Thursday, September 24, 2009

Raya tahun ini

saya menerima kunjungan 'besfren' di malam raya sewaktu takbir raya sedang bergema..agaknya memang dah rezeki saya untuk berpuasa penuh pada tahun ini ;)

beraya tanpa suami di sisi :( tapi raya tetap meriah dengan kepulangan adik beradik nun jauh dari perantauan..ada yang pulang dari Penang, ada yang pulang dari Indonesia dan yang paling jauh adalah dari united Kingdom

saya menangis tersedu2 sewaktu sesi bermaafan dengan ibunda dan adik beradik di pagi raya..ntah kenapa syahdu benar rasanya

sewaktu membawa adik saya untuk menggunting rambut di malam raya, saya telah meminta tukang gunting rambut lelaki tersebut untuk menggunting rambut anak saya bagi tujuan menipiskan rambutnya yang agak tebal..sudahnya habis rosak rambut anak saya dikerjakan oleh tukang gunting rambut durjana tersebut..mujurlah keesokan harinya saya berjaya mencari salun untuk menggunting rambut anak saya hingga pendek..

memandu pulang ke Kerteh di malam raya ke-3 dengan membawa anak2 dan bibik...

hingga ke waktu ini, saya masih belum berkesempatan mengambil gambar raya bersama cik abang saya..insyaAllah jika ada keizinan, saya merancang untuk mengambil gambar raya bersama suami dan anak2 di studio sewaktu beraya di Temerloh hujung minggu ini

dan ini adalah koleksi gambar yang sempat dirakamkan sewaktu raya tempohari..












Friday, September 18, 2009

Sudah mau berangkat

Saya bakal berangkat pulang ke kampung halaman sebentar saja lagi.. dengan membawa anak2 dan bibik..sedih jugak bila terpaksa meninggalkan cik abang keseorangan di sini..:(

Di kesempatan ini, saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Salam Aidilfitri buat semua teman2 seperjuangan di alam maya tak kira samada yang mengenali saya secara dekat atau secaratidak dekat maya

Mohon dimaafkan segala kesalahan yang mungkin pernah saya lakukan samada secara sengaja atau tak disengajakan. Mungkin ada cara penulisan saya (komen etc) yang pernah mengguris hati dan perasaan kalian..

Moga berjumpa lagi..wassalam

Wednesday, September 16, 2009

Senarai persiapan raya minggu depan

dah siap pasang set kabinet dapur untuk rumah mak saya di kampung

dah selamat beli cermin ini di Ikea untuk di pasang di bilik mandi juga untuk rumah mak saya di kampung..

dah selamat belikan sehelai tudung munawwarah untuk mak saya pakai di hari raya pertama

dah selamat terima semua tempahan biskut raya, kek lapis dan maruku

dah selamat amik baju kurung anak2 dari makcik tukang jahit


...........

apa je yang belum selamat?

baju raya yang saya tempah nun jauh di KT..tunggu hujung minggu baru blh ambik

baju raya cik abang dan baju raya bibik di kedai makcik tukang jahit yang jahit baju kurung anak2

harap2 takde yang tak selamat hendaknya..:P

minggu depan..

saya dah apply cuti pada hari Selasa (walaupun belum di approve)

hari Rabu, Khamis saya tak cuti, jadi saya bakal beraya di pejabat pada hari raya ke-4 dan ke-5

hari Jumaat, Sabtu saya akan mengikut cik abang pulang beraya di kampung mertua di Temerloh

dan pada hari Ahad dan Isnin minggu yang berikutnya, saya bakal menyambung cuti untuk ke KLIA bagi menghantar kakak saya yang akan terbang pulang ke UK

ada jugak ke antara korang yang keje hari raya ke-4 dan ke-5?

Tuesday, September 15, 2009

Sape yang belum tinggal posa?

Silalah angkat tangan..:P

yang sebenarnya..saya pun belum menerima kedatangan sahabat baik saya di sepanjang ramadan ini..

saspen sungguh dibuatnya..tapi pada firasat saya.. mungkin Dia nak bagi peluang untuk saya berpuasa penuh tahun ini..mungkin juga Dia nak bagi peluang kepada saya untuk lebih byk melakukan amal ibadat di sepanjang ramadan ini..who knows, right?

harap2 besfren saya akan datang menjelma di pagi raya nanti :P

Sesunguhnya saya perlu bersyukur

...

bulan lepas sudah diberi bonus..

bulan ini, gaji pulak nak di masukkan awal..

bukan setakat nak dapat gaji awal, siap dapat increment+arrears pulak lagi

saya harap ada hikmah disebalik ganjaran rezeki yang diperolehi..

amin

Monday, September 14, 2009

Kisah hening di bulan ramadan

"Lepas basuh pinggan, ikut Abah pergi masjid" kata Abah separuh memerintah.

Aku memandang kepada Emak. Emak angguk sahaja. Maksudnya emak mahu aku ikut Abah solat subuh ke masjid. Jangan melawan.

Nampaknya, aku kena batalkan niat untuk sambung tarik gebar selepas kenyang bersahur.

Aku bonceng di belakang. Kami tidak pakai helmet. Kopiah sahaja.

Ganjil. Dalam cahaya suram menjelang subuh, aku lihat kubah masjid berada di tanah. Bukan di bumbung masjid. Ajaib.

Abah macam tidak nampak keganjilan itu. Aku cuit bahu dia dan tunjukkan ke arah kubah yang berada di tanah. Mungkin kubah itu tengah sujud fikir aku.

"Kenapa?" tanya Abah.

"Lailatuqadar" kata aku dengan jari masih menunjuk kepada kubah.

"Kepala otak engkau. Berapa lama engkau tak ke masjid?"

Tidak pasal-pasal aku kena marah. Rosak pengalaman suci aku ini.

"Diorang tengah renovate masjid la. Bumbung masjid bocor.. pasal tu kubah tu dorg angkat letak kat tanah.. Bodoh," sambung Abah memaki lagi


saya pun terkena jugak sebenarnya..heheheh...

Resepi ayam percik versi saya..

Khas untuk BZmum, and sesape saje yang masih tercari2 resepi untuk membuat ayam percik

source taken from here tetapi telah diubah mengikut citarasa saya

1 ekor ayam dipotong kecil (ambil bahagian yang ada tulang sahaja)
3 mangkuk kecil santan pekat (sebiji kelapa)
4 batang serai (diketuk hujung)

Bahan (A)
1 batang serai
3 ulas bawang putih
1 cm halia

Bahan (B)
1 cm halia
3 biji cili kering
1 biji bawang merah
sedikit asam jawa (yang ni saya tambah sendiri)
secubit gula dan garam


Cara:
Tumbuk bahan A dan gaulkan bersama ayam. Perap selama 1 jam. Sementara itu tumbuk bahan B hingga lumat. Selepas itu panaskan periuk dan panaskan santan dan masukkan bahan B ke dalam santan. Masak sehingga pecah minyak. Kemudian bakar ayam yang telah di perap tadi ke dalam ketuhar. Jika ayam tadi kelihatan hampir masak renjiskan bahan B yang telah di masak tadi dengan serai. Selepas kering sedikit renjiskan bahan B tadi sekali lagi. Lepas tu angkat dan lebihan kuah percik(bahan B) tadi di lumurkan pada ayam yang telah masak.

Tambahan:
serai yang di gunakan untuk merenjis ayam itu hendaklah di ketuk di bahagian bawahnya.

Teknik menukar duit raya :)

Saya ada terdengar rungutan beberapa orang ofismate saya tentang kesukaran untuk menukar duit raya..dalam pada tu, saya berkira2 untuk mencuba nasib sewaktu break tengahari tadi

mula2 saya ke RHB. Macam biasa, saya tak terus menyuarakan hasrat untuk menukar duit raya sebab saya tengok the moment orang tanya pasal nak tukar duit raya, the moment tu jugak la pegawai kat situ akan menggelengkan kepala..so lebih baik saya tukar approach :P

lagipun, saya memang ada plan untuk memasukkan sejumlah wang ke dalam akaun semasa di RHB.

sementara nak menunggu pegawai di kaunter mengira duit saya, saya pun mula masuk jarum (lagipun waktu saya tanya tu dah takde org yang bertanya pasal nak tukar duit raya)

saya : lepas2 ni ada chances lagi ke nak tukar duit raya?

bank officer : besok awk cuba dtg pkl 9:15 pagi

saya : aci reserve RM300 tak untuk saya? (sambil buat muka kesian)

bank officer : tak boleh..berapa awk nak tukar?

saya : saya nak tukar RM200 je, kalau boleh nak note RM5.. and RM100 nak tukar dengan note RM1

sambil bukak laci, bank officer tu hulur note RM5 (tetapi misi untuk mendapat note RM1 masih tidak berjaya)

kemudian, selesai sahaja waktu pejabat pada pukul 5:00 ptg, saya bergegas pula ke CIMB..macam biasa..taktik kena ada :)

saya : saya nak tau berapa limit untuk draw duit dr CIMB kalau guna atm? td sy dah draw sekian RM, lepas tu saya nak draw lagi dah tak boleh

bank officer : RM3k, tp blh apply to increase up to RM5k per day

lepas dah hulur kad atm untuk bank officer tu increase withdrawal limit, saya pun mula la masuk jarum

saya : duit raya ada lagi tak?

bank officer : berapa awk nak?

saya : RM100 je..nak tukar note RM1

bank officer : ada.. RM200 pun ada kalau awak nak, note RM5 taknak ke?

so semalam, misi menukar duit raya telah berjaya dilaksanakan..siap dpt sampul raya 10 pek.. dari budget nak tukar duit raya RM300..terus increase ke RM500..guna tak guna kendian kira..yang penting bukan semua org dpt peluang keemasan mcm nih..:P

korang2 yang masih belum berjaya dengan misi menukar duit raya..tunggu apa lagi? :)

Sunday, September 13, 2009

Insiden di depan kedai Munawwarah

I am quite certain

..........

I saw this cute little girl yesterday



In front of one of Munawwarah shop

memang comels sangat tapi segan nak usik sebab waktu tu saya tak nampak kat mana kelibat mak-nya..:P

ada sape2 kenal this cute little girl tak? :)

Thursday, September 10, 2009

Kasut bling2

tak dapat untuk mak budak..dapat kat anak2 pun jadilah..

...............







mula2 plan nak beli clarks..but then kaki anak2 saya sesungguhnya amat tebal dan tidak muat untuk dipakaikan dengan kasut2 tertutup..

jalan2 kat parkson, berkenan plak dengan kasut sketchers..pulak tu bila dah try derang macam tak reti2 nak tanggal..so nak tak nak terpaksalah bayar (terpaksa katanya) :P

Wednesday, September 9, 2009

Suatu hari di mahkamah seksyen

Hari ini saya amik EL sebab nak teman cik abang pegi mahkamah..seawal jam 9 pagi dan ditemani anak2, saya berjalan beriringan dengan mereka memasuki perkarangan mahkamah Kuantan dengan muka orang tak bersalah :) (saya perasan orang sekeliling asik je memandang ke arah kami sebab biasanya yang bawak anak2 tanpa suami disisi mesti disebabkan oleh masalah rumahtangga :P)

nak tau kenapa?

kisahnya..cik abang saya menghadapi masalah untuk memperbaharui lesen memandu yang telah tamat tempoh minggu lepas, lepas dah further check dengan JPJ, rupa2nya terdapat kes sebuah motor Yamaha yang dibeli oleh cik abang saya (yang dipinjam oleh sahabatnya di zaman dahulu kala dan sehingga kini ianya tidak dipulangkan kembali) telah sangkut di JPJ Kuantan disebabkan road tax yang telah tamat tempoh dan tiada insuran..ni kes kawan makan kawan la nih..

kawan cik abang saya ni pulak, sejak kami kahwin, derang terus lost contact..dan langsung tak dapat dikesan...

................

bermacam2 perangai orang yang boleh dilihat diperkarangan mahkamah..ada yang bawak beg besar..ada yang menangis tesedu2 sambil memeluk sedara mara..ada yang tangan bergari..pendek kata kalau saya temuramah orang2 dimahkamah silap2 ada yang dapat penampar free tu takde yang tidak mempunyai masalah masing2..

setelah sesi mengadap tuan hakim, maka cik abang saya diputuskan membayar denda sebanyak RM300..itupun setelah dia memberitahu Tuan hakim bahawa dia hanya bekerja kampung dan mempunyai tanggungan seramai 5 orang..:P

selesai urusan di mahkamah, kemudian kami ke JPJ untuk memperbaharui lesen memandu, insuran dan cukai jalan motor yang telah disita tersebut..sambil2 tu..sempat jugak saya memerli cik abang saya

"lain kali, buat baik berpada2 ye yang, buat jahat jangan sekali"

dan sindiran saya itu dijawab kembali dengan kata2 begini

"Allah sentiasa melindungi orang2 yang teraniaya"

well..selain dari pengalaman pertama membuat sesi lawatan di mahkamah, hari ini juga merupakan hari pertama saya berasa teramat2 letih..cukuplah kali pertama dan terakhir pergi ke mahkamah..

Tuesday, September 8, 2009

Bagaimana rasanya kalau sambut raya di rumah sendiri?

So far, saya tak pernah lagi..kalau tak di rumah mak saya, pulang ke kampung cik abang lah jawabnya..apa kes pagi raya nak duduk rumah sendiri whilst jiran2 sekeliling sumer pakat balik kampung..gilo ko apo?

tahun ini pulak giliran cik abang saya kena kerja, jawabnya, tingallah kami 3 beranak saje beraya di rumah mak saya..*tisk*

persiapan raya..nak kata hectic tu..tak de la sgt..lagi pulak persiapan untuk anak2 memang dah lama settled. Tinggal lagi untuk mak budak, baju melayu untuk mr hubby and baju kurung bibik je yang belum ambik

untuk kuih raya, saya order secara online kat sini, belum lagi termasuk yang tempah secara tak online :P

another 12 days to go..sedih nak tinggal Ramadhan but at the same time tak sabar nak tunggu kedatangan Syawal..camno tu?

Sunday, September 6, 2009

Kisah saya dan peminta sedekah

Cuti weekend lepas, i was back in my hometown..gerak balik petang Jumaat selepas berjaya dengan misi membuat ayam percik dan sambal petai :)

hari Sabtu, we went to KT town untuk aktiviti memborong di hujung bulan, selesai dengan aktiviti memborong dan membeli stok susu anak2 untuk sebulan, saya menuju ke kawasan parking sambil mencari2 kelibat mak saya (kami terpisah sejak dari mula2 masuk dalam hypermarket tersebut)

dari kejauhan, saya nampak mak saya di luar kedai tersebut

mak saya bagitau, waktu dia tengah mencari2 saya, ada seorang makcik (yang pada anggapan saya dlm usia 80-an) memanggil mak saya..dalam keadaan ragu2, mak saya pun mendekati wanita lebih separuh abad tersebut..dia memberitahu terdesak untuk membeli 2 kilo beras..katanya lagi, suami dia baru meninggal beberapa bulan dan dia tiada punca pendapatan..waktu tu, mak saya dalam keadaan tergesa2 sebab dia risau kalau2 saya menunggu dia di tempat parking kereta jadi selepas menghulur sedekah, mak saya terus berlalu dari situ..

saya berjalan beriringan dengan mak saya sambil meninjau2 kalau2 masih ada kelibat makcik yang diceritakan oleh mak saya

jauh di seberang jalan, saya lihat makcik tersebut masih bersandar pada tembok batu sambil mengesat peluh

saya tengok makcik tersebut, dan saya perasan dia pun tengok saya..

saya menghampiri makcik tersebut..saya hulurkan dia sedikit wang..

dia dakap tangan saya..sungguh saya rasa agak sebak tapi saya tahan perasaan tersebut..

saya kembali ke tempat parking kereta dengan harapan semoga makcik tersebut mampu membeli lebih dari apa yang dihajati..

Sungguh selama ini saya terleka..:(

Friday, September 4, 2009

saya masih di sini

....

Masih lagi menyediakan juadah untuk berbuka dan bersahur seperti biasa..dan masih lagi berjaya berpuasa setakat hari ini..ngeee

well..just received a letter from my company few weeks ago...

....


what??! a letter?

rilex, bawak berenangbertenang..ini adalah sebahagian dari isi kandungan surat misteri tersebut :P
























dan saya tahu..ini bukanlah untuk saya seorang. Seperti apa yang pernah saya baca :

Hakikat HARTA: 'Apa yang dimakan akan habis, apa yang dipakai akan lusuh, apa yang disedekahkan sahaja akan menjadi bekalan di hari kemudian nanti...'

Makanya, sepanjang 2-3 hari ini, tiba2 saya mendapat semangat baru..semangat untuk menjadi pekerja berhemah..dan secara kebetulan pula, kerja datang bertimpa2..(kerja ni pun macam ada perasaan)

3 hari sebelum menjelang hari kebangsaan, saya telah membawa anak2 ke KLCC..

dan pada cuti hari kebangsaan, saya sekali lagi telah berjaya membawa anak2 ke KLCC..

nak tau apa dah jadi dengan baju raya yang saya beli untuk anak2 sewaktu lawatan saya yang ini, semuanya telah selamat dikembalikan semula dan ditukar dengan baju raya yang baru (sia2 aje pegi Kuala Lumpur naik kapal terbang :( )

dan inilah saja baju yang tinggal hasil lawatan saya ke Kuala Lumpur dengan menaiki kapal terbang tempohari..dan telah selamat dirasmikan oleh anak2 saya sebelum menjelang raya..



moral? silalah fikir sendiri..hehe