Tuesday, February 17, 2009

jiran oh jiran

saya mendapat tahu dari kawan sepejabat yang menghadiri Al-kuliyyah bertajuk 'Jiran' pada hari Jumaat lepas mengenai soalan daripada salah seorang peserta yang ditujukan kepada ustaz penceramah mengenai masalah yang dihadapinya dalam mendekatkan diri dengan jiran yang tinggal berhampiran kediamannya.

Selepas sesi Al-kuliyyah, kawan sepejabat saya itu secara spontan bertanya kepada peserta tersebut mengenai jirannya itu.

peserta itu menceritakan bahawa jirannya itu adalah seorang yang berkerjaya, jarang dapat bertemu muka namun sesekali bila bersua 'jirannya' itu tidak lekang dengan senyuman.

setelah diselidiki, rupa2 nya sayalah orang yang dimaksudkan sebagai 'jiran' tersebut :P

secara jujurnya, saya cuma mengenali seorang dua jiran yang berdekatan dengan perumahan saya tinggal, itu pun sewaktu mengadakan majlis doa selamat sewaktu mula2 berpindah di sini 2 tahun lepas, sempatlah berkenalan dengan beberapa orang jiran yang majoriti daripadanya terdiri daripada golongan mak budak yang dah berusia dan sesetengahnya ada yang mempunyai cucu. Tambahan lagi, kebanyakan mereka terdiri dari isteri kepada golongan atasan dan kebanyakan mereka ini tidak bekerja dan hanya menjadi surirumah sepenuh masa.

berikut merupakan faktor2 yang menjarakkan hubungan saya sesama jiran tetangga ;

1) pagi seawal jam 8 dah start nak gerak ke tempat kerja, dan ini adalah rutin di hari Ahad hingga Khamis except on public holiday. Pukul 5:30 ptg baru ada kat rumah

2) kebanyakan masa di waktu weekend hanya dihabiskan dengan aktiviti memborong di pasar tani, menghabiskan masa bersama anak2 samada di swimming pool, playground, etc. Paling tidak pun, kebanyakan masa akan di habiskan dengan aktiviti berehat, memasak etc

3) sekali sekala kalau ada kelapangan saya bawak anak2 balik rumah mak saya atau ikut Mr hubby balik rumah in-law

4) perasaan segan sebab merasakan taraf dan status jiran2 kepada mak budak yang dah berusia, lagi plak majoriti jiran2 saya terdiri daripada isteri2 kepada orang atasan (read : siapalah saya :P)

bilalah nak ada masa beramas mesra dengan jiran tetangga agaknya :(

4 comments:

BZmum said...

kalo ko 'beramas' mesra alamat lain plak citer

alaa.. hntr2 le kuih yg ko buat tu.. bleh jugak..

miz_eda said...

erm..bagus gak idea nih..boleh diusahakan..:)

tapi risau gak nanti dikatakan berniat yang bukan2..:(

lagi plak jarak rumah aku ngan rumah jiran nun sepelaung di seberang jalan

MN said...

wah..at least they have a good impression on you :)

miz_eda said...

MN,
tu lah..nasib baik selama ni sentiasa murah dengan senyuman..ingatkan takde yang perasan..