Selesai urusan membayar fidyah sebanyak RM150 (jumlah fidyah yang saya bayar adalah berdasarkan anggaran semata2) pada pagi Jumaat lepas, saya bergegas bawak anak2 balik rumah mak saya di KT
sesampai di KT, saya singgah di rumah ayah saya terlebih dahulu (note parents saya dah berpisah)
di rumah ayah, saya sempat menonton al-kuliyyah dan kebetulan tajuk yang dibincangkan pada hari tersebut adalah mengenai fidyah
untuk sesiapa yang masih ragu2 tentang cara pengiraan untuk membayar fidyah, berikut adalah apa yang sempat saya catatkan :
jumlah hari puasa yang perlu diganti x 2 x jumlah tahun
nilai 2 di atas adalah berdasarkan anggaran harga secupak beras iaitu sebanyak RM1.75 tetapi di bundarkan kepada nilai terdekat untuk memudahkan pengiraan
Seperti kes saya, untuk puasa tahun 2004, cara pengiraanya adalah seperti berikut :
8 hari x 2 x 4 = RM64
untuk puasa tahun 2005, cara pengiraannya adalah seperti berikut :
1 x 2 x 3 = RM6
jadi, jumlah keseluruhan yang perlu dibayar adalah sebanyak RM70 shj..
alang2 dah terlebih bayar..jadi nilai selebihnya bolehlah dianggap sebagai sedekah..sekala sekala buat amal jariah :)
Monday, August 17, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment