Wednesday, October 14, 2009

dimana ada open house, disitu ada ...

*kalau rajin sila isi tempat kosong di atas ;)

minggu ini dan minggu lepas adalah minggu untuk menghadiri jemputan rumah terbuka

minggu depan, hari Selasa, insyaAllah rumah saya pula akan di buka untuk semua orang..sebenarnya ini merupakan kali ke-2 saya mengadakan jamuan rumah terbuka pada tahun ini.

Yang mula2 dulu, saya buat sewaktu hari raya ke-4 dan waktu itu cuma 2-3 kerat dari rakan sepejabat yang datang..

Untuk jamuan kali ke-2, juga merangkap jamuan untuk meraikan salah satu dari tarikh penting (sila search for tarikh2 penting dalam blog ini sekiranya ingin mengetahui dengan lebih lanjut ;P), saya bakal mengundang jiran2 satu lorong dan seluruh rakan2 sepejabat

dan pada tarikh itu nanti, saya akan menempah bukan satu, tapi dua kek SR untuk di jamu kepada para tetamu

menu selebihnya adalah menu default eg nasi hujan panas, ayam masak merah, sate, kuah nasi himpit, ketupat daun palas, lemang, rendang ayam, puding cocktail, kuih raya, tapai pulut etc

ada sesape yang baca blog ni yang sudi nak datang ke?? ;)

3 comments:

sesemutku said...

saya sudi...tapi jauh banget...

miz_eda said...

Sesemutku,
ko tlg doakan je la ek..semoga majlis berjalan dengan lancar..

JuE said...

nk p efi