Tuesday, June 24, 2008

Pengalaman melahirkan Afrina

Seminggu sblm melahirkan afrina, aku telah diwardkan di KSH kerana false alarm kerana kusangka telah tiba waktu untuk melahirkan..maklumlah, ini merupakan pengalaman pertama melahirkan zuriat..malam tu (seminggu sblm melahirkan), kami bertolak dr Dungun menuju ke KSH, sesampai di sana, aku terus diusung ke wad dgn wheel chair, tp kesakitan yang dialamai semakin lama semakin berkurangan..dan keesokan harinya aku dibenarkan keluar kerana aku tidak setuju untuk di induce kerana bukaan baru 1cm, kalau boleh biarlah sakit tu datang dengan sendiri dan bukan secara paksaan, lagipun tarikh jangka bersalin ada beberapa hari lg..


23/Jul/06, selepas zuhur sewaktu hendak mengerjakan Solat, terdapat tanda yang menunjukkan aku sudah hampir untuk melahirkan, kami terus bergegas menuju ke Kuantan, sesampai di sana dalam pkl 3 pm, kami tidak terus menuju ke KSH, sebaliknya kami singgah di Giant kerana waktu itu kontraksi yang di alami tidak begitu kuat, dan aku masih mampu berjalan, dan kami masih sempat singgah makan di Pizza Hut. Pkl 7 pm, waktu tu aku masih lagi tak pasti yg aku akan melahirkan dlm waktu yg terdekat ini, kalau boleh perkara yang di alami minggu lepas tak nak berlaku lg(false alarm), jadi kami decide untuk pergi ke Hospital Tengku Ampuan Afzan untuk mengetahui bukaan jalan..

sesampai di HTAA, aku terus menuju ke unit bersalin, dan sewaktu itu hanya doktor pelatih yang ada, dan perkara yang agak kukesali sewaktu memeriksa bukaan, kulihat ada sorang doktor lelaki (mungkin juga pelatih) yang turut sama memerhati..sewaktu itu bukaan dalam 2-3 cm, dan mereka seolah kelihatan agak ragu2 untuk membuat keputusan, sama ada untuk menahan aku di wad dan tunggu sehingga proses kelahiran berlaku secara normal, atau secara induce untuk mempercepatkan proses kelahiran. Dan berdasarkan rekod yg mereka terima, doktor pelatih itu meyatakan bahawa bayi yang berada dalam kandunganku ini dalam keadaan berisiko jika tidak di induce. Mendengarkan itu, aku membuat keputusan untuk dirujuk ke KSH.

Kami betolak ke KSH dalam lingkungan jam 10 malam, dan sesampai di sana, kontraksi yang di alami semakin kuat, dan sepanjang malam di wad, aku hanya menahan kesakitan sementara menunggu doktor untuk datang pd keesokan pagi..mujurlah nurse di situ berselang seli dtg dan membuat pemeriksaan (selang 1/2 jam) dan memsukkan ubat untuk memberi rasa mengantuk..

keesokannya, seawal 7 pg, doktor telah memasukkan drip untuk mempercepatkan bukaan jalan, dan juga memasukkan alat untuk memecahkan ketuban, sewaktu ini kesakitan yang di alami semakin kuat, dan aku berulang kali ke tandas kerana tidak tahan untuk membuang air kecil, sakitnya hanya Tuhan yang tau, dalam hati berulang kali membaca kalimah suci, dan tepat jam 9:50, aku terasa ingin membuang air besar, dan terus kusuarakan pada nurse, dan dia terus mengusungku ke labor room, tepat jam 10:02 am, aku selamat melahirkan puteri sulungku, yang kunamakan afrina..terasa hilang segala kesakitanku sebentar td setelah melihat zuriat yang br dilahirkan, syukur pada Allah kerana memberi kami amanah yang tidak terhingga ini..


note --> sewaktu dilahirkan afrina dah tumbuh sebatang gigi di bahagian bawah

No comments: