Monday, May 11, 2009

Restu Bonda

2 malam lepas, saya menonton cerekarama bertajuk Restu Bonda di TV3. Saya terpempan di hadapan kaca tv melihat jalan cerita yang dipaparkan sebab sedikit sebanyak macam terkena atas batang hidung saya sendiri :P

Ada sesuatu yang meninggalkan kesan terhadap saya sewaktu menonton drama ini..saya suka dengan watak yang dibawa oleh Elly mazlein..sungguh real dan tidak dibuat2..

Dan saya juga mempelajari sesuatu dari cerita yang dipaparkan..rupa2nya, dalam al-quran sendiri ada menyatakan bahawa kita selaku isteri perlu mengutamakan suami, selepas suami adalah ibu mertua dan selepas itu barulah ibu kandung sendiri..sungguh agak jahil di situ :P

Saya bersyukur sebab mendapat seorang ibu mertua yang tidak cerewet, tidak suka mengampu, tidak banyak cakap tapi agak tegas dalam sesetengah perkara

Saya mengaku yang saya jarang memberi perhatian kepada ibu mertua saya..kalau mak saya setiap bulan adalah menjadi rutin untuk saya memasukkan sejumlah wang ke dalam akaun simpanannya, tetapi untuk my in-law, saya cuma hulurkan bila sesekali kami balik kampung itu pun dalam jumlah yang agak kecil jika dibandingkan dengan jumlah yang saya beri kepada mak saya setiap bulan. Kalau ikutkan nisbah, mungkin 1/3 sahaja dari nilai yang saya beri kepada mak saya ;(

itu belum dikira lagi masa yang kami luangkan untuk balik ke kampung suami. Kadang2, 2 bulan sekali, kadang2 3 bulan sekali..saya juga jarang menelefon ibu mertua saya di kampung untuk bertanya khabar, kalau ada pun jika ada perkara yang benar2 penting untuk disampaikan..kalau ibu saya, boleh dikatakan setiap hari akan saya hubungi walau sekadar untuk bertanya samada mak saya dah makan ke belum.. :P

kalau balik kampung suami di Temerloh, ibu mertua sayalah antara orang yang paling sibuk untuk memasak makanan kegemaran Mr Hubby..dulu2, sewaktu awal usia perkahwinan kami, ibu mertua saya sentiasa risau akan masakan yang disediakan takut tidak memenuhi selera saya..contohnya seperti patin masak tempoyak, sambal tempoyak, ikan kerai, sambal bilis versi my in law dan bermacam2 lagi..walhal kesemua masakan tersebut memang sangat kena dengan selera dan anak tekak saya ni..

Bila balik kampung Mr Hubby di Temerloh, saya selalu ajak suami saya ke bandar Temerloh..pernah beberapa kali kami ke kuala lumpur untuk shopping dan balik semula ke Temerloh selepas selesai sesi mengukur bangunan di KLCC dengan memberi alasan membaiki kereta di bandar Temerloh :P

Sewaktu berpantangkan arissa, ibu mertua sayalah yang datang dari Temerloh dan menjaga saya sehingga habis tempoh berpantang. Beliaulah yang membakar tungku, menyediakan air mandian rempah, menyediakan makanan dan membarut perut saya sepanjang tempoh tersebut..

Seingat saya, cuma beberapa kali saya memberikan ibu mertua saya dengan hadiah seperti sepasang kain sewaktu hendak menyambut hari raya, memberi telekung sempena hari ibu (beberapa tahu lepas) dan sepasang jubah.

Saya harap selepas ini saya mampu memperbaiki hubungan saya bersama ibu mertua saya. Mungkin juga disebabkan saya adalah seorang anak bongsu jadi tidak hairanlah saya begitu rapat dengan mak saya dan sukar untuk saya menganggap ibu mertua saya sama seperti ibu saya sendiri.. (alasan!!!)

anda pula bagaimana?

7 comments:

~Umi.Sufira~ said...

Alamak macam terkena juga dengan batang hidung saya...saya pun sama mazam mizeda...agak kurang layanan terhadap mak mentua banding mak sendiri..sungguh kena insaf sikit nih..isk...

lia said...

errr dulu sgt kamceng dgn mil... tp sejak ada amsyar dan sejak paksa rela pantang d bwh selian dia, aku lebih suka diam dari bckp ha3... kesimpulannya, jgn paksa menantu anda pantang d rumah anda ;p

miz_eda said...

Umi Sufira,
sama2 la kita memperbaiki kekurangan yang ada..:P

miz_eda said...

lia,
MIL saya sangat kuat menjaga adat larang semasa berpantang..but i do enjoyed all the pantang larang..:P

ada sekali waktu saya ketagih minum akar kayu tp dia tak bagi sebab takut angin pd baby yang waktu tu tgh menyusu..sabo je ler

mind to share your confinement experience with MIL further? :)

MS said...

ah ah ah

rasanya kes saya sama seperti anda tapi tidak seperti Ely Mazlin ituh.

miz_eda said...

Mama Adib,
haah, ada certain2 part yang dilakonkan oleh Elly Mazlein tu mcm tak masuk akal pun ye juga..contoh :-

1. pakai skirt pendek waktu 1st time nak ngadap mak mertua
2. Gi lempang mak mertua sendiri..ni mmg menantu hantu kekdahnya..:P

but seriously saya menangis tengok part yang last2 tuh

Julia R said...

sy dah x de emak, MIL lah tmpt bermanja...walau tidak serapat seperti emak sendiri dan jauh di mata, namun dihati tetap selalu dekat. Tiap tahun menjelang syawal pasti x lupa buah tgn walau sy jauh di rantau.

bertuah bg kita y dpt MIL y tak byk kerenah. MOga kita sama2 terus berjasa pd org tua tak kira parents sendiri atau mertua. Insyaallah!