Monday, June 1, 2009

Hajat tak kesampaian

Tak banyak aktiviti yang bercanggah dari agenda asal saya di Kuala Lumpur tempohari, pendek kata, kesemuanya berjalan seperti yang dirancang :)

Namun begitu, ada sesuatu yang masih belum berjaya diperolehi dalam sesi mengukur bangunan tempohari..penat saya mengheret anak2 di isetan KLCC, Ampang Park, Jusco One Utama, Sogo, Pavilion dan Bangsar Village..kesemuanya tidak mendatangkan hasil :(

setelah membaca entry MN mengenai 2 pasang kasut yang kena gigit, saya mula terpanggil untuk ke Robinsons..gigih saya bertanya rakan sepejabat sewaktu sesi training yang berlangsung selama 2 jam tempohari tapi nampaknya masa dan keadaan tidak menyebelahi saya..in fact dia sendiri tak penah menjejakkan kaki ke Robinsons :P

Hari Selasa, saya berjaya merembat 2 pasang blouse dan sepasang seluar di Isetan KLCC

Hari Rabu, saya berjaya merembat 3 helai tudung di Sri Munawwarah. Setelah menghantar Mr Hubby di Subang, kami ke Jusco One Utama tetapi tak jumpa pulak kasut yang berkenan

Hari Khamis, kami ke Sogo dan Pavilion tetapi masih tak jumpa kasut yang dihajati

Hari Jumaaat, kami ke BV tetapi masih jugak tak berhasil :(

hari Jumaat, saya membawa anak2 ke taman KLCC sebelum pulang semula ke hotel untuk berehat. Tepat jam 2:50 petang, kami memulakan perjalanan untuk pulang ke Kerteh. 4 jam kemudian, kami semua dah selamat sampai di tempat kediaman :)..rasa macam tak percaya pun ada..malam tu, sewaktu masing2 dah mula nak memejamkan mata, saya memberitahu Mr Hubby

Petang tadi, waktu nak balik I sesat kat area setapak, ada la nak dekat setengah jam before buat u-turn, kat depan sket dah jumpa signboard nak gi ke kuatan, by 3:30 pm, kitorang dah selamat atas highway Gombak..mcm tak percaya je boleh sampai within 4 hours

Mr Hubby : er..ntah2 besok nih keluar front page sebuah kereta wira WJQXXXX telah dijumpai bla..bla..bla (sambil buat2 pegang saya kononnya bukan saya yang ada atas katil waktu tuh

saya : *sabo je ler*

4 comments:

BZmum said...

boleh buat skrip episod keliwon yang akan datang.. :p

Ms Lola said...

Sabau je lah...

miz_eda said...

BZmum,
ko jangan weh..amalan pun tak berapa nak cukup nih :P

miz_eda said...

ML,
ye..sabar tu pun separuh dr iman..:)