Thursday, February 26, 2009

Bill oh Bill

Selesai membuat segala pembayaran bil pada bulan ini, barulah saya perasan bahawa jumlah bil tersebut adalah bersamaan dengan RM493.41! Berikut merupakan detail mengenai pembayaran bil saya pada bulan ini :

Telekom RM50.41
Astro RM59.95
Celcom bil 1 53.55
Celcom bil 2 117.84 (termasuk tunggakan bulan lepas sebab tak dpt bil)
Celcom bil 3 74.83
Bil Api 125.20
Bil Air 11.64

belum apa2 dah nak dekat RM500, korang macamana?

Dilemma ini

saya menerima jemputan menghadiri wedding reception from one of my cousin in Tropicana KL on 14th Mar 09..

As I don't know what to wear, and some more we are not to bring our childrens..I don't really feel like going..

ih nak pegi ke tanak pegi..

Tuesday, February 24, 2009

Can you imagine?

In a large multinational company..............

A fire alarm rang at 4 PM in a large office when almost all employees were in office (approx 5,000). As usual the entire office was evacuated within 3 mins & all employees gathered outside the office in the designated area waiting for further announcement. The Security Officer in charge made the following announcement:

"Dear employees - with sincere regret I have been asked to announce that for many of you it will be your last evacuation drill. Due to the recession the company is laying off almost 50% of its employees. So when this announcement finishes, I ask all of you to move back into the building and if your swipe card does not work then it means you have been laid off in which case you will not be allowed inside and all your belongings will be couriered to you by tomorrow. The Company has used this innovative approach as we didn't want to fill up the email box with lay-off mails and good bye mails in thousands & also to avoid any fight inside the office and the consequent security issue for all staff.

Hope you have had a rewarding career with us and all the best!"


what if it were to happen to you?

Monday, February 23, 2009

pening *UPDATE*

i had black pepper chicken with ice lemon tea during lunch hour at Secret Recipe

just don't understand what is so wrong with the menu but I feel like throwing out

kepala rasa macam nak pecah, tekak loya macam nak terkeluar segala yang dah di makan tadi

ih menyesal tak makan kat food court je..:(

* ptg smalam lepas balik kerja terus flat, kelapakepala pusing tak hingat. Malam tu muntah sampai habis keluar isi perut. Tobat dah tanak makan kat SR pasnih. huhu

The M Word ~ another tag from Cyan :)

The rules:It's harder than it looks! Copy to your own note, erase my answers, enter yours and tag twenty people. Use the first letter of your name to answer each of the following questions. They have to be real nothing made up! If the person before you had the same first initial, you must use different answers. You cannot use any word twice and you can't use your name for the boy/girl name question. Have fun! Don't forget to post it!

What is your name: efi aka mizeda (I chose the latter :))

Four letter word: Miss

A boy's name: Mike

A girl's name: mimielola..:P

An occupation: Machinery rotary officer

A color: Magenta

Something you'll wear: menstrual pad..huhu

A food: Mutton

Something found in the bathroom: Mouthwash

A place: Mambau

A reason for being late: Mahu sambung tido :P

Something you'd shout: Mi! (short form for Umi when I am shocked)

A movie title: Maid in Manhattan

Something you drink: Milo

A musical group: Meet uncle Hussain

An animal: Musang berjanggut

A street: Minangkabau road (adakah?)

A type of car: Mitsubishi lancer

The title of a song: Matahariku (Agnes Monica)

And now, saya tag sesape je yang belum kena tag :P

5 things tag

5 things tag from Cik Yan :)

5 things found in my bag:
Purse
camera
HTC smart phone
glass casing
make-up pouch

5 things found in my walletpurse
IC
Mykids
coins
RM50 note
Member cards (Isetan, Aussino, Padini, Carlo Rino and Lovely lace)

5 favourite things in my room :
King size bed
Quilt and quilt cover aussino
TV
Air-cond
bathroom :P

5 things I’ve always wanted to do :
bloghopping
update blog :P
shopping kids stuff
spend more time with hubby, kids and family
family vacation

5 things I’m currently into :
internet banking (check gaji dah masuk ke blom :P)
e-learning
financial planning
bloghopping
replying emails

Sunday, February 22, 2009

sepi itu tak indah

weekend lepas, I went back to my hometown..sementelah tidak mempunyai broadband, tak dapatlah diri ini nak meng'update' blog waima mengarang satu entry sekalipun

Khamis
gerak balik KT lepas tengok anak rebung betung. reached KT at 7:15 pm. Had dinner with hubby, my mom and anak2 di restoran sahaja. My mom was not doing well, batuk2 and having some heart problem due to high cholestrol. Makan pun kena berpantang. I asked her to try this and alhamdulillah so far my mom rasa ada sedikit perubahan lepas 2,3 kali mencuba

Jumaat
went to visit my father at his place, rupa2 nya my dad also had some cough and I promised him to get another madulia and bring it on Saturday.

Saturday
went to Giant with my mom and hubby together with afrina to buy some groceries. Also Went to KT town untuk cari stokis produk HPA tapi sampai sudah tak dapat ubat yang dihajati. At last managed to get 2 bottles itupun after almost 4 jam mencari.

gerak dr rumah my mom at around 4:30 pm and stop by at my father's house before gerak balik kerteh. Singgah Dungun untuk melawat ex-jiran yang baru deliver and safely reached our house at 7:45 pm.

Am going back again this coming weekend and hope that my mom and my dad will recover soon.

Tuesday, February 17, 2009

jiran oh jiran

saya mendapat tahu dari kawan sepejabat yang menghadiri Al-kuliyyah bertajuk 'Jiran' pada hari Jumaat lepas mengenai soalan daripada salah seorang peserta yang ditujukan kepada ustaz penceramah mengenai masalah yang dihadapinya dalam mendekatkan diri dengan jiran yang tinggal berhampiran kediamannya.

Selepas sesi Al-kuliyyah, kawan sepejabat saya itu secara spontan bertanya kepada peserta tersebut mengenai jirannya itu.

peserta itu menceritakan bahawa jirannya itu adalah seorang yang berkerjaya, jarang dapat bertemu muka namun sesekali bila bersua 'jirannya' itu tidak lekang dengan senyuman.

setelah diselidiki, rupa2 nya sayalah orang yang dimaksudkan sebagai 'jiran' tersebut :P

secara jujurnya, saya cuma mengenali seorang dua jiran yang berdekatan dengan perumahan saya tinggal, itu pun sewaktu mengadakan majlis doa selamat sewaktu mula2 berpindah di sini 2 tahun lepas, sempatlah berkenalan dengan beberapa orang jiran yang majoriti daripadanya terdiri daripada golongan mak budak yang dah berusia dan sesetengahnya ada yang mempunyai cucu. Tambahan lagi, kebanyakan mereka terdiri dari isteri kepada golongan atasan dan kebanyakan mereka ini tidak bekerja dan hanya menjadi surirumah sepenuh masa.

berikut merupakan faktor2 yang menjarakkan hubungan saya sesama jiran tetangga ;

1) pagi seawal jam 8 dah start nak gerak ke tempat kerja, dan ini adalah rutin di hari Ahad hingga Khamis except on public holiday. Pukul 5:30 ptg baru ada kat rumah

2) kebanyakan masa di waktu weekend hanya dihabiskan dengan aktiviti memborong di pasar tani, menghabiskan masa bersama anak2 samada di swimming pool, playground, etc. Paling tidak pun, kebanyakan masa akan di habiskan dengan aktiviti berehat, memasak etc

3) sekali sekala kalau ada kelapangan saya bawak anak2 balik rumah mak saya atau ikut Mr hubby balik rumah in-law

4) perasaan segan sebab merasakan taraf dan status jiran2 kepada mak budak yang dah berusia, lagi plak majoriti jiran2 saya terdiri daripada isteri2 kepada orang atasan (read : siapalah saya :P)

bilalah nak ada masa beramas mesra dengan jiran tetangga agaknya :(

Monday, February 16, 2009

secebis kisah

smalam, waktu saya tengah sedap2 tidur dalam buaian, tiba2 mama angkat saya dan taruk saya dlm kereta..



arghh..mengantuknya..ke mana lagi nak di bawak saya ni



ntah apa la plak agendanya kali nih..sementara tu baik saya layan tido sekejap..



erm..di sini rupanya mereka bawak saya



kek apa plak nih..saya cuba nak mencapai tapi mama saya cepat2 jauhkan dari saya..sungguh kijamm



saya buat cubaan konon nak menangis tapi langsung tak mendapat perhatian



jom kita cuba sekali lagi, harap2 cubaan kali ni berjaya



ini lah rupa kek hari jadi saya yang tak seberapa itu



Sunday, February 15, 2009

back on track

All in all, our trip to PD was extremely fun! despite the fact that kepala saya berdenyut2 sewaktu dalam perjalanan ke PD (mungkin disebabkan faktor saya skip makan tengahari sewaktu lunch break on Thursday..dan kepeningan saya itu ditambah pula dengan afrina yang termuntah di atas baju dan jeans saya sewaktu di Bahau dan bau muntah itu memenuhi segenap ruang penjuru kereta sehinggalah kami tiba di PD..:(

kami mula bertolak dari kerteh pukul 4:30 pm..selamat sampai di PD tepat jam 11:30 malam..disebabkan terlalu pening, saya memberitahu hubby untuk tidak meneruskan niat mencari legend water chalet. Kami ternampak Bayu Beach resort dan terus check-in secara walk-in sahaja

alhamdulillah, sesampai di hotel, saya kembali sihat seperti biasa..kami tinggal di apartment satu bilik dengan kadar RM140 satu malam, memang sangat berbaloi..

hari Jumaat, sementara menunggu hubby habis meeting di TNB, saya menghabiskan masa baring2 di bilik..sempat jugak saya memborong pelampung dan baju mandi untuk anak2 (dan jugak untuk saya) disebabkan terlupa membawa pakaian renang yang sedia ada..selamatlah terbang RM180 di tengah2 bulan ini :(

petang itu, kami berjalan2 di bandar PD dan saya telah membeli 2-3 helai tudung ala E-kin di arked mara yang berharga cuma RM13 sehelai!

selepas habis menikmati makan tengahari merangkap makan petang di PD, kami balik ke hotel untuk meneruskan aktiviti di kolam renang dan bercanda di tepian pantai..

malam itu, hubby mengajak saya ke bandar Seremban (untuk melihat-lihat bandar Seremban katanya). Kami samapi tepat jam 9:30 malam dan belum pun sempat kami menjejakkan kaki ke 2nd floor, announcement waktu tamat perniagaan telah pun kedengaran, jadi kami balik dengan tangan kosong sajalah :(

singgah makan di PD sebelum balik semula ke apartment. Pertama kali makan ikan siakap masak stim lemon berserta sayur campur.

Hari Sabtu, perkara pertama yang saya lakukan adalah mendapatkan Arissa untuk mengucapkan Selamat Hari jadi padanya..terpinga2 anak saya sewaktu mendengarkan kakaknya menyanyikan lagu Selamat Hari jadi..(entahkan faham entahkan tidak wallahualam)..kemudian, kami bersiap2 untuk breakfast dan naik semula ke apartment untuk menyambung tidur. Anak2 pun penat jadi mereka turut memberi kerjasama untuk baring bersama saya di bilik :)

Kami bertolak dari PD jam 1 pm dan selamat sampai di kerteh tepat jam 7:30 pm.
Sungguhpun masa terlalu singkat, percutian kali ini adalah sangat menyeronokkan dan saya berharap untuk mengulanginya sekali lagi tahun ini, insyaAlllah..:)

Tuesday, February 10, 2009

PD here we come

Hujung minggu ini (Khamis petang), saya dan keluarga akan ke PD..suami saya ada hal (mesyuarat) yang saya sendiri tak pasti di mana lokasi sebenar mesyuarat tersebut akan diadakan

Tertarik dengan entry yang pernah dipaparkan suatu ketika dulu oleh Cik Yan, kami merancang untuk tinggal di sini, (credit to Cik Yan)

Sementelah kali terakhir saya ke PD adalah sewaktu berumur belasan tahun, saya tidak pasti samada PD sekarang adalah masih sama seperti dahulu. Saya bertanya suami saya ;

“Yang, di PD ada shopping mall yang best tak?”

Lantas suami saya membalas ;

“ Ada yang, tapi walau sebest mana pun shopping mall tersebut, takde guna jugak kalau duit yang ada tak seberapa yang “

Saya menerima jawapan itu sambil tersengih2..paham2 je la..minggu ni baru minggu ke-3, minggu depan 20hb jatuh pada hari Jumaat, jadinya, paling awal dapat gaji adalah pada hari Isnin atau Selasa

Tak kisah lah yang penting dapat bawak anak2 berjalan sambil menghirup udara nyaman di pantai Port Dickson..:)

tag lagi

it is another tagging game and this time I received it from The Mother Duck :)

Here are the rules - post this list on your profileblog replacing my answers with yours.Tag 25 people to do the same thing.

If I tagged you, it's because I want to know more about you.

1. WERE YOU NAMED AFTER ANYONE?
- don' think so
2. WHEN WAS THE LAST TIME YOU CRIED?
- can't remember, I hardly cry unless with a reason ;)
3. DO YOU LIKE YOUR HANDWRITING?
- cakar ayam
4. WHAT IS YOUR FAVOURITE LUNCH MEAT?
- nando's
5. DO YOU HAVE KIDS?
- yup, 2 little pricess
6. IF YOU WERE ANOTHER PERSON WOULD YOU BE FRIENDS WITH YOU?
- depends, on who is the another person
7. DO YOU USE SARCASM?
- yup, especially those who need to learn on how to respect people
8. DO YOU STILL HAVE YOUR TONSILS?
- no tonsil but thyroid :(
9. WOULD YOU BUNGEE JUMP?
- No, I don't need another parkinson
10. WHAT IS YOUR FAVOURITE CEREAL?
- hand made honey cornlakes
11. DO YOU UNTIE YOUR SHOES WHEN YOU TAKE THEM OFF?
- I don't need to tie my shoe, and so no need to untie :) (it's a sandal)
13. WHAT IS YOUR FAVOURITE ICE CREAM?
- Vanilla Ice Cream
14. WHAT IS THE FIRST THING YOU NOTICE ABOUT PEOPLE?
- their smile
15. RED OR PINK?
- pink..kot?
16. WHAT IS YOUR LEAST FAVOURITE THING ABOUT YOURSELF?
- self-concious
17. WHO DO YOU MISS THE MOST? (READ :WHO not WHAT)
- in chronological order : my kids, my mom, my siblings
18. DO YOU WANT EVERYONE TO COMPLETE THIS LIST?
- yes
19. WHAT COLOUR OF PANTS AND SHOES ARE YOU WEARING?
- beige color pants with gold color sandals
21. WHAT ARE YOU LISTENING TO RIGHT NOW?
- Kelahiran by Ady Putra (how i adore hearing him singing the song)
22. IF YOU WERE A CRAYON, WHAT COLOUR WOULD YOU BE?
- pastel.
23. FAVOURITE SMELLS?
- J'dore L'absolu CD perfume
24. WHO WAS THE LAST PERSON YOU TALKED TO ON THE PHONE?
- my hubby
25. DO YOU LIKE THE PERSON WHO SENT THIS TO YOU?
- I love her son and her daughter..boleh?
26. FAVOURITE SPORTS TO WATCH?
- none.
27. HAIR COLOUR?
- black.
28. EYE COLOUR?
- dark brown
29. DO YOU WEAR CONTACTS?
- no
30. FAVOURITE FOOD?
- roti canai..hehe
31. SCARY MOVIES OR HAPPY ENDINGS?
- happy endings
32. LAST MOVIE YOU WATCHED?
- Maut!
33. WHAT COLOUR OF SHIRT ARE YOU WEARING?
- Red
34. SUMMER OR WINTER?
- winter
35. HUGS OR KISSES?
- Hugs
36. FAVOURITE DESSERT?
- banana split
37. MOST LIKELY TO RESPOND?
- shopping mall
38. LEAST LIKELY TO RESPOND?
- a phone call from salesman/salesgirl promoting their product
39. WHAT BOOK ARE YOU READING?
- I read blog :P
40. WHAT IS ON YOUR MOUSE PAD?
- My notebook just don't need a mouse pad, mouse will do :P
41. WHAT DID YOU WATCH ON TV LAST NIGHT?
- didn't get to watch last night, I slept at 8:30 pm
42. FAVOURITE SOUND(S)?
- sound of my baby when they first say hello to the world
43. ROLLING STONES OR BEATLES?
- Boney M huhu
44. WHAT IS THE FURTHEST YOU HAVE BEEN FROM HOME?
- UK.
45. DO YOU HAVE A SPECIAL TALENT?
- don't think so
46. WHERE WERE YOU BORN?
- Hosp Besar Kuala Terengganu
47. WHOSE ANSWERS ARE YOU LOOKING FORWARD TO GETTING BACK?
- all of them..starting from

Cik Yan
Cik ZUfa
Mrs Noba
Ms Lola
Umi Sufira
Ms N.I
BZmum
Mama Adib
Ms Lia
Owner of a lonely heart

Sunday, February 8, 2009

buat apa tu?

i was on my way back to the office after having a quick lunch at home..

i saw her from inside the car..





noticed that she were spotted..



khusyuk sangat membaca, entah buku apa la agaknya ek? jom kita tengok


.
.
.
.
.
.

aiseh..ABC rupanya..






punya la membaca sampai mama nak 'pigi go work' pon dia boleh buat tak tahu :)

Adegan saspen di pagi hari

bibik saya seorang yang kuat makan, banyak orang komplen tentang badannya yang bagai di pam2 sejak dia bekerja di rumah saya

saya bukanlah jenis yang suka nak memerhati samada bibik saya seorang yang kuat makan atau jenis yang tak suka makan,as long dia menjalankan tugas dan kewajipannya seperti yang diharapkan, itu sudah memadai

semalam, kakak kepada suami saya datang bertandang ke rumah untuk melawat anaknya yang tinggal bersama kami, saya tak tau apa yang dibualkan oleh bibik yang bekerja dengan kakak ipar saya sewaktu mereka berbual2 di luar rumah petang semalam

tetapi, apabila saya bangun pagi tadi seawal jam 5:30 pagi, saya lihat lampu spot light di belakang rumah terpasang dengan terang benderang, sebelum itu, saya terdengar bunyi kerusi meja dan saya agak tentu bibik sudah bangun untuk mengemop lantai sepertimana biasa

sesampai di dapur, saya nampak sekilas bayangan orang berlari, saya agak tentu bibik saya sedang mundar mandir di belakang rumah,

sekali lagi saya nampak kelibat orang tetapi kali ini dia berlari dalam arah yang berlawanan

saya tengok ke arah kelibat itu.....




























rupa2nya bibik saya tengah jogging

buat saspen aje

Friday, February 6, 2009

kisah di waktu cuti

saya bercuti hujung minggu di rumah hari ini, yang bestnya lagi, cik abang pon tak kerja weekend ni..kebiasaanya setiap Jumaat Sabtu dia bekerja shift di siang hari

dan seperti biasa sewaktu cuti hujung minggu saya akan bangun lambat..lambat sikit dari waktu yang sepatutnya, kalau kebiasaan pukul 6:45am dah start kena kejut ngan hubby, but hari ni 7:30am baru reti bangun sambil tersengih2 kat cik abang yang baru balik dari semayang subuh kat surau :P

went to pasar tani at 11 am, byk gerai dah nak start packing barang tapi kami masih duk tercangak2 nak beli barang untuk stok seminggu, managed to buy ikan talapia, ikan cencaru, ayam and few other stuffs

today we had pajeri nenas with goreng ikan masin for lunch (simple dishes but a good combination :) ), and kuih cik mek molek for minum petang..skipped having dinner sbb masing2 bila ditanya masih kenyang..

masa tengah sibuk buat kuih cik mek molek petang tadi (anak, bibik and anak buah hubby went to playground), i called hubby yang tengah tengok tv kat living room, to get his assistance untuk keluarkan gula dalam peti and panaskan minyak dalam kuali

those yang belum penah experience membuat kuih nih, please note that you will need to use both hands untuk meratakan adunan ubi dan gandum (yang melekat2) sebelum memasukkan gula dan menutup adunan tersebut kemas2 sebelum digoreng (supaya gula tidak terkeluar)

scene 1

me : yang tolong amik gula jap, tangan i dah penuh dengan tepung ni
hubby : kat mana gula ?

me : dalam peti tu

hubby bukak peti sambil terus mencari
hubby : kat mana?
me : ala yang tudung hijau tu, ih kalau i mati jawabnya tak buat air la orang datang melawat kat umah ni
hubby : kalau mati tanam la, buat apa nak buat air? zaman sekarang ni orang minum air gas je yang (sambil tersengih2 kerang busuk)
me : (sabo je ler) berkata dalam hati


scene 2

me : tolong taruk minyak dalam kuali tu
hubby : banyak mana nak taruk ?
me : taruk je nanti i suh stop baru u stop

hubby terus menuang minyak, then he went
hubby : ok, cukup?
me : haah, bila dah agak2 panas sket, amik minyak tu siram atas kepala tu


amik ko se das, he he

dan hasilnya adalah ini, sedap di makan panas2 :)

Thursday, February 5, 2009

bila doa dimakbulkan

anak2 saya diserang demam, batuk dan selsema lagi tempohari, hari dimana esoknya saya bakal menyambut hari jadi saya yang ke-31, tetapi saya menganggap perkara itu sebagai hadiah harijadi anak2 untuk saya :P

saya bawak afrina ke klinik petang itu, sewaktu doktor suruh dia bernafas sambil letakkan stetoskop di belakang bahunya, dia terus berhenti bernafas..saya tak tahu macamana cara dia hentikan pernafasan tapi doktor langsung tidak dapat mendengar heart beart anak saya dari corong stetoskop tersebut untuk mengetahui batuknya itu disebabkan kahak yang banyak atau sebaliknya, dia cuma kelip-kelipkan mata bila saya suruh dia bernafas

there was a time bila dia muntah, and kesan muntah tersebut tertinggal dibajunya, dan masa itu lah doktor perasan bahawa muntah dia telah bercampur dengan darah..berderau darah dibuatnya tapi lepas dia periksa kerongkong anak saya, jelas menunjukkan bahawa terdapat luka di kawasan kerongkong disebabkan kekerapan dia meneran untuk mengeluarkan muntah sejakdari pagi lagi..

saya membenarkan doktor memasukkan ubat melalui lubang anus untuk menahan dia dari terus muntah bila batuk. Alhamdulillah, malam itu dia tidur lena sampai pagi..

keesokannya, dia sudah pulih seperti biasa cuma batuknya masih belum sembuh sepenuhnya..

arissa cuma selsema dan batuk mungkin sebab berjangkit..

ada satu sahaja perkara yang saya pohon sewaktu anak2 tak sihat tempohari, iaitu untuk Allah beri saya segala kekuatan dan kudrat untuk menjaga mereka sehingga mereka sembuh sepenuhnya..

saya bersyukur sebab doa itu dimakbulkan

sekainsekian

tag favorite movie

saya ada perjumpaan (meeting) selepas waktu lunch semalam, dan sebaik sahaja selesai meeting pada pukul 5:30 ptg, saya terus 'shuwdown' notebook dan terus balik ke rumah..

selepas habis makan malam, saya terus dengan tak sabarnya melawat laman2 blog kegemaran saya dan telah mendapat tahu bahawa saya telah di tag sekali lagi oleh cik yan, UPDATE : dan juga Cik Zufa (terasa macam satu kebetulan :P) dan dengan penuh rasa gigih saya telah menggeledah segala mak nenek dvd yang terdapat di dalam laci di bawah rak tv yang terletak di ruang tamu ke-2..

sejujurnya, saya penah menjadi pengumpul tegar koleksi dvd sewaktu zaman saya bujang dulu (itu pun setelah mendapat hadiah dvd player dari seorang kawan sempena sambutan krismas pada waktu itu)

setelah berkahwin dan mempunyai 2 orang anak, hobi2 tersebut saya biarkan berkubur begitu sahaja..

setelah membelek2 koleksi dvd tersebut, saya senaraikan di sini beberapa cerita yang pernah menjadi favorite saya suatu ketika dulu..

as a start ..

Please copy the following rules in your post
1. You have to point out 5 romantic movies that you would love to share with your loved ones..

1.1 Sweet Home Alabama
-lakonan Reese witherspoon

1.2 How to lose a guy in 10 days
- lakonan Kate Hudson dengan McConaughey

1.3 The sweetest thing
- lakonan Cameron Diaz

1.4 Titanic (aci?)
-lakonan kate winslet dengan mamat apa tuh? (hah Leonardo De Caprio )

1.5 Ada Apa dengan Cinta
- lakonan Dian Sastrawordoyo dengan siapa tu?..

2. It doesn't have to be in order.. as long as you love the movies, it will be fine..

3. You have to tag another 5 person to answer this tag

orang2 bertuah tersebut adalah :

1. mrs Noba
2. Cik Zufa aka MIO
3. Mama Adib
4. Cik Lia
5. Cik BZ mum..hehe

Sila buat ye

Wednesday, February 4, 2009

jawapan kepada persoalan

melihat anak2, saya terfikir alangkah seronoknya menjadi mereka..kadang2, sengaja saya ajukan soalan kepada suami saya walau pun saya sendiri dah ada jawapannya :

"yang, derang tau ke yang kita ni mak bapak derang?"
"yang, derang penah ada masalah ke? penah tak derang pikir cemana nak dapat duit, cemana nak beli susu, cemana nak bayar hutang ni, hutang tu.."
"kenapa yang sulung ni suka nangis yang?"


dan jawapan kepada persoalan saya itu dijawab dengan penuh ikhlasspontan oleh cik abang saya

























































































"tak tahu lah yang.."

Tuesday, February 3, 2009

a big thank you

di hari ulang tahun kelahiran ini, saya tahu masih ramai yang mengingati saya..

terima kasih kepada

suami saya di atas ucapan selamat hari jadi waktu dia nak tido pukul 10 malam tadi, dalam pada tu sempat jugak ajak saya pegi McD untuk pre-celebrate birthday saya tapi saya cuma gelengkan kepala..

mak saya yang tak lupa membuat ucapan melalui panggilan telefon (saya tau mak saya tak reti tulis sms walaupon handphone dia lagi canggih dari saya punya :P )

Arnei, shikin, wan, hana, anis, azlan yang sudi memberikan ucapan melalui facebook

Ms Lola, Mama Adib, Yan, Lia, BZmum dan Umi Sufira yang sudi memberikan ucapan melalui laman blog saya :)

Azura dan Yan (sekali lagi) yang sudi menghantarkan ucapan melalui SMS

Celcom 019 yang sudi menghantarkan ucapan juga melalui SMS dengan hadiah berupa penghantaran SMS kepada 50 orang secara percuma (T&C apply)

Carlo rino yang juga sudi menghantar sms dengan hadiah berupa 30% potongan ke atas pembelian barangan carlo rino

kawan2 sepejabat yang sudi memberikan kad ucapan and present (dah tua2 pon still dapat present :) )

meadjohnson yang juga sudi menghantar ucapan melalui email

Lovely lace yang memberikan 20% diskaun untuk pembelian barangan lovely lace di bulan february

dan terakhirnya kepada Aussino yang turut menawarkan diskaun sebanyak 40% ke atas pembelian barangan berjumlah RM600 di aussino

waktu lunch tadi, suami saya telah membawa saya dan anak2ke Secret recipe(sebab itulah sahaja satu-satunya tempat yang ada di bandarpekan kerteh ini) untuk meraikan sambutan hari jadi saya..

anak2 tak dapat ikut serta atas faktor-faktor kesihatan..

selepas menikmati irish lamb stew (terpeleot lidah nak sebut nama menu nih), suami saya telah membelikan saya sebiji kek untuk dijamu kepada rakan2 di pejabat..ini lah rupa kek itu


rupa kek hazelnut cheese yang agak horrible, rasanya quite OK but still tak boleh lawan white chocolate macadmaia, choc indulgence and choc banana..


dan ini tuan punya kek itu :P

dalam pada itu, terjadi lagi satu insiden dimana cashier di Secret recipe tadi seakan tidak percaya bahawa sugar doll tambahan yang saya beli itu adalah untuk anak saya itu

menangkap perbualan itu :

cashier : sugar doll tu utk siapa
saya: untuk anak saya
cashier : awk dah ada anak ke?
saya : dah masuk dua orang pon (sambil buat muka blur)
cashier : ye ke? macam takde rupa mak orang pun..
saya : (apa2 la labu, janji ko bahagia)

Monday, February 2, 2009

3.1 series

sengaja saya tak update blog beberapa hari nih sebab kononnya macam nak buat surprise..surprise untuk diri sendiri..hehe

tinggal beberapa jam lagi saya akan menyambut hari ulang tahun saya yang ke-31, to be precised, saya dilahirkan tepat jam 3:02 pagi tanggal 3 Feb 1978 (dah lama sebenarnya saya joined the 3 series club, cumanya bmw 3 series je yang belom nak dapat dipakai lagi ;) )

saya bersyukur di usia sebegini saya dikurniakan dengan 2 orang puteri, seorang suami yang sentiasa sabar dengan karenah isterinya (walaupon kadang2 tu boleh buat dia hilang sabar) dan diberikan rezeki yang tak pernah putus..alhamdulillah..

semoga dengan peningkatan usia ini akan terus meningkatkan azam saya untuk :

terus berusaha dalam membantu hubbymemantapkan lagi ekonomi keluarga kami..
berusaha untuk menjadi lebih matang (kalau boleh tak nak lagi merajuk sepanjang tahun nih)
berusaha menjadi lebih bersabar dalam melayan karenah anak-anak


semoga dipermudahkan urusan dan sentiasa mendapat berkat dari-Nya

sekian