Monday, September 14, 2009

Teknik menukar duit raya :)

Saya ada terdengar rungutan beberapa orang ofismate saya tentang kesukaran untuk menukar duit raya..dalam pada tu, saya berkira2 untuk mencuba nasib sewaktu break tengahari tadi

mula2 saya ke RHB. Macam biasa, saya tak terus menyuarakan hasrat untuk menukar duit raya sebab saya tengok the moment orang tanya pasal nak tukar duit raya, the moment tu jugak la pegawai kat situ akan menggelengkan kepala..so lebih baik saya tukar approach :P

lagipun, saya memang ada plan untuk memasukkan sejumlah wang ke dalam akaun semasa di RHB.

sementara nak menunggu pegawai di kaunter mengira duit saya, saya pun mula masuk jarum (lagipun waktu saya tanya tu dah takde org yang bertanya pasal nak tukar duit raya)

saya : lepas2 ni ada chances lagi ke nak tukar duit raya?

bank officer : besok awk cuba dtg pkl 9:15 pagi

saya : aci reserve RM300 tak untuk saya? (sambil buat muka kesian)

bank officer : tak boleh..berapa awk nak tukar?

saya : saya nak tukar RM200 je, kalau boleh nak note RM5.. and RM100 nak tukar dengan note RM1

sambil bukak laci, bank officer tu hulur note RM5 (tetapi misi untuk mendapat note RM1 masih tidak berjaya)

kemudian, selesai sahaja waktu pejabat pada pukul 5:00 ptg, saya bergegas pula ke CIMB..macam biasa..taktik kena ada :)

saya : saya nak tau berapa limit untuk draw duit dr CIMB kalau guna atm? td sy dah draw sekian RM, lepas tu saya nak draw lagi dah tak boleh

bank officer : RM3k, tp blh apply to increase up to RM5k per day

lepas dah hulur kad atm untuk bank officer tu increase withdrawal limit, saya pun mula la masuk jarum

saya : duit raya ada lagi tak?

bank officer : berapa awk nak?

saya : RM100 je..nak tukar note RM1

bank officer : ada.. RM200 pun ada kalau awak nak, note RM5 taknak ke?

so semalam, misi menukar duit raya telah berjaya dilaksanakan..siap dpt sampul raya 10 pek.. dari budget nak tukar duit raya RM300..terus increase ke RM500..guna tak guna kendian kira..yang penting bukan semua org dpt peluang keemasan mcm nih..:P

korang2 yang masih belum berjaya dengan misi menukar duit raya..tunggu apa lagi? :)

4 comments:

cts said...

susahnya nak tukaq duit raya...siap kena ada teknik yer...hehe...

Ms Lola said...

kenapa? ada krisis kekurangan duit raya ke? Saya tak tukar2 pun lagi

zafri amsyar said...

masih xberjaya lagi.... da p 3bank tau tadi.... uhukss...

miz_eda said...

suhainini,
agaknya inilah teknik yang dinamakan untung sabut timbul, untung batu tenggelam..:P

ML,
ntahler..bak kata officer kat RHB smalam..BNM dah start control sbb derang pun dah kehabisan RM..not sure whether true or not

Lia,
dah try guna teknik mcm saya ke? ;)