Tuesday, August 25, 2009

Bulan puasa bukan setakat bulan untuk meguji tahap kesabaran fizikal dan mental

..

tetapi juga bulan untuk menguji skill masakan saya

sepanjang 4 hari berpuasa, saya masih belum berkesempatan menjejakkan kaki ke Bazar Ramadan

hari pertama berpuasa, saya balik rumah mak saya di kampung (waktu ni skill masakan belum benar2 teruji)

hari kedua, saya masak ayam masak kurma sebagai menu utama (menu sampingan tak perlu lah dinyatakan)

hari ke tiga, iaitu semalam, tekak ini tiba2 terasa nak makan

1. lauk sardin
2. sotong bakar
3. air asam
4. sambal tempoyak

Memang betul2 selera kampung

Nak tau berapa lama masa yang saya ambil untuk menyediakan kesemua yang di atas?

Sesampai di rumah tepat jam 6:05 ptg, saya bergegas menonton rancangan kegemaran Wadi Unung di Astro Prima. Cerita tersebut bakal tamat pada jam 7 petang. Pada waktu tayangan iklan, saya menyelinap ke dapur untuk menyediakan bahan 3. Pada masa yang sama, saya mintak bibik tumbuk cili api untuk dijadikan sambal tempoyak.

Sebaik selesai tayangan Wadi unung tepat jam 7, barulah saya memulakan aktiviti menyediakan Menu masakan 1 dan 2. Tepat jam 7:24 pm, semuanya sudah siap terhidang di atas meja :)

Apa pula menu yang bakal menguji skill masakan saya hari ini? kita tunggu entry seterusnya..

2 comments:

Diana Sulaiman said...

caya lah... mmg skill ko.. cepat n tangkas...

miz_eda said...

Diana,
tindakan kena selari dengan pergerakan suruh bibik sediakan itu dan ini..hehe