Thursday, October 29, 2009

Apa menu untuk lunch?

Saya cuma makan ini..:)


puding cocktail versi saya

kebiasaannya kalau waktu lunch, i chose not to go out with collegues, but rather to go home to watch the kids..

dan lately ni jugak, stok puding cocktail memang dah jadi mcm stok menambah EBM pulak dlm peti ais tu, asal habis je saya buat yang baru :)

cukup puas hati mengenyangkan lebih daripada tu :)

What's next?

2 hari lepas dah selamat mintak subsidi nak beli ini


smalam pulak, kebetulan cik abang ada hal di gebeng, suruh dia singgah di Megamall untuk beli CD compact powder..subsidi lagi..


lepas ni apa la pulak lagi..kalau hari2 mcm ni kopak cik abang saya nanti..:)


nasib baik dpt 1 year free membership + free lipliner (ayat nak menyedapkan hati :P)


Wednesday, October 28, 2009

ambik nak sangat

bukan hanya satu, tapi LIMA! ini antara yang saya dah order..






dah lamanya sebenarnya saya plan nak beli koleksi hair clips nih..sejak tgk entry Puan Hana dulu2..bila dah start belek..rambang mata dibuatnya

Sila klik sini kalau rasa nak terjebak sama :)

Tuesday, October 27, 2009

Entry bergambar

satu2nya gambar (yang ada image saya) yang di rakam oleh sahabat saya sewaktu jamuan aidilfitri merangkap majlis ulang tahun cik abang saya tempohari..

itupun gambar dari belakang (berpeluh2 saya di buatnya)



senarai makanan di meja utama..gambar dari meja no 2 takde lah pulak



Selesai majlis di petang hari tersebut, saya terjelepuk kepenatan di atas sofa.

Dan ini satu2nya quote dari mertua saya

ini baru majlis hari raya..belum lagi majlis kahwin :P

Entry hujung minggu yang dah suam2 kuku

dihabiskan dengan melayan karenah 2 orang anak2 saya (dengan penuh kesabaran)..

hari Khamis malam, saya buatkan puding cocktail kegemaran cik abang

hari Jumaat dihabiskan dengan sesi melepak dan membayar bil secara online..dan sehari suntuk jugak asik mengadap puding cocktail :P

Petang Sabtu, selesai solat asar, saya membawa anak2 ke playground yang baru sahaja dibuka kepada orang awam. Hampir 3 bulan lamanya tak bawa mereka ke playground (sejak wabak H1N1) dan baru sekarang rasa sedikit yakin untuk membawa anak2 menikmati suasana petang hari di playground.

Selesai aktiviti di playground, kami beransur pula ke swimming pool. Saya bagi mereka peluang berendam dalam air selama lebih kurang sejam. Selesai di playground, kami beransur pula ke L Mart. Hajat di hati cuma nak beli susu untuk Arissa, but end up, penuh pulak satu troli dengan makanan anak2.

Pagi Ahad, sebelum pegi keja, saya sempat mandikan Afrina, pakaikan baju dia,( si adik siap protes sebab selesai saya mandikan afrina, dia cubit kakak dia :P)

Selesai mandikan afrina, saya bagi dia setengah cawan susu segar, setengah mangkuk coco crunch dan biarkan dia menonton channel Disney dengan Afrina

terasa blissful pulak weekend saya even hanya ditemani anak2 *smile*

Friday, October 23, 2009

Percubaan meniru suara kucing mengiau

beginilah jadinya rupa dia bila cuba nak tiru suara kucing
































minat sangat dengan kucing..sampai kucing tengah bergaduh pun berani dia nak pegi leraikan..sabo je ler

Wednesday, October 21, 2009

makan2 semalam

Alhamdulillah..walaupun penat, tetapi seronok sebab dapat jamu orang makan..tambahan lagi bila ramai yang memuji masakan yang dihidang =) walaupun bukan saya yang memasak sebenarnya :P

dalam banyak2 menu, yang saya sediakan cuma puding koktail, air buahan tropika dan buah2an sahaja ;) maaf tiada gambar untuk tatapan :P

atleast dapatla jugak merasa peluang beramas mesra dengan jiran tetangga..selama ni kalau jumpa hanya sekadar angkat tangan dari jauh sahaja

insyaAllah, tahun depan, kalau tiada aral boleh buat majlis rumah terbuka lagi.

Monday, October 19, 2009

A lesson for us

We were on our way to watch Papadom at GSC Megamall in Kuantan last Friday. After friday prayer, we reached Kuantan Megamall at 2:30 pm. We have another 1 hour before the movie started.

From the car park, we take the lift to go to level 3. There were only 4 of us in the lift and as soon as we reached level 3, all of us quickly went out including myself, Hubby and arissa. Wait, another one name is missing here. Yes, Afrina was left inside the lift!

if anyone happened to ask : "how in the first place that you didn't grasp her hand when you went out of the lift??"

seriously I don't know how to answer and I just don't know my feeling the moment that I noticed that she was not with me..

Hubby quickly asked me to hold Arissa while he ran to the escalator. I calmly waited in front of the lift. I pressed the lift button with the hope that the door will open. One minute, 2 minutes, 3 minutes waiting..nothing happended.

After several minutes, the door opened. And Alhamdulillah, my daughter was still there. With one old lady standing right beside her. Afrina was crying at that time while running to me. I hugged her, I thank that old lady, and I thank god for safely return my children to me.

I just can't imagine how she felt while she stucked in the lift without anyone inside..

how she felt when the door open and none of the face that she saw used to be seen by her before..

To all parents who read this entry, please, please and please do not repeat the mistake that I did, i really learned from my mistake and I promised that I would never ever do the same mistake again..

Care to share any of your tragic experience?

Thursday, October 15, 2009

bilalah agaknya..

dapat jumpa dengan perunding kewangan saya

kalau mengikut entry yang ini, saya sepatutnya sudah boleh membuat pertemuan seterusnya dengan perunding kewangan saya..unfortunately, appointment yang sepatutnya berlangsung bulan lepas terpaksa ditunda sehingga ke satu tarikh yang akan diberitahu kemudian..dengar kata, ramai jugak yang sedang mengunggu giliran

sungguh tak sabar rasanya nak jumpa perunding kewangan saya itu dan meluahkan salah satu dari hasrat hati yang sudah sekian lama terpendam *sigh*

Wednesday, October 14, 2009

dimana ada open house, disitu ada ...

*kalau rajin sila isi tempat kosong di atas ;)

minggu ini dan minggu lepas adalah minggu untuk menghadiri jemputan rumah terbuka

minggu depan, hari Selasa, insyaAllah rumah saya pula akan di buka untuk semua orang..sebenarnya ini merupakan kali ke-2 saya mengadakan jamuan rumah terbuka pada tahun ini.

Yang mula2 dulu, saya buat sewaktu hari raya ke-4 dan waktu itu cuma 2-3 kerat dari rakan sepejabat yang datang..

Untuk jamuan kali ke-2, juga merangkap jamuan untuk meraikan salah satu dari tarikh penting (sila search for tarikh2 penting dalam blog ini sekiranya ingin mengetahui dengan lebih lanjut ;P), saya bakal mengundang jiran2 satu lorong dan seluruh rakan2 sepejabat

dan pada tarikh itu nanti, saya akan menempah bukan satu, tapi dua kek SR untuk di jamu kepada para tetamu

menu selebihnya adalah menu default eg nasi hujan panas, ayam masak merah, sate, kuah nasi himpit, ketupat daun palas, lemang, rendang ayam, puding cocktail, kuih raya, tapai pulut etc

ada sesape yang baca blog ni yang sudi nak datang ke?? ;)

Friday, October 9, 2009

balik kampung lagi

biasa2 balik sendiri aje dengan anak2..tapi kali ni cik abang ikut sekali..yeayy!!

Wednesday, October 7, 2009

Memang tak dapat nak dinafikan lagi

Anak sulung saya ini amat sensitip jiwanya..


sekadar gambar hiasan

..manakan tidak, pantang saya tinggikan suara sedikit, maka dan2 tu jugaklah air mukanya akan berubah

sewaktu saya sedang bersiap2 dalam bilik untuk keluar makan sebentar tadi, dia membuat cubaan untuk masuk ke dalam baju saya melalui belakang..saya kata;

"kakak pegi tunggu kat luar"

bila saya tengok dia, rupanya dia dah start mencebik sambil menahan air mata dari keluar..

sesampai di kedai, dia bermain2 dengan straw yang yang mengandungi air carrot susu yang di order oleh cik abang saya..tak lama kemudian cik abang saya kata;

"kakak tak payah main air tu nanti tumpah" dalam nada yang sedikit tegas

sepantas kilat air mukanya berubah dan cepat2 dia minta saya dukung untuk mengelak dari mengeluarkan air mata

ikut perangai sensitip siapa la agaknya..

Sunday, October 4, 2009

Different people with different opinion

Di pejabat saya, ada seorang ofismate yang agak kurang disenangi disebabkan perangainya yang boleh dikatakan suka backstabbing. Saya namakan ofismate saya ini sebagai Puan A sahaja.

Kalau ditanya pendapat saya, saya rasa Puan A lebih kepada sifat berterus terang, dan bukannya untuk tikam belakang mahupun untuk menindas orang lain

Smalam, saya menghadiri Open house di rumah majikan saya. Sesampai di sana, Puan A sedang menikmati hidangan laksa penang dan disebelahnya adalah suami Puan A.

Sewaktu hendak mendapatkan tempat duduk di sebelah Puan A, cik abang saya bertanya kalau2 saya ternampak kelibat bibik dan anak2 saya. Rupa2nya bibik saya (dan anak2 telah terlebih dahulu masuk ke dalam rumah untuk bersalam-salaman dengan orang di dalam rumah). Kebetulan pula, makanan di rumah majikan saya itu dihidangkan di kawasan porch jadi saya tidak bercadang untuk masuk dan bersalaman dengan orang2 di dalam rumah.

Bila saya tengok Puan A, (with the expectation that Puan A akan mengutuk bibik saya sebab pandai2 masuk dalam rumah tanpa meminta kebenaran saya)..nak tau apa reaksi dia?

"itulah orang beradab namanya..kita ni je yang kurang adab"

Saya pun diamkan aje. Ada benarnya juga statement yang diberi oleh Puan A.

Setiba di pejabat pagi ini, saya menceritakan pula perkara yang sama kepada ofismate saya yang lain

dan reaksi yang saya terima..

"kenapa bibik u tu over-friendly sangat??"

see..different people with different opinion..itu baru 2 orang yang bagi pendapat, dibuatnya 10 orang..mampu sengih je ler :P

Saturday, October 3, 2009

Selesai sudah

Hajat nak mengambil gambar di studio bersama dengan suami dan anak2 :)

rasanya ada nak dekat 15 kali percubaan mengambil gambar bagi mendapatkan gambar yang betul2 berkenan di hati :P..ingatkan senang je..








haihh..susah jugak rupanya nak dapatkan gambar dengan 2-2 orang pandang kamera :P

ps more raya photos can be viewed here and here..