Monday, September 14, 2009

Resepi ayam percik versi saya..

Khas untuk BZmum, and sesape saje yang masih tercari2 resepi untuk membuat ayam percik

source taken from here tetapi telah diubah mengikut citarasa saya

1 ekor ayam dipotong kecil (ambil bahagian yang ada tulang sahaja)
3 mangkuk kecil santan pekat (sebiji kelapa)
4 batang serai (diketuk hujung)

Bahan (A)
1 batang serai
3 ulas bawang putih
1 cm halia

Bahan (B)
1 cm halia
3 biji cili kering
1 biji bawang merah
sedikit asam jawa (yang ni saya tambah sendiri)
secubit gula dan garam


Cara:
Tumbuk bahan A dan gaulkan bersama ayam. Perap selama 1 jam. Sementara itu tumbuk bahan B hingga lumat. Selepas itu panaskan periuk dan panaskan santan dan masukkan bahan B ke dalam santan. Masak sehingga pecah minyak. Kemudian bakar ayam yang telah di perap tadi ke dalam ketuhar. Jika ayam tadi kelihatan hampir masak renjiskan bahan B yang telah di masak tadi dengan serai. Selepas kering sedikit renjiskan bahan B tadi sekali lagi. Lepas tu angkat dan lebihan kuah percik(bahan B) tadi di lumurkan pada ayam yang telah masak.

Tambahan:
serai yang di gunakan untuk merenjis ayam itu hendaklah di ketuk di bahagian bawahnya.

2 comments:

BZmum said...

tenkiu.. nanti aku cuba..

miz_eda said...

BZmum,
welkams..dan selamat mencuba :)