Friday, November 13, 2009

Mau sambung lagi buk

Since bulan 7 nanti saya satu family dah booking flight ke Jakarta, dan kebetulan bulan 7 tu jugak kontrak bibik akan tamat

Jadinya pagi tadi, lepas sesi perbincangan dengan cik abang, saya tanya bibik samada dia masih berminat nak sambung kontrak atau nak terus balik ke Indon bulan 7 nanti

Jawapan dia..kalau saya sudi, makanya dia nak sambung setahun lagi (dalam hati, dalam pada saya duk sound, marah2, dia masih tak kisah nak bekerja dengan saya :) )

Jadinya baru sekejap tadi, saya pergi ke sini lagi..belek punya belek at last dpt jugak seat ke Medan, RM25 sahaja untuk return flight..saya bagi peluang bibik balik selama 2 bulan starting 22nd Jul until 21st Sept 2010 sbb nak bagi dia chance beraya kat sana dengan her family even though dia cuma mintak balik sebulan

dalam masa yang sama, saya buat perjanjian dengan bibik, since sebelum dia balik saya kena renew permit dia siap2, maka duit gaji dia saya kena pegang separuh sebagai cagaran in case dia berubah fikiran takmo datang sini lepas dah tengok muka anak laki dia karang

kena play safe di situ..dibuatnya dia berubah fikiran..sape yang naya?

No comments: