Monday, August 17, 2009

petang esok..

saya sepatutnya memandu ke Kuantan dengan membawa anak2 untuk berjumpa dengan Mr Hubby yang sedang berkursus di sana..

kalau mengikut rancangan asal, dari Kuantan, kami sekeluarga akan menuju ke Kuala Lumpur dan bermalam di sana

bak kata pepatah, kita semua hanya mampu merancang..

....................

Sewaktu balik dari kampung mak saya 2 hari lepas, Mr Hubby memberitahu saya yang dia agak risau dengan situasi sekarang dan bercadang membatalkan hasrat untuk membawa anak2 ke Kuala Lumpur

mula2 saya protes juga, tapi lepas dah fikir2 semula, saya rasa ada baiknya saya menurut sahaja..nanti kalau jadi apa2..menangis sambil kesat air mata dengan baju raya pun dah tak guna..:(

2 comments:

Diana Sulaiman said...

sabo2... ade hikmah agaknye tu kalau tak gi kl...

maybe next time leh gi lagi...

miz_eda said...

Diana,
hikmah dengan menaiki fireflyz..:P