Wednesday, December 31, 2008

Suatu keputusan

awalnya, my mom decide untuk tinggal bersama kami and kami dengan senang hati bersetuju untuk marwan (anak my dad with his new wife) yang mmg dlm jagaan my mom semenjak umur dia 2 bulan untuk tinggal bersama kami dan kami akan hantar dia bersekolah di sekolah rantau petronas yang cuma terletak kurang 2km dari perumahan tempat tinggal kami

hubby yang sepatutnya ke KT hari ni with my mom untuk menguruskan pertukaran sekolah marwan akhirnya terpaksa membatalkan rancangan di saat2 akhir

obviously banyak sangat bantahan diterima my mom bila mana dia menyatakan hasrat nak tinggal dengan kami untuk semntara waktu :(

kami pasrah, after all, bukan senang untuk my mom buat keputusan sebab semua hati nak dijaga, pd kami, bila my mom tinggal dengan kami, dia tak perlu lagi nak pening kepala memikirkan mcamana nak membayar tambang van pergi balik marwan ke sekolah, perbelanjaan marwan, makan pakainya pasti kami akan tanggung, dan lagi dia tak perlu lagi berulang alik mengambil cucu2 nya di sekolah setiap hari seperti sebelum2 ini..

kami terkilan kerana lebih banyak tanggapan buruk yang timbul, walapupun sesekali rasa sebak bila memikirkan kenapa agak sukar untuk mereka memahami..kenapa tidak langsung dipertimbangkan masalah yang kami hadapi untuk meninggalkan anak2 kepada pembantu rumah kami..sekurang2nya untuk jangka masa setahun sahaja, bukan untuk selama2 nya..

kami membuat pilihan untuk meneruskan pemasangan CCTV..sekurang2nya dengan cara ini dapatlah kami mengawasi perkembangan anak2 di rumah secara berterusan..

kami masih punya pilihan untuk menghantar anak2 ke tadika tapi kami perlu memikirkan faktor kos tambahan kerana kami masih memerlukan khidmat pembantu rumah untuk mengambilalih tugas menjaga rumah dan menjaga makan pakai anak2..waktu kerja hubby yang bukan mengikut waktu pejabat kadangkala agak menyukarkan untuk aku mengendalikan anak2 berseorangan, sebab itu lah kami memang memerlukan seorang pembantu..

semoga dilindungi anak2 itu..

Tuesday, December 30, 2008

sape buat ni?

went home during lunch hour sebentar td, sempat la buat tempe + bilis goreng pedas, walau pon satu jenis lauk je, selera tetap tak bleh blah..hehe

i noticed there is a small mark on the white lovely lace table runner, dan ianya adalah merupakan lakaran pen..dan ianya tak lain tak bukan merupakan kerja seorang budak yang bernama afrina saja lah adanya..

i pretend to ask ;

sape buat ni?

pandai dia datang kat dining table and tengok hasil lakaran yang dia baru buat tu..

"tu kakak punya"

dengan penuh bangga dia menyatakan pencapaian dia untuk hari ini..



aku pura2 nak jentik tapi bila tgk dia yang dah start cebik mulut, terus tak jadi nak teruskan..

sekian.

Monday, December 29, 2008

Kisah Jadore

hubby dah promised nak belikan parfum dior addict yang dah lama kehabisan stock..2-3 bulan lepas gedik nak beli parfum hillary duff, end up blom pon habis separuh botol dah tak lalu nak pakai :(

jadinya, hari sabtu lepas, on the way balik dari temerloh, aku ajak hubby singgah parkson di mega mall, hubby pon ada hajat gak sebenarnya nak beli T untuk main golf..sambil menyelam minum air la gayanya..

pusing2, at first ingatkan nak beli Anna sui flight of fancy, but then pk2, silap2 nanti sama la plak nasibnya dengan parfum hillary duff..

I ended up beli dior addict EDP 50 ml which I am quite familiar with..

balik rumah, tgh2 elok nak kemaskan kotak CD, suddenly tgk ada miniature jadore l'absolu, so saje la test sembur kat tangan, guess what when hubby came back from playing golf, dia perli macam ni ;

"wangi la org tu"

and I was like,

ih kalau aku amik 2 jenis parfum pon dia tak tahu tadi..hehe

SELAMAT MENYAMBUT MAAL HIJRAH 1430

Pada asasnya, Muharam membawa maksud ‘diharamkan’ atau ‘dipantang’, iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah (Al Baqarah: 91). Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan.

Peristiwa-peristiwa penting:

1. 1 Muharam - Khalifah Umar Al-Khattab mula membuat penetapan kiraan bulan
dalam Hijrah.
2. 10 Muharam - Dinamakan juga hari ‘Asyura’. Pada hari itu banyak terjadi
peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih
dan tabah bagi menegakkan keadilah dan kebenaran.

Pada 10 Muharam juga telah berlaku:

1. Nabi Adam bertaubat kepada Allah.
2. Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.
3. Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi
ditenggelamkan selama enam bulan.
4. Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud.
5. Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
6. Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
7. Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah.
8. Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.
9. Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada d dalamnya
selama 40 hari 40 malam.
10. Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya
dari tentera Firaun.
11. Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah.
12. Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
13. Hari pertama Allah menciptakan alam.
14. Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
15. Hari pertama Allah menurunkan hujan.
16. Allah menjadikan ‘Arasy.
17. Allah menjadikan Luh Mahfuz.
18. Allah menjadikan alam.
19. Allah menjadikan Malaikat Jibril.
20. Nabi Isa diangkat ke langit.

Semoga tahun baru ini membawa keberkahan pada diri kita semua dan umat
Islam sedunia, Amin.

Wednesday, December 24, 2008

azam yang belom tentu tercapai

lagi berapa hari je nak masuk masuk tahun baru..seperti tahun2 sebelumnya, aku mmg tak pernah menanam azam sebelum ni (or shud I say I am not spesis yang suka merancang and suka buat something secara ad-hoc :P)

tp nya, memandangkan kami bakal join aziz.cfp program insyallah starting early 2009, jadinya di sini aku nak senaraikan matlamat atau azam yang perlu dilaksanakan,
starting from the most realistic plan, to the most unrealistic ones....kalau dapat capai semua kira star la tu ;)

1) termination of insurance policy for both childrens under Prudential takaful, with immediate effect tp sendiri mau ingat la dengan karenah sykt insuran bila kita nak terminate insurance polisi,
2) termination of ASB loan with the amount of RM50k, so next year no more higher dividen return :(
3) minimum monthly saving of RM4.6k (this is by hook or by crook!)
4) nak upgrade keta but this is very much depending on no 3 and how discipline we are :P
5) nak pegi holiday, kalau boleh luar dari kawasan Asia..hehe

semoga dipermudahkan urusan oleh-Nya..

Kisah KBI

Luckily my application for bank Islam kredit kad has been approved :)..uniknya, kad kredit bank islam tidaklah dipanggil dengan nama kredit kad, tetapi Kad bank islam (KBI) sahaja

so 2 hari lepas kami ke bank islam cawangan Kemaman untuk mendapatkan kad tersebut..

bezanya kad bank islam dengan many other credit card company ;


1) proses nak mengambil kad akan melalui proses akad,

2) sekiranya berlaku kematian pada pemegang KBI, pewaris boleh menuntut insuran dari sykt insuran yang dilantik oleh Bank Islam bagi melunaskan hutang tertunggak pemegang kad, dah pewaris boleh menuntut wang khairat kematian sebanyak RM1k..atleast dah boleh kurangkan sikit sebanyak beban kat situ (T&C apply)

sebenarnya bukan nak citer pasal KBI, tp nak citer pasal panggilan telefon dari satu sykt pelancongan sebaik shj aku dpt KBI ni, derang claim yang aku ni salah seorang dari 100 peserta bertuah yang terpilih untuk menyertai keahlian pakej percutian dan tawaran tu hanya sah waktu tu shj, maksudnya aku kena decide dan2 tu jugak, and sekiranya bersetuju derang nak dapatkan no yang tertera di mastercard KBI, and yang best nya lg, derang nak aku bacakan 3 digit terakhir yang tertera di belakang KBI..

taktik nak tarik customer satu je, derang gunakan awalan keahlian percuma seumur hidup, tiada yuran keahlian, tp bila kita macam dah ala2 interested tu baru la tau taktik sebenar mereka

kalau dah ada bayaran RM400 atau monthly installment of RM50, napa still nak gunapakai term keahlian percuma seumur hidup?

renti2 kan la taktik nak menipu orang..

Monday, December 22, 2008

kisah Histeria

i was in Kuantan GSC Megamall last weekend, tgk Histeria..hehe

in fact, this is consider my first experience tengok wayang dengan anak2..:P

we missed the first show at 3:10 pm, but managed to get 4 tickets for the next show at 5 pm

duduk row no-3 dr depan, agak kurang selesa lah, but better still as compared to those yang duduk in the 1st and 2nd row..:)

arissa was on my lap, whilst afrina was sitting next to me, but since seat to ala2 takle menampung berat afrina, so kaki dia was sort of terangkat sikit ke atas..

both kids was all silence during the show, giving their fullest cooperation..:) arissa lebih byk tido i guess sbb mmg tak nampak muka dia..and afrina sesekali terdengar dia panggil my name, maybe she feel scared tp imaginasi dia kalau2 hantu dlm panggung tu boleh dengar kot so dia tak jadi nangis kuat2..

the story was OK lah..even terasa agak cuak bila audience lebih banyak menjerit bila ada adegan saspen..hantu pon tak jerit macam tu ..after all, paling suka tengok lakonan Scha, she is so adorable and natural..

habis show tepat 6:45 pm, tgk keadaan kat luar still cerah macam biasa..i noticed ada air di kelopak mata afrina, menangis dalam diam agaknya dia dari tadi..

in my conclusion, walaupon Histeria termasuk dalam kategori citer untuk tontonan umum, I still feel that it is not suitable for childrens, so in next, will bring them watching animation movie and see how they react..hehe

Thursday, December 18, 2008

only that branch

went home for lunch and had labu masak lemak with ikan goreng cicah sambal belacan. After all, just can't resist my mom's cooking :P

performed Zuhur prayer then quickly called CIMB Mesra mall branch to know if the ASB line is already back to normal

rupa2nya, only that brach is facing the problem, whilst other branch in other area is OK, so I quickly drove to CIMB kerteh branch

setelah penantian hampir 25 minit, akhirnya selamat la jugak aku memasukkan sejumlah RM ke dalam akaun ASB

tak sabar nak tgk dividen 2/1/09 nanti..:)

kisah line ASB

for those yang menyimpan dalam ASB, you can still make a trasaction untuk draw or even bank in some cash into your ASB account since tomolo would be the last day..

jadinya, disebabkan aku duduk di kerteh merangkap negeri yang mengisytiharkan cuti umum pd hari jumaat, makanya hari ni je la peluang yang aku ada untuk memasukkan saki baki duit yang ada dalam akaun ASB..(managed to received some $$ from hubby couple days ago (ala dpt gaji nanti bayar la balik sbb pay day usually on every 21st or 22nd)

kisahnya hari ni dah 2 kali aku call CIMB, already went to CIMB for twice yesterday, and hasilnya menghampakan sebab ASB line taraks..nasib baik jarak CIMB dari office tak sampai 1 km, kalau tak memang dan2 tu la aku hangin kat pegawai kat situ..should I ?

I am gonna give last try waktu lunch nanti..sekali harung la sbb nak terus lunch kat food court dalam Mesra Mall tu..

otherwise, terpaksa la drive sejam setengah ke Kuantan besok for the sake of getting extra $$ from ASB dividen..don't think it's worth it but let's see kalau2 aku terlebih rajin

boleh la sekali harung ngadap Histeria..:)

the 2 options

i have 2 options now.. whether to send those kids to nursery starting Jan 2009..or having my mom staying her with us and that she could monitor how our maid treat those childrens..

if i were to choose latter option, then I would also need to bring my little brother for having his next education here in kerteh..

i have like 2 weeks from now to make a decision..do pray for me ..

Wednesday, December 17, 2008

Nukilan rasa

tujuan nukilan ini ditulis tiada bertujuan lain selain dari untuk menceritakan perkara yang terjadi selama 5 bulan kami mengambil pembantu rumah berkerja di rumah kami..

semoga suatu hari anak2 aku dpt membaca nukilan ini dan memahami sesungguhnya kasih sayang aku terhadap mereka tidak pernah berbelah bahagi.. dan aku nak mereka tahu apa yang berlaku selama ni adalah diluar jangkauan fikiran aku sendiri..

aku cuma mengetahui perkara sebenar setelah diberitahu oleh sepupu kepada anak2..aku kesal kerana mengetahui perkara ini hanya selepas 5 bulan, kesal kerana terlalu lama masa yang anak2 perlu tunggu untuk aku mengetahui masalah yang dihadapi oleh anak2 itu..

aku kesal kerana tak pernah syak bahawa dia sanggup mengkhianati kepercayaan aku untuk dia untuk menjaga anak2 dengan baik sewaktu ketiadaan ku

afrina,
mama tau afrina cukup tertekan bila mana afrina diherdik dan di tampar sesuka hati, mama tahu dengan usia afrina yang baru nak mencecah 3 tahun, afrina tak punya kudrat untuk melawan, apa yang termampu dilakukan hanyalah menangis untuk memberitahu kesakitan itu..mujurlah ada sepupu afrina di waktu itu yang membantu untuk memujuk dan membantu menenangkan keadaan..

mama minta maaf kerana membiarkan afrina tanpa bertanyakan hal sebenar sebaik pulang dari bekerja setiap hari..kerana mama tak pernah syak bahawa anak mama diperlakukan sedemikian rupa..

mama minta maaf sayang

arissa,

melewati usia 10 bulan, arissa mungkin tertanya2 apa salah arissa sehingga diperlakukan sedemikian rupa, ditarik dengan kasar sewaktu menangis, badan arissa digoncang dan dilambung sesuka hati, dan pernah sekali arissa dibiarkan menangis dalam bilik mandi sehingga habis basah seluruh badan..sungguh kejam perlakuannya pada arissa..di saat arissa membaca nukilan ini, mungkin arissa dah lupa akan saat2 yang menyakitkan itu, tapi parut di hati mama tetap takkan hilang buat selama-lamanya..

sesugguhnya hancur hati mama bila mengetahui tentang perkara ini..

mama nak arissa tau, yang mama tak pernah merelakan perbuatan itu, dan mama tak akan maafkan dia, kerana berlaku zalim terhadap anak2 mama, mama tau arissa mesti tertanya2 apa dosa arissa sehingga diperlakukan sedemikian rupa, arissa tak pernah melalukan dosa sayang..yang berdosa itu adalah orang yan telah menyiksa arissa dan tidak punya perasaan belas itu..dia lupa bahawa arissa punya malaikat di kiri dan kanan yang menjaga arissa dan dia mungkin tak pernah menyangka bahawa suatu hari nanti dia tetap akan menerima pembalasan di atas setiap perbuatannya itu..dia juga mungkin lupa bahawa lambat laun mama akan tetap mengetahui segala perlakuan buruk terhadap anak2 mama

ketahuilah, anak2 mama merupakan anugerah yang tak ternilai..yang tiada galang gantinya, dan mama akan sentiasa pasti kan yang anak2 mama tidak mengalami nasib serupa di masa akan datang

sekali lagi mama minta maaf kerana terlalu mempercayai pembantu rumah itu, mama tak sangka ini balasan yang anak2 mama terima atas segala kebaikan yang mama tunjukkan selama ini..

dan mama bersyukur sayang, kerana Allah membukakan pintu hati sepupu kalian untuk mendedahkan segala keburukan pembantu rumah itu, untuk mendedahkan bahawa mereka pernah di ugut untuk tidak menceritakan perkara sebenar kepada mama, kerana mama tahu budak2 itu yang baru berusia 9 dan 12 tahun itu tak tahu menipu..

mama sendiri tertanya2, apa silapnya mama, atau mungkin babah, garang kah kami yang telah membantu menghantar duit belanja ke indonesia sebanyak 2 kali, walau pun di waktu itu belum cukup tempoh masanya untuk kami bagi dia duit belanja, kami tak pernah berkira..

kami bawa dia makan di tempat mewah bilamana kami berjalan2, membenarkan dia membuat panggilan telefon ke indonesia setiap 2 minggu sekali..memberikannya pakaian dah baju raya..memang mama mengaku yang mama pernah memarahi dia, kerana menyalahgunakan kebaikan mama dengan membuat panggilan telefon sewaktu mama tiada, sehingga pernah bil yang mama terima hampir melebihi nilai yang sepatutnya

akhirnya ini balasan yang mama terima, mama redha sayang

sesekali mama terfikir, mungkin ini lah antara faktor Allah menimpakan bala ke atas kaum2 di sana..kerana mereka tak pernah tau bersyukur di atas segala nikmat kehidupan yang diperolehi..

apa pon yang terjadi, mama bersyukur kerana diberi petunjuk oleh-Nya, sekurang2 nya dengan kehadiran sepupu kepada anak2 dirumah kami selama 5 hari, sudah cukup untuk mereka mengetahui keadaan sebenar..

Ya Allah, aku bermohon pelindungan mu Ya Allah, jauhi lah anak2 kami dari di zalimi, sesungguhnya Engkau yang Maha Mengetahui..

Tuesday, December 16, 2008

sedikit perubahan

i still can't accept the fact that those kids are being treated so badly when I am at work, and that's why until now, i can't even look at her face when I spoke to her..i mean, after all the goodness, this is what I get in return :(

lepas sesi basuhan yg dah masuk kali ke-3, i noticed that her attitude is slightly changed..kalau dulu waktu bercakap suara kuat dia mengalahkan suara majikan, sekarang dia lebih byk diam..plus me who did not speak to her..

kalau dulu selalu boleh dengar suara arissa menangis waktu dia bersama bibik, tp sekarang bila mintak dia dukung arissa, arissa dah tak meronta2 macam dulu

takde lg boleh dengar suara dia menengking afrina, but now it is more like afrina yg lebih byk melawan dia..I can't stop her for doing so..all these while pon afrina asik pendam rasa je agaknya..tak reti nak melawan but since my mom ada kat sini, she is sort of getting all the energy and power..

me just want to wait and see berapa lama dia boleh bertahan, we have stopped giving her money, no phone calls to Indonesia, hp yang dia dpt dr bibik yg kerja selang 2-3 buah rumah dah pun kami rampas balik semula, no more outing mcm dulu2, tak boleh bercampur atau bergaul dengan bibik2 lain, and that's it..

ni lah harga yg perlu di bayar untuk org yg tak reti nak menilai erti kebaikan..

Friday, December 12, 2008

haruskah aku percaya?

title kali ni mmg cukup untuk buat semua orang tertanya2

kisahnya afrina yg baru nak menjangkau 2 tahun 5 bulan dah pandai bg hint yg dia kena tengking, tolak, tampar siap sekali dengan buat demo..

arissa ada lebam di pipi kiri sesudah lebam di pipi kanan 2 minggu lepas..

my next action in due course is that, we gonna install CCTV ..kalau setakat nak siasat tp takde bukti kukuh, serupa mcm masuk angin keluar asap..when it comes to dealing with people who always pretend, it's hard to penalise..how do I know?

dah ada saksi yg menyatakan anak2 kena dera (mungkin bukan fizikal tp secara mental) and that kami nak dptkan bukti kukuh sebelum buat sebarang keputusan

moral from this, please do not put 100% trust on other people, mereka mungkin nampak baik, tp bila kita takde, mcm2 boleh jadi, aku sendiri tak faham kenapa..apa salah kami sehingga anak2 menjadi mangsa..some more we are not that suspicious kind of person..that was the biggest mistake and I should have learn this since long ago..

anyway kami dah basuh dia cukup2 smalam, siap dengan ugutan nak pasang alat and monitor pergerakan dia..hubby yg selama ni tak pernah bersuara tp smalam waktu dia warning bibik aku tau yg dia mmg tak blh lg nak kawal emosi..

come what may, duit boleh di cari..kami tak kisah kalau terpaksa berhabisan bagi memastikan anak2 mendapat perhatian sewajarnya..better late than never..:(

Thursday, December 4, 2008

Pentingnya simpan surat sebagai bukti pembayaran

just received Nov pay slip from the secretary..walaupon gaji yg tinggal dlm bank dah tak sebanyak seperti yg tercatat dalam payslip..but just can't help the feeling of being excited ;) sebelum ni waktu terima pay slip taruk je dlm laci..but now I need it to apply for BSN credit kad..since I don't have credit card, I need to attach a copy of latest 3 month pay slip in my application

kisahnya my application for OCBC power credit has been rejected, not too sure why the reason, but I suspected this is due to outstanding 'hidden' payment on my previous Public bank credit card account ;(

get to know on the outstanding amount when I call CIMB to check if I have a record under CTOS or CCRIS (or watever they call it to blacklist people name),agak emo in the first place waktu mula2 dapat tau that there was an outstanding payment with one of the credit card company, mmg saja la ni nak cari untung lebih..

so i called Public bank sbb mmg dah suspect ni sumer angkara dari derang, i remembered last time when I went to public bank cawangan dungun and make full settlement to close the account..and it was like 6 month ago..In fact dah pon dpt letter stating that my account is closed but somehow couldn't find the letter anymore..:( end up I still have to pay another RM20 (itu pun setelah konon-nya di beri diskaun..ceh!)

anyway, already apply Bank Islam kredit kad, shoud received the result latest by end of next week, harap2 tak kena reject mcm OCBC..8(

now also trying witk BSN Al-aiman..harap2 tak kena reject jugak la..

Tuesday, December 2, 2008

Arissa at her 10 moth old

1) dah pandai duduk sepenuhnya, tak mcm sebelum ni, kejap2 terlangkup ke depan atau ke belakang


2) dah pandai tiru gaya orang buat sniffing sambil mulut muncung ke depan



3) smalam pkl 10:30 still tak nak tidur siap merengek2 and jari letak dalam mulut..we bring her to the nearest clinic to check if she had tonsil in her mouth but the doctor confirmed that she was all OK, demam pon takde..yang pelik tu bila masuk kereta dia terus diam tp sekali sekala dia bersuara time babah tegur dia

4) dalam byk2 sebutan, so far yg boleh dgr dengan jelas dia sebut gakkkaak..referring to her sister afrina

someone who triggers me up ;P

I myself not too sure what has really caused me not visiting/updating my own blog since couple weeks ago, anyhow, this morning, received this text message from one of my good old time buddies ;)

"Weh! Lama x update blog. Pecite?"

so as i replied

"ehehe, dah lama ke ek? mood tgh turun skang tunggu dah up nanti aku update ;P"

Anyway, these are the highlight of the month ;

1. Received RM100 as 2nd return from here. Joined this club couple month ago (back in Aug 08) with 1st installment payment of RM900, top up another RM500 in sept and now onwards shud expect to receive fix income of RM100 from seramic club on monthly basis

2. bought a new Carlo rino handbag fully sponsored by hubby :)



3. Received payment on house rental from our tenant -- back to normal :)

4. dah try italian japanese pizza at pizza hut but I feel that vege lover is still the best ;(

5. jatuh tergelincir kat tangga on the way nak pegi lunch 3 minggu lepas..:( habis riwayat kasut alain delon yg br pakai tak sampai 2 bulan..:(

6. Already attended aziz.cfp workshop on 14th Novt 08 and had 1st appointment with En Aziz on 20th Nov 08. Now in the process untuk mengumpul dana to create platform in OD/ASB ;) I am glad that hubby is so committed to join this program and hopefully everything can be settled by Jan 2009

hubby baca agreement while tunggu turn nak jumpa En Aziz

Sunday, November 2, 2008

cerita weekend lepas

hr khamis since hubby kerja malam, so we went to have quick dinner at Pizza hut..

main lambung2 sebelum gerak pegi Mesra mall, hubby dah siap pakai uniform



Jumaat

awal2 dah bangun sbb hubby ada follow up dekat kuantan specialist, had breakfast at same nasi lemak place in Kemaman, reached KSH at 12 but since ramai patient so we decided to come later after friday prayer

hubby dropped us at East coast mall while he left for friday prayer..i plan to borong stok susu for afrina byk2 cause usually carrefour they have this special price and promotion for anmum essential product..before that managed to hop into Padini shop and successully grab 2 padini top with 50% off..:) happy sbb at the same time dpt subsribe a padini member card..

managed to grab 4 tins of anmum essential step 3..at first ingat nak borong all 4 cartons of anmum essential tp bila ingat nak save lebih sket bulan ni so terus tak jadi..brother yang angkut kotak anmum tu siap perli2 sbb dia ingat kitorang nak jual susu tu..i was like

"eh ni stok utk anak saya la..tak nampak tu" (sambil tunjuk afrina yang tgh duduk dlm stroller) =)

meet hubby at 2:30 pm and had lunch dekat tempat biasa di black canyon..

rush off to KSH at 3:30 pm and hubby managed to see the doctor around 4 pm..

finished everything at 4:30 pm so kami terus balik kerteh..

Tuesday, October 28, 2008

financial issue

i have this sort of new feeling this month, bermula dengan get to know a little bit on financial planning from here, I started to put aside another extra amount of my salary this month, ntah ler tetibe je dapat motivasi nak melipatgandakan simpanan..I know that i shoud have started this long ago, but thank god he gave me path now..

I am going to attend the seminar on this financial planning next month in Dungun, the place where we bought a house and stayed there for almost 2 years before we move to kerteh, rumah di dungun tu kami sewakan dengan kadar RM400 per month..it is a single storey semi detached house so it is much cheaper as compared to other house from neighboring area and some more it is fully furnished (pendek kata untung la sesape yang dpt kami as tuan rumah :) ), erm talking about the house, it has been 2 months now since we didn't received the payment from the tenant..derang ni tau nak menyewa je tapi tak reti nak jelaskan duit sewa agaknya..derang ingat kami bayar mortgage rumah tu bulan2 pakai bulu hidung agaknya kot?

hubby said it is OK and not to push them since derang tak penah create issue on payment for almost one year since menyewa di rumah kami, but come to think of it, sampai bila la agaknya nak diamkan ek?

mcm nak bersilat plak rasanya ikhhh

Monday, October 27, 2008

mimpi yang ala2 mencari nahas

pagi td waktu tidur aku bermimpi, jumpa my ex-boifren who works as an army..

i was ala2 berjoging with my ofismate when someone stopped me ditengah2 laluan jogging tu..so I looked at him and was so stumped to see him smiling at me..

waktu tu mcm takde perasaan langsung yang aku ni dah jadi isteri orang..and dah beranak 2 pon

we were happily talking each other, and yang pelik tu aku boleh je terima alasan dia kenapa dia nak tinggalkan aku dulu..hiiiih

after a while, i saw my boss passed by and I was like takde perasaan bersalah langsung..heh..and not long after that I saw my boss' secretary..ni kalau in real world sah2 ler keluar muka depan harian metro..kui kui

dalam mimpi tu I was about to have a small party at our house that night, and so I invited him, and he agreed to come

he gave me RM100 before he left

I only realize that I am married when he is about to reach my house that night, dengan perasaan bersalah dah start la nak bercampur baur time tu..

i suddenly terjaga dari mimpi and saw hubby sleeping beside afrina..what a horror dream..tak nak la mimpi rasa bersalah mcm ni lagi huh!

Sunday, October 26, 2008

rasa nak demam

tetiba hari ni rasa seram sejuk je..kepala pon berdenyut2..mungkin faktor cuaca kot yg kejap panas kejap hujan..

masuk kali ni dah 3 kali gak aku gi toilet sbb tekak pon rasa loya semacam..tp bila batuk takde plak macam tanda2 nak keluarkan isi perut..:(

it's another 45 mins for us to go home, besok cuti hari deepavali..jawabnya besok melahu je la kalau keadaan still mcm ni..

Wednesday, October 22, 2008

quick update

Jumaat

gerak from kerteh around 9:30 am, had quick breakfast at kedai nasi lemak and roti kukus sebelah stesen bas kemaman, reached KSH around 12 pm. Managed to call florist to order one basket of flower and get them to send straight to room 225 Kuantan specialist..

my mom and sis was already there when we reached the hospital..lepak2 jap until solat jumaat then they all gerak pegi mega mall..

my family gerak balik Kerteh around 6 pm, i stayed with afrina at the hospital whilst my mom bring arissa and bibik with her and bring them back to our house..missed arissa so badly that night that I cried..:(

Sabtu

hari sabtu petang hubby dah dibenarkan pulang..lepas dah sign bill (cost nearly 9K and covered by insuran), kemas2 and panggil orang angkut barang, we headed off around 4:30 pm, sampai rumah around 6 pm and arissa was there with bibik outside the house..missed her so much though baru satu malam tak jumpa :)

got to cook for hubby day in day out..as similar to makanan untuk orang baru habis pantang :) hospital ada bekalkan few napkin with tape in order untuk tutup hidung hubby in case his nose didn't stop bleeding, but now everything seems ok so dah tak perlu nak balut hidung dia lagi..

hubby will start working on friday, so tomorrow would be his last rest day :(

Thursday, October 16, 2008

minor operation

Hubby is currently in the hospital..he went thru some minor operation today at ksh (the place where I gave birth to Afrina and arissa) due to sinus problem

and am now left with kids at home with bibibk, why? because hubby was a bit reluctant when i told him that i want to follow, it is ok if I bring afrina along, but hubby just refused for me to come along with the reason he doesn't want arissa to be left alone at home with bibik..furthermore, both kids are not doing well since Hari Raya due to diarrhea, but getting better day by day..(didn't get to blog on this previously)

it may take couple of days for hubby to stay in the hospital..and according to the doctor he should be able to recover in 2-3 days period..

I called hubby this evening (lepas incident anak2 terkurung), and dengar suara dia agak lemah, and lucky that hubby is staying in a single room, since tomorrow and lusa cuti, I planned to stay there tomorrow night..if need be, I will be taking EL this Sunday depending on hubby's condition..

Hope everything will be ok soon..

kisah anak2 terkurung

something which is quite bad happened to my kids this evening, bila mana mereka terkunci kat dlm bilik master..waktu tu bibik tgh bancuh susu di dapur, and me for some reason was chit chatting with bibik in the kitchen, so lepas susu dah siap..i went straight to my room, memang awal2 dah tau afrina dlm bilik sbb terdengar dia tutup pintu kuat2 sebelum tu..

pulas tombol tak dpt..sah la nih anak aku kunci pintu dari dalam..yang best nya, dia cuma tahu tekan punat di tombol pintu tp tak tahu nak pulas tombol tu balik..

puas la melilau cari kunci (walhal dah tau kunci bilik ada dlm locker inside master bedroom...waaa)

lepas dah cuba bukak ngan semua key yang ada, aku cuba jerit dr luar suruh afrina pulas tombol, dia cuma ikut sebut pulas tp tombol tu takde pon mcm rupa kena pulas..ihhhh

luckily dekat pintu rumah sewa kami ada tertampal nombor yang blh dihubungi in case ada emergency..so i went to call the helpdesk line..it was already 6 at that time but luckily there was someone picking up the phone...waktu ni dah blh kedengaran sayup2 suara afrina meraung..:(

then aku pegi balik ke pintu bilik and tell her to relax, after that dah senyap tak dgr apa2 suara lagi..

tunggu2 lama gak la around 10 mins, then i went outside and jerit nama afrina untuk selak tingkap langsir..walau pon tingkap berkunci but i still managed to see her and arissa dari luar..siap dah meleleh2 hingus afrina..arissa plak dlm baby cot tp steady je siap boleh senyum2 plak bila nampak mama lambai dia dari luar tingkap..it is lucky that I on the aircond when I landed arissa in her bed

tunggu nak dekat 5 mins tak gak muncul2 org helpdesk tu i suddenly ternampak la satu keta satria putih with 2 guys inside the car and dengan selamba nya stop them..gedebak gedebuk salah sorang mamat tu mintak spanar untuk cungkil tombol pintu..while derang tgh bertungkus lumus nak mengumpil tombol pintu tu, baru la mamat helpdesk tu sampai, siap bawak kunci spare but still takle pakai gak..so he went to guna kaedah lalukan file yang ala2 laminate tu and after few times trying, alhamdulillah pintu berjaya di buka..

waktu tu aku kat luar and as soon as pintu dah berjaya di buka I ran inside the house..tengok afrina dah terduduk di bucu katil, tgh standby untuk meraung kali ke-2..

lesson learn for her not to close the door again and for me to leave the spare key kat luar, bukan dalam bilik !


sekadar gambar hiasan

Wednesday, October 15, 2008

kisah di pagi hari

i had small argument (again) with the helper this morning, just because of a small thing, time nak buat nasi goreng baru perasan yg telur dah habis, it started as this ;

aku : kak as, telur ada lg tak?
bibik : dah habis bu
aku : kak as kenapa susah sangat nak bagitau awal2 kalau stok makanan dah habis, dah berapa kali saya pesan kan?
bibik : saya sebenarnya segan bu
aku : (dalam hati) oo ko habiskan stok telur tu tak pulak segan2, time dah habis tau plak segan nak bagitau

so aku pon memulakan sesi ceramah di pagi hari

tgh2 sedap bagi ceramah tu, si afrina menyampuk ;
"mama jagan marah bibik ma"

so terus tukar intonasi

"mama tak marah bibik, mama cuma tegur"

anak2 adalah pengubat duka lara..

i end up buat nasi goreng yg takde telur, tp still sedap gak..:)

Monday, October 13, 2008

mini open house

koleksi gambar sewaktu raya gathering at our house last week merangkap jamuan farewell for one of our oficemate who is leaving the company..

majlis diadakan di kediaman kami merangkap mini open house just open for our department members only..:)

borak2 dulu sementara nak cukupkan quorum




budak2 main kotak..er silap, main bunga api laa



menu yang dihidangkan secara pot-luck



buat kopi pon nak amik gambar ke ?



apa la tu yg dibualkan




pose sebelum balik..

Thursday, October 9, 2008

Sinopsis Raya

Isnin 29 sep 08 : gerak balik temerloh pkl 5:30 after office hour. Sampai temerloh around 9:30 pm..mlm tu tidur lewat around 12:30 am :(

Selasa 30 sep 08 : pagi2 keluar pegi town cari manik nak tampal pada baju kurung..managed to buy 20 pieces small diamonds at only RM9

ptg tu pakat tlg sediakan bahan untuk buat lemang

had a small argument with bibik and remind her not to go against me as her majikan..tau pon takutt

Rabu 1 oct 08 : bangun around 7 am, terus mandi and siap2 pakai baju raya untuk solat raya, managed to bring afrina untuk solat, dia sedia bagi kerjasama berdiri kat sebelah while tunggu mama habis solat hari raya :)

balik dari surau, sesi bersalam salaman bersama mak mertua, hubby, biras, sanak saudara etc

bibik plak buat drama nangis sambil mintak ampun..

pagi tu kami just pegi beraya di rumah sebelah, lepas tu baring kejap and tghari layan tetamu yang dtg dr karak..

lepak sampai petang then pegi rumah kawan hubby merangkap anak bekas YB..tinggi rumah dia sayup je waktu panjat tangga..

mlm tu pergi beraya di rumah kak long merangkap kakak sulung hubby di bandar temerloh ..on the way nak balik nampak ada Old town white coffee terus ajak hubby menyinggah

Khamis 2 Oct 08 : pagi2 lagi dah bangun untuk gerak balik KT, singgah R&R Gambang untuk breakfast, and sampai rumah my mom around 1 pm, borak2 then terus pegi beraya di rumah sedara

ptg tu just melayan org2 yg dtg beraya di rumah

my mom is not doing well sinc ebalik dr mekah so mlm tu ajak dia pegi klinik..was so crowded with people, dah nama pon the only clinic yg bukak in town, so org terjah kat situ je la..managed to buy some medicine for mom

Jumaat 3 Oct 08 just lepak sampai tghari then siap2 sbb my sis mintak hantarkan dia ke Mydin mall untuk beli barang bawak balik UK..drop her at Mydin Mall then pegi klinik lg sekali since my mom didn't get to see the doctor the night before..

doctor say everything seem ok with her lung but my mum just need to continue taking the medicine..

then singgah SR, semangkuk mee kari, appletizer, caffe latte, fresh watermelon, sepotong white chocolate macadamia that costs us nearly RM50 !

hantar hubby pegi solat jumaat then join my sister at Mydin Mall..balik rumah then terbongkang sampai pkl 5., after that gerak pegi rumah my father di Ajil, lepas maghrib gerak balik kerteh

seminggu tak balik rumah so sesampai di kerteh malam tu betul2 rasa relieve ;)

Thursday, September 25, 2008

Kek lapis, cheese cake and bermacam2 kek

lately asik teringin nak makan kek, and so far dah tempah 4 jenis kek untuk raya nanti..jenuh la nak habiskan nanti nih

ada kek lapis keladi, kek lapis ketam madura, kek lapis serawak perasa blueberry and not to forget Peach marble cheese kek yg ditempah khas dari sini :)

ni tak masuk lagi dengan tempahan maruku, chocolate chip almond, kerepek bawang, kerepek gunting, tart nenas, etc

ih tak sabarnya nak raya..*sigh*

Sunday, September 21, 2008

service keta ke??

hari sabtu, lepas sahur and solat subuh, sambung tido balik and sedar2 dah pkl 7 sbb anak2 dah start bangun..cuba pakaikan baju baru utk derang..suddenly datang semangat nak gi klcc lagi..:)

pkl 10, here we go for another trip to KLCC..tipu sunat bagitau mak mertua yang kitorang nak gi service keta kat Temerloh..kalau bagitau nak gi klcc lagi mau pengsan orang tua tu..hehe

trip kali ni kitorang bawak afrina je, arissa kat rumah dengan bibik

we reached klcc at 12:30 pm, terus straight pegi ladies dept..my favorite brand cicada..unfortunately tak jumpa yg berkenan..last2 beli one blouse at cultivation..

then i move to cosmetics, i am so used with Dior addict all these while but feel like changing to another brand la plak kali nih..

at first cari 5th avenue tp bila try mcm tak best la pulak..end up ambik hillary duff je..according to the sales girl the smell is woody

lastly we move to kids department again, ni kira for last la nih..belek punya belek at last takde satu pon jumpa yang berkenan..

we finished just nice at 2:30 pm, then terus gerak balik temerloh semula..singgah param di temerloh and sampai di rumah in law around 5++pm

nasib baik tak pecah rahsia..hehe

A quick one

weekend lepas plan nak balik kampung hubby di Temerloh..so pagi jumaat tgh lepak2 tu, i went to ask hubby

mama : yang ni nak balik temerloh terus ke atau nak gi KLCC dulu
hubby : kalau nak gi KLCC jom gerak sekarang. kalau blh by 10 o'clock kita dah boleh gerak

so sepantas kilat dengan bantuan bibik mama siapkan anak2..barang2 and sharp pkl 10 kami dah selamat on the road :)

we reached lanchang at 1 pm so hubby stop by untuk perform friday prayer

sampai di klcc around 2:40 pm, cari parking then terus straight pegi isetan..

isetan is close for public and open for members only on that friday :( mula2 tu ada gak cubaan nak mengelat dari jadi member so we went to another floor but all were closed..so we went to concourse level to sign as isetan member..melayang RM20

as soon as berjaya masuk isetan, terus pegi kids & babies department, punya la ramai umat manusia..last year i went to this mellow jr counter but unfortunately this year they already change to levis counter..was hopping around at last jumpa Seed white gown untuk afrina..was RM99 with 70% discount..for arissa, managed to find Sesame street top and short that only cost around RM40++ after diskaun..ok la tu dpt 2 pasang at only RM60++

janji ngan hubby pkl 4 dah blh gerak balik..turn out pkl 6 baru blh keluar dari klcc..

kami berbuka at one of the nasi kandar place dekat Gombak..reached Temerloh at 9pm that night..penat sangat but at the same time still tak serik nak pegi klcc lagi..:)

esok masih ada..:)

Thursday, September 18, 2008

persiapan raya

persiapan raya tahun ni biasa2 saje..4 pasang baju raya untuk anak2, 2 pasang baju raya untuk aku, and sepasang baju melayu untuk hubby

untuk kuih raya, so far dah tempah kek lapis 2 jenis, kerepek gunting, tart nenas, later2 nak dekat2 raya baru nak buat cornflakes madu

raya pertama insyallah kami beraya di Temerloh dulu, raya ke-2 baru balik KT, kena ikut turn sbb tahun lepas hubby tak dapat nak beraya, so aku mmg beraya sepenuh masa di KT :)

bila dah ada 2 anak ni, semua persiapan tertumpu pada mereka, baju raya both of them costly around RM500..kalau untuk baju sendiri dengan harga ni memang dah lama ni kena warning dengan hubby

mcm raya2 lepas, RM500 tu peruntukan khas untuk 2 pasang baju raya aku sahaja..sbb dulu selalu nya beli yang ready made di butik baju kurung..so tahun ni just beli kain pasang and hantar tailor..it cost nearly RM100 untuk sepasang kebaya..ok la kan dari beli yang pasang siap..tp bila kira2 balik, harga kain RM180, upah jahit RM100..so aledy become RM280 in total..so lg mahal plak dr harga baju pasang siap..ni nasib la nih kalau hubby tau..

i better stop now before making another not-to-write post..

Tuesday, September 16, 2008

rupiah

just to share, sesape yg ada pembantu rumah, anak2, sedara mara kat indon, ini lah masanya yang sesuai untuk hantar duit ke sana..

reason being is that, smalam, i went to BCB as kak As mintak tolong transfer kan RM200 into her mother's acount, kalau nak ikutkan belum pon cukup tempoh 4 bulan utk aku start bayar gaji kak as, but then, aku bg in advance sbb kesian jugak bila fikir pasal anak2 dia untuk persiapan hari raya

ada 2 option nak transfer the money, satu dalam akaun, which the bank would charge u nearly RM10 kalau tak silap, and the other option guna Western Union, with RM1 charges, tak perlu no akaun, just nyatakan nama penerima, and later bank akan bagi password to be given to the recipient, so penerima just perlu pegi mana2 pejabat pos kat sana and issue the password, within 4 hrs je dah boleh terima duit..senang kan?

with RM200, bila convert jadi 519, 000 rupiah, ni silap2 boleh jadi jutawan rupiah nih..:)

kat sini kalau setengah juta tu kira dah cukup kaya dah tu..tih tih tih

Wednesday, September 10, 2008

10 hari di bulan puasa

just got back from cimb bank, pejam mata keluarkan RM2K to be invested in Public Mutual..

so lepas dah pergi bank, balik ofis and pass the money to my agent..kebetulan the agent ada hal kat kerteh hari ni..and i already told her previously that I want to top up some amount into my investment account..ok la dari tak menyimpan langsung..atleast boleh nampak kat mana i spend all those money hasil dari dpt bonus..1K already given to my mom ( as she is going to Mekah) plus few hundred as derma untuk anak2 yatim..

ok, enuf about $$.

smalam, kitorang bukak posa kat luar, together with my officemates..the food was OK la..but takde la makan sampai kenyang..malam tu teman hubby pegi McD sbb dia tingin nak makan ayam goreng..i just take one set of happy meal burger, serius tak tau kenapa tp smalam langsung tak rasa tempted waktu order makanan di mcD..:(

ptg ni plan nak balik KT (for last! :)), besok pagi2 dah nak kena hanatar my mom and my sis to the airport..i take a day off tomorrow..so cuti 3 hari straight in a row..:)

i don't feel worry that much because my mom sebenarnya ber-3 cause my sister in UK will also be joining them in Mekah, later my sis will also return to malaysia for 1 week and flying back to UK on 5th oct..

i am gonna miss my mum so badly after this..i pray that she will be having a good time in mekah, a good health and return safely with both sisters in 2 weeks time..

Tuesday, September 9, 2008

Arissa is 204 days or 29 weeks old

read this article from parenting weekly..

"Your baby is gaining strength and mobility and is able to sit unassisted for longer periods..."

so weekend lepas i tried to snap some of her pictures while I put her on the sofa..









tgh ambik gambar, suddenly I lost her angle from the camera..rupa2 nya dia dah tertunduk dah..



siannya..

Monday, September 8, 2008

backdated entry

my mom and sister will be flying to mekah for Umrah trip this thursday, so khamis lepas kami balik KT to have a chance for fast breaking session with both of them..:(

ni backdated entry..

hari Jumaat, I cooked tomyam putih, my sis buat sotong goreng merah (my fav) with ayam panggang, berebut2 nak ambik lauk waktu bukak posa, dengan budak2 lagi, derang la yang paling excited, dah nama pon budak2, tp dlm pd excited tu mak sedara derang ni yang lagi excited sebenarnya..kami balik kt ptg khamis tu, mlm jumaat lepas berbuka kami balik kerteh semula sbb besoknya hubby kerja..

Sabtu, bangun tepat 8:30 am :), then text hubby mintak subsidi nak beli langsir untuk pasang kat dapur..hubby soprting plak suruh amik duit dlm poket seluar..ada few note 50 and note 10 dalam poket seluar tp sbb hubby dah pesan ambik RM100 je, so aku pon kena la jujur kan? :) itu pon terlebih gak RM10..hehe

sesampai di kemaman, terus pegi Mabrur, belek punya belek, last2 ambik scallop yang dah siap potong and tinggal dlm semeter lebih je lagi, to my surprise waktu bayar tu it cost me only RM2! hehe kalau awal2 dah tau mcm ni takde la nak mintak subsidi :)

after that, gerak pergi kedai tailor untuk ambik baju raya anak2..4 pasang for RM60, then pusing2 jap tgk aksesori rumah then pkl 4 dah selamat sampai rumah

ptg tu just masak paprik ayam, goreng telur dadar as menu untuk berbuka, while bibik buat sup ayam

Thursday, September 4, 2008

kisah pagi tadi

awal pagi td pkl 5 am hubby kejut bangun sahur, sekarang ni mood bersahur tersangatla bagus..so cepat2 bangun and kejut bibik..just hangatkan lauk kari ikan + tembikai (me kalau lauk gulai atau kari wajib ada tembikai as ulam) pastu terus makan, habis sahur say around 5:40 am, pastu sambung tidur balik, waktu tu hubby dah selamat pegi kerja, kalau hubby ada mesti bising suruh solat subuh dulu :)

bangun2 je lg 5 minit sblm pkl 7, cepat2 amik wudhuk and solat pastu sambung tidur lg :)

pkl 7:30 am dah bangun semula sebab afrina dah sibuk2 tepuk bahu..siap2 and gi kerja sharp pkl 8 am..

hari ni office end at 4 pm..lambatnya pkl 4..

tih tih tih

Tuesday, September 2, 2008

satu hari di bulan posa

hari pertama bukak puasa, makan di rumah saje..I cooked 3 dishes which is tomyam ayam, daging goreng kunyit and sayur goreng.. bought some puteri mandi as pencuci mulut..luckily didn't go PaRam (Pasar ramadhan) cause according to hubby, param congest giler..almaklum first day puasa, teringin la nak makan murtabak tp hubby cakap gerai murtabak la yang paling crowded..so tak dpt lagi la nak merasa makan mutabak :(

as for main dishes, aku prefer masak sendiri, kalau setakat kuih2 tu beli tepi jalan lagi senang..dah lama2 nanti boleh la nak terjah pergi param..best gak sebenarnya sekali sekala merasa suasana di pasar ramadhan..

hr ni plan nak masak kari ikan + kacang bendi..tp tak confirm lagi sbb hubby kerja malam..by 5:30 pm hubby nak kena gerak dari rumah, hubby cadang nak pegi param dalam pkl 4, beli apa2 yang patut..silap2 nanti ada la yang berbuka dengan menu pasar malam karang ni :)

Monday, September 1, 2008

Alkisah

smalam, lepas dah confirm hari ni posa, cepat2 buat Kari untuk stok sahur terus, pagi td makan dgn penuh selera, nak puasa punya pasal :)

dah lama rupanya tak update blog, dalam pada tu, rupanya I was quite buzy pegi sana sini, hari jumaat lepas pegi kuantan lg, to find another set of baju raya for both kids :) penat je pusing2 last2 beli kat baby poney je..ok la sbb dpt design yang sama for both of them

from kuantan, kitorang terus balik KT, hari sabtu plan nak pegi Mydin Mall KT untuk beli gelang tangan for arissa, plan dari dulu lg nak beli tp selalunya hubby tak ikut sekali..so kali ni since hubby malas la nak berlengah lg..:)

plannya nak pegi kedai emas biasa je, but then bila cari tak jumpa plak yang berkenan..kebetulan kat situ ada habib jewel..so masuk je la..sekali tgk byk plak pilihan..dah mula la rambang mata..harga pon boleh tahan

kebetulan tgh sale dekat habib sempena 50 year anniversary..so most items ada 50% diskaun..i bought the bracelet at only RM372..rasanya quite cheap la tu..mana nak dpt lg beli emas dekat habib jewel..kira satu pencapaian dlm hidup la nih..:)

hr sabtu tu jugak i went to visit my father..tah apa la tetiba dia rajin plak bawak kami pegi beli kain baju raya..siap 6 pasang sekaligus untuk sumer anak2 perempuan dia..:)

before balik aku hulur RM100 dlm poket dia..awal2 my dad refused to accept the money but then I whisper told him that mmg aku dah niat nak bg sempena dpt bonus baru2 ni..

ptg sabtu kitorang dah gerak balik kerteh cause besoknya (Ahad) hubby kerja..so merdeka di Kerteh sahaja la sambil layan astro dengan anak2..;)

Monday, August 25, 2008

jab lagi

smalam pagi kami bawak arissa ke klinik, for another 3rd time immunization, so pagi2 lg dah text to my boss to inform that i will be late in the office..sambung tido jap sampai pkl 8:30 am..pastu hubby dah sound suh bangun..br la terhegeh2 nak bangun..sesedap rasa je :)

sesampai di klinik, doktor suruh letak atas alat timbang baby tu.. she is already 8.4 kg, so her weight increased by few Kg dah..



waktu ni afrina tak ikut sekali (mama dah pujuk baik punya waktu sebelum nak gerak ke klinik), kalau ada ni mesti merengek2 mintak turunkan adiknya, dia ingat alat timbang ni mcm alat timbang ikan kat pasar tu kot?

i then take arissa on my lap, while waiting for the doctor to be ready with injection thingy ..this time there will be 2 jabs given to her..

first jab on her left hip..dia angkat kepala mcm sort of like mencari2 sape la yg gigit dia and shortly after that she whinned..but just for a few second..

second jab at her right hip but this time around no more whinning..:)

malam tu badan dia panas sikit but this morning alhamdulillah suhu badan arissa dah kembali normal..

the next schedule would be in 6 month time, that is when she will turn 1! :)

Thursday, August 21, 2008

Helo cape tu?

waktu sblm lunch tadi aku telefon bibik di rumah, puas nak tunggu org angkat, suddenly ;

hello cape tu?

hehe, ni lain tak bukan kerja afrina la ni tlg angkat telefon,

so layan je la perbualan yang ntah apa2 tu, sepatah di tanya sepatah dia jawab, tp apa yang dia jawab satu pon tak paham

tak lama lepas borak tu, dengar suara bibik, rupanya waktu aku call derang di belakang rumah jemur kain, but then bila phone bunyi bibik tak perasan and afrina cepat2 masuk rumah untuk jawab phone, puas la bibik cari dia end up jumpa kat bilik belakang tgh jawab telefon..

hishh..macam2..;)

demam

smalam waktu tgh sedap tidur lebih kurang jam 3 pg afrina bangun, tp kali ni dia bangun dalam keadaan pelik sikit, and cara dia cakap ngan babah mcm bukan org baru bgn tidur, waktu aku sentuh dia, baru perasan yang badan dia panas, demam rupanya

but then, bila aku sentuh badan dia, nampak mcm takut je, siap bagitau 2-3 kali yg dia panas, agaknya dia ingat dia buat salah kot sbb tu badan dia panas..boleh ke mcm tu

so babah angkat dia bawak ke ruang tamu, sbb nak lap badan dia dgn kain lembap, lepas dah lap, bawak masuk bilik, tak lama lepas dia muntah, alhamdulillah suhu badan dia kembali sejuk macam biasa, agaknya mungkin demam sbb sakit perut atau loya, tp bangun pagi td alhamdulillah takde lg tanda2 dia nak demam balik

agaknya demam sebab nak beralih bulan kot?

Monday, August 18, 2008

berita itu

selalunya bulan 8 la berita itu sampai kepada kami, kami2 yang dipejabat ini..

dan smalam, setelah sekian lama, akhirnya dpt surat ni..



alhamdulillah, rezeki anak2, rezeki untuk anak2 yatim, and untuk my mom pegi buat umrah bulan puasa nanti..kalau ada balance blh top up dlm akaun public mutual :)

syukur and happy sgtt..:)

6 month already

lama gak tak tulis entry, mode melahu agaknya

my sencond child is 6 month 3 days old today, sepatutnya 14hb tu mmg plan nak tulis, tp byk sgt last minute agenda, so mmg takle mengelat la

ni gambar2 sewaktu kami ke palyground and pantai smalam..seronok posing 3 beranak, bibik jadi mangsa snap gambar..:)











Thursday, August 14, 2008

how i wish ;(

hr sabtu, awal2 lg hubby dah cari bekfest kat luar, so tinggal la aku ngan bibik je yg blom bekest

sblm nak turun bekest tu, aku saje la call reception nak tanya kat mana lokasi bekest tu, blh plak dia bg wrong location, punya la nak kena menapak dr satu tempat ke tempat lain, ingat dekat ke?, dgn nak dukung baby lg, nak pimpin afrina lg, mengalahkan puak badwi lg ada..isk mmg sadis ler time tu, tak pasal2 sbb nak bekest punya hal aku dah hangin satu badan

lepas bekfest yg ntah apa2 tu ( untuk toddler siap kena tambah duit lak) terus aku ajak hubby check out, plan awal tu nak pegi water world dulu, tp sbb hangin punya pasal, sumer plan cancel, so ajak hubby pegi town lg sekali..:)

snap gambar dulu sebelum gerak pegi melaka town




sampai di mahkota parade, waktu tu dah dkt nak zohor kot, ronda2, cari baju raya untuk anak2, baju santai untuk mama :) hampir pkl 4 br settle..

bandar melaka





alang2 dah lambat tu, brg2 pon dah selamat borong, tetiba aku jadi baik hati tak jadi nak pegi jb, hubby pon ok je (save duit dia jugak nanti ;) ) so kami decide terus balik ikut segamat sbb nak singgah jakel beli kain baju raya

sesampai kat jakel dah pkl 7 pm, so mandikan anak2 dulu kat dlm jakel tu, pastu mulakan misi memborong kain baju raya..

beli english cotton untuk anak2, embroided thai silk untuk mama :), kain baju melayu untuk hubby and kain pasang untuk bibik,

kami gerak balik Kerteh around 9 pm, sampai2 dah nak dekat 2 pagi, selamat ler tidur sampai pagi..

I missed melaka..how i wish i could turn back the time huhuh :(

Tuesday, August 12, 2008

cuti2 Melaka

hari Jumaat pkl 4:50 am aku dah terpacak atas katil, afrina bila tgk mama bangun, sibuk la nak bangun jugak, nasib baik derang awal2 dah tido smalam lepas maghrib

bibik pon waktu tu dah sibuk packing barang2 kat dapur, aku mandikan afrina dgn air suam, lepas dah siap, including mandikan arissa pukul 5:30 am tu, kitorang gerak dr rumah pkl 6:10 am, ok la lambat 10 minit je dr plan asal, waktu sampai di guard house dah ada sorang ofismate menunggu kat situ with her family..

tunggu punya tunggu dekat parking guard house, pkl 6:30 baru start gerak, konvoi with another 2 cars behind with my hubby lead the journey ;)



sesampai di Gambang, hubby stop kejap sementara nak tunggu lg satu team konvoi yg ketinggalan

kami stop breakfast di muadzam shah, makan nasi lemak



pastu terus sambung perjalanan ke melaka ikut laluan Bahau, Kuala Pilah Tampin and finally Alor gajah, kami selamat sampai di A'famosa tepat jam 12:30 pm, sempat la nak check in dulu before hubby pegi solat jumaat









tengah menunggu untuk check in





bilik penginapan

after solat jumaat, masing2 pakat pegi water world, and aku plak sibuk ajak hubby pegi town ;) terus lari dr agenda asal

ronda2 kat dataran pahlawan (nama mcm stadium tp shopping mall sebenarnya) takde beli apa but before balik sempat singgah butik levis, mmg dah lama nak cari jeans levis ni, lepas fitting 2-3 helai, lastly dpt gak satu dr hubby ;)

lepas dah penat ronda2 kat dataran pahlawan, kami singgah makan dkt area mahkota parade, lepas tu terus rushing balik hotel untuk join dinner mlm tu pulak, satu benda la yg aku noticed kat melaka nih, dia punya traffic light punya la lama nak tunggu tukar kaler hijau *sigh*

sib baik la dah dpt levis, kalau tidak..hehe

Wednesday, August 6, 2008

hubby dah balik..yeay!!

smalam balik dr ofis, masuk je area parking depan rumah, keta hubby dah terpacak kat situ ;)

so masuk rumah, cium tangan hubby dulu (kena la sopan kan?) pastu mata dah melilau cari barang yg dikirim..;)

tgk atas meja ada bungkusan plastik jusco, confirm la mmg itu yg dicari

belek punya belek, siap fitting terus, tersengih2 mcm kerang busuk..:)

suka design baju tu sbb ala2 labuh sket, ni jawabnya minggu depan wajib la kena melaram kat ofis..;) tp mcm tak sesuai sgt nak di pakai waktu santai

so plan weekend ni, lepas trip ke melaka, kami nak ke JB untuk beli baju raya anak2, so alang2 tu blh cari baju santai untuk mama sekali ;)

lambatnya hari khamis pkl 4 ptg...

..sigh..

Tuesday, August 5, 2008

strategi

smalam, lepas dah habis forum, hubby went to JJ bukit tinggi and gave me a called ;

hubby : yang, ada ni baju brand tized yg u nak tu, ada design kaler pink, tp i tgk yg design kaler coklat lg ok, i pass u pd salesgirl kat sini (dia terus pass line)

me : ada kaler lain lg tak?

salesgirl : ada, hitam, putih and coklat

me : ok, jenis kain dia yg mcmana ek?

salesgirl : yg sesuai bwk pegi santai and ofis pon blh gak

me : kalau tak sesuai blh tukar tak?

salesgirl : boleh, but make sure u simpan resit. U pakai saze apa?


me : normally saiz M, let me talk to my hubby

so ding dong2, i told hubby to choose the one yg kaler coklat tu, rupa bentuk tak tau la cemana


my hubby punya style, kalau nak beli apa2 untuk aku, dia prefer aku cakap sendiri ngan salesgirl kat tempat tu, , so lepas tu kalau tak berkenan ke, tak puas hati ke, sila marah balik pd salesgirl tu .. strategi betul la hehe

tak sabarnya nak tunggu hubby sampai ptg ni..:)

Sepi itu indah ..

of late, rutin harianku waktu pergi dan balik kerja agak berubah, dulu, lepas balik kerja, first of all ambik anak2 dulu di rumah babysitter, bawak balik umah, sesampai di rumah, dukung adik, sambil pimpin afrina bawak masuk umah, letak adik dulu, pastu bawak keluar baju kotor dr beg pakaian derang, malam-nya siapkan baju dan lampin anak2 untuk di bawa ke rumah babysitter on the next day, pastu rendam kain baju derang (besok pg baru basuh), then kalau tak masak (mostly mmg tak masak pon) lepak je la ngan anak2 sampai maghrib..kekadang waktu nak tidokan derang lepas solat maghrib tu, dgn mama derang sekali la tertido ;)

sekarang, dah tak perlu nak pusing satu dunia amik anak2 lg, dah boleh terus balik umah, sesampai di rumah, layan anak2 jap, pastu mintak bibik sediakan bahan untuk memasak, tinggal untuk aku campak dlm kuali atau periuk je, biasanya lepas anak2 dah tido dlm pkl 8, baru aku start masak, so bila dah settle elok2 je hubby sampai dr ofis,

minggu ni, since hubby takde, so aku cuma masak simple2 je, masak untuk makan sendiri, tak perlu nak cerewet sgt, my hubby kalau masak kena make sure jgn terlalu pedas (kalau nak kena kutuk sila la buat pedas) and kena ada kuah sikit, mcm aku tak kisah satu jenis lauk pon ok janji ngam dgn selera..

miss him so much I pray that he will be home safely ..

Monday, August 4, 2008

weekend yang syahdu

hr jumaat muncul lagi, weekend lepas plan nak balik kt but last minute tak jadi balik, ada few agenda muncul in the very last last minute :

hari jumaat

1) attend majlis hari jadi cucu lelaki jiran sebelah

2) pegi pasar tani untuk stok bekalan seminggu di rumah (ni silap2 boleh terus buat stok sebulan :))

3) beli hadiah untuk hadiah cucu my neighbour)

hari Sabtu :

4) pegi kuantan konvoi dgn hubby sbb lepas tu dia terus gerak pegi KL

dlm byk2, agenda no 4 ler yg paling interesting, sbb dpt suntikan modal dr hubby, dah nama pon nak kena tinggal 2-3 hr kan? itu br 2-3 hr tu, kalau 2-3 bulan ke, tahun ke, camno tu??

ada big sale dia East coast mall, rambang mata di buatnya especially bila masuk butik lovely lace, and the best part, table runner diskaun up to 50% (rugi tak beli nih! so diam2 je beli satu untuk meja console :))

lain2 nya, just beli top and bottom di butik Linea (weekenders), itu pun nak dekat 2 jam keluar masuk kedai cari yg berkenan, hubby asik la melayan, ye la nama pon nak kena tinggal kan? eceh!

lepas dah penat shopping, we had another lunch di black canyon, menu yang sama including additional sandwich and chip with fresh milk for afrina..

lepas dah makan segala, waktu tu dah pkl 6 ++, so terus gerak balik on separate car, sedihnya nak berpisah dgn hubby..tisk :(

Thursday, July 31, 2008

Khamis lg

hari ni khamis, besok jumaat, lusa sabtu..merangkap cuti untuk negeri di daerah pantai timur, yippieee!!

petang ni plan nak balik KT, hubby yg beria ajak balik sbb hari sabtu dia outstation ke KL sampai Selasa, so dia hantar kami balik siap2 so that hari sabtu nanti tak sedih sgt nak tinggalkan anak2..boleh pulak gitu

awal2 plan nak ikut, tp takkan nak cuti sampai Selasa, gilo apo? dah ler last minute br dpt tahu hubby outstation..

next week, kami ada dept activity cuti2 malaysia ke Melaka plak, hari Jumaat gerak dr kerteh ke Melaka, and after that on Saturday, JB here we comes..seronoknyaaa....:)

Tuesday, July 29, 2008

basikal untuknya

ptg smalam, lepas balik dr ofis, sampai rumah dlm pkl 5:30 ++, terus ajak hubby gi kemaman

reason sbb nak cari basikal mainan untuk afrina for her birthday recently (belated present la ni kiranya ;))

awal2 dah buat appointment dgn tokey kedai

mama menyelit disebalik afrina



sesampai di kedai, byk sgt choice sampai tak reti nak buat pilihan, lastly, pilih yg ni je





lepas dah beli beskal, singgah kedai perabot sebelah utk tgk wing chair tp takde satu plak yg berkenan



dah dkt2 nak maghrib tu, singgah DCni kopitiam...teringin nak makan lempeng

lai chi kang dan mee goreng mamak untuk babah



kopi dgn lempeng untuk mama :)




on the way balik tu, singgah solat maghrib dulu dia petronas station, pastu patah balik sbb nak beli durian, teringin plak nak makan durian

hari ni plan nak buat pengat durian..mengidam kah aku ?? ;)