Tuesday, August 18, 2009

Bagaimana rasanya?

.....................................................

bila rancangan untuk membeli belah di Kuala Lumpur terpaksa dibatalkan di saat2 akhir disebabkan oleh situasi dan keadaan semasa yang agak tidak mengizinkan untuk anda meneruskan hasrat itu

bila baru semalam anda menerima flyer dari shopping mall kegemaran iaitu iSetan mengenai tawaran hebat yang sedang berlangsung sekarang

dan bila anak perempuan anda yang bangun pagi tadi dan langsung bertanya kepada bibik
"bibik kita nak pergi mana?" (budak umur 3 tahun dah ada instinct ke?)

kemudian anak perempuan anda tersebut mengambil flyer iSetan (yang diletakkan di atas meja makan) dan mula meninjau2 senarai barangan di dalam flyer tersebut seraya memberitahu untuk membeli itu dan ini..

bagaimana?? bagaimana?? dan bagaimana??

.....................................................

sewaktu menelefon Mr Hubby dan menceritakan kronologi peristiwa di atas, saya telah di sound untuk kesekian kalinya :(

tak lama kemudian, (mungkin mr Hubby tahu bahawa saya sudah putus harapan) dia telefon saya. Nak tau apa dia cakap?

"Esok awal pagi, u naik flight sorang2 dari kerteh, lepas dah shopping bla..bla..bla..nanti i amik u dekat Temerloh" (untuk pengetahuan, Mr hubby telah pulang ke Temerloh untuk menjenguk kampung halaman selepas selesai kursus pada petang tadi)

bagaikan pucuk dicita ulam mendatang..perasaan merajuk lantas kubuang..:)

sepantas kilat saya ke sini

dan ini hasilnya..walaupun agak berat hati sebab tak boleh bawak anak2..tapi inilah syarat yang perlu dipatuhi :(>



jadinya..besok saya akan tinggalkan anak2 di rumah bersama bibik, seolah2 saya nak pergi kerja, dan pulang semula di petang hari dengan membawa hasil rembatan dari KLCC :P

3 comments:

MS said...

ha ha kagum betul kat ko

semangat waja bab shoping n yr hb sungguh sporting

Hana said...

rajin giler ko efi!

miz_eda said...

Mama Adib,
shopping raya beb, dah posa karang Mr hubby tak guarantee boleh pegi KL lagi..:P

Hana,
haah, bab2 melabur di shopping mall mmg aku rajin..kekeke