dihabiskan dengan melayan karenah 2 orang anak2 saya (dengan penuh kesabaran)..
hari Khamis malam, saya buatkan puding cocktail kegemaran cik abang
hari Jumaat dihabiskan dengan sesi melepak dan membayar bil secara online..dan sehari suntuk jugak asik mengadap puding cocktail :P
Petang Sabtu, selesai solat asar, saya membawa anak2 ke playground yang baru sahaja dibuka kepada orang awam. Hampir 3 bulan lamanya tak bawa mereka ke playground (sejak wabak H1N1) dan baru sekarang rasa sedikit yakin untuk membawa anak2 menikmati suasana petang hari di playground.
Selesai aktiviti di playground, kami beransur pula ke swimming pool. Saya bagi mereka peluang berendam dalam air selama lebih kurang sejam. Selesai di playground, kami beransur pula ke L Mart. Hajat di hati cuma nak beli susu untuk Arissa, but end up, penuh pulak satu troli dengan makanan anak2.
Pagi Ahad, sebelum pegi keja, saya sempat mandikan Afrina, pakaikan baju dia,( si adik siap protes sebab selesai saya mandikan afrina, dia cubit kakak dia :P)
Selesai mandikan afrina, saya bagi dia setengah cawan susu segar, setengah mangkuk coco crunch dan biarkan dia menonton channel Disney dengan Afrina
terasa blissful pulak weekend saya even hanya ditemani anak2 *smile*
Tuesday, October 27, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment