pagi tadi waktu tengah bersiap2 nak ke tempat kerja, saya bertekak dengan bibik. Nak tau apa puncanya? begini ceritanya..
saya mintak bibik gosok baju saya, dan sebaik sahaja selesai mandi, saya perasan dia sangkutkan baju yang telah digosok tersebut pada kerusi di meja makan. Disebabkan keadaan saya pada waktu itu yang tidak membenarkan saya untuk keluar mengambil baju tersebut, maka saya panggil bibik.
"bibik.."
sekali tak berjawab
"bibik.."
2 kali masih tak berjawab
masuk kali ke-3 barulah dia menyahut. Tapi cara dia menyahut tu yang tak sedap di dengar oleh halwa telinga saya nih..sudah beberapa kali sebenarnya saya perasan dia menyahut dengan nada yang agak kurang menyenangkan, tapi saya tahankan aje. Pagi tadi, sebaik sahaja mendengar dia menyahut sedemikian rupa, saya terus sound dia
"bibik ni tak reti nak menyahut elok2 ke? kenapa setiap kali saya panggil bibik susah nak menyahut?"
lepas tu tanpa terus mendengar jawapannya, saya ambil baju yang dia hulurkan dan tutup pintu bilik untuk segera bersiap.
Tidak lama kemudian, saya keluar dan menuju ke dapur untuk minum susu segar bersama sipahh..
waktu itulah saya terdengar bibik seolah2 bersungut seakan2 tidak berpuas hati dengan soalan saya sebentar tadi dan mula menunjukkan reaksi tak puas hati.
bermulalah sesi perang mulut antara saya dan pembantu rumah saya. Buat pengetahuan, selama ini bibik saya tak pernah menjawab kalau dimarahi, tapi pagi tadi nampaknya dia benar2 dah naik tocang
setelah keadaan dah agak tenang, saya beritahu bibik yang tujuan saya menegur dia adalah disebabkan saya nak dia belajar menjawab panggilan saya dengan nada yang sopan. Itu sahaja.
Dalam keadaan bibik yang menangis teresak2, saya peluk dia dan mintak maaf sekiranya dia terasa dengan cara saya menegur dia, mungkin pada saya perkara tu nampak biasa, tapi tidak bagi dia
apa yang ingin saya sampaikan di sini..sepanjang sesi perbalahan tersebut, anak sulung saya diam di sudut almari tv dan sesekali datang pada saya dan meminta saya agar jangan memarahi bibik :(
saya perasan yang sesekali si kakak cuba mengubah topik agar suasana tegang tersebut bertukar kepada suasana lain, sehinggakan dia memberitahu saya yang adik nak mandi..
sungguh terasa bersalah pada anak2..:(
Tuesday, May 12, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
miss comunication...xpa la, atleast ko dh mntk maap...agaknya dia datang bulan sama kot...
mmm macam2 la..
mmmm
Post a Comment