Monday, November 30, 2009

Habuan raya korban

Awalnya kami plan untuk beraya di kampung saya sahaja..

tiba2 last minute saya dapat idea yang sebenarnya saya baru dapat Newsletter terbaru dari Isetan..:)

Mula2, saya bagi intro macam ni pada cik abang..

I tak kisah balik Temerloh, tapi kenalah ada syaratnya

nak tau apa syaratnya?? hehe mcm tak biasa dengan syarat saya siapa tau sila angkat tangan





























cik abang saya bersorak riang sewaktu saya menyatakan syarat2 yang perlu dipatuhi :)

maka di petang Khamis sewaktu orang berpusu2 nak balik kampung menuju ke Terengganu, kami ber-5 melawan arus menuju pulang ke kampung suami di Temerloh. Selesai solat Aidiladha, layan tetamu yang datang ke rumah MIL and lepas tu siap2 untuk kononya bergerak balik ke kampung saya nun di Terengganu :P

gerak dari Temerloh pukul 12 pm, berhenti solat Jumaat and singgah di klinik..akhirnya kami selamat sampai di KLCC lebih kurang jam 4:30 ptg..sesampai di KLCC..anak2 dan bibik saya tinggalkan di nursery room..

Sambil hulur beberapa note RM50, cik abang bagi saya tempoh lebih kurang sejam untuk mendapatkan apa yang dihajati..heaven!

habuan pertama macam biasa di ground floor..lepas tu bergerak pula ke bahagian children department..

Selesai shopping tepat jam 5:50 ptg..bayar parking, then gerak balik Terengganu pkl 6 ptg..

Alhamdullilah, kami selamat sampai di Kerteh tepat jam 11 pm

There goes the story of our raya korban, orang lain sibuk berkorban dengan kambing, lembu dan kerbau..saya pulak sibuk korbankan wang ringgit di Isetan..:P

Wednesday, November 25, 2009

The flood tragedy

We were in Klang to attend the wedding of our niece (hubby's side) during last weekend..lepak di Goldcourse hotel in Klang selama 3 hari 2 malam..

Selesai majlis di Klang pada ptg Ahad, we then made our way back to kerteh cause I have to work the next day..gerak dr Klang pkl 6pm and safely reached Kerteh at 10:30pm..

punya dah plan nak terus berehat as soon as we reached the house..but i got it all wrong....as soon as we enter the house, there you go..

rumah saya telah dimasuki air!! and the worst part it was also blackout!!

We were lucky that only certain area yang basah not until kena pada sofa, karpet etc..

Luckily also that I kept the maintenance guy number and thank god he then came to assist..the next day..come another maintenance people to climb on the roof and upon further checking..they found that ada sebiji bola yang tersangkut pada lubang saluran air di atas atap..could you imagine that??

so if you happened to have kids yang suka lambung2 bola, make sure jgn sampai bola tersebut melambung ke atas atap dibimbangi sekiranya akan berlaku kejadian sama as what I have experienced :P

but let me finish my story first eh!

however in my case, it is not the child that caused the trouble, but it was our maid who did it few month ago and I remembered she once told me that she accidently hit the ball until it gets stucked on the roof!

so the moral of the story :

jangan biarkan bibik baling bola tingi2 sampai cucur atap..habis terkorban 2 biji rak kasut kesayangan saya..grrr

Wednesday, November 18, 2009

bila singa mengaum

isk tak sanggup rasanya nak teruskan ayat di atas

.
.
.
.
.
.
.

seperti biasa..waktu lunch tadi saya balik rumah, sambil buat sambal bilis petai, sambil tu jugak saya duk perati anak dara 2 orang yang ralit bermain air di sinki dapur

Selesai masak..saya teruskan pulak agenda makan tengahari..dah nama pun rehat satu jam..tak boleh la nak lama2 kan? sambil2 tu sempat jugak saya bagitau anak2 dara untuk stop tapi teguran saya disambut dengan jelingan tajam oleh si bongsu

tak lama kemudian, bibik yang baru selesai solat ajak anak sulung saya masuk bilik air sebab dah agak lama sebenarnya dia buang air besar dlm diapers..

ajak punya ajak dia boleh buat tak tahu..so kesudahan cerita..maka terkeluarlah tajuk entry seperti di atas..:(

Tuesday, November 17, 2009

Takde modal

apa nak citer..

tapi hari tu..see ada la pulak modal nak bercerita waktu saya sedang melayan anak2 di playground..tiba2 saya terserempak dengan opismate saya nih..dan kebetulan husband dia waktu tu tengah sibuk snap gambar..and of courselah menggunakan kamera yang besar gabak lagi mahal tu kan..

saya pun apa lagi, sempat jugalah mencelah untuk mengambil barang 2-3 keping gambar dengan anak2..bukan senang nak ambik gambar guna kamera mahal..nak beli sendiri memang tak mampu..:P





how I feel like having my own D30..tp takat nak amik gambar sendiri..mcm tak berbaloi la pulakk..

Friday, November 13, 2009

Mau sambung lagi buk

Since bulan 7 nanti saya satu family dah booking flight ke Jakarta, dan kebetulan bulan 7 tu jugak kontrak bibik akan tamat

Jadinya pagi tadi, lepas sesi perbincangan dengan cik abang, saya tanya bibik samada dia masih berminat nak sambung kontrak atau nak terus balik ke Indon bulan 7 nanti

Jawapan dia..kalau saya sudi, makanya dia nak sambung setahun lagi (dalam hati, dalam pada saya duk sound, marah2, dia masih tak kisah nak bekerja dengan saya :) )

Jadinya baru sekejap tadi, saya pergi ke sini lagi..belek punya belek at last dpt jugak seat ke Medan, RM25 sahaja untuk return flight..saya bagi peluang bibik balik selama 2 bulan starting 22nd Jul until 21st Sept 2010 sbb nak bagi dia chance beraya kat sana dengan her family even though dia cuma mintak balik sebulan

dalam masa yang sama, saya buat perjanjian dengan bibik, since sebelum dia balik saya kena renew permit dia siap2, maka duit gaji dia saya kena pegang separuh sebagai cagaran in case dia berubah fikiran takmo datang sini lepas dah tengok muka anak laki dia karang

kena play safe di situ..dibuatnya dia berubah fikiran..sape yang naya?

Thursday, November 12, 2009

Aktiviti saya di minggu lepas

kalau tgk gambar mesti korang boleh agak apa yang saya buat :P







time ayahnya takde..sayalah mak..sayalah bapak :P

What happened to my 2 orders?

saya estimate akan menerima 2 kiriman barang dari 2 orang sender pada minggu lepas

tunggu punya tunggu punya tunggu..

sampai sekarang habuk pun tarak

nak kata duduk dalam hutan..rasanya dah duduk dalam kawasan perumahan..area tepi jalan pulak tu

agaknya Pos Malaysia buat mogok taknak hantar barang kat rumah saya ke?

iskk

Wednesday, November 11, 2009

Berjaya jugak akhirnya

puas saya duk belek dari pagi tadi..

gigih sambil support user sambil belek website ini

at last..


















berjaya jugak dapat 4 seat untuk bercuti ke Jakarta pada bulan Jul next year..

murah pulak tu..direct debit hanya RM143 untuk 4 orang..

tersengih2 anak sulung saya waktu saya bagitau yang saya nak bawak dia naik kapal terbang sempena hari jadi dia nanti..:P

happppyyyy sangattt! :)

Friday, November 6, 2009

2 hari 2 malam

Saya ditinggalkan oleh cik abang :(

teringin nak ikut sama tapi cik abang saya tak bagi

Kenapa kalau pegi team building tapi tak boleh angkut anak bini? tisk..

Wednesday, November 4, 2009

Kisah misteri nusantara

Tetiba saya rasa terpanggil untuk berkongsi pengalaman misteri semasa saya tinggal di Miri few years ago

Kisah ni berlaku sewaktu zaman saya belum menamatkan zaman bujang dan di hantar bekerja di Miri untuk beberapa bulan oleh syarikat sebleum ini dengan menyediakan sebuah apartment dan sebuah kenderaan untuk memudahkan saya pergi/balik ke tempat kerja.

Saya berkongsi apartment tersebut dengan rakan sekerja saya.

Ada suatu malam tu, sewaktu nak tidur dan padam lampu, saya perasan ada macam satu cahaya di sebalik selimut di atas katil. Saya selak, tapi cahaya tu masih kat situ. Saya cuba pegang, cahaya tu seolah2 bergerak, tapi masih jugak di sekitar kawasan selimut tersebut..

Puas saya nak cuba pegang, masih jugak tak dapat tangkap cahaya tersebut, saya fikir mungkin cahaya CCTV, atau ada binatang yang sesat dalam selimut tersebut

After a while (sebab dah penat main tangkap2 dengan cahaya tersebut) lama2 saya biarkan aje..

Peristiwa tersebut masih tetap menjadi tanda tanya sehingga ke hari ini

korang ada citer misteri tak yang rasa2 nak kongsi bersama?

Tuesday, November 3, 2009

Percubaan pertama memasak menggunakan ayam organik HPA

hasilnya memang sangat berbaloi..walaupun terpaksa dengan rela hati membayar RM15 untuk sekilo setengah ayam, tapi masakan saya semalam sangat menepati selera dan paiwaian saya :P (masuk lif tekan sendiri)

note : cik abang dalam mode diet so dia cuma jamah 2 ketul ayam without nasi

tak tau lah samada ayam tersebut yang menjadi penyedap kepada masakan saya, atau sememangnya saya pandai memasak :P

Monday, November 2, 2009

Pencapaian saya

setakat hari ini

- gigit tangan mama saya sehingga ke pagi ni pun masih nampak bekas
- berjaya tepis botol susu kakak saya laju2 waktu dia tengah minum susu
- meniru gaya suara kucing sambil jengil mata hitam ke atas
- tarik rambut kakak saya kuat2, selagi kakak saya tak nangis selagi tu saya tak lepas
- tolak mama saya kuat2 waktu dia gomol saya

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

naughty sangatkah saya?