Wednesday, May 6, 2009

Anak-anak dan playground memang tak dapat dipisahkan

pagi tadi (dan pagi2 sebelum ini) saya membawa anak2 pusing2 di area taman perumahan diseberang jalan. Ssebelum ini, saya cuma membawa anak2 pusing2 di kawasan perumahan yang kami tinggal tapi nampaknya kini anak saya dah mula berubah angin dan sudah mula meminta untuk pergi ke kawasan perumahan yang terletak di seberang jalan.

Ketika orang lain berpusu2 hendak ke pejabat setiap pagi, terselit sebuah kereta wira bernombor plet WJQxxxx yang membawa 2 orang budak ke pusing2 di area kawasan perumahan ;)

Selama ni, cukup sekadar pusing2 sahaja. Tapi hari ni, sebaik saja saya sampai di kawasan taman permainan, anak saya yang pertama dah sibuk mengajak saya menaiki buaian. Waktu tu jam baru pukul 7:29 am. Ada lagi 31 minit sebelum saya menghantar anak2 ke rumah dan pergi ke pejabat

jadi saya memberhentikan kenderaan dan menyuruh anak saya pergi dahulu ke area playground sementara saya mengambil adik.

Selang beberapa minit bermain di buaian, saya pun mengajak anak saya balik sebab saya perlu ke tempat kerja. Kali ini cepat betul anak2 memberi kerjasama

setelah menghantar anak2 di rumah, saya pun bergegas ke pejabat dan tiba di pejabat tepat jam 7:58 am

tak tahulah untuk berapa lama saya harus mengulangi rutin yang sama setiap pagi, tapi yang pasti saya seronok dan akan terus mengulangi rutin ini selagi terdaya :)


sekadar gambar hiasan

No comments: