Wednesday, September 9, 2009

Suatu hari di mahkamah seksyen

Hari ini saya amik EL sebab nak teman cik abang pegi mahkamah..seawal jam 9 pagi dan ditemani anak2, saya berjalan beriringan dengan mereka memasuki perkarangan mahkamah Kuantan dengan muka orang tak bersalah :) (saya perasan orang sekeliling asik je memandang ke arah kami sebab biasanya yang bawak anak2 tanpa suami disisi mesti disebabkan oleh masalah rumahtangga :P)

nak tau kenapa?

kisahnya..cik abang saya menghadapi masalah untuk memperbaharui lesen memandu yang telah tamat tempoh minggu lepas, lepas dah further check dengan JPJ, rupa2nya terdapat kes sebuah motor Yamaha yang dibeli oleh cik abang saya (yang dipinjam oleh sahabatnya di zaman dahulu kala dan sehingga kini ianya tidak dipulangkan kembali) telah sangkut di JPJ Kuantan disebabkan road tax yang telah tamat tempoh dan tiada insuran..ni kes kawan makan kawan la nih..

kawan cik abang saya ni pulak, sejak kami kahwin, derang terus lost contact..dan langsung tak dapat dikesan...

................

bermacam2 perangai orang yang boleh dilihat diperkarangan mahkamah..ada yang bawak beg besar..ada yang menangis tesedu2 sambil memeluk sedara mara..ada yang tangan bergari..pendek kata kalau saya temuramah orang2 dimahkamah silap2 ada yang dapat penampar free tu takde yang tidak mempunyai masalah masing2..

setelah sesi mengadap tuan hakim, maka cik abang saya diputuskan membayar denda sebanyak RM300..itupun setelah dia memberitahu Tuan hakim bahawa dia hanya bekerja kampung dan mempunyai tanggungan seramai 5 orang..:P

selesai urusan di mahkamah, kemudian kami ke JPJ untuk memperbaharui lesen memandu, insuran dan cukai jalan motor yang telah disita tersebut..sambil2 tu..sempat jugak saya memerli cik abang saya

"lain kali, buat baik berpada2 ye yang, buat jahat jangan sekali"

dan sindiran saya itu dijawab kembali dengan kata2 begini

"Allah sentiasa melindungi orang2 yang teraniaya"

well..selain dari pengalaman pertama membuat sesi lawatan di mahkamah, hari ini juga merupakan hari pertama saya berasa teramat2 letih..cukuplah kali pertama dan terakhir pergi ke mahkamah..

2 comments:

lia said...

mahkamah? errrr mmg ngeri sgt dgn mahkamah.... apsal pon xtau....

motor 2 kalu da d s ita, boleh amik balik ek? kena bayar la yer kalau nk amik mtor 2?

miz_eda said...

Lia,
takat mahmakah seksyen ok lagi..yang ngeri tu kalau mahkamah yang melibatkan kes2 bunuh eg kes mona fendi etc..:)

once dah settle dgn mahkamah and make sure road tax/insuran dah renew..motor tu dah blh release