Friday, April 17, 2009

Buat sesiapa yang berminat

Masih saya ingat ketika mendapat bonus sewaktu bulan 8 tahun lepas, saya mengeluarkan duit sebanyak RM1k dan memberikannya kepada Mr Hubby. Tujuan saya memberi duit itu bukanlah itu dibelanjakan, tetapi saya ingin menyertai perniagaan CBC. Saya lihat mr Hubby sangat bersungguh2 mempromosi perniagaan ini sehingga dia sendiri menyertai pakej paling mahal yang ditawarkan oleh syarikat pada waktu tersebut. Pakej paling murah untuk menyertai perniagaan ini adalah sebanyak RM1455. (dan pakej inilah yang hanya termampu oleh saya :) )

Dengan pkej paling murah yang saya sertai, bermaksud saya akan mendapat keuntungan RM100 setiap bulan. Setelah cukup 4 kali membuat pembelian (dengan menggunakan modal yang sama), saya layak menebus voucher bernilai RM60.

Setelah hampir 8 bulan menceburi perniagaan ini, saya dapat rasakan perniagaan yang saya ceburi ini adalah suatu perniagaan yang boleh dipercayai dan pulangan yang diperolehi mampu dijadikan sumber pendapatan (jika kena dengan caranya).

Saya cuba juga mempromosi business ini pada rakan2 sepejabat, namun kebanyakan mereka tidak menunjukkan minat dan tak kurang juga yang risau tentang kemampuan syarikat untuk bertahan. Berdasarkan pengalaman saya yang telah hampir 9 bulan berkecimpung dalam perniagaan ini, insyaAllah ianya mampu bertahan untuk pergi lebih jauh. Ini berdasarkan bilangan kedai seramic e-mart yang semakin bertambah dan strategi perniagaan yang ditawarkan.

Berikut adalah antara faktor saya mula mempercayai perniagaan ini :

1) melihat kesungguhan Mr Hubby yang gigih mencari ahli sehingga turut mendaftarkan kedua2 orang anak kami sebagai ahli

2) perniagaan yang tak memerlukan tenaga dan masa seperti mencari ahli dan menjual barang

3) setiap 4 bulan, saya akan diberi pilihan untuk menebus salah satu dari voucher Parkson, Giant, Pizza-hut, KFC, Ayamas dan yang terbaru Voucher Jusco yang bernilai RM60. Faedah yang sama akan turut diperolehi oleh suami dan anak2 saya yang turut menjadi ahli (kecik2 dah ada business ;P). SUami saya sedikit berbeza sebab dia mengambil pakej C yang melayakkan dia menebus voucher berjumlah RM250.

4) setiap kali pembelian dibuat setiap bulan (menggunakan modal yang sama), saya akan dapat mengumpul nilai shopping point dan shopping point ini tidak akan berkurang selagi saya tidak membuat apa2 pembelian di Ceramic e-Mart.

5) Perniagaan ini tidak memerlukan saya mencari ahli baru untuk dijadikan downline, cukup dengan saya sendiri sebagai ahli, saya akan menerima pendapatan tetap setiap bulan selagi saya terus membuat pembelian setiap bulan (again, dengan menggunakan modal yang sama)

6) Perniagaan ini adalah sebuah perniagaan berlesen dan ianya bukanlah perniagaan berlandaskan skim cepat cayakaya

7) Seramic club turut menawarkan pakej percutian dan pakej mengerjakan Umrah setelah cukup nilai shopping point (EV) terkumpul

8) Syarikat turut mempunyai tabung untuk khairat kematian. Setiap ahli yang meninggal akan mendapat sumbangan khairat kematian dan pendapatan si mati akan diberi kepada waris terdekat.

9) sebenarnya banyak lagi faedah lain yang tidak dapat saya nyatakan satu persatu disini, untuk penjelasan lebih lanjut, silalah layari di sini

Terbaru, Mr Hubby telah mengeluarkan modal untuk kami sekeluarga bertukar ke pakej C (Upgrade). Dengan pakej ini, kami akan memperolehi keuntungan RM700 setiap seorang. Disebabkan Mr Hubby menaja kami sebagai downliner, dia turut akan mendapat pendapatan tambahan. Menarik bukan?

Target saya sekarang, dengan pendapatan lebih RM3k++ dari Seramic Club setiap bulan, ianya sedikit sebanyak boleh dijadikan sebagai sumber pendapatan sampingan. Tambahan lagi, kami merupakan client aziz.cfp dan program ini sangat memerlukan kami memaksimakan simpanan setiap bulan. shhh..sila jangan sesiapa beritahu En Aziz tentang ini

Prinsip saya yang paling mudah, tiada kejayaan tanpa kegagalan. Kalau nak berjaya, saya kena berani mengambil risio. (dalam kes saya, bukan saya sebenarnya yang megambil risiko sebab modal banyak dikeluarkan oleh mr Hubby. So tepuk dada tanyalah selera :)

Jadi tunggu apa lagi..kalau ada yang berminat..marilah menjadi ahli :)

2 comments:

sesemutku said...

err..apa yg blh d shoping setiap bln?

miz_eda said...

sesemutku,
tak kisah nak beli apa2..kalau melebihi nilai voucher ko tambah ngan RM je ler :)