Friday, January 22, 2010

dulu vs sekarang

dengan hanya memandu Wira, saya mampu membuat simpanan tetap sebanyak RM5.2k setiap bulan

tapi kini, setelah memiliki BMW 3 series, simpanan saya telah berkurang sebanyak RM3.2k sebulan..(2k perlu di tolak untuk installment kereta selama 9 tahun)

sewaktu mula2 menyertai aziz.cfp..saya ada memberitahu tentang 3 matlamat kewangan saya..

salah satunya untuk memiliki kenderaan mewah berharga RM150k menjelang 2011, tetapi alhamdulillah, tak sampai setahun menyertai program ni..saya telah pun berjaya memiliki apa yang dihajati..bahkan harga kereta tersebut jauh lebih tinggi dari nilai yang saya nyatakan di atas

kalaulah dari awal lagi saya tahu tentang financial planning..mungkin sekarang saya dah mampu mencapai segala matlamat yang dihajati..

tp bak kata omputeh..better late than never, kan?

Harga sebuah pengorbanan

untuk kes saya, jual unit trust dengan sebiji wira Aeroback 1.3, inilah hasil yang saya dapat

jeng jeng jeng



















































mungkin inilah dia yang dinamakan harga sebuah pengorbanan..;) termasuklah duit yang perlu dikorbankan setiap bulan untuk ansuran kereta *sigh*

Friday, January 15, 2010

The excitement of driving the "sheer driving pleasure" vehicle

Tak dapat nak digambarkan dengan kata2..mana tidaknya..dari wira terus upgrade bawak Sheer driving pleasure bak kata salesman..tapi sesungguhnya apa yang dapat saya rumuskan, rasa excitement tu takde la bertahan lama sangat pun..in fact u only feel it for the 1st 2-3 hrs upon getting the experience to drive the car

Especially the fact when you received a call from the bank that you will have to start the monthly installment in the following month..:P

sesungguhnya ini semua adalah bersifat sementara..akhirat jua kekal abadi..:P

Friday, January 8, 2010

We made it finally :)

sudah nak masuk 2 hari kami di sini..kat mana lagi kalau bukan di Kuala Lumpur..pusing used car sini..masuk used car sana..akhirnya sudah ditakdirkan pencarian saya dan Cik abang akan berakhir di Cheras sahaja..:)

seperti yang direncanakan..kami tak beli 7 series, bukan juga 5 series, tp 3 series sahaja..3 series pun bukan main lagi berpeluh time nak kira budget..tih tih

tunggulah sedikit masa lagi..insyaAllah gambarnya akan saya tempek di sini

but at the same sedih sebab terpaksa berpisah dengan Wira kesayangan saya..banyak jasanya kepada saya hingga saat ini..

jasamu akan tetap kukenang sampai bila2 *sob sob*

Monday, January 4, 2010

Al-kisah di hari ke-2

Kalau semalam dia excited dari awal hingga ke waktu habis kelas..tp lain plak ceritanya hari nih

kebetulan pulak saya lambat sampai 5 min dari waktu yang sepatutnya..pkl 12 sepatutnya masing2 dah boleh keluar dari kelas..saya sampai lebih kurang pkl 12:05 pm

sampai2 je mcm biasa saya meluru ke kelas 4 autumn..dan sebaik aje anak saya perasan kelibat saya..tetiba dia terus meraung..sesudah diselidiki, rupa2nya ada kawan sekelas yang dah kidnap kasut sekolah anak saya..dan dalam waktu yang tu jugak anak saya terkencing kat depan kelas (kes tak sempat nak bagitau cikgu agaknya)

entah apa yg budak tu berkenan sangat dengan kasut sekolah anak saya tu..brand kiki lala aje pun..bukannya clarks ke..sketchers ke..:(

nasib baik la cikgu kelas anak saya tu berjaya mendapatkan budak lelaki tu (lelaki okeh!) yang dah berjaya dengan misi menga\ebas kasut anak saya

sebenarnya dari semalam lagi saya perasan yang budak ni berminat nak pakai kasut anak saya sebab sebaik sahaja habis kelas, saya tengok dia ambil kasut anak saya dan terus pakai kat kaki dia..tak kekok langsung pulak tu..tapi sebab saya ada kat situ, jadi cepat2 saya tanggal kasut tu dari kaki dia..tengok2 hari ni dia buat lagi..

tak boleh jadi mcm nih..jadinya tadi saya tinggalkan pesan pada cikgu kelas anak saya untuk bagi chance anak saya keluar dulu dari budak lelaki tu..so harap2 lepas ni takde la can dia nak pau kasut anak saya lagi..:)


anak dara yang baru lepas selesai melalak


dah rupa macam fobia pun ye jugak


mengenang nasib diri..tih tih

lepas ni masalah apa la pulak lagi agaknya *sigh*

Sunday, January 3, 2010

Her very first day at kindie

Sungguh excited tak tentu pasal..pagi2 lagi dah bangun, mandi tak sampai 5 min (biasa2 tu puas nak suruh keluar dari bath tub)

lepas siap pakai baju sekolah, galas beg sekolah, pakai kasut, terus get ready depan pintu rumah konon2 nak tunggu pakcik bas sekolah datang menjemput



Sesampai di tadika, dengan tak menyempat2 dia nak masuk kelas, dan belum pun sempat saya nak tinggal pesan apa2..dia terus hulur tangan untuk salam (mungkin dia ingat saya nak terus pegi keja padahal saya nak amik half day untuk tujuan nak teman dia di hari pertama kat tadika :P)


sila abaikan budak yang pakai baju belang2 tu..sibuk jugak nak duduk dalam kelas ;)


so lepas tu, since everything was OK, saya tak jadi amik half day (ikut record mmg half day leave) tp sengaja saya pegi ofis untuk siapkan Mid Year review document..at 12 pm, saya keluar untuk menjemput dia di tadika..nampak dia pun steady je..mcm takde apa2..






I guess this is what they called a peace of mind ..:P