Monday, May 25, 2009

Things to do..places to go

Seperti yang telah diwar2kan sebelum ini, esok saya akan memulakan perjalanan ke Kuala Lumpur :P

berikut adalah merupakan tentatif aturcara yang bakal dilaksanakan bermula esok sehingga hari Jumaat

Selasa tengahari
ketibaan dif jemputan di KLCC :P

Selasa petang
Rombongan bergerak ke Putrajaya untuk menginap di rumah Mak Lang merangkap adik kepada Mr hubby

Rabu pagi
Rombongan bergerak semula menuju ke Kuala Lumpur untuk sesi lawatan di Sri Munawwarah

Rabu tengahari
Rombongan bergerak ke Hotel Impiana untuk check-in

Rabu petang
Rombongan bergerak ke Subang airport untuk menghantar Mr Hubby pulang ke Kerteh menaiki Fireflyz disebabkan beliau perlu bekerja pada keesokan hari :(

Rabu malam
Rombongan pulang ke hotel untuk sesi beradu

Khamis pagi
Breakfast di hotel bersama anak2 dan bibik. Kemudian bergerak menuju ke pejabat yang terletak bersebelahan Hotel Impiana.

Khamis tengahari
Bergerak balik menuju ke hotel untuk mengambil anak2 dan bibik. Lokasi bangunan seterusnya untuk diukur belum dapat ditentukan buat masa ini :P

Khamis malam
Rombongan pulang ke hotel untuk sesi beradu

Jumaat pagi
Rombongan breakfast di hotel bersama anak2 dan bibik. Bersiap2 untuk check out.

Jumaat tengahari
Rombongan bergerak dari hotel menuju ke LPT atau mungkin terdapat sesi mengukur bangunan buat kali terakhir, bergantung pada kehendak dan keadaan..:P

Jumaat petang
time to go home..tak boleh lambat sebab saya bakal memandu sendirian dari KL ke Kerteh..:(

Thursday, May 21, 2009

Amazing blog award

terlebih dahulu, minta maaf kepada si pemberi award iaitu Cik Yan sebab lambat mengambil award ni..segan la pulak sebab saya rasa blog saya ni biasa2 aje..takde apa2 yang amazing pun..eceh! :P



Nyatakan 5 fakta menarik tentang pemberi award nie :

Cik Yan ialah
1. seorang yang soft spoken
2. seorang pendengar yang setia
3. seorang yang suka berahsia :P
4. seorang yang agak pakar dalam bab2 untuk menjana wang simpanan :)
5. seorang yang agak pakar dalam bab2 memberi kaunseling ;)

Setiap blogger mestilah menyatakan 10 fakta atau hobi diri sendiri sebelum memilih penerima award yg seterusnya :

1. saya adalah seorang yang telah bersuami dan mempunyai 2 orang cahayamata
2. berusia 31 tahun pada tahun ini ;)
3. telah berada di alam pekerjaan selama lebih kurang 8 tahun
4. telah bertukar tempat kerja sebanyak 2 kali
5. pernah dihantar bekerja di Miri selama 6 bulan sebelum mengambil keputusan untuk berhenti dengan memberi notis 24 jam sebelum bekerja dengan syarikat sekarang :P
6. seorang yang mempunyai berat badan ideal dengan BMI 23 :)
7. baru sahaja menjalani ujian tekanan darah, glucose test dan ujian kolestrol dan semua keputusan adalah normal :)
8. mendapat anak pertama ketika berusia 28 tahun
9. mendapat anak kedua ketika berusia 30 tahun
10. mempunyai suami yang berasal dari Temerloh dan berusia 33 tahun pada tahun ini :P

Anda perlu memilih 10 penerima award seterusnye dan describe ttg mereka, :

1. Cik Yan selaku pemberi award
2. Mama Adib yang sedang gigih mengqadar puasa
3. Cik Lia yang teremo kes ada orang mengendap sewaktu sedang mengepam
3. Cik Suhainini yang baru je memulakan pekerjaan ditempat baru
4. Cik Zura aka BZmum yang rajin menjawab tag dari saya
5. Cik Azura yang dah berminggu2 tak update blog
6. Cik Hana yang sedang meroyan dengan hair clips untuk si jelita amani
7. Cik Yun yang jauh di Manchester
8. Cik Madamoiselleczar yang sentiasa dengan entry berbau lawak jenaka :)
9. Cik Ain yang latest buat entry pasal realiti kehidupan
10. Cik Diana yang sentiasa dengan entry pasal JJCM

Apa habuan lain selain dari habuan di isetan KLCC?

selain dari body butter dan deodrant, saya dapat habuan ini dari kakak saya yang bekerja di kota london

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.




dan kesemuanya adalah dari jenama M&S


dan bag ini dah selamat saya rasmikan sebagai bag laptop saya :P

thanks Sis!

Wednesday, May 20, 2009

told you already..here comes another trip to KLCC..for n th times :P

we are going there again next week..yeehaaa..

not to state the reason why we need to go there..but i already have something in mind now :)

so cannot wait for the time to come..:)

Monday, May 18, 2009

Pulang membawa habuan

there was a presale at isetan last friday..

from the budgeted RM600 bucks, i only spent not even half of it..satu pencapaian di situ :)

untuk 7 helai baju anak2, jumlah keseluruhan adalah RM420 tetapi saya hanya perlu membayar RM12o++ setelah mendapat potongan sebanyak 70% :)

untuk 3 helai baju mak kepada anak2..jumlah keseluruhan adalah RM350++ tetapi saya hanya perlu membayar RM100++ setelah mendapat potongan 70%

memang sangat berbaloi..tak sia2 saya datang dari jauh ;)

terima kasih isetan!

Thursday, May 14, 2009

KLCC here we come for another don't know how many times :)

esok saya dan family akan ke KLCC

tujuan utama adalah untuk sesi mengukur bangunan di isetan

selepas itu, berkemungkinan akan bertemu seseorang di Kampung Baru untuk mengambil barang yang dikirim oleh kakak saya dari UK..dengarnya dia ada mengirimkan handbag buat saya ;)

selepas itu lagi, kami akan pulang ke Temerloh untuk bermalam di rumah Mr Hubby

semoga selamat perjalanan pergi dan pulang

Tuesday, May 12, 2009

Kisah bibik lagi

pagi tadi waktu tengah bersiap2 nak ke tempat kerja, saya bertekak dengan bibik. Nak tau apa puncanya? begini ceritanya..

saya mintak bibik gosok baju saya, dan sebaik sahaja selesai mandi, saya perasan dia sangkutkan baju yang telah digosok tersebut pada kerusi di meja makan. Disebabkan keadaan saya pada waktu itu yang tidak membenarkan saya untuk keluar mengambil baju tersebut, maka saya panggil bibik.

"bibik.."

sekali tak berjawab

"bibik.."

2 kali masih tak berjawab

masuk kali ke-3 barulah dia menyahut. Tapi cara dia menyahut tu yang tak sedap di dengar oleh halwa telinga saya nih..sudah beberapa kali sebenarnya saya perasan dia menyahut dengan nada yang agak kurang menyenangkan, tapi saya tahankan aje. Pagi tadi, sebaik sahaja mendengar dia menyahut sedemikian rupa, saya terus sound dia

"bibik ni tak reti nak menyahut elok2 ke? kenapa setiap kali saya panggil bibik susah nak menyahut?"

lepas tu tanpa terus mendengar jawapannya, saya ambil baju yang dia hulurkan dan tutup pintu bilik untuk segera bersiap.

Tidak lama kemudian, saya keluar dan menuju ke dapur untuk minum susu segar bersama sipahh..

waktu itulah saya terdengar bibik seolah2 bersungut seakan2 tidak berpuas hati dengan soalan saya sebentar tadi dan mula menunjukkan reaksi tak puas hati.

bermulalah sesi perang mulut antara saya dan pembantu rumah saya. Buat pengetahuan, selama ini bibik saya tak pernah menjawab kalau dimarahi, tapi pagi tadi nampaknya dia benar2 dah naik tocang

setelah keadaan dah agak tenang, saya beritahu bibik yang tujuan saya menegur dia adalah disebabkan saya nak dia belajar menjawab panggilan saya dengan nada yang sopan. Itu sahaja.

Dalam keadaan bibik yang menangis teresak2, saya peluk dia dan mintak maaf sekiranya dia terasa dengan cara saya menegur dia, mungkin pada saya perkara tu nampak biasa, tapi tidak bagi dia

apa yang ingin saya sampaikan di sini..sepanjang sesi perbalahan tersebut, anak sulung saya diam di sudut almari tv dan sesekali datang pada saya dan meminta saya agar jangan memarahi bibik :(

saya perasan yang sesekali si kakak cuba mengubah topik agar suasana tegang tersebut bertukar kepada suasana lain, sehinggakan dia memberitahu saya yang adik nak mandi..

sungguh terasa bersalah pada anak2..:(

Monday, May 11, 2009

Restu Bonda

2 malam lepas, saya menonton cerekarama bertajuk Restu Bonda di TV3. Saya terpempan di hadapan kaca tv melihat jalan cerita yang dipaparkan sebab sedikit sebanyak macam terkena atas batang hidung saya sendiri :P

Ada sesuatu yang meninggalkan kesan terhadap saya sewaktu menonton drama ini..saya suka dengan watak yang dibawa oleh Elly mazlein..sungguh real dan tidak dibuat2..

Dan saya juga mempelajari sesuatu dari cerita yang dipaparkan..rupa2nya, dalam al-quran sendiri ada menyatakan bahawa kita selaku isteri perlu mengutamakan suami, selepas suami adalah ibu mertua dan selepas itu barulah ibu kandung sendiri..sungguh agak jahil di situ :P

Saya bersyukur sebab mendapat seorang ibu mertua yang tidak cerewet, tidak suka mengampu, tidak banyak cakap tapi agak tegas dalam sesetengah perkara

Saya mengaku yang saya jarang memberi perhatian kepada ibu mertua saya..kalau mak saya setiap bulan adalah menjadi rutin untuk saya memasukkan sejumlah wang ke dalam akaun simpanannya, tetapi untuk my in-law, saya cuma hulurkan bila sesekali kami balik kampung itu pun dalam jumlah yang agak kecil jika dibandingkan dengan jumlah yang saya beri kepada mak saya setiap bulan. Kalau ikutkan nisbah, mungkin 1/3 sahaja dari nilai yang saya beri kepada mak saya ;(

itu belum dikira lagi masa yang kami luangkan untuk balik ke kampung suami. Kadang2, 2 bulan sekali, kadang2 3 bulan sekali..saya juga jarang menelefon ibu mertua saya di kampung untuk bertanya khabar, kalau ada pun jika ada perkara yang benar2 penting untuk disampaikan..kalau ibu saya, boleh dikatakan setiap hari akan saya hubungi walau sekadar untuk bertanya samada mak saya dah makan ke belum.. :P

kalau balik kampung suami di Temerloh, ibu mertua sayalah antara orang yang paling sibuk untuk memasak makanan kegemaran Mr Hubby..dulu2, sewaktu awal usia perkahwinan kami, ibu mertua saya sentiasa risau akan masakan yang disediakan takut tidak memenuhi selera saya..contohnya seperti patin masak tempoyak, sambal tempoyak, ikan kerai, sambal bilis versi my in law dan bermacam2 lagi..walhal kesemua masakan tersebut memang sangat kena dengan selera dan anak tekak saya ni..

Bila balik kampung Mr Hubby di Temerloh, saya selalu ajak suami saya ke bandar Temerloh..pernah beberapa kali kami ke kuala lumpur untuk shopping dan balik semula ke Temerloh selepas selesai sesi mengukur bangunan di KLCC dengan memberi alasan membaiki kereta di bandar Temerloh :P

Sewaktu berpantangkan arissa, ibu mertua sayalah yang datang dari Temerloh dan menjaga saya sehingga habis tempoh berpantang. Beliaulah yang membakar tungku, menyediakan air mandian rempah, menyediakan makanan dan membarut perut saya sepanjang tempoh tersebut..

Seingat saya, cuma beberapa kali saya memberikan ibu mertua saya dengan hadiah seperti sepasang kain sewaktu hendak menyambut hari raya, memberi telekung sempena hari ibu (beberapa tahu lepas) dan sepasang jubah.

Saya harap selepas ini saya mampu memperbaiki hubungan saya bersama ibu mertua saya. Mungkin juga disebabkan saya adalah seorang anak bongsu jadi tidak hairanlah saya begitu rapat dengan mak saya dan sukar untuk saya menganggap ibu mertua saya sama seperti ibu saya sendiri.. (alasan!!!)

anda pula bagaimana?

Saturday, May 9, 2009

Mom's Award

Firstly, terima kasih yang tak terhingga kepada si pemberi award, cik Yan.



Secondly, saya rasa kalau ditunjukkan award ini kepada anak2, berkemungkinan besar award ini akan betukar kepada ayat sebegini (sila scroll kalau berminat)











#1 DAD ..boleh?

Nevertheless, bersempena sambutan hari ibu sedunia, saya ingin memberi award ini kepada

.
.
.
.
.
.
.
.

ibu saya.. coz she is always my no 1 in this world, and not to forget to the mommies below :

Mama Zura
Mama Zufa
Mama Lia
Mama Hana
Mama Ain
Mama Yun
Mama Adib
Mama Suhainini
Mama Diana
Mama Irfan

Friday, May 8, 2009

tag cabaran langsing versi saya

sekali lagi saya di tag oleh si pemberi award iaitu tak lain dan tak bukan cik Lia, maaf sekali lagi sebab lambat menyiapkan tugasan ini :P

1) Berapa kah berat anda sekarang dan juga ketinggian anda?
- berat : 59 kg, tinggi : 164cm

2) Berat yang paling tinggi dalam sejarah anda? Usia anda pada masa itu?
- 64 kg sewaktu mengandung

3) Apakah makanan sampingan anda untuk memiliki tubuh langsing? dan kejayaan anda dengan makanan tersebut?
- null

4) Berat yang paling rendah yang pernah anda dapat ? Usia anda pada ketika itu?
- 5o-55kg, zaman sewaktu masih berusia 20-an :P

5) Anda pernah sertai program pelangsingan? nyata kan kejayaan anda..
- berjogging - program pelangsingan yang tidak memerlukan fulus :P

6) Apakah diet yang anda ambil untuk memiliki berat anda paling terendah?
- saya skip dinner, cuma minum air coklat je sebagai penambah tenaga..boleh?

7) Apakah yang menyebabkan berat anda naik mendadak?
- after giving birth, but I am fine with my current weight, otherwise people might say I am too skinny

8) Apakah Target anda untuk kurus selepas ini?
- teringin nak menguruskan lemak di bahagian perut, jadi saya perlu mengamalkan senaman sit up yang konsisten bagi tujuan tersebut :P

9) Miliki gambar anda dahulu dan kini?
- my pic in 2004, selepas waktu bertunang..memang kembang yang amat

10) sila upload ok?
.
.
.
.
.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
nah..inilah gambarnya..sangat tembam bukan?

The 2 awards

a big thank you to Lia for giving me this awards, appreciate it dear :)




and I love your blog too..

ps please accept my apologise for not being able to take this award ealier due to some unforeseen reasons

Wednesday, May 6, 2009

Anak-anak dan playground memang tak dapat dipisahkan

pagi tadi (dan pagi2 sebelum ini) saya membawa anak2 pusing2 di area taman perumahan diseberang jalan. Ssebelum ini, saya cuma membawa anak2 pusing2 di kawasan perumahan yang kami tinggal tapi nampaknya kini anak saya dah mula berubah angin dan sudah mula meminta untuk pergi ke kawasan perumahan yang terletak di seberang jalan.

Ketika orang lain berpusu2 hendak ke pejabat setiap pagi, terselit sebuah kereta wira bernombor plet WJQxxxx yang membawa 2 orang budak ke pusing2 di area kawasan perumahan ;)

Selama ni, cukup sekadar pusing2 sahaja. Tapi hari ni, sebaik saja saya sampai di kawasan taman permainan, anak saya yang pertama dah sibuk mengajak saya menaiki buaian. Waktu tu jam baru pukul 7:29 am. Ada lagi 31 minit sebelum saya menghantar anak2 ke rumah dan pergi ke pejabat

jadi saya memberhentikan kenderaan dan menyuruh anak saya pergi dahulu ke area playground sementara saya mengambil adik.

Selang beberapa minit bermain di buaian, saya pun mengajak anak saya balik sebab saya perlu ke tempat kerja. Kali ini cepat betul anak2 memberi kerjasama

setelah menghantar anak2 di rumah, saya pun bergegas ke pejabat dan tiba di pejabat tepat jam 7:58 am

tak tahulah untuk berapa lama saya harus mengulangi rutin yang sama setiap pagi, tapi yang pasti saya seronok dan akan terus mengulangi rutin ini selagi terdaya :)


sekadar gambar hiasan

Tuesday, May 5, 2009

malamku kesiangan versi second edition

dah beberapa hari anak2 saya mengalami batuk dan muntah yang disertai dengan demam panas di waktu malam.

semalam, saya terpaksa mengambil MC.

semalam juga, Mr hubby terpaksa tidur di atas lantai untuk memberi laluan kepada si kakak yang tidur sambil berpusing hampir 360 degree di atas katil. Mujurlah katil itu bersaiz king size, kalau tidak mungkin saya juga perlu mengikut Mr Hubby tidur di atas lantai.

lebih kurang jam 11:30 malam, si adik dah start batuk2. Lepas tu dia bagi hint macam nak muntah. Cepat2 saya angkat dia dan bawak ke dalam bilik air. Mujur dia hanya sempat muntah di atas badan saya di dalam bilik air

tak lama lepas saya membersihkan si adik, si kakak pun mula bangun dan berjalan ke bilik air. Sebaik dia sampai di depan pintu bilik mandi, dia pun muntah (macam tau2 je giliran dia untuk muntah :P)

so lepas dah settle membasuh muntah si kakak, saya bawak kedua2 mereka atas katil dan suapkan ubat demam. Alhamdulillah, kedua-duanya memberi kerjasama untuk makan ubat. Tak lama kemudian, saya pindahkan adik ke dalam baby cot dan tidur bersama si kakak di atas katil. Seperti biasa, sesi pusingan 360 degree berlangsung sehingga subuh pagi tadi :P

Malam ni tak tau lagi macamana, harap2 tak perlu lagi mengulangi rutin yang sama :(