Di pejabat saya, hampir setiap hari orang bercakap mengenai virus yang makin melanda kebelakangan ini..bagi saya pulak..saya lebih suka untuk berdiam diri (berdiam diri disini tidak semestinya tidak mengambil tahu) daripada menimbulkan spekulasi yang bukan2 :P
Kakak saya yang bekerja di UK ada memberitahu bahawa dia tak penah terdengar tentang kes H1N1 yang melibatkan kematian di sana..even dia sendiri tak begitu ambil tahu dan ambil kisah tentang virus yang melanda, agaknya bila mengambil sikap sambil lewa dan tidak begitu memikirkan tentang sesuatu hal, ianya boleh lenyap begitu sahaja?
Atau mungkin juga Kerajaan di sana telah mengambil langkah berjaga2 dengan menyediakan vaksin berkesan untuk menghapuskan pandemik tersebut sebelum ianya menjadi lebih parah?
Atau mungkin juga kakak saya seorang yang tidak alert dengan situasi semasa?
Pagi tadi, rakan sekerja saya ada memberitahu tentang kebimbangannya untuk ke Kuala Lumpur sebab ada 2 orang sahabatnya yang baru pulang dari sana telah dijangkiti dengan virus H1N1.
Persoalannya, adakah dengan mengunjungi Kuala Lumpur maka setiap orang akan dijangkiti dengan virus tersebut? kalau macam tu macamana dengan orang2 yang tinggal di Kuala Lumpur? adakah kesemua mereka telah dijangkiti? (hmmm....what a judgement?!)
Walau apa pun pendapat orang, saya tetap akan meneruskan hasrat untuk ke Kuala Lumpur pada minggu depan..apa juga dugaan dan cabaran yang melanda, hidup harus diteruskan..
dan apa yang lebih penting..misi mencari baju raya untuk anak2 itu lah agenda yang perlu diutamakan :P
2 comments:
kan lebih baik mencegah sebelum merawat...
apa2pun tepuk dada tanya selera =)
Sesemutku,
nampak gaya mcm tak jadi je nak pergi..
Mr Hubby last minute tak jadi pegi sebab risau nak bawak anak2..:(
Post a Comment