utk gi kemaman..nak carikan hadiah utk brithday anak my officemate..

sesampai dr Kemaman, terus gi birtday party, layan majlis dlm 1 hr then kitorang gerak balik umah, seberang jalan je pon..mcm ler jauh sgt..:)

after all, penat menjalani aktiviti smalam masih terasa ke waktu ini..berdenyut2 kepala ni..layannn

Friday, June 13, 2008

My oh my

My 4th time writing in this blog, since anak2 dah tido, and hubby pon blom balik lg, plant trip katanya, so amik kesempatan online jap :) actually tujuan asalnya nak gi sini, but then since no update, I finally visit my own blog to update something..er mcm la boleh nak update blog org lain

Since hr ni off day kan, so asik la berkuntau (curi ayat my ex room-mate hehe) with both kids, yang adik nya tu so far ok la, tak byk kerenah..bgn tido nak susu pastu boleh letak je and don’t hv to pamper her for long..tp yg sulung tu pepaham je la ye..kejap2 nak panjat duk atas riba, kejap2 nak dokong, kena plak hr ni dia tercirit, so mmg melayan dia je la adanya..

Tomorrow we are going to hv picnic somewhere at what they called Muara Sungai Kerteh, my own dept punya activiti pon, so hr ni kerja nya asik la masak air je utk cukupkan stok untuk buat air ribena besok..plan to start as early at 8 am..but the actual nya tak tau lah..let’s wait for tomorrow punya outcome ok..till then

My second child

My second child, namely arissa..she's approaching 4 mth old tomorrow :)

Thursday, June 12, 2008

My first child

My first child, namely afrina..she's approaching her 2 years old in less than 2 months time..

Monday, June 9, 2008

My first blog

Tujuan blog ini di tulis adalah semata2 untuk memuatkan aktiviti harian, mingguan, bulanan (or perhaps tahunan :) anak2 ku yang bernama afrina (si sulung) dan adiknya arissa (si bongsu) dan activiti orang2 yg yang sewaktu dengan mereka (merangkap parents)..Sekian