All in all, our trip to PD was extremely fun! despite the fact that kepala saya berdenyut2 sewaktu dalam perjalanan ke PD (mungkin disebabkan faktor saya skip makan tengahari sewaktu lunch break on Thursday..dan kepeningan saya itu ditambah pula dengan afrina yang termuntah di atas baju dan jeans saya sewaktu di Bahau dan bau muntah itu memenuhi segenap ruang penjuru kereta sehinggalah kami tiba di PD..:(
kami mula bertolak dari kerteh pukul 4:30 pm..selamat sampai di PD tepat jam 11:30 malam..disebabkan terlalu pening, saya memberitahu hubby untuk tidak meneruskan niat mencari legend water chalet. Kami ternampak Bayu Beach resort dan terus check-in secara walk-in sahaja
alhamdulillah, sesampai di hotel, saya kembali sihat seperti biasa..kami tinggal di apartment satu bilik dengan kadar RM140 satu malam, memang sangat berbaloi..
hari Jumaat, sementara menunggu hubby habis meeting di TNB, saya menghabiskan masa baring2 di bilik..sempat jugak saya memborong pelampung dan baju mandi untuk anak2 (dan jugak untuk saya) disebabkan terlupa membawa pakaian renang yang sedia ada..selamatlah terbang RM180 di tengah2 bulan ini :(
petang itu, kami berjalan2 di bandar PD dan saya telah membeli 2-3 helai tudung ala E-kin di arked mara yang berharga cuma RM13 sehelai!
selepas habis menikmati makan tengahari merangkap makan petang di PD, kami balik ke hotel untuk meneruskan aktiviti di kolam renang dan bercanda di tepian pantai..
malam itu, hubby mengajak saya ke bandar Seremban (untuk melihat-lihat bandar Seremban katanya). Kami samapi tepat jam 9:30 malam dan belum pun sempat kami menjejakkan kaki ke 2nd floor, announcement waktu tamat perniagaan telah pun kedengaran, jadi kami balik dengan tangan kosong sajalah :(
singgah makan di PD sebelum balik semula ke apartment. Pertama kali makan ikan siakap masak stim lemon berserta sayur campur.
Hari Sabtu, perkara pertama yang saya lakukan adalah mendapatkan Arissa untuk mengucapkan Selamat Hari jadi padanya..terpinga2 anak saya sewaktu mendengarkan kakaknya menyanyikan lagu Selamat Hari jadi..(entahkan faham entahkan tidak wallahualam)..kemudian, kami bersiap2 untuk breakfast dan naik semula ke apartment untuk menyambung tidur. Anak2 pun penat jadi mereka turut memberi kerjasama untuk baring bersama saya di bilik :)
Kami bertolak dari PD jam 1 pm dan selamat sampai di kerteh tepat jam 7:30 pm.
Sungguhpun masa terlalu singkat, percutian kali ini adalah sangat menyeronokkan dan saya berharap untuk mengulanginya sekali lagi tahun ini, insyaAlllah..:)
Sunday, February 15, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
wah.....happy belated birthday to Arissa!!! sudah yg ke berapa tawun tu?
xde gmbr ker?
syok nyer cuti2...
Madamoiselleczar,
seperti yg tercatat pd lylipie, umur arissa hari ni genap lah 1 tahun 2 hari..
tq for the wish..:)
Lia,
gambar akan menyusul tak lama lagi..tunggguu! :)
Post a Comment