Wednesday, December 17, 2008

Nukilan rasa

tujuan nukilan ini ditulis tiada bertujuan lain selain dari untuk menceritakan perkara yang terjadi selama 5 bulan kami mengambil pembantu rumah berkerja di rumah kami..

semoga suatu hari anak2 aku dpt membaca nukilan ini dan memahami sesungguhnya kasih sayang aku terhadap mereka tidak pernah berbelah bahagi.. dan aku nak mereka tahu apa yang berlaku selama ni adalah diluar jangkauan fikiran aku sendiri..

aku cuma mengetahui perkara sebenar setelah diberitahu oleh sepupu kepada anak2..aku kesal kerana mengetahui perkara ini hanya selepas 5 bulan, kesal kerana terlalu lama masa yang anak2 perlu tunggu untuk aku mengetahui masalah yang dihadapi oleh anak2 itu..

aku kesal kerana tak pernah syak bahawa dia sanggup mengkhianati kepercayaan aku untuk dia untuk menjaga anak2 dengan baik sewaktu ketiadaan ku

afrina,
mama tau afrina cukup tertekan bila mana afrina diherdik dan di tampar sesuka hati, mama tahu dengan usia afrina yang baru nak mencecah 3 tahun, afrina tak punya kudrat untuk melawan, apa yang termampu dilakukan hanyalah menangis untuk memberitahu kesakitan itu..mujurlah ada sepupu afrina di waktu itu yang membantu untuk memujuk dan membantu menenangkan keadaan..

mama minta maaf kerana membiarkan afrina tanpa bertanyakan hal sebenar sebaik pulang dari bekerja setiap hari..kerana mama tak pernah syak bahawa anak mama diperlakukan sedemikian rupa..

mama minta maaf sayang

arissa,

melewati usia 10 bulan, arissa mungkin tertanya2 apa salah arissa sehingga diperlakukan sedemikian rupa, ditarik dengan kasar sewaktu menangis, badan arissa digoncang dan dilambung sesuka hati, dan pernah sekali arissa dibiarkan menangis dalam bilik mandi sehingga habis basah seluruh badan..sungguh kejam perlakuannya pada arissa..di saat arissa membaca nukilan ini, mungkin arissa dah lupa akan saat2 yang menyakitkan itu, tapi parut di hati mama tetap takkan hilang buat selama-lamanya..

sesugguhnya hancur hati mama bila mengetahui tentang perkara ini..

mama nak arissa tau, yang mama tak pernah merelakan perbuatan itu, dan mama tak akan maafkan dia, kerana berlaku zalim terhadap anak2 mama, mama tau arissa mesti tertanya2 apa dosa arissa sehingga diperlakukan sedemikian rupa, arissa tak pernah melalukan dosa sayang..yang berdosa itu adalah orang yan telah menyiksa arissa dan tidak punya perasaan belas itu..dia lupa bahawa arissa punya malaikat di kiri dan kanan yang menjaga arissa dan dia mungkin tak pernah menyangka bahawa suatu hari nanti dia tetap akan menerima pembalasan di atas setiap perbuatannya itu..dia juga mungkin lupa bahawa lambat laun mama akan tetap mengetahui segala perlakuan buruk terhadap anak2 mama

ketahuilah, anak2 mama merupakan anugerah yang tak ternilai..yang tiada galang gantinya, dan mama akan sentiasa pasti kan yang anak2 mama tidak mengalami nasib serupa di masa akan datang

sekali lagi mama minta maaf kerana terlalu mempercayai pembantu rumah itu, mama tak sangka ini balasan yang anak2 mama terima atas segala kebaikan yang mama tunjukkan selama ini..

dan mama bersyukur sayang, kerana Allah membukakan pintu hati sepupu kalian untuk mendedahkan segala keburukan pembantu rumah itu, untuk mendedahkan bahawa mereka pernah di ugut untuk tidak menceritakan perkara sebenar kepada mama, kerana mama tahu budak2 itu yang baru berusia 9 dan 12 tahun itu tak tahu menipu..

mama sendiri tertanya2, apa silapnya mama, atau mungkin babah, garang kah kami yang telah membantu menghantar duit belanja ke indonesia sebanyak 2 kali, walau pun di waktu itu belum cukup tempoh masanya untuk kami bagi dia duit belanja, kami tak pernah berkira..

kami bawa dia makan di tempat mewah bilamana kami berjalan2, membenarkan dia membuat panggilan telefon ke indonesia setiap 2 minggu sekali..memberikannya pakaian dah baju raya..memang mama mengaku yang mama pernah memarahi dia, kerana menyalahgunakan kebaikan mama dengan membuat panggilan telefon sewaktu mama tiada, sehingga pernah bil yang mama terima hampir melebihi nilai yang sepatutnya

akhirnya ini balasan yang mama terima, mama redha sayang

sesekali mama terfikir, mungkin ini lah antara faktor Allah menimpakan bala ke atas kaum2 di sana..kerana mereka tak pernah tau bersyukur di atas segala nikmat kehidupan yang diperolehi..

apa pon yang terjadi, mama bersyukur kerana diberi petunjuk oleh-Nya, sekurang2 nya dengan kehadiran sepupu kepada anak2 dirumah kami selama 5 hari, sudah cukup untuk mereka mengetahui keadaan sebenar..

Ya Allah, aku bermohon pelindungan mu Ya Allah, jauhi lah anak2 kami dari di zalimi, sesungguhnya Engkau yang Maha Mengetahui..

6 comments:

it me said...

salam
blog hoping terjumpa blog awak..
maid tu ada lagi ker.. hu hu takutnya sian kat budak2

miz_eda said...

Salam Mama Adib,

yup, she's still here but now my mom is also here to monitor..

rasa a bit tawar hati.. now looking for option whether to send those kids to babysitter or to ask from my mom staying here a little bit longer with us

lia said...

i blog hoping jugak..

hati i menggelegak baca kisah maid u ni + kesian dgn anak2 u..

i doakan anak2 u xtrauma n u jumpa good maid lps ni.. amin...

miz_eda said...

Salam Lia,

thanks for ur wish..appreciate it

unfortunately i only get to know this after 5 month, so warranty dah over..

what I am planning now is to ask my mom to stay with us so that she could monitor those childrens..

ummu said...

SALAM..Kisah maid puan sama macam maid saya.bayisaya yang berusia 5 bulan dibiar termasuk dalam lubang tandas hingga lebam tulang belakangnya tapi itu saya masih brsabar..hinggalah bayi itu melecur kedua2 kaki kerana terkena minyak panas..berdarah menjejeh keluar baru saya tahu..

miz_eda said...

Salam perkenalan Masyitah,
maaf sebab saya tak perasan ur comment earlier

subhanallah..sama2 lah kita berdoa semoga anak2 kita sentiasa dilindungi..

kadang2 kita tertanya2 dimana silapnya hingga anak2 menjadi mangsa kan? di mana silapnya kita mendapat maid yang tak tau menilai kebaikan kita..

semua ni mungkin ada hikmah yang kita tak tau..yang penting kita kena sentiasa berwaspada dan sentiasa berdoa agar anak2 sentiasa dalam perlindungan-Nya sewaktu ketiadaan kita

i add you to my bloglist ye..