saya bawak afrina ke klinik petang itu, sewaktu doktor suruh dia bernafas sambil letakkan stetoskop di belakang bahunya, dia terus berhenti bernafas..saya tak tahu macamana cara dia hentikan pernafasan tapi doktor langsung tidak dapat mendengar heart beart anak saya dari corong stetoskop tersebut untuk mengetahui batuknya itu disebabkan kahak yang banyak atau sebaliknya, dia cuma kelip-kelipkan mata bila saya suruh dia bernafas
there was a time bila dia muntah, and kesan muntah tersebut tertinggal dibajunya, dan masa itu lah doktor perasan bahawa muntah dia telah bercampur dengan darah..berderau darah dibuatnya tapi lepas dia periksa kerongkong anak saya, jelas menunjukkan bahawa terdapat luka di kawasan kerongkong disebabkan kekerapan dia meneran untuk mengeluarkan muntah sejakdari pagi lagi..
saya membenarkan doktor memasukkan ubat melalui lubang anus untuk menahan dia dari terus muntah bila batuk. Alhamdulillah, malam itu dia tidur lena sampai pagi..
keesokannya, dia sudah pulih seperti biasa cuma batuknya masih belum sembuh sepenuhnya..
arissa cuma selsema dan batuk mungkin sebab berjangkit..
ada satu sahaja perkara yang saya pohon sewaktu anak2 tak sihat tempohari, iaitu untuk Allah beri saya segala kekuatan dan kudrat untuk menjaga mereka sehingga mereka sembuh sepenuhnya..
saya bersyukur sebab doa itu dimakbulkan
4 comments:
ko ingat aku lagi tak? aku perasan blog ko kat kat blog norul... hehehhe... aku add blog ko ek?
hi Diana,
ingatla..mana boleh tak ingat..
sangatlah dialu-alukan..:) tq
mmg menduga akal dan hati bila anak sakit ni, kan?
Zufa,
betul tu, esp bila adik tengok kakak nangis, dia pon turut sama jadi sebak
yang tak tahan tu bila 2-2 muntah, haru sungguh dibuatnya
Post a Comment